Saturday, April 28, 2012

MiaOhMia|Jangan ganggu saya nak main game okay!






Mia budak zaman besi, pantang nampak mama dia keluarkan Galaxy Tab, minta nak main game
Terror taw dia main,
Excellent!
Awesome!
New HighScore!

kalah maksu...

Sambungan cerita ituari...Makan dan shopping

Eii apa la diri sendiri ni, rasanya asyik buat entry cakap nak sambung tapi sampai subuh,sampai esok, sampai bulan april dah nak habis pun tak buat sambungan.Janji melayu kan.Eh,, i mana ada janji, taip je nak bersambung, tapi tak taip bila masa dan tarikh kan.Halalkan je.

Nak kata hari ni i free sangat, tak juga.Uruskan bakal rakan kongsi yang ambil peluang sama macam i dalam bisnes Hai-O Premium Beautiful hari ini memang rasa penat tapi tak apa la...ganjaran berbaloi dari makan gaji selama 6 tahun sebagai clerk.Macam-macam dugaan dan stress sedikit.Hidup kena ada tekanan sikit kalau nak berjaya.Kalau tak ada terkenan memang kita malas nak berusaha untuk berjaya dalam apa jua pun.Tak percaya cuba check dalam kamus dewan.

Bulan pertama uruskan business sendiri, job freelance makeup, perniagaan kecil-kecil di hadapan rumah dan bisnes Premium beautiful, alhamdulilah...dapat berikan dan berkongsi kesenangan bersama anak, suami, abah dan ma and semua la family tersayang.

Dapat bonus besar so apa lagi...shopping!eh dah story kan ituari la MizzIda.Benda yang seronok, tak jadi masalah kalau nak share banyak kali pun.Kan....?

I tunjuk gambar2 yang sempat di ambil sewaktu enjoy-enjoy shopping, makan dan jalan-jalan dari Shah Alam and KL ituari.Bila?entah i lupa bila date ituari tu.Yang lepas biar berlalu..kita ingat yang saat depan je ye.Ni kira flashback..untuk kasi aura lebih lagi nak shopping lepas ni bila dapat rezeki lebih tak lama nanti.(Kuat Cari rezeki, Tuhan sayang)

Ini teman hati saya, Mr Izham..
(kalau yang belum kenal)
Dalam gambar nampak i gemuk je kan, bukan i gemuk, baju yang besar
so maknanya i dah kurus.
Caption pada gambar tu bukan nak promote Corset Premium Beautiful ya tapi kalau nak cuba tak salah... :) okay okay...jangan cakap banyak nanti orang takut pula ngan i.Bukan apa, mula perasan sekarang kenalan i mula takut ngan i, takut i promote barang.Kelakar la u tu, pasal apa nak takut.I bukan paksa suruh beli.I just share tentang kelebihan je.U nak beli tak beli, itu hak u.Adat berniaga la kan.Tapi alhamdulilah, ramai juga la kenalan i yang pentingkan kesihatan dan kecantikkan diri yang tak cakap banyak dan yang sendiri datang dekat i nak cuba barang baik dan bagus.Dah pakai puas hati pula tu.I untung dan mereka pun tak rugi.So pada u tu, jangan la nak takut ngan i, i tak gigit u.I gigit husband and kanak-kanak riang di rumah i ni je.

Gambar di atas tu, i dan yang lain-lain stop makan dekat J'Co.Penat shopping untuk masa pertama.I makan 3 Cup Frozen Yogurt and 1 pc Donut.Donut yang sangat lembut dan sedap.

2nd Cup

I bukan dating berdua... mana boleh tinggal my princess Natasha.
Tujuan bawa dia untuk suruh dia buka mata luas-luas tengok KL,
tapi dia tak layan, dia sibuk ngan game galaxy tab dia.
Caption menunjukkan i geram ngn budak-budak zaman besi sekarang ni.Ish..dulu..i ni dapat tengok KL, punya la excited, orang kampung cakap Jakun.Padahal masa tu sambil lalu je masuk KL, dari Kuantan nak Kedah kot, itu pun naik bas ekpress.Balik kampung jumpa tok and tok wan.Natasha boleh buat tak layan.Nampak kan perbezaan budak zaman kuno, zaman batu dengan budak zaman besi.

Actualy ada sorang lagi, Kakak Ika.Buat peneman Natasha.Tiada dalam gambar.Dia selalu like Diva, "No Picture Please"



Part yang paling indah....caption sikit je, U bayangkan lah sendiri.

Jalan jalan, shopping, makan, jalan jalan shopping makan....jalan shopping makan

i memang suka cake,coklat dan bebe (bear)
sangat mudah kalau nak belikan hadiah birthday untuk i
Red Velvet Cheese Cup Cake
aum..nyum nyum 

 Kalau ikut hati belum puas tapi 1 hari memang tak cukup nak pusing satu Sunway Pyramid.Terbukti la, sesat juga mencari kereta.Nasib baik i lebih bersedia, tunjuk gambar pada security guard.

After tu terus masuk KL, round sekejap tengok lampu.Pergi KLCC malam-malam...Tak ambil gambar, lupa bawa DSLR.Guna Tab, gambar malam tak cantik.

Next lokasi nak shopping kat mana pula ya?

Tuesday, April 17, 2012

Happy Makan Happy Shoping!

Destinasi pilihan...SUNWAY PYRAMID


1st step...cari parking! RM10 for 1st hour, tak kisah....janji cepat.


2nd step...jom jom cari toilet :-) toilet tanpa air, owh i bukan chinese yang biasa lap pakai tisu,tak jadi la.....cari toilet lain :O


Natasha lapar!!!! Okay okay kita cari makan....


J'Co Donuts & Coffee time! Bismillah dan makan makan..


(bersambung...) :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 12, 2012

U happy i happy

Hallo my blog sayang...lama sangat rasanya tak coret-coret di sini kan.Apa khabar u di sana.Moga sihat moga success dan moga bahagia bersama tercinta.I di sini alhamdulilah, kehidupan lebih baik.Rezeki bertambah, keharmonian rumah tangga pun semakin baik.Semuanya anugerah yang tak terhingga dariNya.

Bersyukur masih lagi bernafas dan di berikan kesempatan beribadah dan berbisnes :) Job makeup semakin bertambah setiap minggu dan bulan, gerai jambu Pakcu 916 pun success dan yang terbaru Business Hai-O Premium Beautiful pun sangat sangat baik.Walaupun sibuk, insyallah cuba tidak mengabaikan keluarga tersayang.Dengan usaha yang gigih maka dapat la hasil yang baik.

Di sini i kongsi sedikit cerita terbaru yang berlaku di sekeliling i..

Mizz Ida yang sudah mendapat keyakinan diri kembali :) (dengan Premium Beautiful)
di belakang i tu Along merangkap sepupu dan kawan baik juga orang yang sentiasa di belakang  i sekarang.
Selalu bersama walau susah suka.Sanggup teman ke mana-mana.Sanggup juga berpanas ketika Myvi i kehabisan petrol
waktu ke Bank Rakyat Pekan, menguruskan dokumen bakal rakan kongsi.Walaupun panas dan lapar, kami tetap ketawa dan cun :P kan along?? thanks babe muah sekali kasi u.
Waktu ni bersama kawan i Noritah di Kaunter Farmasi Cosmetic ECM, Kuantan.
Shopping lipstick dan gloss, memang the best produk Farmasi.
Itu i buat-buat jadi model keluaran terbaru Perfume Farmasi,wangi dan halal.
Walaupun sibuk dengan Hai-O Premium Beautiful, i sibuk juga dengan tempahan make-up perkahwinan.
Ini la upline i, bakal CDM Kak ina..yang telah memperkenalkan i dengan business Hai-O Premium Beautiful.
Kak ina banyak beri tunjuk ajar, thanks
muah sikit!
Sekarang kak ina dan siteline yang lain sedang nyaman damai di Holland, 5 Star Trip yang di sponsor oleh Hai-O Marketing untuk mereka yang sudah qualified.
Insyallah dengan izinnya i and Mr izham akan ke Guang Zhou China bulan Julai nanti.
Honeymoon 5 Star Trip

Alhamdulilah, kini kami lebih bahagia
LOVE
Okay nanti i coret-coret lagi, nak siap-siap dulu.Kejap lagi nak pergi rumah kawan i yang baru melahirkan baby.Hadiah special dah beli.Lepas tu nak keluar dinner with Mr Izham.Mood BERCINTA :)