Thursday, March 31, 2011

MOOD ENTAH KE MANA-MANA

Bangun pagi dah awal...bersiap pun dah awal.Baru nak keluar pergi kerja,tiba-tiba sakit perut pula.Ops..kalau teruskan mahu bawa kereta ke lembah maut.Mana nak??lewat pergi kerja ke?(kena marah sekejap) or ke lembah maut (astafirullahazim belum sanggup).Sebabkan itu dah terlewat.Start enjin tengok meter minyak blinking (wink!wink cam tu) jahat! semalam tak isi minyak.Kan dah!Oh no..lagi tambah lambat ni.Nasib ada stesen minyak luar kampung.Penuh yakin je isi minyak..nak bayar..cari-cari purse..purse nehi!ayoyo!ammaaa..Nasib la akak yang jaga tu kenal i.Minta balik ambil duit.Dah bayar say sorry...malu i.Gara-gara selalu tukar handbeg, kisahnya la.

Sampai office dekat pukul 9 pagi..sepatutnya 8:30am.I know la,bukan company Abah i punya tapi nak buat macam mana.Dah begitu jadinya.Nak masuk office cari kunci tak jumpa.Mana kunci?Ermmmmmm ni tak suka ni!kalau call bos sure dia tahu i lambat.Tak nak dengar la dia bising pagi-pagi..perut i tengah lapar so tak suka la.Sekejap tu datang la technician i Sahrim dengan motornya...selain i and bos..dia la penyelamat i...dia ada kunci office.Good boy!

Ingatkan dah selamat...tapi tak....bos ada call office sebelum tu tapi nobody answer.So secara automatiknya dia tahu i lambat datang office dan dia juga tahu bahawa kunci i dah tertinggal dalam office semalam.(Ermm what to do) dia dah tunggu di rumah why i tak call dia cakap "Bos..kunci tertinggal lagi..."..suka la tu perli i kan.

Mood tak okay so tak nak cakap banyak...senyum pun sikit je.Sayang mesej pun jawab berpandukan soalan je.(Gaduh sikit semalam) Hari ni berapa haribulan ea?owh.....patut la.Hope sayang faham,dah nak hampir 'masa-masa itu'.Sayang ke Labis, err maybe Segamat..Sorry i lupa dia cakap nak ke mana.Yang pasti pergi Johor bawa student ada buat..erm..sorry againt.I lupa dia buat apa pergi sana."Sayang,balik nanti kalau u rasa u nak marah i ke and u nak cakap i tak ambil berat ke, i terima.Sebab mood i tak okay so tak sempat nak ingat.(So sad)

Lunch tak kuar..nak tidur je...

Muka baru bangun tidur~
Lena juga la tidur..ada mimpi tak ea?erm tak.Tak sempat.I bangun, sorang-sorang kat office.Budak-budak technician tak balik.Kerja banyak.Biasa ada je mereka.Seorang di komputer main game.Seorang lagi tidur.Perut macam lapar tapi tak.(senyum sendiri) kenapa?u rasa ayat i pelik ea?memang la, bila mizz ida mood away.Macam ni la gayanya.

Aku tetap menyayangimu~
Mug ni yang Kak Ros punya..dulu...ex boyfriend dia kasi.
Dah lama dah, that why ejaan 'menyanyangimu' tu nampak tak nampak je.
Pisang!erm...kenapa ada sebiji je?
dari mana datangnya?
Ceritanya begini...

"Adik!adik!ni Kak Ros ada beli nasi kerabu..bawa la pergi kerja"

Dalam lewat-lewat i pergi kerja tadi, Kak Ros cepat-cepat kasi i sebungkus Nasi kerabu.I nak diet kabohidrat tapi tak nak la hampakan Kak Ros kan,susah-susah dia dah belikan.So ambil la.

"Ni ada lagi..pisang emas di bawa belayar,ambil la.Sedap ni..masak sebiji di atas peti..hutang i bila nak bayar?"

"Bila masa ada hutang"

 "i mana ada hutang kak ros la, rasanya dah settle semua kot" (senyum sikit boleh?)

kenapa dengan i ni?
dont know la....

Wednesday, March 30, 2011

PENAT SANGAT!

Hari sangat penat...perut tak sihat.Energy macam dah kurang sangat.Petang duduk depan komputer boleh hampir-hampir nak lelap.Nasib bos tak ada kat office.After work pergi cari barang, ma suruh i beli.Kalau ikut penat and tak larat tapi tak boleh la cakap tak nak belikan,tak baik pula nanti.Sampai rumah kena jaga Mia.Kak Ros kerja petang, balik pukul 9 malam.Ma kurang sihat, lelah sikit.Maybe jalan jauh pergi kedah ituari.Duduk dalam kereta pasang aircond je sepanjang jalan.Nak tutup hujan pula.Lagi singgah genting, sejuk pula.Ma tak boleh sejuk-sejuk cepat lelah datang.Tidurkan mia, sekejap je dia lena...mula dodoikan juga dengan gurindam (senyum) tapi make me so sleepy and mainkan muzik toy di buaian dia.Lena...

Nak tidur sekarang....penat sangat..penat segala-galanya.Metal dan fizikal..

HAPPYNYA...

Abang ada kasi tahu yang dia dah habis kontrak kerja di Shah Alam.Hari sabtu akan bawa Kak Ida,anak-anak semua pindah Kuantan.Good la.Kebetulan Kak Ida pun tak lama lagi nak bersalin bakal anak buah i yang ke..err..lupa pula i dah ada berapa orang anak buah ea?Jap nak kira.Thinking~Okay, 8 orang and nak masuk 9 orang.Kalau ikut dah ada 10 orang tapi dua orang dah meninggal masa baby.Seorang anak Kak Ros, meninggal 3 hari selepas bersalin.Seorang lagi anak Abang Shah (abang no 2) meninggal dalam kandungan berusia 7 bulan ingat.Kedua-dua lelaki.Sekarang ada 8 orang anak buah, 6 perempuan and 2 lelaki.

Hope anak buah yang bakal lahir dapat menandingi Mia..biar lagi debab ea..
                                                 macam ni ke!
(copyright of google)

MALAM NI MIMPI APA LA AGAKNYA...

Dah penat rasa bahu..buat entry and kemaskini blog i ni.Masa untuk tidur.Sebelum tu i nak cuci muka dulu.Pakai skin care.Pastu nak call sayang say good night..

Nak mimpi jadi permaisuri kepada Mohd.Norizham B.Sulaiman la...
wow! 
Hope hari esok hari yang lebih baik....
Assalammualaikum.

Tuesday, March 29, 2011

NAK TIPU ORANG LA SANGAT!

Dah puas makan nasi dengan tangan ke??ke nak makan nasi guna straw?Geram sikit ni rasa.Walaupun bukan terkena pada i tapi terasa la marah bila ada pihak yang cuba-cuba nak tipu orang kan.Orang tu pula kawan i sendiri.

Ada la dia cerita dia kena tipu dengan perempuan yang mengaku yang dia dari pihak ketiga dari pihak Maybank, insurance department macam tu la.Perempuan tu cakap lagi yang kawan i ni perlu bayar RM299 for insuran tafakul maybank.Kawan cakap tak nak sebab dah ada insuran sendiri dah.Lagi perempuan tu cakap yang ini wajib ambil sebab termasuk dalam pakej kredit kad.Kawan i ni dah mula percaya.Bila di minta segala maklumat tentang kredit kad, dia kasi la.

Lepas pada tu kawan i rasa tak sedap hati and kol la pihak maybank.Cek transaction dah ada deduction RM299 dari akaun kredit kad dia.Pihak maybank kasi tahu tak ada pun pakej insuran ke ape, and tak ada pun pegawai dari bahagian insuran yang buat panggilan tu.Sah semuanya satu pernipuan.oO.. kawan i dah kena tipu.Tapi nasib baik lah pihak maybank cancel transaction tu.Kiranya tak tolak akaun la.Tak tahu la macam mana mereka buat kan.Akaun lama di sekat and buka akaun baru.Takut orang tu suka-suka buat lagi.

Tak lama tu perempuan si penipu tu call lagi kawan i tanya why kawan i cancel?(dasar terdesak,berani-berani call lagi)kawan i cakap la yang dia dah refer maybank.Perempuan tu tahu la penipuan dia dah terbongkar tapi dia pandai lagi nak pusing-pusing cerita.Tapi yang teruknya perempuan tu lagi nak marah-marah kawan i, cakap yang kawan i ni takut rugi ke setakat nak masuk insuran RM299.Ish perempuan ni...i dengar pun geram.Jahat macam apa ntah.Kalau jumpa ni.."kita bakor je!!"

Nasib baik lah kawan i tu selamat tak menjadi mangsa penipuan (hampir-hampir juga la).Macam-macam sekarang.Orang bila dah terdesak sanggup je nak tipu orang.Macam i sendiri pun pernah juga di cuba untuk di tipu.Ada la i terima panggilan pada handphone office i.Lelaki tu cakap nombor handphone i dah menang 10 ribu dalam peraduan Power Root.I jawab la kasi tahu dia.."sorry ya, my boss Cina tak minum power root" :-) dia terus off handphone.Dasarrr...

Ada lagi satu kes cubaan menipu ni.I buka la inbox mesej handphone Ma.Ada la terima satu mesej macam ni..
"INI AYAH, AYAH ADA DI BALAI POLIS.
TOLONG TOPUP KAN UNTUK AYAH RM 100, URGENT.
TAPI JANGAN CALL, AYAH OKAY"

I replay la..

"CUKUP KE RM100???KALAU TAK CUKUP I NAK KASI RM 1K!
I TAK PANGGIL AYAH, PANGGIL ABAH OKAY!STUPID!"

Melampau, nak tipu orang tak beragak..minta topup sampai RM100.I sendiri pun topup RM10 for 1 week, kadang-kadang lebih (biasa Chat on YM/FB.Lagi best kot..pantas je, bukan jimat ya) 

Hope kita tak cepat terpedaya la ya.
Okay dah, Mia pergi tidur dengan ur mum.
Maksu Ida nak tidur dah..
Good Night..

SANGGUL TINGGI

Try pakai inner sanggul untuk buat sanggul tinggi.I memang suke buat sanggul tinggi bila bertudung.After potong rambut yang panjang mengurai, rasa sedih juga sebab tak dapat buat sanggul tinggi lagi.Sekarang rambut dah mula panjang sikit..boleh ikat sikit je.Tapi dunia fesyen dah canggih...apa-apa pun ada.



Ini yang i maksudkan, inner sanggul tinggi kot namanya.Bukan obor-obor spesis hitam taw.Kak Ros punya, i try pakai.Pernah nampak ada jual dekat booth jual shawl tapi tak rasa sangat nak try lagi.Kak Ros beli, nak juga pakai.
I tak pasti sangat..inner sanggul ni memang jenis separuh tak tutup telinga or ada yang jenis tutup penuh.Yang Kak Ros beli ni tutup separuh, tak tutup telinga.Cara i pakai macam ni, firts i sarung inner cotton pada leher dulu, baru pakai inner sanggul.Sebab nanti senang nak cover inner sanggul tu nanti.Kalau pakai dulu inner sanggul and baru pakai inner cotton, nanti tercabut pulak.Leceh sikit kot mula-mula nak pakai ni.Baru try kan.Lama-lama ok la.
Pakai bonggol sanggul di belakang,bukan di depan.
Kalau di depan jadi orang singh la
Lepas kemaskan inner sanggul tadi..baru la i cover dengan inner cotton..batter pakai macam ni kot.Sebab kalau pakai inner sanggul out of inner cotton, nanti tercabut malu je.

Kemaskan....
Pastu i pakai la dengan shawl jojet ni..
Dah siap..tapi..errr...

Sudah macam bonggol unta di fadang fasir...
Penat la pakai sanggul tinggi ni...2-3 kali juga nak boleh siap..tidur la dulu..
Nak lip yang hot??
WOW!HOT PINK!(KLIK SINI)

Monday, March 28, 2011

PERTAMA KALI AMBIL LESEN KERETA

Ituari dalam perjalanan balik rumah after kerja, ada la follow satu kereta belajar memandu.Perempuan yang bawa.Jalan balik rumah i jalan kawasan ladang sawit.Lori besar-besar banyak la lalu.I tak dapat nak memotong kereta tu sebab banyak kereta and lori dari arah depan.Ikut je la..i nampak la perempuan tu bawa kereta jap ke tengah and ke tepi.Bila berselisih dengan lori besar dia macam elak-elak je.Dah macam ular dah i tengok kereta tu bergerak.Yang cikgu yang mengajar...berpegang pada tempat permegang kat atas tingkap tu.I senyum la..teringat pula masa i dulu mula-mula nak ambil lesen.

Mengimbas kembali..

Tahun 2001..ma suruh abah belikan kereta untuk i sebab kesian dekat i yang kerja kat bandar, setiap kali nak balik ke rumah kena naik bas.Dah la tu dari tempat kerja nak ke stesen bas jauh.Ma pujuk abah suruh beli (bukan i yang pujuk ya).Bila di beritahu abah nak belikan kereta, happy la.Jenis kereta kancil.Comel sangat dah tu.Hari yang di tunggu kereta kancil warna silver 850cc dah ada depan rumah.I berdiri megah di depan kereta baru, senyum sampai telinga...tiba-tiba muka berkerut..tanya abah,
"lesen tak ada, macam mana?" Abah:"betul juga tu..pergi ambil lesen,abah bayor".Tapi tak sempat ambil lesen i dah bawa kereta pergi kerja kat bandar :-) (Kuantan ni abah i punya kot)

Sebab i dah pandai bawa kereta so tak susah la masa belajar memandu.Ambil pakej belajar 5x je.Cikgu yang  ajar tu leh duduk relaks je kat sebelah.Duk borak-borak je la.

Masa Ujian Memandu bersama JPJ..

Tengok muka-muka pegawai JPJ, semua muka garang...berdebar juga la kan.Sekali rupanya i dapat dengan JPJ perempuan.Mula dengan ujian jalanraya...i gagal sebab salah duduk lorong masa di roundboard.Pegawai tu cakap i dah gagal tapi dia suruh i teruskan sebab nak kasi tunjuk ajar.Erm...no mood la kan.Muka muncung je.Lurus sikit la pegawai tu, kasi can je la.Balik nangis depan ma tapi nasib baik ujian parking i lulus.

Sesi kedua ujian jalanraya..

Pagi nak pergi test tak ada orang nak hantar, 1st sesi ex-boyfriend hantarkan (tetttt).Ujian buat hari bekerja so semua orang kerja.Nak tak nak i drive sendiri.Cikgu i pula ada kerja luar (dia pun suruh i drive sendiri, dia pesan suruh park jauh-jauh sikit :-P) i sampai kat pusat tu pagi-pagi, i park la kereta kat luar, bajet tak nak ada pegawai JPJ yang nampak.I duduk sorang-sorang dekat pondok, tiba-tiba datang la seorang lelaki pakai baju ala "pagoda", maybe perkerja kat pusat memandu tu.Dia borak-borak la dengan i.

Sampai masa ujian yang kedua...i masuk dulu dalam kereta bila nombor giliran i di panggil.I tunggu la pegawai JPJ masuk.Sekali i tengok lelaki yang duduk dengan i kat pondok tu yang masuk dalam kereta.La..JPJ rupanya.I bulat mata and senyum-senyum la.Dia suruh i jalan...masa dalam ujian dia tutup file and borak-borak je dengan i.Okay, tak la i gelabah kan.Tiba-tiba dia tanya ..."CBE 7833 tu siapa punya?" opsss....dia tahu la i datang drive sendiri.Pegawai tu senyum-senyum and cakap "Berani ya...".I senyum-senyum je..tu je yang mampu.Dia lagi cakap kalau dia saman macam mana?I cepat-cepat la cakap...alaa..jangan la, terpaksa drive sendiri, tak ada siapa hantar..bla bla bla...nasib la dia baik..dia pesan nak balik hati-hati.Akhirnya pegawai tu kasi tahu i lulus ujian.Happy la.Masa nak keluar kereta, pegawai tu kasi satu kertas kecil.I tanya apa?i angkat la nak tengok kan.Dia cakap jangan angkat tinggi sangat, nanti orang nampak...owh..nombor handphon dia rupanya.Opsss.I lulus sebab i bawa ikut peraturan betul taw...bukan ada unsur-unsur lain, unsur-unsur menggoda dan tergoda pun taw.

Sekarang lesen memandu dah berusia 11 tahun...


"TAK RASA BERSALAH KE 
BUANG SAMPAH DARI KENDERAAN ANDA?"

"TAK RASA BERSALAH KE 
POTONG Q"

"SILA BERI LALUAN PADA
KENDERAAN YANG LEBIH KECIL"
Perli nampak...


Tanda-tanda baru yang kelihatan di tepi jalan raya...rasanya dulu masa study buku undang-undang jalan raya, tak ada pun tanda-tanda ni...Nasib baik tak ada tanda yang tulis...

"TAK RASA NAK TUKAR KERETA ANDA 
KEPADA KERETA BARU KE?"

Memang kena langgar tanda tu kan...

UMUR 28 TAHUN NAK BUAT MUKA CUTE LAGI KE?


Mengadanya......tak sesuai dah kot umur dah 28 tahun lagi nak ambil gambar muka nak cute-cute macam  budak sekolah kan.I kalau ambil gambar, i suka nak nampak matang..baru nampak wanita.
Baru la Mizz Ida.....

Wanita yang berumur 28 tahun

NATASHA SHOPPING

First, masuk Quiksilver sayang nak shopping dulu.Sementara tunggu i ambil gambar aksi Natasha.Macam-macam aksi budak perempuan tahun satu ni..nanti kita tengok macam-macam aksi dia tu ea. 
Sebelum tu i nak tunjuk aksi i dulu....i memang suka cermin besar.Nak beli satu la taruk dalam bilik.
Nampak tak Natasha kat belakang i yang tengah mengintai sayang test baju.
Senonoh sangat la tu kan...
Dia sedang belek gigi dia yang telah rongak...ituari gigi dia kena cabut 2 batang sebab gigi baru dah tumbuh..
Kelakar budak Natasha ni..
Turn dia pula shopping...dia pilih sendiri baju tu.Memang serius cantik baju yang dia pilih.Pandai pula pilih yang cantik.
Amboi..bukan main pose dia..Sebab baju tu comel sangat dia pakai, i suruh dia terus pakai..
Happy sangat dia.
Mereka berdua bila pose, kalah i taw...macam-macam aksi comel...
tengok bawah ni...
Comel kan?
yang kat bawah ni pun comel je mereka

Alala comel!
tapi yang bawah ni serius i like sangat-sangat..comel cute manja
Hey so comel la!
Dah siap shopping, Budak Natasha ni dah lapar nak makan..cepat cepat tak tahan dah tu
Lapar sangat la tu...laju je jalan
Dia budak tahun satu yang sangat berani, semangat pun kuat...
"Hey Cik Kak..slow la sikit jalan tu, bahaya taw jalan sorang-sorang"
Dia lapar nak makan donut..I and sayang tak nak makan donut,nak makan lain so tapaukan untuk Natasha je
Asyik tengok orang buat donat

Semua terpegun abang-abang nepal buat donat
Ish ish....macam tak pernah tengok orang buat donat je dua orang ni
Sabar Natasha...
Add caption

Sampai berbelit kaki...

Dia dah tak tahan lapar sangat...suruh makan dalam kereta tapi tak sempat-sempat dah.

Ermmm laparnye dia
Sorang muka lapar Nasi, sorang lagi muka kenyang makan donut and  dah mula mengantuk

Mata pun dah mamai je tu
 Shopping dah, makan pun dah...kenyang perut senang hati...

Good Night!

Sunday, March 27, 2011

BILA DAH BERJUMPA

Petang tadi sampai malam keluar bandar dengan Miss Fetty...

Sesekali Miss Fetty balik Kuantan, kami keluar ke bandar sama-sama.Makan-makan, jalan-jalan and shopping!Start dalam kereta kami bercakap memang non-stop.Radio off.Selalu la bila dah rancak berborak, akan terlajak la simpang or tersalah masuk jalan.Nak pergi lain, lalu dekat lain.Nanti Miss Fetty akan tanya.."U nak pergi mana ida?" Jawapan biasa "Tu la borak lagi, kan dah salah".Bila bercerita sure penuh excited..i yang tengah drive pun lepas stereng kereta..sebab cerita siap dengan gaya tangan.Kalau cerita yang funny sikit, Fetty ketawa sampai hentak-hentak kaki.Pastu i jadi mangsa kena pukul dengan dia, sebab dia ketawa sambil tangan naik pukul orang (senonoh sangat la tu).Bila bercerita, kami dah macam kereta api..laju je.

Bila keluar wajib makan..kami ada sifat yang sama...kalau keluar bandar tak makan..tak best.Tak dapat shopping, dapat makan pun okay.Jalan-jalan makan angin je tak bagus...perut masuk angin.
Macdonal's chicken spicy..kegemaran kami.Nanti dua-dua akan cakap..
"kata nak diet??tak apa la kan hari ni je,esok kita diet balik" (konon)

Dari mula keluar and sampai balik.. bercakap, bercakap and bercakap.Dah sampai rumah baru la sedar penat asyik cakap je.Sampai kering tekak.

Sekarang dah pandai..bila berjumpa air kena standby dalam kereta...
Pakai baju baru nampak...patut bau kedai je!

Saturday, March 26, 2011

MY NEW ELASTIC BELT

Memang baru...baru je beli semalam.
Colour:White Beige
Omel???