Sampai office dekat pukul 9 pagi..sepatutnya 8:30am.I know la,bukan company Abah i punya tapi nak buat macam mana.Dah begitu jadinya.Nak masuk office cari kunci tak jumpa.Mana kunci?Ermmmmmm ni tak suka ni!kalau call bos sure dia tahu i lambat.Tak nak dengar la dia bising pagi-pagi..perut i tengah lapar so tak suka la.Sekejap tu datang la technician i Sahrim dengan motornya...selain i and bos..dia la penyelamat i...dia ada kunci office.Good boy!
Ingatkan dah selamat...tapi tak....bos ada call office sebelum tu tapi nobody answer.So secara automatiknya dia tahu i lambat datang office dan dia juga tahu bahawa kunci i dah tertinggal dalam office semalam.(Ermm what to do) dia dah tunggu di rumah why i tak call dia cakap "Bos..kunci tertinggal lagi..."..suka la tu perli i kan.
Mood tak okay so tak nak cakap banyak...senyum pun sikit je.Sayang mesej pun jawab berpandukan soalan je.(Gaduh sikit semalam) Hari ni berapa haribulan ea?owh.....patut la.Hope sayang faham,dah nak hampir 'masa-masa itu'.Sayang ke Labis, err maybe Segamat..Sorry i lupa dia cakap nak ke mana.Yang pasti pergi Johor bawa student ada buat..erm..sorry againt.I lupa dia buat apa pergi sana."Sayang,balik nanti kalau u rasa u nak marah i ke and u nak cakap i tak ambil berat ke, i terima.Sebab mood i tak okay so tak sempat nak ingat.(So sad)
Lunch tak kuar..nak tidur je...
Muka baru bangun tidur~ |
"Adik!adik!ni Kak Ros ada beli nasi kerabu..bawa la pergi kerja"
Dalam lewat-lewat i pergi kerja tadi, Kak Ros cepat-cepat kasi i sebungkus Nasi kerabu.I nak diet kabohidrat tapi tak nak la hampakan Kak Ros kan,susah-susah dia dah belikan.So ambil la.
"Ni ada lagi..pisang emas di bawa belayar,ambil la.Sedap ni..masak sebiji di atas peti..hutang i bila nak bayar?"
"Bila masa ada hutang"
"i mana ada hutang kak ros la, rasanya dah settle semua kot" (senyum sikit boleh?)
kenapa dengan i ni? dont know la.... |
0 comments:
Post a Comment