Sunday, July 29, 2012

KENANGAN DI GUANGZHOU, CHINA

Alhamdulilah, masih lagi bernafas pagi ni.Di beri peluang lagi untuk berpuasa dengan gigihnya di Ramadhan hari yang ke....?dah masuk hari ke berapa ya puasa?tak kira pula sebab terasa masa berlalu cepat sangat.Sahur...jap je berbuka, pastu sahur lagi dan berbuka lagi..

Hampir 3 minggu balik dari bercuti ke Guangzhou, China.Tapi masih terasa segar di ingatan.Trip business bersama company Hai-O Marketing yang taraf dia 'memang kelasss kau Maria' (masuk iklan Ribena pula) bukan taraf 1 bintang bukan jua 4 bintang...tapi taraf VVIP, kira taraf 5 bintang plus plus**  Seronok tak terkata, terkata je seronok.

Alhamdulilah waktu dapat tiket melancong 4 hari 3 malam ke Guangzhou dari company hebat Hai-O tu, rasanya ida baru join bisnes ni dalam 2 bulan.Di sebalik dapat tiket tu, dapat lagi nikmat lain.Alhamdulilah Tuhan beri rezeki yang melimpah ruah.Syukur sangat la di pertemukan dengan DDM Kak Ina 
DDM Kak Ina yang jelitasss
yang perkenalkan bisnes bersama Hai-O ni.Dulu ida pernah berkerja dengan beberapa syarikat swasta yang lain lebih dari 10 tahun pun tak pernah capai nikmat seperti yang di berikan oleh Hai-O.

Dan ini la nikmatnya, dapat la merasa bercuti ke negara yang jauh nun di sana.Sebelum ni bukan tak pernah berimpian nak ke luar negara tapi rasa takut.Ye la nak pergi negara luar yang jauh dari Malaysia,siapa nak bawa dan nak pergi dengan siapa?? ish Langkawi pun ida belum berpeluang dapat pergi taw,walaupun Abah orang Kedah.Sedih! hihihi.

Di sebabkan trip bisnes ni pergi bersama group, ida berani la pergi sebab segalanya di taja sepenuhnya oleh company Hai-O.Dari Pengangkutan,Hotel dan Penginapan  taraf VVIP.Cuma bawa duit untuk shopping!Kalau pergi tak bawa duit pun, insyallah tak menangis kebuluran, cuma menangis dalam hati tengok orang shopping bagai Tsunami melanda.Nanti jap ida cerita macam mana pula Tsunami melanda.

Rezeki Tuhan kasi kan....ida bersama group hebat dari OMG (Orange Mania Group) di bawah naugan pemimpin CDM Kak Ju yang jelitass orang 'Keyyel' (KL) tagline kak ju* 
Copyright of www.cdmjuliana.com 
telah di terbangkan pada 10hb Julai 2012 pada pukul 9 pagi dengan penerbangan Malaysia Airlane (MAS).Ish rezeki Tuhan juga la pada ida, 1st time naik kapal terbang selama dah umur 29 tahun ni, dapat pula naik MAS.Free pula tu, siapa tak nak kan.
Group dari Kuantan seramai 1 bas ke KLIA.
Group di bawah pemimpin tersayang CDM Kak Lini (14 dari kanan)
Gambar ida 9 berdiri dari kanan
comelnya ida....hihihi
(Photo Credit to Sha)
Actually, trip kali ni seramai 18 buah bas dan bersamaan 10 buah kapal terbang usahawan Hai-O di terbangkan ke Guangzhou, China.Dapat rekod baru la dalam kerjayaan company Hai-O kali ini. 
OMG!!! (Orange Mania Group)
Group yang paling Hot dalam Hai-O.
sangat bertuah berada dalam group yang hebat.
Gambar di atas ni di ambil di KLIA, sebelum berlepas ke Guangzhou.Masa tengah bergambar ni, memang group OMG dapat perhatian orang di sekitar KLIA.Kalah celebrity taw hihihi.


Ready to fly~
MAS Milik OMG!!!
Pukul 9 berlepas dan alhamdulilah selamat tiba di Lapangan Terbang Guangzhou, nama tak ingat :) yang pasti lapangan terbang yang terbesar di China.Kata Miss Ruby, tour leader yang telah menjadi leader untuk group D dari Kuantan.Miss Ruby memang baik, puas hati sangat dia jadi tour leader masa kat sana tu.Dan ada sorang lagi Ah Wai pun sangat cool and sporting.Waktu sampai di Guangzhou memang terasa bahang panasnya, waktu tu adalah musim panas, panas lagi dari suhu di Malaysia.Memang Hai-O sayangkan kami, hadiahkan kami payung untuk setiap seorang.Thank you so much.

Night Market
Selepas dinner di Restaurant muslim, selepas kenyang menjamu makan malam yang boleh tahan sedap juga yang telah di sediakan pihak resrtaurant dalam bilik vip untuk kami, kami di bawa ke Night market.Memang meriah dengan orang ramai dan kemeriahan lampu-lampu di setiap bangunan.Tengok dalam gambar tu, nampak tak?nampak tak? :) Ini bukan macam di chow kit or uptown ye.Segala macam jenis dari segi baju,kasut, handbeg dan macam-macam di jual di dalam bangunan tu.Memang rambang mata, murah pula tu.Walaupun belum sempat check in hotel, i dah 'beranakan' 1 luggage lagi hihi.Standby awal-awal untuk letak barang-barang shopping.Night market ni tutup hingga lewat pagi.Selepas menunaikan shopping :) kami di bawa ke Hotel Rosedale untuk check in.Hotel 5 star yang cantik sangat.Bilik yang sangat besar.I bersama Kak Ina duduk di tungkat 20.Sampai dalam bilik, mandi dan tidur...zzzzZZZ tanpa mimpi* 

2nd day di daerah Shenzen...

Photo credit to Sha
 Next entry....

(p/s: kecacatan pada sesetengah Text Background mencacatkan pandangan.Masalah teknikal yang dah x dapat di bendung hihihi)

0 comments:

Post a Comment