Thursday, June 30, 2011

GIVEAWAY "NAK SHAWL CHIFFON TAK?" (SUDAH DITUTUP)


Sekarang i kemaruk shawl chiffon pula.Selesa pakai and so so so soft je.Kain pun sejuk je.Warna pun alahai lembut-lembut je.Ituari i dah beli warna purple alahai lembut gitu...pastu beli pula NUDE Color, alahai lembut-lmbut juga warnanya...yang terbaru...tuuuuuu picture kat bawah ni warna hijau ke biru ya?i tak sure.

Alahai...lembut-lembutnya 
Tapi kan macam tak best je i sorang pakai shawl chiffon yang sangat alahaiii lembut-lembut ni.Ada tak siapa-siapa yang minat nak try satu shawl chiffon ni?SATU je taw....so di sini i akan hadiahkan shawl chiffon ni untuk u yang berminat untuk pakai bersama i.Semestinya harus lah perempuan kan.I cari seorang je yang terawal and yang pandai tarik perhatian i.Tarik perhatian macam mana?

Macam niiii..............

I nak u tag picture u bertudung dengan gaya yang tersendiri di sini http://www.facebook.com/rohaida.baharin

Tak kira jenis tudung yang macam mana pun...tak kisahhhh tapi yang penting GAYA TERSENDIRI.

Pada yang terpilih tunggu je i mesej di inbox FB u orait...penyertaan sampai hari Ahad 3th July 2011.

Boleh?

SUDAH DITUTUP YA SAYANG!!

Tuesday, June 28, 2011

KAU SENTUH HATIKU



Love 

Monday, June 27, 2011

BIRTHDAY MIA YANG SANGAT ENJOY

Happy Birthday to Sabariatul Qaseh Nasuha AKA Mia

Maksu love you so much and much and much
muahhhh
 Memang enjoy sangat tapi sekarang hati i yang tak berapa nak enjoy nak upload picture banyak-banyak...3 gambar cukup untuk menunjukkan birthday mia yang sangat enjoy.

:) 
:(

SENDU TANGISANKU

Perit rasa hati di persendakan,rasa sedih tidak tertahan hingga terasa 
sendu setiap tangisanku.
Setiap hariku sering ku pertahankan agar tidak lagi merasai peritnya rasa kecewa,tetapi apakan daya aku manusia biasa tidak terlepas dari perasaan itu.

Apabila tangisanku mula mengalir..terasa sesak di dada dan mata terasa perit tiap kali keluarnya permata-permata tangisanku.Makin ku tahan..makin deras ia mengalir hingga membasahi pipi.

Walaupun sedih dan perit menghadapi semua ini namun ini lah hakikat yang harus ku terima di atas kesilapan yang lalu.Hanya satu yang aku percayai...
kebahagian di tentukan olehNYA.Andai di tentukan kebahagian itu adalah milikku, maka tetaplah ia akan menjadi milikku dan andai kebahagiaan itu bukan milikku, ia tidak akan menjadi milikku hingga kan tak termampu untuk ku kejar lagi....

Sendu lah duhai tangisku...hanya ini bisa melepaskan rasa perit di hati kecilku ini.



Saturday, June 25, 2011

SHOPPING FOR MIA'S BIRTHDAY PARTY


Pukul 1pm ke Megamall, sorang-sorang je.My Bodyguard balik kampung, Temerloh.Ingat nak ajak siapa-siapa teman tapi i rasa baik pergi seorang kot.I ni kalau shopping cerewet sikit.Nanti bawa siapa-siapa teman, kesian pula dia nanti.Kalau shopping with Mr Izham, i gunakan sistem "LALU,SINGGAH,TERPIKAT & BELI" biasanya "TERSHOPPING".Kalau i dah planning nak shopping apa-apa, memang i cerewet lo..

I shopping untuk Birtday Party si baby demok esok, siapa lagi kalau bukan Mia oh Mia.Genap 1 tahun tapi.....tak pandai jalan lagi, demok sangat :-).Party bertemakan tahi cicak,White & Black.Mama mia, Kak Ros yang kasi tahu...semua kena ikut la :-)

Masuk ke Parkson Grand cari White dress untuk Natasha.After that cari untuk i pula, terjumpa shawl black & white yang sangat cute, sesuai sangat dengan tema,terus beli la.


Jalan dan jalan lagi, tiba-tiba terjumpa kereta yang banyak gift ni,maybe Santa Claus tertinggal last Christmas i ingat.Try cari and cari kot ada gift yang sesuai untuk Mia..lama juga la i pusing-pusing keliling kereta ni.Jumpa la juga.

And than...pergi Magic Boo beli fake eyelash yang ada glitter glitter gitu.Nak berparty kan :)


Semua dah beli.Kaki dah kebas-kebas rasa.Dari satu kedai ke satu kedai i jalan..penat.Keluar nampak mini taman depan Megamall, i stop sekejap.Hari ni shopping i bawa shopping beg sendiri, gift dari Skuad Perodua ERA yang datang dekat Teluk Cempedak baru-baru ni.Tak nak ambil plastik, banyak sangat plastik kat rumah.Senang, beli and masukkan dalam satu beg.Hope u pun amalkan juga ya.Kita selamatkan bumi kita :-) peace yaw.

Stop cerita shopping....i nak tunjuk si "Birthday girl" yang dah cukup umur 1 tahun

MIA OH MIA

bersama hadiah hari jadi dari maksu
:-)
Baby tak boleh kasi hadiah besar-besar
:-p
Kasi pose seksi sikit
1 tahun dah kan
ngantuk pula...
Okay okay pergi kat ur mama lah, ngantuk sangat dah tu 

Tak sabar untuk party "Tahi cicak Black & White" esok....nak makan Satayyyy, Pizzaaaa, banyak lagi banyak lagi best best best..Aah i kuat makan sekarang...

Andddd tak sabarnyaaa tunggu bakal Paksu Mia
(tak lama dah kot :p) balik dari kampung and datang rumah celebrate birthday Mia esok.Boleh la i manja-manja rindu... aipp aipp aipp bukan tu bukan tu...boleh makan sama-sama..eew tersasul je kan :-p boleh??

:-)

MY FACEBOOK ACCOUNT TEMPORARILY UNAVAILABE

Biasa ya..
Tiba-tiba akaun Facebook unavailable.Temporarily la katanya.Tengok la kot esok okay kot.

Kalau tak okay juga??

I nak merajuk 
:-(


Friday, June 24, 2011

"TERRR"

MEGAMALL.....macam dah nak bungkus je.Tapi boleh lagi la nak shopping.I lebih suka keluar shopping waktu weekday, tenang dan nyaman.Tak ada budak-budak yang baru nak "up up" membingitkan telinga.Kalau tak i pening kepala tengok budak-budak macam tu.

Hari ni banyak "Ter" ya... :-) tujuannya satu hal je tapi Termelarat pula.

Termasuk Vincci nampak satu wedges..wow...hope minda leh control.Ya berjaya control.Berjalan menuju mencari sesuatu yang sepatutnya, tapi tak ada.Okay fine...

Ternampak ini...

Bukan Rumah Urut ya
RM 1 for 3 minit
RM 5 for 15 minit
RM 3K++ for pakai sampai rosak

Selama ni tengok sebelah mata je, hari ni rasa nak try buat.I bab urut-urut ni memang tak berani nak buat,
takut sakit... :-)
Dah buat, tak ada la sakit tapi geli.Ketawa je sepanjang 3 minit.
Panjang ke 3 minit?
Tinggi sangat kerusi urut ni
:-)

After that..terjalan, terjalan kan lalu pula depan kedai MAGIC BOO, kedai yang menjual aksesori salon.Beli aksesori sikit."Ter" juga tu, sebab tak ada dalam niat pun.

Seterusnya...lalu Butik Citra Ana, terbeli Shawl Chiffon...ada diskaun, tu yang beli.RM 10 je.

Okay rasanya cukup kot setakat tu...keluar dari megamall and nak balik.Dah keluar dari pintu tiba-tiba terbayangkan sesuatu.Tak beli nanti tak boleh tidur malam, kalau tidur sure termimpi-mimpi.Masuk balik la dalam.....

Ceng ceng!!

Wedges lagi...koleksi yang keberapa tak pernah kira ya.Nampak satu flat shoe,simple and cantik.Try la nak beli, asyik heel and wedges je kan tapi tak boleh la, dah biasa pakai heel and wedges..bila pakai flat rasa macam jalan terlompat-lompat.Kalau berjalan sebelah Mr Izham lagi la i rendah nanti.Jangan tunjuk kelemahan diri (tapi tak suruh bangga ngan kelebihan pula ya) Terus beli and macam biasa...terus pakai :-)) seronok tau pakai wedges baru, terasa langkah semakin tinggi je.Kalau u berminat boleh la dapatkan di Vincci, tak mahal pun.Ada 3 jenis color, macam i beli tu, ada black and brown.

Tiba-tiba rasa lapar...konon tak nak makan malam tapi...

Terasa-rasa di setiap deria rasa i, deria manis,masin,masam dan pahit.
API Ayam Penyet
Extra order
Sayur Pecal
Pedas sedap
Sup Rawon
(beef soup)
Indonesia Milk Tea & Green Apple Milk Pudding
I nak minum Indonesia Milk Tea dalam cawan klasik tapi dia kasi gelas pula
Tak nikmat :( 
Pecal ada keropok
Muka pelik je.
Ermm sedappp!
Konon "TER" kan...tiada istilah pun.Tapi betul la...i guna sistem.. LALU, SINGGAH,TERPIKAT AND BELI.= "TERSHOPPING" lariiiii..........

:-)




Wednesday, June 22, 2011

RIMAS DAN TERGANGGU

Kadang-kadang sikap manusia yang sanggup buat apa je,cukup menakutkan i.Tak di layan di katakan sombong, perasan cantik, macam bagus..err whatever dan kalau di layan menjadi-jadi pula.Sekali lagi i terganggu dengan lelaki yang berperangai pelik.Sebelum ni sering kali ada je lelaki yang datang office cuba untuk mendekati.Hanya minta i tunaikan permintaannya untuk keluar bersamanya hanya cukup sekali.Ya Allah..apa masalah ngan lelaki tu.Hingga sanggup tunggu i di luar office hingga i keluar.Sampaikan i tak boleh nak keluar for lunch.Gila betul.Ingat i apa..ingat semua laki i nak layan and keluar bersama.Sorry to say okay!

Lepas di ganggu dengan lelaki A..i sekali lagi di datangi oleh lelaki lain,lelaki B.Walaupun i dah berapa kali mengelak, tiba-tiba dia muncul di depan office i cuba memaksa untuk i cuba menerima dia.Rasa macam nak nangis pun ada.Tapi i cuba untuk tenang.Menjauhkan diri dari lelaki B tu secara baik-baik.I terpaksa ceritakan pada abang sulong i hal semua ni.Abang i sangat risau and pesan kalau ada lagi lelaki-lelaki yang mengganggu cuma inform pada dia, dia akan uruskan semuanya.Abang i boleh bertukar jadi Ultraman Kuantan, jangan berani-berani ya :))

Tak cukup lagi...EXBOYFRIEND pula yang selalu sangat melawat i di office.Tak dapat bercakap dengan i, dapat lalu depan office pun jadi la kot.Nak di katakan tiap-tiap hari.Naik rimas.Sampaikan boss i sendiri dah perasan and tanya, why lelaki tu selalu laluan sini.Mula-mula i bohong kasi tahu yang i tak kenal lelaki tu tapi dah selalu sangat dia lalu and tiap kali tu la boss i tanya..i kasi tahu la juga.Nanti tak pasal-pasal boss i fikir yang i ni layan ramai lelaki.Ish please lah!Masalahnya pula EXBOYFRIEND i tu dah kahwin and ada anak pun.Maybe dia fikir still nak berkawan.Ya ya...tapi kalau nak kawan pun, rasanya tak payah kot nak lalu and singgah office i hari-hari.Ingat i ni tak reti erti kerimasan ke.Yang ni memang dia tak stop...sebab baru semalam i nampak lagi dia laluan depan office i.Biar la dia..esok-esok dia letih, dia stop sendiri la kot.Tapi jangan sampai wife dia dapat tahu cukup.Nanti mula la...."Kalau perempuan tak layan tak menjadi!!!" excuse me....not me okay.

Dan yang terbaru....inggatkan i boleh tenang la.Semalam...ermmm ada lelaki ni datang office i nak tanya pasal Alarm System pada boss i.Tapi kan...petang dia ada call office and kononnya nak tanya i lagi pasal Alarm tu sebab tak faham bos i explain.I ni kasi tahu la, kalau nak tahu detail minta dia call my tedchnicians.I ni sms la nombor technician i kat dia.I guna handphone office.Tiba-tiba pula nak minta no handphone i.Apa masalah pula lelaki ni, i kasi tahu yang i tak boleh kasi, eh bertanya pula why i tak boleh kasi.I terus cakap i dah bertunang.Senang habis cerita.Dia mula tanya, yang selalu datang jumpa i di office tunang i ke???aiii SELALU???erm di situ dia sudah kantoikan diri sendiri.I tanya dia...selalu ada kat area office i ke kan.Last dia mengaku yang dia sebenarnya beranikan diri and pura-pura masuk office i bertanya pasal alarm tu semuanya sebab nak tengok i je.Ya allah.....tertipu la boss i tu semalam.Punya la dia dah kasi sebut harga, kasi itu kasi ini.Penipu rupanya.Dia terus terang lagi, katanya dia pernah ke bengkel spray kereta yang ada dekat-dekat ngan office i and dia ternampak i.Pertama kali nampak dia dah terpikat.Wow ayat...sorry la bro,ayat lama tu.I tak makan puji okay.


Tak kisah la u terpikat ke apa ke, i tak berminat.Dia sms banyak kali, i ignore je.Tapi tiba-tiba dia call la pula and I terpadang dekat luar and nampak dia lalu depan office i.I takut la, dah la seorang diri kat office.I cepat-cepat lock door access and sambil berdoa, ya allah selamatkan la i dari lelaki pelik itu :))

I balik rumah ceritakan pada Abah, Ma and Kak Ros.Semua suruh i hati-hati.Kak Ros cakap kena cari seorang bodyguard la macam ni, buat lawak la tewww.Mampu ke nak bayar gaji.

I bukan rasa diri ni bagus ke cantik sangat ke (nak rasa comel sikit boleh??) tapi i pelik why i selalu di ganggu macam ni.I rimas dan rasa terganggu sangat.Kemon la masing-masing dah besar kan, boleh fikir matang dah kot.Ganggu orang ni kalau ikut akta undang-undang, leh kena sebat taw (yeke)
Hope hari ni lelaki tu dah tak ganggu i lagi.

Kena cepat kahwin la kot (Mr Izham, please take note)

:)

Tuesday, June 21, 2011

GARA-GARA SANGGUL TINGGI...

Kepala i tersangkut waktu masuk dan keluar dari kereta.Hari ni rasanya dari pagi asyik tersangkut kepala di ruang pintu nak masuk kereta,semuanya gara-gara i bersanggul tinggi.Maybe terlebih tinggi dari biasa.Waktu nak cepat-cepat pergi kerja, nak masuk dalam kereta sekali tersangkut sanggul i.Tersenget jadinya."Ishh" marah pada sanggul, why time nak cepat tersangkut pula.
Okay itu tak apa lagi, cerita petang tadi.....after work ke Coffee Street untuk minum petang.Sampai park kereta, i cuba untuk keluar dari kereta dengan penuh gaya...ya seorang perempuan kena penuh dengan gaya..jangan bersepah sangat langkahnya..
tetapi....gara-gara sanggul tinggi kepala i sekali lagi tersangkut pada atas ruang pintu, sampai nak ke belakang dah kepala i...malu pada orang yang melihatnya,rasa nak buat-buat pengsan je.


Esok i kena pastikan sanggul i tidak setinggi hari ini.



Bagaimana nak bersanggul tinggi, walaupun dengan berambut pendek..?
dan tanpa sanggul instant?
I ada caranya.Kalau i rajin i tunjuk tutorial
kalau rajin ya

:)

Monday, June 20, 2011

OUTING AT TELUK CEMPEDAK

Bawa Natasha ke KFC Teluk Cempedak..dia nak makan KFC.
Mr Izham belanja, i pun tumpang sekaki juga la.
I suka makan sekarang..nanti tak muat baju kahwin baru tahu
aipppp 

Budak Natasha makan KFC
KFC Krusher Strawberry Banana i punya..sedap sangat
Kalau dah jumpa camera
I suruh ambilkan lipstick dalam handbeg, di pakainya dulu
(cha, bf tengok tu)
Lepas makan...sesi bergambar di tepian pantai..cuaca lepas hujan yang damai...

Tengok kan?bila dia dah dapat pegang kamera
Gitu la gayanya
ini antara dia ngn Mr Izham
Hey...sangat best..i tak dapat join sebab kalau i join siapa nak shoot gambar kami
Jangan main pasir ya!
Marah tak jadi nak marah
Eleh..ingat mereka je nak bergambar kan...i pun nak juga

Mr Izham says:"Cuba duduk tu sopan sikit"
I jawab kan..."Ala kamon la"
:)
Okay fine...
sopan
Hari ni i nak pose duduk je..sebab urat pinggang semakin menjadi sakitnya
:)
"Lek luuu...i tak ready lagi"
I memang kalau boleh nak ambil gambar muka nak serius..
baru tak nampak pipi apple i tu.
senyum sikit je..hurmmmm
(-____-)
Orang suruh jawab kuiz, i tak nak..sebab i tahu sure i tak dapat punya,
i jenis tak berapa luck kot..cabutan bertuah pun tak pernah dapat
:)
tak nak taip caption apa-apa
:)

Ini sahaja antara gambar-gambar yang ada..nanti la i up kat Facebook pula.Dah lama rasanya tak create album kat Facebook.








Muah...night kiss

Saturday, June 18, 2011

NASI AYAM PENYET SEDAP TAPI MAKAN DENGAN MOOD YANG TAK OKAY

Biasa la sedangkan lidah lagi tergigit...abaikan yang itu..
Walaupun dalam keadaan "lidah tergigit" i cuba makan dengan tenang...

1st time i try makan Nasi Ayam Penyet.Sebab kat Kuantan ni rasanya tak ada sangat la sebelum ni.Kot ada tapi i tak berapa tahu la agaknya.Tak survey sangat Restoran mana ada jual.
So now ada satu Restoran API Ayam Peyet dah ada di buka di Megamall Kuantan.


Sedap sangat..tak rugi makan

Extra order..Bakso Berkuah.Pun sedap sangat
Honey Dew
Blue Coral
Yang best air-air ni, ada macam biji-biji hitam yang sangat best gigit.Kenyal-kenyal je rasanya.Biji sagu besar kot.

Nanti nak pergi lagi makan and nak minta extra sambal...sambal dia memang best.Nak bayar pun beratur lama tadi.

:-)

HEY..BILA LELAKI MULA SHOPPING..

Tujuan nak pergi makan satay Zul kat Jelita tapi terlajak ke ECM.Terlajak dan ter "shopping"
Bukan i tapi.......

si dia,

Dah smart tapi saiznya tak ngam pula..besar...nasib baik tak ada saiz..nanti kasi untung Quicksilver je
:)
I like....
erm..yang ni i kurang berkenan 
Yang ni smart....i suka
Bila si dia shopping i jadi guard di luar fitting room
"dah?belum?"
"keluar la nak tengok..."

Si dia tu...macam anak dara test baju
apa yang i pegang tu?
SEED dh bt "undeng-undeng" baru...kasi tag no berapa helai baju kita nak test
si dia test 2 helai baju so dapat tag no 2..
kalau 10 helai dapat no 10 la
Guard yang hanya menunggu di luar fitting room
(pssstt tadi i skodeng si dia salin baju..agak-agak naik ketimbir kat mata tak)
hey..i joking je.
I shopping apa??

Tadi hampir-hampir nak beli heel kat Vincci tapi i takut ma i marah la sebab baru je beli dua pasang baru-baru ni.Tunggu masuk bulan depan..kalau ma marah, i kasi tahu la..
"ituari beli untuk bulan 6, ini bulan 7 punya pula"

Tadi i beli eyeshadow dekat Stage.Now Stage ada buat promosi beli dua barang dengan harga RM 20 tapi kalu beli satu dengan harga asal la.Eyeshadow Stage harganya RM 45, tadi i beli dua dengan harga promosi hanya RM 20.U pergi la Stage esok..cepat-cepat nanti habis.Nak pakai Member card i pun boleh, 
kasi tahu je ya..i kasi u guna :-)

Tadi tujuan nak makan satay Zul kat Jelita kan...
After shopping di ECM, kami pergi Jelita.Jelita yang berada di Jalan Abd.Aziz Kuantan,berhadapan dengan Public Bank.

Ini satay Zul..cawangan yang ada di Jelita.Restoran besar dia ada di jalan Teluk Sisek
Sedap..memang tak rugi
Limbo..jus Apple bersama asam boi dan limau kasturi
aww sedepppp
Kebab Pita ayam Sahara
i punya
Konon nak makan satay je kan...
tangan gatal mengambil nasi lemak..
si dia tak tahan dengan haruman nasi lemak berbungkuskan daun pisang yang sedap ni,
so bukan tujuan ke Jelita hanya memakan satay zul tapi lebih dari itu.
Sempat dia berkata..
"aci tak kalau petang ni kita makan banyak and esok kita makan sikit"
tak tahu dia ambil kat mana ayat tu
Eh la..dah habis dah gambarnya.....
so.....habis lah ceritanya

Esok lunch nak pergi makan Nasi Ayam Penyet kat Megamall pula

:-)