Perihal Budak Sekolah Darjah Satu!
Bangun pagi nangis-nangis..ingatkan tak nak pergi sekolah..
"Why nangis?"i tanya.
Budak darjah satu jawab:"Acha tak siap kerja sekolah.Semalam cari buku Bahasa Melayu 1 tapi tak jumpa,hilang.Acha dah buat kerja tu dalam kertas cuma nak salin je.Macam mana?Cikgu Bahasa Melayu tu garang"panjang lebar budak darjah satu tu explain kat i..dah la masa cakap tu dia sedang buang air (ish ish) dan bercakap sambil nangis-nangis pun..suara jelas tak jelas je.
"Tak payah la nangis..lepas ni cuba cari lagi"i cuba la tenangkan budak darjah satu tu kan.Tak nak juga kot kasi budak darjah satu tu kena marah dengan Cikgu BM yang garang tu.(oh please)
Seketika...
"Buku dah jumpa!"lega budak darjah satu tu
"Buat la..sempat lagi ni"i macam nenek la pagi tadi.Suara kuat-kuat je, suruh cepat-cepat siap.
Tengok jam dah pukul 7:40am.Budak darjah satu still belum siapkan kerja sekolah.
"Meh sini la i buatkan, u pergi suruh tok ma sikatkan rambut"
cuba untuk buat tulisan macam budak darjah satu |
"Kalau cikgu tanya why u lambat?u jawab la..terlambat bangun ea"i ajar la sikit sebab tak nak dia kena marah sebab datang lambat ke sekolah
"Tak nak la, tak baik bohong"budak sekolah darjah satu ni jujur nyeee
Okay i buat ajaran salah...fineee.....
Perihal Budak Sekolah Lima Tahun Tabika Kemas!
Yang sorang ni memang banyak perihal bila nak pergi sekolah pagi-pagi.
"Esha pergi mandi!"i jerit sampai pitching out
"Esha tak nak..!!"budak Tabika Kemas mula buat hal
"Tak nak sekolah ke??tak nak sekolah nak jadi apa?"
"Nak jadi anjing"budak tabika jawab tanpa perasaan
???? buat i bulat mata and terlopong mulut..
Dia tak tahu apa-apa..budak lima tahun pun kan.Ingat anjing tu macam kucing kot..manja comel kan.
Pujuk lembut-lembut tak jalan so terpaksa la i ambil hanger...buat gertak je.Laju je dia pergi mandi.
Pukul 8:20am baru hantar dia ke sekolah.
Maybe kedua-dua budak ni ingat sekolah tu Tok Abah dia punya...
0 comments:
Post a Comment