Wednesday, March 23, 2011

Kembalikan cintaku (sinambungan novel tanpa kekasihku)

Novel-Tanpa Kekasihku (CLICK HERE)
                                                      -1-

Sudah hampir tiga tahun pemergian Haikal, kekasih dan tunangku yang tercinta.Namun segala kenangan masih segar dalam kotak fikiran ku.Tak kan pernah untuk cuba melupakannya, kerana dia la kekasih hati yang sangat aku kasihi yang pernah ku miliki.

"Oh Haikal...i sangat merindui u sayang"bisik hati kecilku sambil memejamkan mata.
Seketika aku kembali membukakan mata, memandang ke arah cermin solek di hadapanku.

"Erm..semangat Nasha,hidup perlu diteruskan.Haikal pun tak suka kalau aku begini"aku berbicara sendiri
"Semangat!"cuba kuatkan semangat diri.

Aku betulkan selendang yang ku pakai agar lebih rapi.Solekan sudah cukup cantik rasanya.Kalau dulu Haikal sangat suka dengan solekanku.Tapi katanya jangan terlalu tebal hingga nampak macam Cina Opera pula.Aku senyum sendiri mengingatkan kata-katanya.Haikal memang seorang yang cukup berjenaka.Bagi aku dia cukup lengkap sebagai lelaki idamanku.Dia bukan sahaja suka berjenaka namun dia juga seorang yang  romantik.Tak kan mungkin ku jumpa pengganti sepertinya.

                                                   -2-

"Ouch!"Nasha mengaduh setelah bahunya di langgar seseorang
"Maafkan i"ujar seorang pemuda yang telah melanggar bahu Nasha ketika berjalan.
"Are you okay Nasha"tanya Nina kawan kepada Nasha yang bersama dengannya berjalan menuju ke restoran untuk makan tengah hari.
"I minta maaf, betul-betul tak sengaja tadi.I terburu-buru nak cepat sebab I ada mesyuarat"ujar pemuda itu dengan nada yang sangat bersalah.
"Its Okay..saya tak ada apa-apa"balas Nasha sambil menarik tangan Nina dan berlalu pergi.
"Err, saudari!"Jerit pemuda itu.
Jeritan pemuda itu membuatkan Nasha and Nina berpaling....
"I minta maaf ya"jerit pemuda itu lagi dan telah membuatkan orang di sekeliling memandang ke arahnya.
"Err i terlanggar dia tadi"cuba jelaskan pada mereka yang memandang setelah sedar apa yang di perlakukannya di perhatikan dan sedikit merah di mukanya menahan malu.
Nasha hanya tersenyum dan senyuman itu membuatkan pemuda itu merasakan sesuatu.Dia berlalu dan meneruskan langkah perjalanannya tetapi terhenti seketika lalu menoleh lagi ke arah Nasha yang sedang berjalan.Dia tersenyum dan terus melangkah pergi.

"Aduh, sakit la bahu i ni Nina"Nasha mengadu.
Mereka berdua duduk di meja makan di restoran pilihan.
"Mahunya tak sakit bahu u tu.Tengok sahaja la badan dia yang kental-kental tu yangtelah melanggar u tadi"Balas Nina.
"Tapi lelaki tu boleh tahan kan"Nina masih sempat bergurau pada Nasha.
"Ish orang sakit, dia lagi bergurau.Cepat lah order makan..dah pukul berapa ni"ujar Nasha.

Setelah selesai makan Nasha dan Nina kembali ke pejabat.Nasha kembali ke mejanya.Kelihatan beberapa fail telah di letakkan di mejanya.Fail untuk di serahkan pada bosnya nanti untuk mesyuarat yang akan di adakan sekejap lagi.Itu la tugas Nasha sebagai setiausaha.Bekerja di syarikat yang besar memang perlu bertanggungjawab setiap apa yang perlu di sediakan untuk majikannya.Tidak hairan la apabila Nasha menjadi pekerja kesayangan majikannya.Bukan sahaja rajin bekerja malah mempunyai sifat yang sangat baik dan lemah lembut.Di senangi juga oleh rakan-rakan pejabatnya.

Masa mesyuarat sudah tiba.Nasha membawa fail-fail ke dalam bilik mesyuarat.Nasha meletakkan di tempat bosnya.Petang ini bosnya ada mesyuarat dengan beberapa ahli perniagaan dari syarikat yang lain.Nasha kembali di mejanya.

"Assalammualaikum,boleh tumpang tanya?"kedengaran suara lelaki ingin bertanya sesuatu.
"Waalaikummussalam..ya,boleh saya ban...."belum habis Nasha berkata-kata kerana sdikit terkejut apabila memandang wajah lelaki itu.
"Eh...u.."Ujar lelaki itu.
Tanpa di sangka lelaki itu adalah lelaki yang telah melanggar Nasha ketika berjalan di waktu makan tengah hari tadi.
"Erm..boleh saya bantu Encik?Nasha bertanya sambil mengukir senyum.
Tiada jawapan dari lelaki itu, dia hanya terpaku dan kelihatan senyum sendiri.
"Err Encik,boleh saya bantu?"soal Nasha lagi sedikit hairan.
"I nak u..eh..sorry sorry,Erm i nak tanya..kat mana bilik mesyuarat?"lelaki itu sedikit gelabah setelah tersedar dari lamunannya yang entah ke mana-mana.
"Owh jadi Encik ni terburu-buru tadi sebab nak mesyuarat ke sini la ya.Mari saya tunjukkan bilik mesyuarat tu"lembut Nasha bersuara sambil tersenyum manis.
Pastinya lelaki itu telah terpukau melihat senyuman dan raut wajah Nasha yang cantik.

                                                     -3-

"Assalammualaikum Nasha"
"Waalaikummussalam"balas Nasha dan sedikit terkejut apabila dengan tiba-tiba ada suara memberi salam dari arah belakangnya ketika dia hendak membuka pintu kereta miliknya.
Nasha menoleh dan terkejut melihat lelaki yang melanggarnya dua hari yang lepas berada di belakangnya.
"Eh Encik"Nasha menegur sedikit terkejut.
"Jangan ber Encik dengan i.Panggil sahaja Akmal"ujar lelaki itu.
""Owh okay Encik..eh Akmal.U buat apa dekat sini?Rasanya hari ini tak ada mesyuarat kan?"soal Nasha.
"I jumpa dengan kawan i tadi dekat cafe depan sana"Akmal membalas sambil menunjuk ke arah cafe yang berada di sekitar itu.
"Nasha dah habis kerja ya, nak terus balik or nak ke mana dulu ni"Akmal bertanya lagi seolah-olah macam seorang penyiasat.
"I nak terus balik.Erm..macam mana u tahu nama i?"tanya Nasha
"I dengar bos u sebut nama u masa mesyuarat tempoh hari"Akmal menjawab sambil tersenyum
"Owh..okay la Akmal, i nak balik dulu"ujar Nasha
"Nasha, kalau tak keberatan boleh tak i nak minta nombor telefon u?Jangan salah anggap, i cuma nak  berkawan and mengenali Nasha dengan lebih rapat"pinta Akmal dengan lembut berbahasa.
"Maaf, i tak boleh nak kasi nombor telefon i pada orang yang baru ia kenal"balas Nasha dengan lembut.
"Owh..macam tu.Okay tak apa la,saya minta maaf ya"ujar Akmal lagi.
Nasha mengukir senyum dan terus masuk ke dalam keretanya.Nasha berlalu pergi sambil mengakat tangan kepada Akmal.Akmal membalasnya sambil tersenyum hampa.

                                                    -4-

Semakin hari wajah Nasha bermain di fikiran Akmal.Bagai jelas terpancar ukir senyum manis di bibir Nasha."Apa yang telah berlaku pada aku ni" berbisik kata hati Akmal.Tak pernah lagi aku rasa seperti ini.Ingin sahaja aku pergi mendapatkan Nasha.Ingin aku luahkan padanya yang aku mula sukakan dia tetapi bimbang pula di katakan aku ni seorang yang gelojoh."Sabar Akmal sabar"akmal bersuara dan menarik nafas yang panjang.Akmal mencapai komputer ribanya.Agak bosan malam itu membuatkannya ingin manghabiskan masa melayari internet.Akmal membuka halaman facebook."Haa,baik aku cuba cari facebook Nasha,mana la tahu kot ada kan"Akmal berkata sendiri.Di bahagian pencarian Akmal mencari nama Nasha.Kelihatan ramai orang yang bernama Nasha tetapi Akmal tidak berputus asa untuk mencari facebook Nasha.Setelah beberapa ketika Akmal menemui facebook yang kelihatan gambar muka depan kelihatan seperti gambar Nasha."Yesss!"jerit Akmal.Akmal cuba jadikan Nasha sebagai senarai dalam kawannya di facebook.Cuma hanya menunggu Nasha menerima permintaannya.Akmal hanya boleh melihat gambar muka depan facebook Nasha kerana Nasha membuat akaun facebooknya dalam status  peribadi.Akmal melangkah ke dapur, untuk membancuh kopi 3 in 1.Setelah selesai membuat kopi dia kembali di depan komputer ribanya.Akmal sedikit gembira melihat Nasha sudah menerima permintaannya sebagai senarai kawan dalam facebooknya.

Seketika...Nasha di rumahnya...

"Ini macam Akmal"Nasha bercakap sendiri melihat senarai facebook salah seorang yang ingin menjadikan dia sebagai kawan di facebooknya."Macam mana pula dia boleh cari facebook aku ni"berbisik sendiri lagi.
"Klik"nada mesej masuk dibahagian ruang sembang di facebook Nasha.
Kelihatan Akmal ingin ber chat dengan Nasha.
"Hai Nasha.."chat dari Akmal
"Hai"chat dari Nasha

Bermula sejak itu mereka sering berkomunikasi di ruangan sembang facebook.

                                                    -5-

Di keheningan pagi yang indah dengan kehijauan tasik, kelihatan ramai orang ramai berjongging di pagi minggu itu.Tidak ketinggalan Nasha yang juga selalu keluar berjongging di situ setiap kali tibanya cuti hujung minggu.Nasha di temani kawannya Nina.Kalau dulunya Nasha sering berjongging bersama kekasih hatinya Haikal, kini tidak lagi.Namun Nasha masih teruskan hari-hari minggunya tanpa Haikal di sisi.Baginya, ingin sahaja dia kekalkan setiap kenangan di mana sahaja dia dan Haikal sama-sama pernah ciptakan bersama seketika dulu.

"I tengok u dah semakin rapat je dengan Akmal"soal Nina pada kawannya Nasha sambil mencuit pinggang Nasha.
"Hey jangan la"Nasha sedikit terkejut dan cuba membalas mencuit pinggan Nina.
Hubungan erat dalam persahabatan dari mula mereka berkerja di syarikat yang sama hingga kini cukup menampakkan keakraban mereka berdua.
"I dan Akmal cuma kawan biasa je la"jelas Nasha yang sedikit penat setelah bergurau dengan Nina.
"Lebih dari kawan pun apa salahnya.I tengok Akmal tu pun macam suka kat u je taw"Nina berkata sambil tersenyum-senyum
"Merepek la.."Nina menjawab dan meneruskan berjongging.
Nina mengejar dari belakang.

Selesai berjongging Nasha pulang ke rumah.Keluarkan handphone dari handbeg, tertera satu pesanan sms.

"I nak ajak u makan tengah hari and ada perkara yang i nak kasi tahu u.Hope u sudi"

Nasha membalas mesej..

"Baiklah, kita berjumpa di tempat biasa"

                                                     -6-
Hari minggu..aku hanya duduk di rumah, rehat.Rasa malas nak keluar ke mana-mana.Aku membuka komputer riba, melayari facebook.Dah beberapa hari Akmal tidak menghubungi aku.Adakah dia kecik hati dengan kata-kata aku tempoh hari?

Mengimbas kali terakhir pertemuan Nasha dan Akmal di restoran ketika makan tengah hari bersama...

"Ada apa yang u nak kasi tahu i"tanya Nasha setelah selesai makan.
"I mencintai u Nasha"jujur Akmal meluahkan isi hatinya pada Nasha.
"I ingin jadikan u teman istimewa i"tambah Akmal lagi
"What??"Nasha sedikit terkejut dengan luahan Akmal yang secara tiba-tiba
Wajah Nasha mula berubah..tidak senang dengan luahan Akmal.
"Maaf, i tak boleh terima"Nasha tegas bersuara dan bangun terus pergi meninggalkan Akmal.
Nasha terus berjalan tergesa-gesa menuju ke keretanya.
"Nasha!wait..."Akmal cuba menghalang dan juga bangun mengekori Nasha.
"Nasha..."Akmal memanggil dan sambil menarik tangan Nasha.
"Jangan pegang i!"marah Nasha
"Okay sorry.Please kasi i peluang"rayu Akmal
"U tak faham bahasa ke?I tak ada perasaan langsung pada u, faham tak?"lantang Nasha bersuara.
"I dah kasi tahu u jangan ada perasaan pada i.Hati i hanya untuk Haikal.U tak layak untuk ganti dia di hati i"Nasha meluahkan segalanya.
"I memang tak boleh jadi Haikal tetapi i percaya i boleh bahagiakan u Nasha.I nak u jadi kebahagiaan i juga"Akmal tidak berputus asa.
"I takkan terima mana-mana lelaki, termasuk u"ujar Nasha.
"Baiklah, i sedar siapa i yang tak layak untuk ada dalam hati u.Tetapi i yakin, Haikal juga mahukan u bahagia"Akmal akur keputusan Nasha.
"I minta maaf and i takkan ganggu kehidupan u lagi lepas ni"Akmal mengakhiri kata-katanya dan terus berlalu meninggalkan Nasha yang hanya terdiam seribu bahasa.

Bukan niat aku untuk buat dia kecewa tapi aku tak boleh nak paksa untuk terima dia sebagai pengganti Haikal.Tak mungkin!

                                                      -7-
"Jangan seksakan diri u kerana merindui i sayang.Jangan tutup pintu hati u demi i yang telah pergi jauh meninggalkan u"
"Tapi i sayangkan u Haikal.I tak mampu hidup tanpa u.I need u so much"
"Dunia kita kini berbeza.U harus hidup walaupun tanpa i"
"Tidak Haikal"
"Dia akan membahagiakan u...i yakin di dapat kembalikan cinta i yang pernah ada dalam hati u"
"Terima la Akmal"
"Tidak Haikal..."
Haikal tersenyum...sedikit demi sedikit penglihatan Nasha mula kabur dan Haikal lenyap dari pandangan

"Haikal!!"pekik Nasha dan sedar dari mimpinya
"Astafirullahazim"tercungap-cungap Nasha beristifar.
Apakah makna semua ini.Ya Allah..baru kini aku sedar bahawa aku sudah kehilangan Haikal yang aku cintai.Aku tutup pintu hati aku selama tiga tahun agar aku dapat terus bercinta dengan cinta yang telah Haikal tinggalkan dalam hati ini.Haikal ingin aku terus hidup walaupun tanpa dia.Inginkan aku bahagia tanpa dia.Bagaimana?Akmal...adakah dia kebahagiaan aku nanti?Erm..Nasha mengeluh.Tiba-tiba ingatan dia pada Akmal mula datang.Sudah satu minggu Akmal tidak menghubungi aku.Sebelum ni dia tidak pernah jemu untuk mendapatkan cinta aku.Entah la..aku buntu.

Ramadhan akan tiba tidak lama lagi.Sekali lagi aku akan menyambut Ramadhan tanpa Haikal.
Apa Akmal buat sekarang ya?Di mana dia sekarang?Eh..kenapa aku asyik ingat dia je.Setiap pandangan hanya nampak dia?Oh no..adakah aku mula merindui Akmal?Ish..merepek je la, keluh hati kecilku.Malas untuk melayan perasaan yang aku sendiri tidak mengerti akan itu.

"Terasa lapar pula perut aku ni"Nasha bersungut.
Tangannya mula mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Nina.
"Hello babe, u lapar tak?jom i belanja u makan nak?"ujar Nasha dengan nada yang ceria.
"U nak belanja sure i lapar je tau"Nina bergurau dan di susuli dengan hilai tawa.

Nasha memandu kereta untuk menjemput Nina di rumahnya untuk makan tengah hari bersama.Sebaik tiba kelihatan Nina yang cantik mengenakan blous pink yang cukup menawan.

"Hai babe"sapa Nina sebaik masuk di dalam kereta.
"Wah cantik blous u, baru beli ya?"tegur Nasha pada Nina.
"Mesti lah cantik...sebab i yang pakai kan"Nina bergurau.
Memang Nina seorang yang suka berjenaka.Selalu membuatkan Nasha tidak kering gusi bila bersamanya.

Sewaktu di restoran...

Setelah memesan makanan masing-masing.Nasha dan Nina berbual-bual.Bagaikan sudah lama tidak berjumpa.

"Nina..i pelik la sekarang,asyik terfikirkan Akmal je.Sejak dia menjauhkan diri dari i, rasa macam lain.I pun tak faham, sedangkan sebelum ni i memang tak ada perasaan pada dia cuma sekadar ada perasaan seorang kawan"Nasha cuba meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"I rasa tak salah kalau u kasi peluang pada Akmal, i sendiri nampak dia ikhlas suka pada u."Nina cuba memberi pendapatnya.
"I tahu cinta u pada Haikal tak kan padam tapi u harus terima hakikat yang dia sudah tiada"tambahnya lagi.
"Erm.."Nasha hanya mampu mengeluh.
Makanan di pesan sudah sampai.Mereka makan sambil terus berbual-bual dan sesekali ketawa.

                                                           -8-

"Assalammualaikum"salam di hulurkan setelah Akmal menjawab panggilannya
"Waalaikummussalam..ada apa Nasha?"lembut Akmal menjawab.
"Maaf kalau i mengganggu u malam-malam ni.Akmal..kalau tidak keberatan boleh tak kalau kita berjumpa esok?"Nasha menerangkan tujuan dia menghubungi.
"Baiklah...kita jumpa esok"Akmal tidak menolak.
Perbualan berakahir..

Apa yang Nasha mahu ya?Pelik juga ni tiba-tiba telefon and nak jumpa?Erm..tak mengapa lah, yang penting aku rasa gembira, Nasha nak berjumpa dengan aku.Sumpah aku rindukan dia.Rindukan senyumannya...suaranya..dan juga wajahnya.Setiap hari mahu sahaja aku menghubunginya dan juga menghantar mesej di telefon bimbitnya namun aku cuba sabar..tidak mahu dia merasa tidak senang dengan panggilan dan mesej dari aku.Akan aku tunggu hari esok, harap ada berita baik dari dia.

Masa yang di janji kan...

Mereka bertemu di tempat yang di janjikan, di sebuah tasik yang dulu pernah menjadi tempat bersantai Nasha dan Haikal.

"Hai Akmal"sapa Nasha setelah mendapatkan Akmal yang terlebih dulu sampai di tasik itu.
"Hai Nasha, how are you?"balas Akmal.
Suara manja yang di rindui setelah sebulan tidak berjumpa.
"I sihat.U puasa tak hari ini?"soal Nasha sambil tersenyum manis.
"Mesti lah..u tu sure tak puasa kan?"Akmal bertanya deangan sedikit usikan.
"Mengada la u ni"Nasha hanya tersenyum.
"Sudah tiga minggu kita berpuasa kan, sekejap je masa..tak lama dah nak raya"Nasha berbual kosong.
"Betul la kan, masa semakin pantas sekarang"balas Akmal.
"Nasha, ada hal apa u nak jumpa dengan i hari ini?"tanya Akmal apakah tujuan sebenar Nasha ingin bertemu dengannya.
"I nak minta maaf atas kejadian tempoh hari.I keterlaluan..buat u rasa kecewa"Nasha memberitahu tujuannya.
"Tak apa i faham..i pun salah, terlalu terburu-buru.I silap...i memang tak boleh nak ganti cinta Haikal di hati u"Akmal tenang berbicara.
"Akmal...u benar-benar ikhlas cintakan i?"Nina bertanya setelah diam seketika mendengar luahan dari Akmal.
"I pernah kasi tahu u tempoh hari, bahawa u adalah kebahagiaan dalam hati i.I terlalu cinta dan sayangkan u Nasha tapi i tak nak memaksa u kalau u tak sudi menerimanya"jelas Akmal.
"Akmal...."lembut Nasha memanggil.
"Ya Nasha.."balas Akmal tenang.
"I sudi terima cinta u dalam hidup i"luahan yang terpendam keluar dari mulut Nasha.
"Alhamdulilah, betul ni Nasha??"Akmal bertanya seolah tidak percaya dengan apa yang di dengarinya.
Nasha hanya tersenyum...
"Yes!yes!whoohoo!"haikal menjerit gembira.
"Hey, orang tengok la nanti"Nasha cuba tenangkan Akmal yang bersorak gembira dan tertawa kecil.
"U tunggu sini jap"pinta Akmal.
Cepat-cepat Akmal meninggalkan Nasha seketika.
"Hah..u nak pergi maaa...?"belum sempat Nasha bertanya.
Akmal laju berjalan entah ke mana.
Sekejap Akmal muncul balik....
"Hulurkan jari u sayang"pinta Akmal
Nasha terpinga-pinga....
"Hulurkan je"pinta Akmal sekali lagi dengan lembut.
Nasha menghulukan jarinya dan Akmal menyarungkan cincin yang di perbuat dari tangkai bunga kecil yang di petik di sekitar tasik sewaktu dia meminta untuk pergi seketika tadi.
"Sudikah u menjadi yang halal bagi kehidupan i?Akmal melamar Nasha.
Nasha termanggu seketika...matanya di pejam..dan membukanya kembali beberapa saat.
"I sudi jadi yang halal untuk kehidupan u Akmal"Nasha akhirnya menjawab dengan berlinangan air mata.

Hari raya menjelma...kelihatan Nasha manis berbaju kebaya nyoya berwarna putih.Cukup anggun.Akmal datang berkunjung ke rumah keluarga Nasha.Ibubapa Nasha menerima Akmal sebagai bakal menantu mereka.Pihak Akmal dan Nasha juga sudah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan mereka selepas hari raya nanti.Akmal telah menyatakan hasratnya pada kedua ibu bapa Nasha untuk jadikan Nasha sebagai isterinya.Tidak mahu mengambil masa yang lama.Benda baik lebih elok kalau di percepatkan.

Dua hari sebelum majlis perkahwinan di langsungkan...

Nasha dan Akmal menaiki kereta menuju pergi ke Mall untuk membeli sedikit kelengkapan untuk persiapan terakhir majlis mereka dua hari lagi.

"Kita singgah di Cafe dulu, i nak jumpa kawan i sekejap"ujar Akmal.
"Okay.."Nasha hanya menuruti.
Tiba di tempat letak kereta di seberang jalan yang berhadapan dengan blok Cafe.Nasha dan Akmal cuba melintas jalan.Nasha berjalan sedikit ke belakang, Akmal berjalan laju tanpa memandang ke kiri dan kanan ketika melintas.Nasha terlihat ada kereta sedang meluncur laju, lalu pantas memandang ke arah Akmal.Melihat Akmal tidak menyedari kereta itu.

"Akmal, ada kereta!!!!"jerit Nasha untuk menyedarkan Akmal tentang kehadiran kereta yang sedang menuju ke arahnya.
Akmal terkejut mendengar jeritan Nasha lalu pantas menoleh ke arah kereta yang sedang ke arah kanannya..
Pemandu kereta itu memberikan hon yang kuat..

                                               -Episod akhir-

"Pabila sedang bersanding..jangan lah suka menjeling..menjadi raja sehari..terpegun nampak berseri..."
Kedengaran lagu Selamat Pengantin Baru, nyanyian Anita Sarawak memeriahkan suasana majlis perkahwinan di dalam dewan yang terhias cantik.Kelihatan mempelai sedang bersanding di susuli acara menepung tawar pasangan pengantin.
Nasha kelihatan cukup anggun di pelaminan dan Akmal cukup kacak dengan berpakaian pengantin.Mereka bagai pinang di belah dua.

Dalam kemeriahan majlis tiba-tiba Nasha terpadang ke arah bayangan Haikal yang tiba-tiba muncul.Kelihatan  Haikal tenang memandang ke arah Nasha.
"Haikal..."Nasha berbisik sendiri, terkejut melihat bayangan Haikal yang muncul di satu sudut dewan itu.
Seketika itu bayangan Haikal mula kian hilang dari pandangan Nasha..Haikal sempat mengukir senyuman dan terus lenyap bayangan itu.
Nasha seolah-olah ingin menjerit memanggil nama Haikal untuk halangnya dari pergi tapi suaranya bagaikan di kunci.
"Kenapa sayang?"tanya Akmal apabila menyedari Nasha kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena
"Nothing.."jawab Nasha dan cuba tersenyum agar Akmal tidak mengesyaki apa-apa.

Akhirnya aku kini bahagia dengan adanya Akmal yang telah kembalikan cintaku yang terenggut sejak kehilangan insan yang sangat aku cintai.
"Haikal....cintamu tetap menjadi kenangan di setiap kehidupanku.Moga rohmu di cucuri rahmat"

                                                   TAMAT

1 comments:

izham sulaiman said...

pandai u wat cerpen syg..terharu i bc..

Post a Comment