Monday, March 21, 2011

Bermulanya kisah balik kampung...

rasa sangat teruja sebab dah lama tak balik ke kampung abah,kat kedah jumpa tok.Rasanya last tahun 2004.Masing-masing banyak komitmen so tak dapat nak balik.Ini baru ada peluang..alhamdulilah dapat semua balik kecuali 2 orang abang i.
Perjalanan semakin jauh, i mula bosan.Letih duduk dalam kereta lama-lama.Nasib abang saba drive.Banyak kali juga stop.Kat mana ada perhentian kami berhenti rehat jap.Gi toilet, beli makanan..jalan lagi..lepas tu stop lagi..gi toilet and makan.Dalam kereta dah macam bunyi tikus buka plastik makanan.Isap rokok, bukan i tapi abang saba.Sampai Tapah, abang saba suruh i drive.Dia dah ngatuk.


Yang ini Kak Ani, Ma i.
Nampak sangat dah tak sabar nak ketemu husband dia.Dah lama tak berjumpa sejak abah balik kedah jaga tok.
Ini tom &  jerry..
Yang hanya makan, tidur and gaduh
Yang hanya makan, tidur and gaduh
itu aje.
Memang patut mereka di letakkan di bahagian belakang sekali.
Rasakan!
Dalam masa i drive lalu kawasan pergunungan.Ya ampun...cantik banget permandangan di sana.Waktu dekat senja.Tengah i drive tu, tiba-tiba Acha jerit cakap nampak pelangi.I sibuk nak tengok.Semua dalam kereta duk "wowwww..cantiknya".Sekejap ma pula panggil i suruh tengok matahari terbenam di sebalik gunung.Memang tak boleh drive macam ni.Cantik sangat keindahan Allah yang luas terbentang.Sampai Sungai Petani, Abah and sepupu i dah tunggu di tol.Abang saba ambil alih drive sampai la umah tok.Di sambut semua.Tok nangis and disusuli dengan kata "awaq hangpa semua lama tak balik tengok tok?tok rindu"
I pun nangis. :-)

Hari ketiga i semua keluar nak gi jalan-jalan.Mulanya plan nak ke Penang tapi ada yang nak ajak ke Padang Besar, Perlis.Mana satu nak pergi ni.Kata Uncle Padang Besar banyak jual baju murah-murah.Boleh gila pi sana.Yang tu nak dengar.So pilihan ke Padang Besar.Perjalanan sangat la jauh.Penat juga la nak sampai.Dah masuk negeri Perlis teruja tengok ladang tebu KL Menjerit.Nampak ada abang bawa motor kat lada tebu terus ingat Rosyam Nor.

Tiba-tiba....siaran radio bertukat lagu thailand (jadi hairan) tengok banyak lori and motor-motor plat thailand (confius) and Kak Ros tiba nyanyi lagu Thailand "sepai sepai..." (OMG) sungguh hairan ni!.Rupanya Padang Besar sempadan Thailand.I tak pernah sampai Padang Besar lagi okay.

Dah sampai bazar Padang Besar...dah nampak banyak kedai jual baju, handbeg and macam-macam la...i gi kedai jap beli ubat panadol, takut "mabuk barang" :-)  I shopping sampai duit habis and rasa tak cukup nak beli lagi...minta duit jap kat siapa-siapa yang baik hati nak kasi :-)..dapat....and sambung lagi shopping..itu pun tak cukup lagi..abang saba dah ajak balik..ala...

Hari ahad...time to balik kuantan dah...bergambar kenangan dulu.
Ini la tok i..dah tua dah.tak larat jalan dah.
NI baru sebahagian.Yang lain duk daerah lain.
auntie
Ma bersama husband
errr
kenapa macam lain je??
eh
eh
ini sepupu i
Akmal
yang ni baru suami Ma
abah!
abah tak ikut balik lagi...sebab kena jaga tok jap.
Tok nak abah ada di sisi.
Abah satu-satunya anak lelaki katakan.
Rindu la kat abah.
(Comel je abah senyum.Suruh abah buat senyum kambing)
sebelum balik kuantan singgah kat rumah maklang
(Baju kaftan tu Maklang..baik sangat and penyanyang.I nak jadi macam Mak lang lah)
Balik ke kuantan lalu Batang kali dekat ngan Genting Highlands..singgah dulu kot....bukan kot la, memang singgah...


Mia Berat~

Kena dukung Mia..Mama dia masuk toilet.
Nasib baik ada sandang, lau tak mahu pengsan maksu ida dukung u mia.
Tengah-tengah tunggu, ada la pelancong dari arab kot pakai purdah senyum-senyum tengok i sandang mia ni.
Semua duk pegang mia and cakap-cakap sesama diorang.
I senyum je....tak pandai nak cakap arab.
diorang cakap arab tapi i rasa faham juga kot..dia ada cakap..maksudnya maybe lebih kurang macam ni..
"This baby so cute like Maksu dia"
tetttttttt :-P
kuda tu terjelir lidah bila mia duk atas dia..
so berat....

Excited nak main dah ni..sampai panjat pagar..
jangan malukan maksu kamu okay

Jadi driver keretapi duduk depan, bukan main bangga
dah gaya macam nak ke mahkamah buat tuntutan cerai je kan
Walaupun perjalanan yang sangat jauh tapi alhamdulilah syukur sangat..gembira jumpa ngan tok, and saudara-saudara kat sana.Dapat pergi Perlis lagi.Genting Highlands pun.Tunggu kunjungan keluarga kedah ke kuantan pula nanti.....

Semasa di kedah i bersama Baby Korea,jom tengok CLICK HERE

0 comments:

Post a Comment