Sunday, February 26, 2012

Hujung minggu hanya Bertiga

Hari minggu yang sunyi sikit..Mr Izham,hari sabtu pagi-pagi membuta dah ke outstation..event kolej.
Malam ni kot baru sampai rumah.
Ma, Ayah de, Kak Ros dan 3 orang watak kartun,Tasha,Esha dan demok Mia ke Terengganu.Nanti malam balik kot.

So tinggal la i,Kakak Ieka and handsome 'boy' Abah.Kami kena tinggal....sob ;(
Tinggal bertiga tapi macam tinggal berdua handsome 'boy' Abah bukannya jenis boleh duduk rumah goyang kaki.Macam biasa,hobi tetap menjadi hobi, pergi memancing ngan geng dia.
Bila dah tinggal berdua je ngn kakak rasa sunyi je.Nasib baik ada Astro dan internet peneman jiwa.I online and kakak Ieka pun online.Mula la jadi orang bisu duk mengadap apa benda ntah kat depan laptop masing-masing.Mengadap sangat pun tak bagus juga kan.Juling mata nanti.

Pagi-pagi i and Kakak Ieka gotong-royong kemas rumah.I bahagian dapur dan kakak Ieka bahagian ruang tamu.I basuh baju and kakak Ieka jemur baju.Bagus kan.Dekat pukul 11, masa untuk i memasak.Masak lebih terus, mana la tahu nanti Mr Izham or Rombongan Cik Kiah dari Terengganu pun balik awal kan.Tengok dalam peti ada sotong,udang,ikan,daging dan sayur kangkung.Tenung ke semua bahan dalam masa 2 minit, terus dah terbayang menu apa nak masak.Siang ikan,potong daging dan sediakan bahan siap-siap baru boleh start masak.Baru kerja memasak teratur.Tak ada la nanti nak terkejar ambil garam, ambil itu ambil ini la, bila tengah memasak.Silapnya nanti ada la pula tak cukup satu bahan perasa.

cooking~
Dalam 1 jam lebih kot, semuanya terhidang di meja.Penat~ tapi tak apa, untuk yang tersayang makan sedap dan kenyang, penat tu letak tepi.Bila yang tersayang menyandar kekenyangan di kerusi after makan, itu yang bermakna :)

Kerabu Seafood

Antara menu masakan minggu ni, Kari Daging, Kerabu Seafood (sotong+udang) Kangkung Goreng Belacan dan ikan goreng.Setelah terhidang, panggil handsome 'boy' Abah makan sebelum dia pergi memancing.

Dah lewat petang, masih tak sampai lagi Mr izham, Ma, Ayah de, Kak Ros, Tasha, Esha dan Mia.Lambatnya  diaorang sampai.Tu kakak Ieka baru nak makan nasi.Ambil nasi makan depan TV.Di tanya dia,maksu tak nak makan ke?I tak nak makan nasi kot. cuma makan kerabu seafood je sambil taip entry ni.Pedasnyaaaa :) tapi nasib baik 'not bad' sedap :) 

Bila terdengar bunyi enjin kereta lalu depan rumah, i dengan panjang leher memandang ke luar tingkap,kot mereka dah sampai.Belum maaa :( Bila tinggal berdua ni, baru lah rasa kurang serinya rumah ni.Rindu~

Dah la, i nak clean makeup brushes.Wajib cuci after pakai ya...


*Curi-curi guna Camera Nikon Mr Izham.Sampai ke dapur i bawa :)

Friday, February 17, 2012

MiaOhMia|"Harapkan pagar,pagar makan padi"

Kalau keluar tajuk Mia Oh Mia, sudah pasti lah entry ini kisah my niece yang gebu tu.


Kisah satu malam,

Mia dah lena tidur.
Kak Ros minta i tengok-tengokkan Mia,
nak ke rumah Mak (mak mertua kak ros)

I tengok astro with Tasha and Kakak.
Banyak pula cerita best malam tu.
Tapi last i tengok sorang-sorang,
dua budak tu dah tertidur depan tv.

Dekat pukul 12, Kak Ros balik.

Kak Ros: "Mia nangis tak?"
i: "tak" (confident je jawap) 

Kak Ros nak masuk bilik tengok Mia,

"Ya Allah...."

Kak Ros: "Meh sini jap tengok"
i: "Kenapa??"


Mia jatuh katil.....
Kak Ros: "Maksu ni tak tengok-tengokkan Mia la ni"
i: "Ya Allah..."
cepat-cepat lari....ambil handphone nak snap gambar,lepas tu baru i angkat Mia letak katil dia balik.
hihi

Yang hairannya,tak dengar langsung Mia nangis ke atau bunyi Mia jatuh ke.
boleh pula dia lena tidur atas lantai tu.
Mengantuk sangat...

Nasib baik katil tu tak tinggi sangat

MiaOhMia...

:)

(Gambar di ambil untuk tatapan Mia bila dah besar nanti,maksu sayang u demok!)

Tuesday, February 14, 2012

Budaya Facebook di Toilet?

Lama tak update blog ni..sebab apa?Malas...
Sekarang rajin sikit.
Meh sini i nak cerita sikit.

Budaya Facebook di Toilet...apa tu?
Orang facebook guna Iphone sambil berak kot :)
tak lah,

Macam ni, ada satu hari tu i ke Megamall.Masuk la toilet jap...ada hal sikit :)
Masa duduk kat dalam tu i tengok macam-macam orang tulis dekat belakang pintu toilet tu.
Dah di zaman Facebook sekarang pun, still ada lagi manusia yang buat gejala conteng pintu toilet.
Kalau zaman dulu tu, tak hairan sangat la sebab zaman tak canggih sangat lagi.
Sekarang zaman budak sekolah pun bawa Iphone pergi sekolah,kan? :)

Sebelum keluar toilet sempat la i baca apa yang mereka tu tulis.
Luahan perasaan rupanya...
tulisan tu tertulis ketidakpuashatinya seorang pekerja terhadap manager nya.
Pekerja kedai mana satu la agaknya yang dekat dengan toilet tu :)
So bukan dari budak sekolah la yang menconteng pintu toilet tu la kan,
budak dah besar and dah kerja pun.
Lepas tu pulanya,i baca lagi ayat di sebelah pihak yang tak puas hati tu,
tertulis,
"kalau tak puas hati, berhenti la...kami pun tak suka nak tengok muka kau"
tulisan tu agaknya, manager tu ke yang tulis??
tak pasti...

macam funny kan? dah besar pun nak conteng pintu toilet lagi :)
maybe tu je kot caranya pekerja tu nak buat luahan,
sebab dia tahu manager dia akan guna toilet yang sama.
Nak cakap face to face, tidak berdaya :)
 
I tersenyum sambil keluar dari toilet.

Selepas dari hari itu, i ada la pergi ke Megamall lagi.
Pergi makan McD :)
Macam biasa la, sure nak ke toilet...nak terkucil.Aircond sejuk.
Kebetulan pula laginya i masuk toilet yang sama.
Nampak la ada yang tambah conteng ayat-ayat kat belakang pintu tu.

I sambil-sambil tu, baca lagi :)
Yang ni kelakar ni,
ada pula yang bawa budaya Facebook...
boleh pula dia pergi tulis kat bawah luahan antara pekerja dan manager tu tadi macam ni,
"LIKE" and "COMMENT : HAHAHA"

Like tu kalau di Facebook, kira macam klik button LIKE status orang la tu :)
dan taip Comment :)

Pesanan i,Budaya Facebook di atas tu jangan di ikut ya 
:)


I dulu pun budak sekolah dan pernah remaja juga
tapi sekali tak pernah rasa nak conteng pintu toilet,
baik di sekolah,mahupun di tandas awam.
Kat dinding rumah pun tak ya
:)

Tuesday, February 7, 2012

Pre-Wedding|Story of Us

Gambar-gambar pre-wedding yang tak plan langsung nak buat.Terbuat secara tiba-tiba masa tu.
Lokasi Pantai Kijal kot namanya.Waktu i and Mr Izham ada job wedding.Sementara nak tunggu pengantin siap sedia untuk shoot outdoor.I, Mr Izham and di temani my niece Kakak, kami bersantai dan bergambar
di sebuah pondok di tepi pantai yang waktu tu cuaca sangat cantik.Rasanya dan berbulan-bulan i siap editing gambar-gambar, masa tu i memang dah plan nak tunggu after kahwin baru nak buat entry ini untuk tatapan Mr Izham.
"Baby...this is special for you from me is ur wife yang Romantik nih :)" Hikhik

Sebuah kisah dua jiwa satu hati dalam melangkah menujunya ke destinasi...

Pelamin Cinta,


Bermulanya di sini, kita pasangan yang di pertemukan dengan izin Allah.
Atas dasar kawan semata-mata.
Namun detik hari ke hari, cinta mula berputik dengan hati jujur dan ikhlas.
Demi menambat kasih dan cinta hatiku , janji temetri haruslah bersyarat...
Nikahi dan jadikanku yang halal buatmu.
Kalau tak...jangan nak berangan..senyumku terukir.

Sepanjang kisah kita bermula....






Tapinya...semua tu lumrah,bak kata orang...adat dalam perhubungan.


Semua itu juga akan membuatkan kita mengenali hati budi antara kita.
Ya...memang diriku macam ni,
sensitif, suka merajuk dan marah tak tentu pasal...
semua tu untuk menguji kuatnya kesabaran dirimu menerimaku seadanya.
Dan dirimu dengan sikap yang kuat cemburu, sentiasa mengawasi setiap langkahku..
membuktikan yang diriku adalah nadi hidupmu.




Kesabaran dirimu membuatkan cinta kita kuat...


Dirimu pernah berkata yang dirimu tak mampu menjanjikan kemewahan andai kita kahwin nanti,
hey, tak apa la...diriku pun tak mengharapkan yang terbaik darimu,
cukup dirimu manjaga mahligai kita dengan baik adanya.
Kita bukan sempurna untuk jadi yang terbaik sayang...

Setiap detik diriku menanti akan tiba diriku yang kan menjadi suri dalam hidupmu.
Percayakan naluri hati, dirimu jodohku yang tersirat dan tersurat semenjak azaliku


Kisah Cinta kita ada suka dan duka...







Ermm,dirimu sedar tak?Itu la kenangan kita....
Dari hari ke bulan dan tahun pertama kita,
Cinta kita masih lagi kuat...





 Walaupun panas,hujan dan badai melanda.
Dirimu tetap memintaku percaya akan janjimu yang telah temetri padaku.
Tetapi diriku dapat merasakan kita tak akan mampu berpanas yang semakin terik,
berhujan yang semakin lebat membasahi dan menongkah badai yang semakin kuat
dalam langkah cinta kita.

Hanya yang mampu...
Ku pohonkan doa kepadaNya,
andai dia jodohku, permudahkan jodohku dengannya
dan andai dirinya bukan jodohku, jauhkan dirinya dariku.

Kalau jodoh tak kemana,








9th Dec 2011
Sahnya lafaz nikahmu menghalalkan jiwa dan raguku untukmu.


Perkahwinan bukan noktah bagi perjuangan hubungan cinta kita, tetapi permulaan bab baru dalam langkah perjalanan cinta kita.Hope kita lagi kuat dalam tempuh seribu dugaan yang lebih besar. Untuk membawa kisah cinta kita ke Pelamin Syurga.
Insyallah.


Sebelum ku akhiri kisah ini,satu pintaku....
Duhai dirimu Suamiku yang tercinta,
 jangan sesekali memungkiri Taklit yang pernah dirimu lafazkan.




Salam sayang dariku...
Suri kehidupanmu.






Percaya pada Takdir.
Untuk mengecapi kebahagiaan jangan mudah berputus asa.
LOVE

Thursday, February 2, 2012

Makan untuk 2 orang :)

Macam je la...umpama atau juga ibarat makan seperti makan untuk dua orang,like orang pragnant.Hakikatnya tidak.

Lunch hour tadi keluar ke bandar ada urusan sikit.Pergi sorang-sorang je.Mr Izham kursus empat hari :(
Memandangkan dah lewat nak pergi makan,i tapau je.Terus terbayang Chicken & Cheese Paratha Hot&Roll dan Chocolate Oreo Black Pearl Cool Blog.Kebetulan lalu dekat Megamall, terus beli.Tapi tu la,selera makan menggila di jiwa.Boleh pula order Chicken & Cheese Paratha dan Sausage Chapatti.Yang dasyatnya extra topping pula tu hikhikhik.Sementara nak tunggu siap,i pergi order Chocolate Oreo Black Pearl Cool Blog.Makan dan minum bila tiap kali berhenti kat traffic Light,terukkkk :)

Lo...padahal i ni batuk-batuk...macam mana boleh minum Cool Blog,itu namanya ubat tambah batuk.Nanti malam tidur mula la tak lena.Tapi tak apa ubat 'tidur ada', ermmm i panggil ubat batuk is ubat tidur.Minum dah banyak tapi tak kurang pun batuk..jadi mengantuk je lebih.Minum ubat batuk,nyenyak tanpa gangguan.So tak risau la kalau batuk mengganggu malam i nanti gara-gara minum cool blog, 'ubat tidur' kan ada :)

Cool Blog dan Sausage Chapati dah habis minum dalam kereta, boleh pula rasa nak makan Tutti Frutti,ya Allah....kenapa ni???Orang kata,makan la selagi boleh makan...esok-esok sakit...ish ish Astafirullahazim..so dengan pejam matanya i singgah Tutti Frutti hikhik

Lepas tu mula kelam kabut nak balik office,jam dah pukul 2:00PM,padahal masuk lunch pukul 2.Lepas tu singgah kat Butik Rara Beauty House.Ambil barang yang i order dan terus speed takut lambat sampai office (jangan tiru aksi ini)

Sampai office...duduk bersandar di kerusi sambil tarik nafas panjang-panjang,penat..batuk-batuk buat i semput jadinya.Nasib baik boss tak masuk office lagi,boleh la sambung makan lagi.

Chicken&Cheese Paratha Hot&Roll with Extra Topping
Tutti Frutti perasa Asli dan Delima
nyum nyum  
Makan,makan dan makan.............


gemuknya....
:)
Kena selalu buat muka macam untuk nampak kurus
:)
Memang kegilaan makan makanan yang ber cheese,mayonis...sedap sangat kot.Okay, esok i tak nak makan banyak dah.Begini lah bila orang kenyang bercakap.Tengok la bila dia lapar balik nanti :)


Bila perut dah kenyang tahap cipan....mula lah,,,,



Mata jadi mata Garfield
mula la tu...
nak tidur je la kerjanya.
Tapi tak boleh....tak elok tidur dalam office.Rosak nama baik company hikhik

Sebelum entry berakhir....flashback sikit menu pagi yang sedap sangat...Nasi Kerabu Makcik kat kampung i yang kalau hari ni makan,pagi esok pasti nak lagi.Kak Ros bungkuskan untuk i.

Last two day before demam tiba-tiba,

Jenis i, kalau kata nak, i nak juga.
After kerja ituari sempat lagi ajak Mr Izham take away Teh Tarik Fantasia PappaRich.
Just take away sebab kena balik cepat, untuk dinner family semperna birthday Abah.
Harganya RM10.90.Terkejut tak harga Teh Tarik semahal tu?Jangan nak terkejut sangat la..Teh Tarik ni special,
ada Aiskrim Teh Tarik di atasnya.
Sedap....minum tanpa tinggal setitis pun, tak habis.. rugi.. :)
Copyright of Google
Aiskrim Teh Tarik,
Special kan?
:)
Entry makan-makan di bawa oleh Mizz Ida dalam siri Makan dan Makan Episod 1 :)

Wednesday, February 1, 2012

Malamku kesorangan...

Empat hari tanpa 'bantal peluk'.Sayang pergi kursus dekat UMP Gambang.Malam ni kena ajak Acha dan kakak teman tidur.I gayat kot tidur sorang-sorang wink!Tambahan pula keadaan diri yang tidak sihat ni.Tiba-tiba demam dan batuk-batuk.

Tak sampai 24hour berjauhan dah rasa rindu sangat.Selalu bersama je,mahunya tak rindu kan.

Sayang cepat balik,i demam~ :(