Hari kedua di Guangzhou...pukul 7:30 pagi berkumpul di lobi hotel.Memang cantik dan besar lobi hotel Rosedale ni.Kami siap bergambar melompat depan lobi ni :) kalau u ke Guangzhou nanti, boleh la pilih Hotel Rosedale,hotel 5 bintang ni sebagai pilihan.Ada sediakan menu halal untuk kita orang muslim.
Pagi ni kami usahawan Hai-O akan di bawa ke daerah Shenzen.Masa perjalanan ke sana mengambil masa selama 2 jam so memang kena bergerak seawal pagi sebab banyak tempat nak di lawati seperti Kilang Jade, kilang Sutera, tempat peranginan dan beberapa tempat lagi.
photo by csy4tografi |
Selepas "Tsunami" Hai-O melanda di kilang Jade, kami pula di bawa je Kilang Sutera.Ya Allah, ida sangat teruja tengok penghasilan kain sutera.Mereka tunjuk dari Kepompong hingga la terbentuk sepasang kain.Masyallah kuasa Tuhan.Sempat la beli beberapa pasang.
Selepas lunch di satu-satunya Restaurant Muslim di daerah Shenzen tu,
credit to aniz |
Bergambar di hadapan pintu masuk.Nak masuk kena bayar tiket tapi kami masuk free! Hai-O bayarkan untuk kami semua. Toce!Toce! |
credit to aniz Bergambar dengan artis Guangzhou yang sedang buat penggambaran filem kawin-kawin |
credit to sha train yang membawa kami pusing-pusing . Kami jadi tumpuan pelawat-pelawat lain.Masing-masing sibuk melambai kami. Kat Malaysia pun tak ada famous macam tu :) |
credit to sha Ida tak ingat apa benda alah ni :) |
credit to aniz |
3 rd Day-Guangzhou, shopping all out!!!
'Tsunami Hai-O' melanda di Swarovski Outlet!! |
Segala macam ada dalam market tu, sampai rambang mata ida di buatnya.Beg, kasut, baju, kain ela, mainan, aksesori...astafirullah azim astafirullah azim kenapa murah-murah sangat ni!!! kalau harga kat Kuantan...2x ganda mahalnya tapi kat sini boleh beli 2,3! ish tak cukup rasanya,boleh beli 10 lah!
Seronok sangat shopping barang-barang untuk diri sendiri, untuk husband sayang, natasha, ma,abah, kak ros, mia, esha, ami, esha paklang, abang fitri, kakak ika, baby, mila,nurin, nurkasih, kak izan, kak ida, kak de my best friend, haha ketawa di buatnya.Memang tak muat tangan nak bawa, masa tu tak fikir dah muat ke tidak nak letak semua barang shopping dalam luggage nanti.
Siap shopping, baru terasa lapar.Bukan apa...kami skip makan tengah hari sebab nak ambil masa lebih untuk shopping.After that, Kami di bawa ke restaurant untuk dinner.
Lepas makan, balik bilik.Waktu untuk kemas barang-barang balik ke Malaysia pada hari esokknya.Yang ni part paling lucu.Ida bersama pemimpin ida, Kak Ina, termenung di atas katil sambil memerhatikan barang-barang shopping tadi di lantai.Fikirkan macam mana la nak letak dalam luggage.Memang rasa tak cukup space dah walaupun ada dua luggage.Sekejap atas katil, sekejap turun termenung depan luggage.Mahunya tak pening kepala fikir, i beli 5 handbeg , 5 helai kain pasang, 2 biji kereta control untuk Natasha dan Esha, helicopter control for hubby sayang,toys untuk 10 orang anak buah, belum lagi yang lain-lain.Boleh pula stop minum milo dan makan megi, i dan kak ina ketawa dalam bilik, lucu kat diri sendiri.Akhirnya dapat settle dengan jayanya.Nak kena makan megi dulu baru boleh settle :)
Last Day-Guangzhou, next entry....
PREMIUM BEAUTIFUL (CLICK HERE)
0 comments:
Post a Comment