Friday, March 25, 2011

TABIAT!

I ni ada tabiat sikit kot.Tabiat suka tengok muka kat cermin ketika memandu..biasa orang yang selalu cakap telefon and bermesej ketika memandu dah di anggap perbuatan yang bahaya kan?Kononnya i ni memang jenis takut nak cakap telefon masa drive and kalau cakap pun sekejap je, bermesej tu ada juga la masa drive tapi perbuatan tengok muka pada cermin pun di kirakan perbuatan yang membahayakan juga la kan?Sama la tu

Tak tahu la kenapa...dah jadi kebiasaan kalau memandu ke and duduk sebelah ke sure nak tengok cermin je.Dalam kereta memang ada satu cermin kecil.Cermin dari bedak compact yang dah habis pakai.Suka la nak tengok makeup mata okay tak, tudung senget tak and lipstik comot tak..Kalau tak tengok tak sah, tengah drive pun sempat lagi mencari mana i taruk cermin tu.Cari and cari juga sampai jumpa.Kalau dah jumpa mula tak lepas dari tangan hingga la sampai ke destinasi..

Semasa drive cermin di letakkan di atas peha.
Jap jap ambil tengok mata, pastu letak balik..pastu ambil lagi tengok bibir,
dan begitu la seterusnya 
Kadang-kadang pegang kat tangan terus,
nak tukar gear pun still tak lepas cermin.
Tabiat kan?!
Pegang stereng pegang cermin.
macam mana tu?!
Pernah juga masa letak atas riba, tiba-tiba break emergency and cermin jatuh kat bawah seat..sempat lagi i duk capai-capai nak ambil.Gelisah taw bila tak dapat pegang cermin tu..stop kat trafic light merah, cepat-cepat ambil balik and tengok muka..puas rasa.

Kadang-kadang cermin tu hilang...sayang la jadi mangsa, i tuduh dia ambil.Padahal terjatuh di bawah seat belakang.

I cerita sini sebab i nak kasi kesedaran pada diri sendiri.Tabiat tu membahayakan nyawa i.Masa drive tak boleh lalai walau sesaat kan...walaupun kita toleh ke arah lain selama 1saat pun boleh berlaku macam-macam di hadapan...nanti mula la..."Arggghhh lembu"(duduk kawasan felda,laluan ladang sawit..lembu buat polis trafik tengah jalan..so kena hati-hati la)

Sedar ya Ida..hentikan tabiat bahaya tu ea (cakap kat diri sendiri) sebab tak ada yang tegur.
Bukan masa drive je suka tengok cermin,
kat office pun sama..tengah-tengah buat kerja, cari cermin  and tengok muka.Pernah sedang tengok cermin,i tengok muka bos i ada dalam cermin, tergelak la.Bos i cakap "ini Ida suka tengok muka,saya selalu nampak"
"habit lo.."malu la sikit rasa time tu.
Jangan tiru aksi Mizz Ida ya!
Kalau ada..cepat-cepat bertaubat..

0 comments:

Post a Comment