Dah masuk pertengahan bulan Ramadhan.Boleh dah kalau nak buat persiapan.Sepatutnya last weekend kena mula buat biskut raya tapi i sayang dengan nikmat waktu tidur selepas Subuh : >.Bila dah tengah hari, mula dah rasa malas nak buat biskut raya.Ambil masa juga proses nak siapkan biskut raya tu.Ramai yang suka Biskut Raya yang "tunjuk-tunjuk" je tapi bagi i tak ada kenikmatan atau rasai suasana hari raya kalau tak buat sendiri biskut raya.Lagi pun i nak Natasha merasai nikmat hari raya seperti i pernah raya waktu zaman kanak-kanak dulu.
Last week tak dapat buat persiapan so this weekend la kot boleh start.Erm tapi pulanya, Ma nak ajak balik kampung.Berbuka puasa bersama ayah(tok) and mak (nenek) di Terengganu.Nampak gayanya tak dapat juga la buat persiapan lagi.Kalau weekday mana sempat..balik kerja pukul 5 petang,nak siap-siapkan waktu berbuka.Malam pula rasa macam waktu cepat sangat.Tak nak la tidur lambat.Nak bangun sahur lagi and nak kerja lagi.I kalau tak cukup tidur mula nak nangis : > Nampak gayanya memang last minute juga la nak buat persiapan.I ingat i nak buat biskut Almond London, Biskut Samprit, Biskut Arab & Biskut Kelapa.Maybe nanti Kak Ros and Ma nak buat jenis biskut jenis lain so jadi banyak la.Tapi i nak juga beli satu jenis biskut, Biskut Tart Gulung, sebab biskut Tart Nenas Gulung i tak pernah cuba nak buat so tak pandai la : >
Erm...persiapan raya last minute and ada satu lagi persiapan untuk "Itu",ada something barang yang tak boleh nak standby awal-awal.Like Kek, Buah-buahan, manisan and hand bouquet.Semua barang-barang tu kena sedia sehari sebelum hari "itu".Biasa kalau raya,kedai tutup atleast three days.Nanti try survey kedai-kedai, tanya macam mana.Kot la diorang tak tutup kan.
Dua persiapan yang terpaksa last minute buat..Haaa Semputtt
0 comments:
Post a Comment