Saturday, March 12, 2011

"U punya IC Card ke?"

"Ya la...my IC card la ...."

Kak Ros suruh i ambil barang dia dekat satu kedai ni.Masa nak ambil barang tu ada chinese girl ni minta i punya kad pengenalan.I dah perasan masa dia tengok gambar i di kad pengenalan tu, dia padang gambar kad i tu and padang i dua kali.I senyum and dah terfikir sure chinese girl tu cam confius...mana dia tak confius, meh i tunjuk gambar kad pengenalan i...

Kalau u tengok ni and nak gelak..sila kan... :-)
Like macam budak sekolah kan..
Gambar ni kalau tak silap masa umur i 20/21yrs old.
Sebab tu dulu i tak suka nak ambil gambar taw, muka i nampak cam budak.

Berbeza kan dengan gambar i di atas..
Chinese girl tengok i tadi macam ni
la dia tak percaya..
Rasanya kena tukar gambar kad pengenalan lain la kot.Sebab ketara sangat kan berbezanya.Tapi tak kan nak kena muka macam dalam gambar kad pengenalan tu baru nak percaya kan.

Satu hal lagi, ituari masalah dengan gambar lesen kereta i.Selalu juga la bila kena tahan masa JPJ buat roadblock, pegawai yang tahan tu akan tengok gambar i and tengok i pastu dia sendiri jawab walaupun dia belum tanya i apa-apa...

"Owh ni dulu la ni kan...sekarang dah lain...."senyum-senyum pandang i

I pun buat-buat gelak...

Gambar lesen dah ditukar.
Lebih ayu bertudung,
gambar sebelum ni macam ranggi sikit kot
free hair
:-)

0 comments:

Post a Comment