Monday, January 31, 2011

SEDIHNYA...PUTUS CINTA ~

Apa rasa bila putus cinta?Ouch!so hurt.Sakit macam mana?susah nak digambarkan.Hampa rasanya bila sebuah percintaan yang telah sekian lama terjalin, akhirnya musnah di pertengahan jalan.Sakitnya hingga menusuk jantung dan bagai hati di siat-siat.Saat itu terasa hidup macam tiada erti lagi,tiada lagi sinar kebahagiaan yang menyinari hidup.Diri mula di rundum sepi,hati mula sayu dan langkah mula longlai bagai tidak mahu lagi meneruskan hari-hari tanpa kekasih yang amat di sayangi.Kehidupan mula di temani air mata.
Wow..dasyat kan derita putus cinta tu.
Lelaki dan perempuan tetap merasakan luka yang sama bila putus cinta.Apabila kita terlalu menyayangi pasangan kita itu.Sakitnye sama je kita rasai,cuma berbeza caranya sahaja.Luka putus cinta ni memang mengambil masa untuk di ubati.Bergantung pada kekuatan diri dan keadaaan.

Ini adalah lakonan semata-mata
Mizz Ida pernah putus cinta?sure pernah la! 

Sakit tak kecewa?sakit la...macam mana u pernah rasa kecewa dalam cinta macam tu juga la i rasa.Dalam cinta, i mengharapkan lelaki itu memberikan i rasa kasih, rasa sayang dan di berikannya rindu..bukan minta kereta Toyota Caldina pun..mahu pun Kondo Mewah. I cuba jadi yang terbaik, berikan segala kasih dan sayang.Waktu cinta sedang membara...dia pergi tanpa kata,hilang entah ke mana..atleast sms la kan "i nak break off ngn u" satu sms baru 1 sen kalau aktifkan teman 20 for celcom blue kan, tak ada la i tertanya-tanya where dia menghilang kan.maybe dia hilang ke dunia ghaib kot, tak pun ke planet pluto.Tinggal lah diri terkapai-kapai sedih kesorangan.Bertambah sakit di hati bila akhirnya di ketahui dia sebenarnya mempunyai insan lain.Tak apa, Tuhan tu maha adil. 

Frust tak?Maunya tidak! pernah dengar kan orang cakap frust menonggeng?memang menonggeng la dalam bilik...tapi kan..walau menonggeng dan menangis tak henti-henti, sekali pun i tak kan merayu pada lelaki tu.Kita jangan tunjuk kita kecewa...tunjuk and buktikan,yang kita mampu teruskan hidup tanpa dia.

Cinta Pertama Mizz Ida?Erm...tak ingat la..rasanya time tu muda lagi kot.Sewaktu usia 12 tahun or 13 tahun.
Gatalnya Mizz ida ni,kecik-kecik dah bercinta?aippp..bukan gatal taw, tu maknanya I ni laku juga la, kecik-kecik dah ada orang nak..heeee :-P

Tak kira Perempuan or Lelaki...dengar sini, Mizz Ida yang pernah di lukai nak beri nasihat sikit...

Cinta itu indah dan cinta itu juga buta (cinta tak buta sebenarnya..orang yang buat buta) andai sekali kita jatuh cinta..ingat itu adalah takdir dari Allah, kita di pertemukan dengan pasangan hidup kita kelak.Cuba lah setia dan jujur dalam cinta.Jangan lah sesekali kita lukakan pasangan kita itu.Bila janji di lafazkan, itu adalah amanah...jangan ingkar.Bila cinta dan sayang di lafazkan, itu adalah harapan..jangan sesekali kita hancurkan...
Dalam cinta ada seribu halangan dan rintangan..kalau tidak mampu menghadapinya jangan sesekali bercinta..Bab kata perpatah "Kalau tak nak di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"

Jikalau tidak mampu untuk setia, jangan la memberi cinta dan harapan..jangan kita biarkan dia menangis dan kecewa di sebabkan kita...doce taw!Sebab Allah tak suruh kita khianati orang lain.

Bila kita mencintai...please ingat satu ni!

Jangan kita agungkan CINTA melebihi dari ALLAH  yang SATU...
yang jenis macam ni la ada yang sanggup bunuh diri..nauzubillah...


Kalau u sedang putus cinta..meh layan lagu ni...tersentuh hati


Kecewa hari ini adalah dijanjikan olehNya kebahagiaan sebenar untuk kita suatu hari nanti..
Apa pun yang terjadi berjalan lah tanpa henti...
Salam sayang dari Mizz Ida 

Saturday, January 29, 2011

BUDAK OPERA CHINA

Ada little girl ni nama dia Natasha..hari ini Tok Ma dia nak bawa dia pergi ke rumah kenduri kahwin.Minta di pakaikan dia baju kurung moden kegemaran dia yang berwarna kelabu..memang canti baju tu sesuai dengan dia yang tinggi lampai (actualy kurus tinggi cam tiang TNB,siapa suruh tak nak makan sangat hiks)

Setelah siap memakai baju dan di dandan rambut ala sanggul beserta bekas sanggul yang cute..dia meminta untuk di solekkan..hamboi! tapi tak apa lah bukan selalu kan..

Dialog antara Natasha and Mizz Ida


Natasha : "Boleh tak Acha (nama manja) nak solek?"
Mizz Ida : "Uihss u kecil lagi taw, mana leh solek-solek ni!"
Natasha : "Boleh la...." memujuk manja
Mizz Ida : "Erm okay la, hari ni je taw "(rasanya dah berapa "hari ni je")

Makeup sudah siap and dengan muka yang malu-malu setelah di puji seisi family yang ada dalam rumah...Macam biasa la dia, tabiat menggigit jari...

Memang serius comel sangat after di solek..tapi dah sebijik macam budak cina yang nak buat show Opera yang kiut miut



Gambar sempat di ambil ketika dia tidur dalam kereta...dia marah bila semua orang panggil dia budak Opera China..muncung je....padahal comel kan hikss

Natasha ni ada cita-cita nak jadi macam Dania dalam Siri Drama Awan Dania tapi dia tak pandai nak sebut "Pramugari" bila ditanya nak jadi apa bila besar nanti? di jawabnya, "Acha nak jadi Pemamdu Kapal Terbang macam Dania tu.." maksudnya pramugari tu pemandu kapal terbang.Banyak kali explain tetap tak faham hikhik so cute...

Papai!

Tak Sihat la...

Erm..masuk hari ni dah kira dalam berapa hari dah i sakit kepala.Jap nak kira berapa hari dah ea.Ahad dah start sakit kepala,Ahad, Isnin (mintak off pasal rasa berat sangat kepala nak pergi kerja) Selasa, Rabu (dah masuk 4 hari kan), Khamis, Jumaat and Sabtu, dah masuk tujuh hari la derita sakit kepala ni.Makan ubat yang My sis bawa balik dari hospital, cuma baik sekejap je lepas habis kesan ubat tu datang sakit balik.Mengganggu la sedikit prestasi kerja.Tak boleh nak mengadap komputer lama-lama.Hobi terbaru iaitu ber "CityVille" terpaksa tangguh buat sementara waktu.Geng-geng yang request gift dari i semua menunggu tanpa berita hihi.Bila makin ke petang hari makin la sakit.Mula bawa kereta berkerut-kerut je muka.Sampai je kat rumah masuk bilik baring dan berguling-guling la i atas katil...minggu ni rasanya dah banyak ubat i ambil..Nak ke klinik tapi malas nak pergi sorang-sorang..Nak suruh siapa-siapa bawakan,nanti menyusahkan pula nanti.Tak ada apa la rasa, ni maybe masalah Migrain yang mula kembali.Dah lama rasanya tak kena seteruk ni.Esok-esok baik lah kot.
Picture ketika berada di office..bos keluar boleh la relakskan kepala yang sakit banget 


Doakan Mizz Ida sembuh k...baru lah dapat berblog and BerCityVille lagi hihihi

Tuesday, January 25, 2011

Di mana noktahnya...

Jika hanya sekadar lafaz di bibir belum menjanjikan apa-apa.Di harap sentiasa ada untuknya tapi setakat mana??di harap cinta untuknya tapi sejauh mana cinta itu??di harap memberikannya rindu...sebesar mana mahunya lagi??nak di luah bimbang di katakan memaksa...andai di pendam,diri sakit menahan.Dari dulu hingga kini hati merana menahan rasa,hati derita melawan perasaan dan hati sedih tak di fahami.


Dulu hati nekad ingin terus sendiri agar tidak lagi di lukai tapi kehadiran itu telah membuka pintu hati yang di sulami janji kan membahagiakan kelak.Di terima dengan hati yang terbuka.Sanggup sekali lagi melawan seribu kemungkinan.Setiap saat hidup cuba jadi yang terbaik,agar diri menjadi pilihan suri dalam kehidupannya nanti.


Hari mula berganti hari...namun diantara keduanya tiada kesudahannya.Sampai bila harus terus menunggu...tidak sekadar di lafazkan cinta,sayang dan rindu tetapi setakat mana kah itu semua?jangan hanya dibibir semata-mata.Diri bukan seperti insan lain..punyai keadaan diri yang sukar untuk berada dalam kehidupa mereka yang lebih baik.


Cukup sudah hati menahan rasa,perasaan bergelora dan hati terseksa...akhirnya cuba di luahkan namun tidak dengan kata-kata,cuba menyendiri agar di fahami.Namun hampa..masih belum di mengertikan.Sedikit luahan telah di luahkan setelah diri mula terasa kesan menahan rasa dan terseksa hingga lemah tak bermaya.Namun sebaliknya penerimaannya dan lagi tersentap hati dengan kalimah kata yang tidak di sangka.Diharap akan diberikan sedikit sinar untuk pulihkan diri ini namun tidak...lupakah pada janjinya?lafaz keramat cinta yang sering terpancul dari bibirnya?Jangan tunjukkan dirinya seperti mereka yang pernah melukai diri ini.Ya Tuhan...mengapa ujian ini selalu kau turunkan...sedangkan diri tak berdaya nak menghadapi dan menghadainya terus.


Ya benar,segala berlaku adalah  kententuannya namun untuk kecapi sesuatu kebahagiaan  tidak hanya sekadar menadah tanpa menghulur...apa yang harus di lakukan lagi?Adakah segalanya akan berakhir dengan kebahagiaan atau sekadar redha segala kententuan...?Mungkin juga sabar mengharap atau mengalah dari kelemahan ini?Tetapi sampai bila?sampai bila?di mana noktahnya jalan cinta ini.....?


Coretan bingkisan Novel Kasih Mizz Ida

Tuesday, January 18, 2011

7 CARA NAK PAKAI SCAFT

Kalau u suka pakai Scaft boleh la try cara dari Kak Michell Phan punya tutorial ni okay..

Mizz Ida pun suka pakai scaft...dengan scaft pun kita still boleh bergaya.Simple dan senang,kalau malas or nak cepat..i just pakai baby tshirt and scaft

Pakai kemeja ngan scaft di malam hari...(rembat kemeja my brother hihi)
Cara yang paling simple..sangkut je kat leher 
Ada beli new scaft tapi belum ada picture.. :-P

Bubyeee

Monday, January 10, 2011

Bukan Sekadar Persembahan

Sangat tersentuh dengan persembahan Faizal Tahir menerusi performance menerusi lagu Hanyut yang di pertandingkan di AJL 25.Sedikit frust sebab tak dapat tengok life kat TV3,i tengok kat YouTube je.

Bukan sekadar persembahan...ada maksud yang cukup tersirat dan kalau di amati betul-betul memang rasa sangat perasaan yang di gambarkan dalam persembahan tu.Watak Faizal Tahir yang melakukan aksi terjun dalam air bukan sekadar nak tunjuk yang dia teror menyelam dalam air tanpa sebarang alat pernafasan juga dengan tangan yang terikat..tapi..cuba untuk di gambarkan bertapa dia lemas dan hanyut dengan perasaan susah dan peritnya hidup dia tanpa kekasihnya itu.Perasaan lebih terasa bila dia selamat keluar dari dalam air yang mengambarkan dia perlukan sangat dan sanggup merayu dengan penuh rasa sesal dan salah setelah melukakan kekasihnya itu..Nampak kan dia lagi bersungguh nyanyi bila keluar dari air tu kan..yang penting cermin mata hitam tak tanggal,ape maksud pula tu???maksudnya...terjun terjun juga macho tetap macho..heeee

So memang patut lagu Hanyut menang dalam kategori Best Performance AJL 25..
Ini lah kekasih yang membuatkan Faizal Tahir hanyut heeee :-P

Errr..u cakap i perasan ke??

Oh malunya...terperasan pula!

ala relaks la....perasan sikit je

well...i dah ada "Faizal Tahir" taw....
Mr Izham tujukan lagu ni untuk i..sungguh terharu wah wahhhh (dia la "Faizal Tahir" i heee)

                                                       hikhikhik
I luv semua...

Kuar Makan dengan penuh Kasih nan Sayang

Petang Ahad yang nan hujan renyai-renyai dan lebat tiba-tiba membuatkan i lapar...Memandangkan i hanya tinggal bersama Acha je kat umah, terasa nak kuar jalan-jalan cari makan.Bawa Acha and ditemani oleh kesayangan hamba Mr Izham..


Berebut-rebut nak duduk depan...budak kecik acha ni tak nak mengalah..i terpaksa akur hihi

Natasha aka ACHA..cutenyeee...

Berborak sakan...

Gelak sakan...jelous la cam ni...

dah kena duduk belakang...tak aci betul..

tak nak suap makan kat i sekali ke...tak aci..jelous lagi la cam ni

sangat sayang dia taw!

heh heh heh...

tak nak berjauhan nih..
Lokasi kami ke ECM,Big Apple because dak kecik Acha nak makan donut.Memang lazat so i setuju..Mr okay jeeee,jom follow kami ea
Behind the scene,gitu la gayanye...suara latar like Sizuka tu abaikan ea...
Pipi dah macam epal..mybody pun dah macam belon kena pam,sebelum krtikal kena jaga diet yang seimbang.After musim hujan boleh kot...heeee

Wah wah wahhh dah macam model ni,tewas i cam ni

hamboiiii...

candid! gambar shaking sikit,bila budak tahun satu yang shoot,gini la jadinya

budak tahun 1 yang mulut banyak cakap,,non stop

tak baik jelir lidah,nanti Tuhan kerat lidah taw
After makan donut,kami ke Teluk Cempedak menghirup udara petang yang nyaman walaupun sedikit hujan renyai-renyai..and after that kami pergi makan lagi, dalam pukul 6:15 pm cam tu la,kira dinner terus la ni.Lokasi ke Ana Ikan Bakar Tg Lumpur..makan nasi bersama Tom Yam Campur,Kailan Ikan Masin,Lala masak pedas,kerabu mangga dan Sotong Goreng Tepung juga extra Sata..cukup lazat and kenyang.Nak pula makan dengan penuh kasih sayang bersama yang tersayang.

Acha and Sayangku Izham,kamu berdua cukup membahagiakan i..thank you ea...nextime buat i happy lagi okay muahh...eh ada dua orang so kena kasi flying kiss dua kali la kan.Muahhhhh

Friday, January 7, 2011

Thank You!

Omel tak?bukan i yang omel..p header blog ni la.Okay header blog ni CIK WANIE HARUN yang buatkan untuk i.Header Sayang..tenkiu so much.cian kat wanie tolong buatkan untuk sis ida ea..bila nak bayar dia suh bayar dalam USD..halamak..sis ida cam tak mampu pulak nak bayar ,hutang dulu boleh tak?ahaaaa love you 






yang ni pun Cik Wanie buatkan...omel kan
 


Ni konon i try try buat sendiri...tanpa menggunakan software photoshop,tak omel hihihi


Bye love semua!

Tuesday, January 4, 2011

"PELAJAR AF TERKELUAR"

Tajuk tu bohong je..ni sebenarnya acha masuk tahun 1..tapi why i cakap pelajar AF terkeluar?because acha punya school bag dia cam budak AF je jenis heret-heret kan..heh heh heh...

Ini muka penuh excited dah sampai sekolah...

haaa penuh semangat kan...maklum lah segalanya baru..semua kelengkapan sekolah di sponser by mereka yang menyayangi acha...i gembira goyang kaki laju-laju..

erm..emosi sedikit bertukar menjadi blur..bila dah masuk dalam kelas..menjadi sedikit ketat muka dia,buat peace cam terpaksa heh heh heh

 okay dah sikit...bila dapat kata-kata semangat..common baby u must cayuk cayuk :-P
Eleh...pandai sangat i kasi dia semangat kan..padahal i dulu sikit punya liat nak datang sekolah,bukan sebab malas tapi takut Dr datang nak cucuk ke cabut gigi ke...cari macam-macam alasan tak nak sekolah..nampak van hospital datang terus sakit perut..
For u mydear acha...sekolah rajin-rajin...study biar sampai cucur atap..bila tumbuh gigi boleh baca kitab...tu lagu dodoi Baby Mia...belajar sampai pandai..nanti leh jadi Awan Dania kan....or Fesyen Designer,Cik Izham cakap kan...

Love you forever

Saturday, January 1, 2011

I LOVE HIM SO MUCH..



Alhamdulilah bersyukur pada yang maha berkuasa yang telah menemukan diriku dengannya insan yang sangat  mencintaiku,menyayangiku dan merinduiku sepenuh hatinya...kerana diriku,dirinya sanggup memperjuangkan dan melawan segala halangan demi membahagiakan diri ini..Terima kasih segalanya,andai dengan izin Allah,kita di satukan..diriku berjanji kan menjadi terbaik untuk dirimu...Insyallah.

Yang ikhlas mencintai Izham Bin Sulaiman,

Rohaida Binti Baharin aka Mizz Ida  :-)