Monday, October 11, 2010

NOVEL PENDEK-TANPA KEKASIHKU

                                                                                1
Aku bangkit dari tidur menuju ke jendela,itu lah rutin harianku yang gemar melihat keindahan pagi..kicauan burung yang riuh memecah hening pagi,embun segar membasahi kehidupan tumbuhan dan sang suria mula memacar seri..cukup untuk aku merasa nikmatnya kehidupan.
Tiba-tiba.."Click" nada mesej telefon bimbitku berbunyi.
"1 message" tertera di papar skrin dari kekasih yang telah bertahta dihatiku selama empat tahun.Haikal,dia lah putera hatiku,masih teringat pertama kali perkenalan kami dulu,kami terserempak di bandar sewaktu membeli belah di sebuah kompleks membeli-belah.Padangan pertama antara kami menimbulkan satu rasa dan aku pertama kali melihat dia,hatiku berbisik 
"erm..sweet nya"hatiku ketawa kecil.Secara tidak sengaja aku melemparkan senyuman,
"aduh malunye..."aku berkata sambil menutup mulutku dengan tangan.Tiba-tiba dia berpatah balik mencuit bahuku sambil menyapa,
 "sorry ya,erm..boleh tak i nak berkenalan dengan u?"dia berkata.
Aku tergamam kerana tidak sangka dia kan menegurku,dalam hati berkata 
"tak sia-sia aku senyum tadi" Aku mengangguk malu,itu la tanda malu tapi mahu hihi.Kami bertukar nombor telefon dan sejak itu la kami mula rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih.

"Good Morning Baby, i really miss u.Nanti kita lunch sama-sama ok.Love you"mesej dari Haikal
"Good Morning and miss you too..okay dear nanti lunch kita jumpa"aku membalas mesej darinya.

Aku bersiap-siap untuk pergi ke kerja.Hari ini aku mengenakan baju kurung moden berwarna pink.Haikal cukup suka kalau aku berbaju kurung,katanya aku kelihatan sungguh ayu.Bila kekasih hati dah suka aku cuba turutkan demi mengambil hatinya.Aku tiba di office tepat pada masanye.Aku memulakan tugasku sebagai setiausaha di syarikat swasta.Aku bersemangat menyiapkan kerja-kerja kerana tidak mahu terlewat waktu rehat untuk aku makan tengahari bersama Haikal.Walaupun sudah empat tahun hunbungan kami,tidak sedikit pun aku merasa jemu bersamanya.

Beberapa hari Kemudian...

Sepetang bersama di sebuah Tasik yang tidak jauh dari ibukota.

"Baby..u sayang i tak"Haikal bertanya kepadaku
"Mestilah i sayang u Sayang"jawabku sambil melentukkan kepalaku dibahu Haikal
Udara yang damai di tasik pada petang ini cukup mendamaikan.Angin menghembus bayu umpama dayang-dayang yang sedang mengipas ke arah aku dan Haikal seperti raja dan permaisuri yang duduk di teratak singgahsana.Air tasik yang hijau dan tenang kami renungkan..kelihatan setenang hati kami berdua tika dan saat itu.

"Baby,andainya suatu saat nanti i pergi meninggalkan u untuk selamanya..u janji dengan i u jangan tangisinya ok"Haikal berkata sambil membelai rambutku.
Aku sedikit tersentak dengan kata-kata Haikal dengan pantas mengangkat kepalaku dan memandang ke arah Haikal.

"Sayang,u jangan cakap hal bukan-bukan ni..i tak suka la.."Aku menarik muka dan memuncungkan mulut.Haikal tersenyum sambil memujuk.
"ala,baby..u jangan la merajuk,i main-main je.Saje i nak buat cam dalam drama tu"
pujuk Haikal.
"I janji i tak kan tinggalkan u,okay baby"sambung Haikal lagi.
Aku kembali senyum dan kembali melentukkan kepala di bahu kekasihku dan Haikal menggenggam erat jari-jemariku seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

                                                                               2

Ruang tamu rumahku riuh rendah dengan ketawa dan gurau senda dari rombongan meminang dari keluarga Haikal.Hari ini aku akan menjadi tunangan Haikal setelah kami sama-sama memutuskan untuk menjalinkan tali pertunangan di saat usia hubungan percintaan kami genap 4 tahun.Kami mengambil tarikh yang sama untuk majlis pertunangan kami.
Selesai sudah majlis pertunangan aku dan Haikal.Satu bulan lagi semuanya sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis perkahwinan kami.Benda baik haruslah di percepatkan, itu lah kata orang-orang tua.Aku cukup gembira,impian untuk hidup bersama dia kian hampir.Harap semuanya berjalan lancar.

Tiga minggu kemundian....

Tinggal lagi seminggu majlis perkahwinan kami.Aku dan Haikal dah hampir siapkan separuh persiapan untuk majlis kami nanti.Kami mahukan sebuah konsep yang simple tapi meriah.Petang itu Haikal dah berjanji untuk bawa aku ke butik pengantin untuk berjumpa dengan perunding perkahwinan kami Lesha.Lesha adalah kawan baik kami.Suami Lesha adalah rakan sekerja Haikal.Jadi urusan perkahwinan lebih senang kerana Lesha tahu citarasa kami.Pukul 3 petang aku dan Haikal sampai di Butik Lesha.Erm..bukan main teruja lagi aku nak mencuba baju pengatin yang direka khas oleh Lesha untuk kami.Kami memilih busana bercorak songket dan gabungan lace berwarna putih.Cukup nampak simple dan mewah.

"Hai u all,wah..berseri-seri nampaknya bakal pengantin kita ni"gurau lesha kepada aku dan Haikal
"Ya la,kalau tak berseri bukan pengantin namanya"aku membalas gurauan dan membuatkan semuanya ketawa.
"Okay u all cuba sekarang baju ni,dah siap sepenuhnya"arah Lesha kepada kami dengan menghulurkan Busana pangantin.
Aku dengan pantasnya pergi ke Fitting Room.memang dah tak sabar sangat.

Tiba-tiba suasana bertukar sepi,Haikal dan Lesha memandang kaku ke arah aku sebaik sahaja aku keluar dari Fitting Room yang siap mengenakan busana pengatinku.Aku kehairanan melihat reaksi mereka lalu menyapa

"Hey..what wrong?tak okay ke?"aku bertanya.

"Ya Allah Baby u look so beautiful"ujar Haikal kepadaku sambil dia mencuit mesra daguku.

Aku tersenyum sambil menggaya-gayakan diri di hadapan cermin besar.Setelah siap mencuba busana pengantin kami dan berbincang bersama Lesha, aku dan Haikal meminta untuk beransur.Aku bersalaman dan mencium pipi Lesha sebelum melangkah keluar dari Butik.Aku dan Haikal menuju pulang ke rumah kerana hari pun sudah lewat petang. 
                                                                                
                                                                                3

Di malam yang sunyi jam menunjukkan 12 malam,aku duduk di hadapan meja solekku sambil menyisir rambut ikalku dengan sikat.Aku merenung ke arah cermin di hadapanku,sesuatu perasaan tiba-tiba aku rasakan.Esok..hanya tinggal dua hari lagi untuk aku di satukan dengan Haikal.Hati gundah mula dirasai..dalam hatiku merasa gembira,juga bercampur dengan perasaan yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku rasakan.Adakah perasaan takut?Resah?Entahlah...Ermmm aku melepaskan keluhan.Tiba-tiba telefon bimbitku berdering,sekaligus membuatkan aku terhenti dari lamunan..Melihat nama sayangku di skrin membuatkan ku tersenyum.

"Helo dear..u tak tido lagi?aku bertanya
"Belum lagi sayang..i rindukan u sangat-sangat"ujar Haikal
"I nak u di sisi i sekarang,i terlalu rindukan u"tambah haikal lagi
"Sabar la sayang..tinggal dua hari je lagi"aku cuba memujuk manja
"Baby,esok i kena jumpa client maybe malam baru i balik.Apa kata sok pagi kita pergi sarapan bersama sebelum i pergi jumpa client?sal i takut i busy tak sempat nak jumpa u nanti"Haikal bertanya.
"Baik sayang esok kita jumpa"aku bersetuju dan mengakhiri perbualan kami.

Pagi yang di janjikan.Aku terlebih dahulu sampai di Kopitiam.Sementara menunggu Haikal sampai aku terlebih dulu memesan dua cawan White Coffee bersama Roti Bakar dan Nasi Lemak untuk Haikal.Biasa itu lah menu kami setiap kali bersarapan di Kopitiam Kegemaran kami dari sejak dulu.Aku melihat jam di tangan ku,hampir 20 minit aku menunggu Haikal tapi dia tidak juga tiba.Hati tertanya-tanya kenapa Haikal terlewat dari masa yang dijanjikan.Aku mengeluarkan telefon bimbitku untuk menelefon Haikal.Sebaik aku baru cuba untuk menelefon,sudah kelihatan kereta Haikal muncul yang menuju ke  petak letak kereta seberang jalan.Haikal keluar dari kereta,kelihatan dia sedikit tergesa-gesa..mungkin mengatahui dirinya kelewatan.Aku memandang ke arahnya sambil tersenyum.Aku beralih pandangan,tiba-tiba....terdengar bunyi break kenderaan dan dentuman yang kuat..aku terkejut dan terus berpaling ke arah bunyi dan terkejut melihat Haikal tercampak sebaik di langgar oleh sebuah kereta."Sayanggggg!!!!"

                                                             Episod Terakhir

Aku tersedar dari tidurku..malas untuk aku membukakan mataku.Kerana kini setiap pagi, mataku terlalu berat untuk dibuka setelah menjadi rutin malamku menangisi pemergian Haikal kekasih dan juga sebagai tunangan yang amat aku sayangi buat selama-lamanya.Tiada lagi rutin pagi-pagiku menuju ke jendela untuk menikmati keindahan pagi kerana bagiku kini siang dan malam sudah tidak bermakna lagi..aku mengiringkan badanku dan memejamkan kembali mataku,saat itu wajah kekasihku terbayang-bayang,aku tidak dapat menahan rasa kehilangan dan tidak mampu juga untuk aku menerima kenyataan bahawa aku sudah kehilangan dirinya.Aku menangis seesak-esaknya....kini aku sepi dan aku sendiri TANPA KEKASIHKU

                                                            SELESAI.......

2 comments:

izham sulaiman said...

hope cinta kt br2 akn kekal hingga ke jinjang pelamin n sampai akhir hayat..sy syg awk sgt2.

Anonymous said...

sooo sedih...

Post a Comment