Saturday, April 30, 2011

CERITA PAGI SABTU....

Pagi sabtu di office.Macam biasa mood kerja half day lain macam sikit.Semangat je pagi-pagi sebab waktu kerja sampai pukul 1:00 pm je.Pakai baju yang simple je la, kalau boleh i nak pakai tight and t-shirt je nak pergi office tapi beragak sikit la kot, ingat nak bersantai ke taman ke.
Long dress,Kemeja and Shawl ala Puteri Mesir
Macam biasa juga, pagi-pagi la baru nak pilih baju apa nak pakai.Biasa after makeup.Tak tahu baju apa dah nak pakai.Naik boring pula nak pakai baju yang sama.Makin beli baju, rasa macam tak ada baju nak pakai.Main mix and match je la yang mana agak tak pelik sangat di mata orang and paling penting i selesa.

Actually nak story pasal semalam pergi shopping after kerja.I bawa Bodyguard Body Tegap.Bukan takut orang culik i tapi untuk bawa beg shopping i..(Badan Tegap cuma bawa beg shopping je ke)

KFC OR Chicken Chop
Sedap!
Sebelum shopping bermula..I nak makan dulu sebab lapar sangat.Dari pagi minum soya je.Masa otw ke Kuantan Parade, i sempat tidur sekejap sebab rasa badan no energy..lapar+ngatuk.Sampai naik pening, maybe perut dah masuk angin.After makan i pergi butik baju, nak cari baju untuk pakai di majlis kawan i Umi yang nak kahwin hari ahad ni,esok la.Cari cari cari...last jumpa.Bodyguard dengan baik hatinya nak belanja.Katanya, kira masuk buku 555 dia dulu, nanti sampai masa bayar balik.Ternganga mulut i.Pandai berguraunya dia..........Baju dah beli and nak cari shawl pula nak pakai ngan baju tu..Pergi booth yang baru buka kat ruang legar, siap kuarkan baju nak cari shawl yang sesuai.Akak jual shawl tu puji cantik baju i beli.Sukanya...sebab akak tu dah puji so i beli la 2 pasang shawl.Salah satu i dah pakai dalam gambar yang pertama di atas tu.Macam gaya Puteri Mesir (i sebenarnya tak pernah tengok puteri mesir macam mana, tapi main rasa dari firasat je..boleh la..) 
Selepas selesai beli baju, dari Kuantan Parade..i pergi pula ke East Coast Mall untuk cari hadiah untuk Umi.Kat ECM ada Parkson Grand..i nak cari hadiah kat situ, banyak pilihan sikit kot..
Jom ikut i.......................
Bodyguard Badan Tegap
(Dia sebagai pengawal tapi kami selalu bergaduh)

I kalau bab nak shopping memang suka sangat, jalan pun laju je.Kadang i tinggal je bodyguard i jalan belakang, kira dia awasi i dari belakang la.Kadang-kadang dia pula jalan laju ke depan..time tu i tak dapat nak kejar..kaki dia panjang, laju sangat jalanya.Pastu i muncung la, tanya dia..pergi shopping sorang-sorang ke???
Ah merajuk!
Terjumpa beg yang sesuai dengan baju i tapi mahal,tak nak la beli. 
Dah dapat hadiah untuk Umi
After cari hadiah untuk Umi, sempat juga i singgah SASA.Ada beli barang sikit.Okay dah settle semuanya.I dah penat.Dari pagi kerja, after kerja shopping and pukul 9:30pm baru balik.

Penat shopping apa la sangat kan...bila balik tengok apa yang di beli,hilang segala penat.Yang keluar duit la penat sikit kot, tengok wallet kosong..dushhh!!

Okay dah habis cerita, nak update makeup baru di  I LOVE MAKEUP

Selamat Hari Pekerja! Happy Holiday!

Friday, April 29, 2011

5 minit!

Dari tadi asyik update kat blog I LOVEMAKEUP
rasa tak lengkap tak taip apa-apa kat blog ni.
Taip sikit je ni..jap lagi nak kuar shopping sikit with sayang..
(rasanya dah lama tak keluar bersama)
Nak cari hadiah untuk kawan i Umi nak kawin pada hari ahad ni,
nak shopping baju untuk pakai pergi majlis dia juga, sebab i dah tak ada baju nak pakai.
I pemalas sikit nak beli kain pasang and nak upah jahit.Setahun boleh kira berapa kali je.
Nak shopping apa lagi ea??
Haa..biasa la benda wajib..Pasmina!
Pastu ada la sikit-sikit lagi.
Tapi yang paling utama nak ajak sayang makan dulu,
sebab dari pagi cuma minum soya je..
Lapar!
Nak pergi dah....

Okay sayang i dah siap..........jom jom jom. 

Thursday, April 28, 2011

Selamat pagi...

Selamat pagi untuk i...celik mata awal sikit pagi ni sebab tiba-tiba sakit perut.Bangun laju je menuju ke toilet.Kalau tak tunggu ma kejutkan baru nak bangun (tak malu..umur dah 28th) i suka dengar suara ma kejut pagi-pagi.

After mandi dan solat..i kejutkan budak-budak sekolah.Kak Ros kerja shift pagi so i la kena uruskan budak-budak sekolah tu.Yang seorang tak la susah nak bangun.Yang sorang lagi tu memang dah terpahat di otak dia akan malas ke sekolah bila mama dia tak ada uruskan dia.

Sementara tunggu acha siap mandi i sediakan sarapan..
Roti kapit cheese 
Memang kegemaran seisi family i ni.Itu pun tunggu i rajin buat.Kak Ros and Ma cakap i buat roti kapit cheese   sedap, tu yang selalu tunggu i buat.Alasan la tu..padahal Kak Ros and Ma malas nak buat.Senang je pun.Ambil roti 2 keping, letak kepingan cheese, celup telur and goreng.

Acha makan banyak...dia tu 'orang putih' suka la makanan macam ni.Nasi tak makan sangat.Dia makan and pergi sekolah.Yang si Echa pula..dah makan tapi malas pergi sekolah..nak mama dia cakap.

"Owh..malas pergi sekolah ya, keluarkan balik roti kapit cheese maksu yang u makan tu"
"tak 'boyeh' maksu....."

Budak Echa ni memang susah pujuk.

Abah balik dari masjid...dia pergi tengok anak-anak arnab kami.Berita sedih..seekor lagi arnab dah mati sebab cirit-birit.Dalam 3 hari lepas dah seekor mati.I nangis juga la.Ya la dah selalu main-main ngan arnab tu..mati tiba-tiba.Yang mati tu Pato dan Yula.Dah tinggal 2 ekor Pocoya dan Ely.

Tapi itu hari Kak Ros ada beli lagi dua ekor arnab...Sepatutnya semua enam ekor tapi sekarang dah tinggal 4 ekor.


Nama mereka Nobita dan Sizuka..salah seekor tu mulanya terkena cirit birit juga.Tapi tak melarat sangat.Pagi tadi i tengok dia cergas sikit.Hope dia sembuh sepenuhnya.Rutin i sekarang sebelum pergi kerja and balik kerja mesti nak main-main ngan mereka.

Okay stop sini dulu....sebelum tu nak tunjuk gambar budak letih tidur

Mia oh Mia...

I Love My Family......

Tuesday, April 26, 2011

CELOTEH-CELOTEH DI YAHOO MESSENGER

Waktu-waktu yang buat i sesak otak..going crazy i suka chating dengan kawan-kawan i kat Yahoo Messenger (YM).Biasanya after lunch bila i sorang-sorang kat office dan bila masa buat kerja mata mula mengatuk, i ajak la kawan-kawan chating.Hilang terus ngatuk.

Kawan chating yang pertama, nama dia Fiza.Nama ayah kitaorang sama cuma satu huruf je membezakan sikit.Abah i nama BAHARIN, ayah dia nama BAHAREN.Kira cam dekat-dekat nak jadi adik-beradik dah.
Si Fiza ni kerja Penang..so kami selalu berhubung melalui YM la.Macam mana dia busy pun kan tetap boleh reply message i.Kami ni selalu la cite masalah masing-masing yang tak habis-habis.Dia punya masalah ada juga habis sikit-sikit.I punya masalah je tak habis-habis.Lepas tu kami suka story pasal makan.Dia la gila makan.Sebab badan dia tak apa, makan banyak pun kecik cam tu juga.I cuma mampu cakap 'sedapnya' 'sedapnya' pastu tertelan air liur depan PC je sebab i selalu on diet.

Celoteh bersama Fiza:

Fiza LuNa: tadi lunch aku mkn nasik goreng keta,

Fiza LuNa: ketam'
Fiza LuNa: sedap

kasih_honey83: sedapnye
kasih_honey83: bpa $ seekor

Fiza LuNa: nasik goreng ketam,
Fiza LuNa: 6.50
Fiza LuNa: sedap
Fiza LuNa: hehehe

Fiza LuNa: isi ketam ader

kasih_honey83: owh..mknanye isi2 ketam la
kasih_honey83: aku igt lauk ketam sekor2 tu
Fiza LuNa: hehehe

kasih_honey83: aku x prsan ko taip nasi goreng
kasih_honey83: petang-petang aku slow sikit hihihi

Yang sorang ni pula kawan i Miss Fetty.Dia pula kerja KL.Yang ini kalau chat dengan dia..jawabnya tunggu la 4 jam kot baru dia reply.Busy sangat dia.Tapi kalau dia free..memang banyak la cerita dia taip sampai tak muat space.Hari ni dia buat i yang sesak otak ni, ketawa kuat-kuat.Orang tak ada kat office best la ketawa.Kalau bos ada, ketawa dalam hati je la.Tak pun mulut je ternganga..suara tak bunyi pun.Nanti bos dengar pula.

Celoteh bersama Fetty yang buat i ketawa kuat-kuat:

kasih_honey83: u dh mkn chicken chop kFC?i rsa nk mkn p on diet.aishh xtahan betul

kasih_honey83: dah la pizza bt 50% diskaun kan
kasih_honey83: sje je bt rsa nk mkn
 
fetty libra: ye ke ada discount

fetty libra: x tau pun
fetty libra: i x mkn pun chicken chop kat kfc
fetty libra: x rasa nk mkn lg
fetty libra: i jarang tgk tv lo

fetty libra: tgk kejora dan bintang jer
fetty libra: hahahaha

kasih_honey83: dlm iklan tv ada kuar lo
kasih_honey83: aah kan..sbb lgi..msa iklan u pergi dpur la..msuk bilik la
 
fetty libra: hahahha...
 
kasih_honey83: bukan x tgok tv..tapi u x tgok iklan lo...
 
fetty libra: semalam i beli susu kmbing Higoat tu

fetty libra: i kan selalu skit perut
fetty libra: mak suh minum susu tu

kasih_honey83: bau kmbing x?

fetty libra: x ..tp i bayangkan kmbing..jd rasa mcm kmbing duk sebelah

fetty libra: hahhaha

kasih_honey83: hahaha

kasih_honey83: ya allah
kasih_honey83: u,,,buat i ketawa kuat2 dh ni

Muda sekejap rasa bila ketawa banyak ni. 

DAH LAMA TAK BELI SELENDANG

Dah lama kot tak buat tabiat buruk,setiap kali pergi shopping complex mesti wajib beli selendang,sebulan rasanya banyak juga la beli.Try tak nak boros kot.Ye ke ida??bukan tak jumpa selendang yang berkenan??

Semalam teman Kak Ros pergi shopping kat Al-Ikhsan, dia nak beli kasut and seluar.Nurse pun nak sukaneka tak lama lagi katanya.After tu dia ajak pergi Kuantan Parade.I as driver la.Sampai pintu masuk..terus nampak booth jual selendang.I tak belok kiri kanan dah.Menuju terus....
cari cari cari cari...jumpa 2 helai selendang jenis Pashmina yang berkenan.Memang i suka pakai pashmina sebab tak payah nak iron.Kalau orang tak biasa pakai memang sikit panas la sebab kain tebal sikit kot.For me okay je..panas tak apa..tak mau la jadi ustazah kat sini


Semalam beli kan..hari ni terus pakai yang salah satu

macam kain pelikat.Kemelayuan betul i kan (perasan orang thailand ke?)
dulu cikgu i pernah cakap i like orang thailand (buka cerita lama pula kat sini)
tak ada kena mengena la Ida.Okay okay...
I suka warna pashmina ni..cool je.
(kena la ngan muka i yang sekarang try untuk hidup tenang)
Pashmina dan sanggul tinggi sudah menjadi trademark i
Yang satu lagi corak yang sama cuma warna je lain sikit.Tamak kan.Itu pun dah try untuk tidak boros.Kalau ikut berkenan 3 pashmina.Nak beli tiga-tiga dalam satu masa, nampak sangat sifat boros i.Yang satu lagi tu tolak dulu, cuma ambil dua je.Tapi rasa nak pergi beli je hari ini,cantik!(tak apa je kan..beli hari lain,tak kira boros kot)dushhhh!!!

Thanks to Kak Ros sebab belanja pashmina semalam
(sebab tu ambil 2 pasang je)  

Monday, April 25, 2011

Erm.........

Tak suka! Tak suka! Tak suka!!


Eiiiiiii
Geram! Geram! Geram!!

Kenapa????

Gaduh dengan sayang Geram masalah parut jerawat kat pipi yang dah lama tapi tak hilang-hilang...

Friday, April 22, 2011

MELEBIHKAN MACAM MAK ANDAM PULA

Nak buat macam mana dah minat kot.
Pandai sikit-sikit je.
Ada la juga simpan sikit impian nak jadi jurumakeup..
jurumakeup ada style lah!
;-p
Terlebih sudah....
Insyallah kalau ada rezeki..

Ada dua entry dah di update di 


Tunjuk gambar sikit

NAK TENGOK KLIK LINK DI BAWAH YA
NAK TENGOK KLIK LINK DI BAWAH YA

BERTAMBAH LAGI 2 EKOR KAWAN-KAWAN ACHA DAN ESHA

Dah cukup 4 ekor semuanye.
Keempat-empatnya bernama..
POCOYO,PATO,YULA&ELY
Comel kan nama...sebabnya budak Acha and Echa suka sangat tengok cerita kartun Pocoyo kat channel 613 Astro.Tengok youtube bawah tu..nakal je macam dua budak tu la.

Yang i pun dah jadi rutin pula bangun pagi pergi jumpa
'budak-budak' putih ni.Suka....

manja....

manja kan..asal belai je terus lentok..macam i kot
opssss
i cakap kot je la....

"eii omotnye...hari ahad kita mandi ya...mama belikan u syampoo sunsilk"
guna jari pun boleh....
"alalala....antuk ya"
I bukan keseorangan taw..ada yang menemani.Dia pun sama la pagi-pagi dah menjerit depan pintu rumah Pocoyo and Friends ni.

Siapa lagi.....korean look ni la.
haa tengok..siap berdiri lagi tu.Bukan main lasak..terbalik stroller u tu baru taw.
Maksu gelak je ea...
Sambil-sambil makan biskut..
kena jaga-jaga..takut ingat dia makan biskut kan..entah-entah makan  taik arnab..
uihhhh jangan mia..pitam nanti.
Kalau boleh dia nak masuk dalam rumah Pocoyo and Friends tu..

Tapi telah di ikat dengan strollerbelt...

Nak sangat masuk kan..
tunggu nanti mama u kerja shift malam,time tu sure u meragam nak tidur sebab tak boleh icap cucu mama u kan..
maksu taruk u dalam ni.
Jaga mia.....akut.....
 Gara-gara layan Pocoyo,Yula,Pato and Ely (tak tahu mana satu sebab same color,main panggil je)
I rushing pergi kerja.

Thursday, April 21, 2011

Arghhh...

I penat memikirkan sesuatu..
tetapi sesuatu itu memaksa i untuk berfikir dan berfikir.
I memang jenis yang cepat rapuh, cepat down bila sesuatu yang berat terpaksa i tanggung,
tapi i tetap nak cari cara untuk atasi..kalau boleh nak semuanya baik dan selamat.
Ya..i seorang yang sensitif, cepat terasa, cepat nangis, cepat marah, cepat rasa nak mengalah,
walaupun dari dasar lubuk hati i nak kan sesuatu yang terbaik untuk diri dan untuk masa depan i.
Memang orang cakap,setiap masalah ada jalan penyelesaian tapi bagi i, rasa macam mustahil sangat untuk selesaikan sesuatu masalah yang i anggap berat tu.Maybe kalau ya pun..akan okay sikit je la..itupun sekejap buat i rasa lega kot..and lepas tu masalah tu akan kembali dan kembali semula.
I tak tahu macam mana nak selesaikan semua ni..
sebab semua ini memang masalah dari i tetapi...
jalan penyelesaian atas dasar sebaliknya.
I cepat sakit bila stress..badan jadi lemah, tak sihat dan rasa macam away tak tahu apa yang i buat.
Kadang-kadang drive kereta rasa macam terkhayal, sedar-sedar dah sampai rumah...uhhh bahaya kan.
Kadang-kadang out of control, I marah-marah...mood tak menentu.
.Rasakan orang di sekeliling i macam sengaja nak sakitkan hati i.
Akan terjadi lah kesilapan yang kecil menjadi besar bagi i.
Orang tak salah pun, i marah-marah dia.So pity kan..kesian dia kan.
I cuba untuk control myself...tak nak terlalu ikutkan hati..
Tenang...tarik nafas panjang-panjang..
tapi....tapi...
Something tetap buat i rasa err tak boleh tahan
and i terpaksa bersuara...
dan...
bila i bersuara 
macam-macam akan jadi..
Oh no...how can i do??
I tak tahu..luah salah and tak luah, i going crazy..eew.
Hope...
Tuhan kasi i kekuatan demi kekuatan untuk i hadapi 
segala dan segala 
ujian 
yang sentiasa silih berganti datang menguji i.
"waduh..kok pening nih"
Ini bukan muka nak nangis..
Ini muka
"Ada i kisah..."

Okay...Ida,u boleh kuat kot..eiiii tak suka lah!

Semua terganggu..mood makeup pun terganggu Klik sini

Wednesday, April 20, 2011

DIA

Bila i lewat ke office i akan drive laju sangat...tak percaya ke?Tadi pagi saje la kot drive sambil buka tingkap nak kasi kereta lagi laju, lagi power (siapa ajar tu?)...sampai di trafic light merah, i stop dan tiba-tiba dapat sergahan dari...

"Amboi....bukan main bawa kereta laju ye..saya ada ajar ke dulu??"

Sergahan cinta dari bekasan cinta sejati dulu yang merangkap orang yang mula-mula ajar i bawa kereta.Dia bawa motor stop tepi i.

Betul la dia cakap..dia tak pernah ajar i drive laju..dia cuma ajar i masuk gear 1 dan jalan depan...masuk gear undur dan undur belakang....selebihnya...

"Kalau i ikut je apa yang awak ajar dulu..petang nanti baru i sampai office tau tak..wekkk"

Lampu dah hijau i masuk gear 1 dan jalan seperti yang dia ajar dulu....

Kami ketawa mesra kini sekadar kawan....

Setiap apa berlaku jangan sekali jadikan dendam...tapi kalau ada benda yang terlalu mengguris hati i...sampai mati akan i dendam,,,remember that!

Monday, April 18, 2011

MASAK-MASAK DI HARI MINGGU DAN KAWAN BARU UNTUK ACHA DAN ESHA

Periuk warisan dari turun-temurun
Tom Tom Yam
Udang Goreng Tempoyak.
Buatkan Kak Ros tak keruan makan..
Dan kawan baru untuk Acha dan Esha.....

seekor untuk Acha dan Seekor lagi untuk Echa.
Belum ada nama yang sesuai..tunggu Acha and Echa sendiri kasi.
Tok Abah sibuk bina kandang untuk kawan-kawan baru Acha and Echa
Tunggu lagi dua ekor belum sampai,totally 4 ekor.
Hope lepas ni dua budak Tom&Jerry tu tak ada nak main pasir lagi.
Habis dah....

MONDAY MORNING

Pagi ni rasa nak pakai tudung bawal pergi kerja..dah lama tak pakai.Tak kan nak buat barang khazanah pula bila dah banyak shawl/pasmina dalam almari.

Bertudung kemas setelah sekian lama berimej orang malas pakai shawl

Kemasnya...

Mana lagi okay..pakai tudung bawal macam ni or shawl...?
Tudung Bawal?Shawl?Tudung Bawal?Shawl?Tudung Bawal?Shawl?.................

Suka hati lo Ida...u suka u pakai maaa....
Okay!

Thursday, April 14, 2011

DAH BAIK DEMAM

Alhamdulilah..hari ni i dah baik demam.Boleh tahan teruk juga kali ni dapat demam.Ingat paling kurang mahu 3 hari tak bangun.1st kena kat office bertahan susah nak cerita la, nak minta balik susah sikit sebab office tak ada orang jaga.Bos ada hal kat luar.Bertahan juga la sampai pukul 5.Mula ingat sempat la sampai lunch nak beli ubat tapi belum pukul 1 pm, demam semakin kuat..nak call ambulan nanti kena duduk wad (eceh).So i sms la Dr.Love i minta belikan i ubat and hantarkan sweater.Sekejap je sayang datang..maklum lah office i dengan kolej dia kerja tak jauh.Sorry susahkan u ea mucuk..tapi kalau ada jodoh, nanti kahwin sanggup lagi tak berkorban apa sahaja??
(i kasi can u fikir dulu sebelum jawab)
 Lepas makan ubat ingatkan okay la sikit tapi i rasa ubat tu langsung tak berkesan.Balik kerja makan ubat lagi and i tidur..sedar je i makan ubat lagi,tapi tak okay juga.Dengan tak makan, cuma makan biskut je pagi tu.Langsung dah tak ada selera.Sampai esokkannya i tak boleh bangun.Tak pergi kerja la sudahnya.Kak Ros masuk bilik, tanya ada nak makan apa-apa tak?I cuma ingat nak bubur dengan kicap je.Yang tu je selera nak makan kot.Kak Ros buatkan and cakap nanti dia bawa pergi klinik.Baiknya Kak Ros.Kebetulan dia cuti.Biasanya i sakit,i yang sendiri pergi klinik and kadang-kadang tak larat sangat tak pergi langsung.Tak nak susahkan siapa-siapa.Baiknya untuk diri sendiri.What to do.

Masa i pergi klinik ngan Kak Ros, sayang datang rumah nak tengok i.Alala datang nak tengok orang sakit tapi orang sakit tak ada rumah.Tunggu tak lama pun, jap tu i dah balik.Nampak sayang terus mulut i muncung sedih..(ambil simpati) sayang tengok muka i dan rasa kesian.Kak Ros i tengok sayang, tiba-tiba cakap..."jual barang ke encik?" ingatkan salesman datang rumah pakai smart je dengan kemeja and tie(rasa macam tak nak kasi balik).
Sayang pula jawab "aah kak"....Sayang datang masa lunch hour dari kolej.Terus je i rasa baik demam (amboi).After makan and solat sayang pun beransur balik kolej.Kesian pula baby i susah susah payah datang, Ala...orang besar demam, bukan baby demam.Jangan la risau.Lepas je sayang balik,I makan ubat dari klinik tu and tidur.Bangun je dari tidur terus badan rasa ringan sangat.Dah sihat la.Bagusnya ubat tu.Makan 1 biji dah baik.Belum sempat bangun tiba-tiba kawan i datang buka pintu bilik..

"Kesianya dia demam...demam diet ke??"

I ketawa la kuat-kuat..
Bergurau plak kawan i ni..dia tahu lo i diet.Sebab dah lama tak beli nasi lemak kat kedai dia.Bukan demam sebab diet, sebab cuaca.Kuantan sekarang cuaca tak menentu.Sekejap panas sangat lepas sekejap hujan lebat.Make people sakit-sakit la kan.I ni yang antibody kurang terkena la.

Nasib la demam cuma dua hari je..tak payah nak mc banyak hari.Kalau tak bising nanti my boss yang errr please la!.(susah nak explain sikit tu)

Nak ucap terima kasih pada Sayang and Kak Ros sebab ambil berat masa i demam ni.

Sayang dekat u berdua.Muah sikit sorang ya.

Tuesday, April 12, 2011

DEMAM LAGI

Rasanya sekarang macam kerap kot i ni dapat demam.Sekarang kat office dah rasa seram sejuk.Badan panas.Nak buat kerja dah tak leh nak fokus.Nasib bos keluar.Nak tido-tido sikit pun tak boleh.I rasa antibody i lemah sangat kot sekarang and tak cukup rehat.Malam lewat tidur.Itu la..sayang nasihat tak nak dengar.Rasakan!

Oh no no..memang dah tak larat sangat ni..

Bos...Ida nak balik ;( please please please............

GAYA KE OFFICE

Sekarang i lebih selesa pakai Kemeja with Maxi skirt..Senang nak gi toilet (opss)






After kerja kalau nak ke Shopping Complex pun tak ada masalah kot..2 in 1.

Monday, April 11, 2011

AMBIL ANGIN PETANG WITH SAYANG

Petang sangat dah kot keluar..dekat pukul 7 baru sampai TC.Rasa nak makan Fillet of Fish McD untuk dinner.Diet kena makan burger ikan je.

Serius bila makan
Walaupun penat menguruskan kerja rumah satu hari tapi masih mampu tersenyum
; )
Siap makan terus balik..dah masuk watuk maghrib, buat-buat reti ya.

I wear jumpsuits and cover with jaket sebab petang tu after hujan sejuk sikit kot.
Susah betul bila ada perasaan nak pergi toilet kalau nak terkucil..terpaksa tahan..nak kena buka semua..macam mana tu?
; P
Thank You belanja Fillet of Fish tadi
Kebetulan je petang ni keluar with sayang pergi TC ambil angin and makan.Angin tak sempat ambil sangat la sebab sekejap je pun pergi.Jumpa sebab ada tujuan.Tujuan i nak ambil siput sedut sayang.Aippp jangan salah faham.I suruh sayang carikan untuk i siput sedut kat pasar...i rajin nak pergi ambil sendiri kat sayang.Tak nak la suruh dia hantarkan kat rumah.I sayang dia so tak nak susahkan dia la (eleh..mengada kan)Okay nak pergi rendam siput sedut yang dari pagi duduk dalam plastik beg je.Lemas dah kot.Jangan-jangan dah mati.Tak sabar nak suruh ma buatkan siput sedut masak gulai kuning.I yang nak makan sangat-sangat.Chupp chupp...praktis nak sedut siput esok.

(Tadi masa makan jumpa chinese boy like a Korean look CLICK HERE sesuai sangat dengan Mia)

Good Night.

Sunday, April 10, 2011

KAWAN MIA

Terjumpa chinese boy ni cute sangat .

Korean look
Style pun smart je kan
Kalau Mia i kasi nama Korea, Miyami kan
so boy ni i nak kasi nama Miyoko
; )
Mia...handsome kan dia?