Tuesday, March 29, 2011

NAK TIPU ORANG LA SANGAT!

Dah puas makan nasi dengan tangan ke??ke nak makan nasi guna straw?Geram sikit ni rasa.Walaupun bukan terkena pada i tapi terasa la marah bila ada pihak yang cuba-cuba nak tipu orang kan.Orang tu pula kawan i sendiri.

Ada la dia cerita dia kena tipu dengan perempuan yang mengaku yang dia dari pihak ketiga dari pihak Maybank, insurance department macam tu la.Perempuan tu cakap lagi yang kawan i ni perlu bayar RM299 for insuran tafakul maybank.Kawan cakap tak nak sebab dah ada insuran sendiri dah.Lagi perempuan tu cakap yang ini wajib ambil sebab termasuk dalam pakej kredit kad.Kawan i ni dah mula percaya.Bila di minta segala maklumat tentang kredit kad, dia kasi la.

Lepas pada tu kawan i rasa tak sedap hati and kol la pihak maybank.Cek transaction dah ada deduction RM299 dari akaun kredit kad dia.Pihak maybank kasi tahu tak ada pun pakej insuran ke ape, and tak ada pun pegawai dari bahagian insuran yang buat panggilan tu.Sah semuanya satu pernipuan.oO.. kawan i dah kena tipu.Tapi nasib baik lah pihak maybank cancel transaction tu.Kiranya tak tolak akaun la.Tak tahu la macam mana mereka buat kan.Akaun lama di sekat and buka akaun baru.Takut orang tu suka-suka buat lagi.

Tak lama tu perempuan si penipu tu call lagi kawan i tanya why kawan i cancel?(dasar terdesak,berani-berani call lagi)kawan i cakap la yang dia dah refer maybank.Perempuan tu tahu la penipuan dia dah terbongkar tapi dia pandai lagi nak pusing-pusing cerita.Tapi yang teruknya perempuan tu lagi nak marah-marah kawan i, cakap yang kawan i ni takut rugi ke setakat nak masuk insuran RM299.Ish perempuan ni...i dengar pun geram.Jahat macam apa ntah.Kalau jumpa ni.."kita bakor je!!"

Nasib baik lah kawan i tu selamat tak menjadi mangsa penipuan (hampir-hampir juga la).Macam-macam sekarang.Orang bila dah terdesak sanggup je nak tipu orang.Macam i sendiri pun pernah juga di cuba untuk di tipu.Ada la i terima panggilan pada handphone office i.Lelaki tu cakap nombor handphone i dah menang 10 ribu dalam peraduan Power Root.I jawab la kasi tahu dia.."sorry ya, my boss Cina tak minum power root" :-) dia terus off handphone.Dasarrr...

Ada lagi satu kes cubaan menipu ni.I buka la inbox mesej handphone Ma.Ada la terima satu mesej macam ni..
"INI AYAH, AYAH ADA DI BALAI POLIS.
TOLONG TOPUP KAN UNTUK AYAH RM 100, URGENT.
TAPI JANGAN CALL, AYAH OKAY"

I replay la..

"CUKUP KE RM100???KALAU TAK CUKUP I NAK KASI RM 1K!
I TAK PANGGIL AYAH, PANGGIL ABAH OKAY!STUPID!"

Melampau, nak tipu orang tak beragak..minta topup sampai RM100.I sendiri pun topup RM10 for 1 week, kadang-kadang lebih (biasa Chat on YM/FB.Lagi best kot..pantas je, bukan jimat ya) 

Hope kita tak cepat terpedaya la ya.
Okay dah, Mia pergi tidur dengan ur mum.
Maksu Ida nak tidur dah..
Good Night..

0 comments:

Post a Comment