Monday, March 28, 2011

PERTAMA KALI AMBIL LESEN KERETA

Ituari dalam perjalanan balik rumah after kerja, ada la follow satu kereta belajar memandu.Perempuan yang bawa.Jalan balik rumah i jalan kawasan ladang sawit.Lori besar-besar banyak la lalu.I tak dapat nak memotong kereta tu sebab banyak kereta and lori dari arah depan.Ikut je la..i nampak la perempuan tu bawa kereta jap ke tengah and ke tepi.Bila berselisih dengan lori besar dia macam elak-elak je.Dah macam ular dah i tengok kereta tu bergerak.Yang cikgu yang mengajar...berpegang pada tempat permegang kat atas tingkap tu.I senyum la..teringat pula masa i dulu mula-mula nak ambil lesen.

Mengimbas kembali..

Tahun 2001..ma suruh abah belikan kereta untuk i sebab kesian dekat i yang kerja kat bandar, setiap kali nak balik ke rumah kena naik bas.Dah la tu dari tempat kerja nak ke stesen bas jauh.Ma pujuk abah suruh beli (bukan i yang pujuk ya).Bila di beritahu abah nak belikan kereta, happy la.Jenis kereta kancil.Comel sangat dah tu.Hari yang di tunggu kereta kancil warna silver 850cc dah ada depan rumah.I berdiri megah di depan kereta baru, senyum sampai telinga...tiba-tiba muka berkerut..tanya abah,
"lesen tak ada, macam mana?" Abah:"betul juga tu..pergi ambil lesen,abah bayor".Tapi tak sempat ambil lesen i dah bawa kereta pergi kerja kat bandar :-) (Kuantan ni abah i punya kot)

Sebab i dah pandai bawa kereta so tak susah la masa belajar memandu.Ambil pakej belajar 5x je.Cikgu yang  ajar tu leh duduk relaks je kat sebelah.Duk borak-borak je la.

Masa Ujian Memandu bersama JPJ..

Tengok muka-muka pegawai JPJ, semua muka garang...berdebar juga la kan.Sekali rupanya i dapat dengan JPJ perempuan.Mula dengan ujian jalanraya...i gagal sebab salah duduk lorong masa di roundboard.Pegawai tu cakap i dah gagal tapi dia suruh i teruskan sebab nak kasi tunjuk ajar.Erm...no mood la kan.Muka muncung je.Lurus sikit la pegawai tu, kasi can je la.Balik nangis depan ma tapi nasib baik ujian parking i lulus.

Sesi kedua ujian jalanraya..

Pagi nak pergi test tak ada orang nak hantar, 1st sesi ex-boyfriend hantarkan (tetttt).Ujian buat hari bekerja so semua orang kerja.Nak tak nak i drive sendiri.Cikgu i pula ada kerja luar (dia pun suruh i drive sendiri, dia pesan suruh park jauh-jauh sikit :-P) i sampai kat pusat tu pagi-pagi, i park la kereta kat luar, bajet tak nak ada pegawai JPJ yang nampak.I duduk sorang-sorang dekat pondok, tiba-tiba datang la seorang lelaki pakai baju ala "pagoda", maybe perkerja kat pusat memandu tu.Dia borak-borak la dengan i.

Sampai masa ujian yang kedua...i masuk dulu dalam kereta bila nombor giliran i di panggil.I tunggu la pegawai JPJ masuk.Sekali i tengok lelaki yang duduk dengan i kat pondok tu yang masuk dalam kereta.La..JPJ rupanya.I bulat mata and senyum-senyum la.Dia suruh i jalan...masa dalam ujian dia tutup file and borak-borak je dengan i.Okay, tak la i gelabah kan.Tiba-tiba dia tanya ..."CBE 7833 tu siapa punya?" opsss....dia tahu la i datang drive sendiri.Pegawai tu senyum-senyum and cakap "Berani ya...".I senyum-senyum je..tu je yang mampu.Dia lagi cakap kalau dia saman macam mana?I cepat-cepat la cakap...alaa..jangan la, terpaksa drive sendiri, tak ada siapa hantar..bla bla bla...nasib la dia baik..dia pesan nak balik hati-hati.Akhirnya pegawai tu kasi tahu i lulus ujian.Happy la.Masa nak keluar kereta, pegawai tu kasi satu kertas kecil.I tanya apa?i angkat la nak tengok kan.Dia cakap jangan angkat tinggi sangat, nanti orang nampak...owh..nombor handphon dia rupanya.Opsss.I lulus sebab i bawa ikut peraturan betul taw...bukan ada unsur-unsur lain, unsur-unsur menggoda dan tergoda pun taw.

Sekarang lesen memandu dah berusia 11 tahun...


"TAK RASA BERSALAH KE 
BUANG SAMPAH DARI KENDERAAN ANDA?"

"TAK RASA BERSALAH KE 
POTONG Q"

"SILA BERI LALUAN PADA
KENDERAAN YANG LEBIH KECIL"
Perli nampak...


Tanda-tanda baru yang kelihatan di tepi jalan raya...rasanya dulu masa study buku undang-undang jalan raya, tak ada pun tanda-tanda ni...Nasib baik tak ada tanda yang tulis...

"TAK RASA NAK TUKAR KERETA ANDA 
KEPADA KERETA BARU KE?"

Memang kena langgar tanda tu kan...

3 comments:

izham sulaiman said...

haha..best lh dpt no phone jpj :p

hasruleffendi said...

nak signboard cmtu pegi kat US.. ade non speed limit highway.. wekekekekeee

Mizz Ida said...

hasrul:yeke...
dear izham:dia kasi,i tak pernah call pun.

Post a Comment