Sambil-sambil breastfeeding si kecil Bunga ni..ai saja saja la berkongsi satu antara hal yang penting dalam penjagaan bayi.Selain memberi susu ibu adalah yang sangat penting,penjagaan ruam lampin juga adalah sangat sangat penting.Kesian dekat bayi jika bahagian lampin merah dan gatal ditumbuhi ruam.Bayi dan diaper memang tak dapat di pisahkan..24/7 nak kena pakai so kalau ada ruam merah memang bayi tak selesa dan merenget sentiasa...ibu juga yang susah kan.So untuk Bunga Syuhara memang ai dah siap sedia dengan Diaper Rash Cream.Ai guna dari brand Jonhson's.Sebelum pakai diaper ai akan sapu nipis di sekitar kulit.Jangan tunggu ada ruam baru nak sapu...tak ada ruam dah kena sapu so bayi akan bebas dari ruam lampin.Alhamdulilah hingga hari ini Nawra selesa dari ruam lampin..bila bayi selesa dia akan senyum dan ketawa je hihi
Wednesday, September 11, 2013
Thursday, August 29, 2013
SERONOK DI BUKIT GAMBANG SAFARI PARK, KUANTAN
SIAKAP STEAM ALA MASTERCHEF ASTRO
Dua hari lepas Abah memancing dapat ikan siakap besaq lebaq sangat.Abah bawa balik suruh ai masak.Ya Allah macam mana nak potong ikan besaq ni.Malas nak susah susah,ambil anak lesung batu dan pisau pemotong daging,ai potong ikan pada tiga bahagian.Sekuat hati ketuk pisau dengan anak lesung batu.Mok long jiran sebelah pun dengar kikiki.Semalam dah masak Siakap Tiga Rasa so hari ni lunch masak Siakap Steam pula.Buka resepi Masterchef Astro,nampak ada resepi Haruan Steam, macam menarik so ikut la resepi dia and ada la ai ubah sikit sikit.
Monday, August 26, 2013
Hariku bersama Pemanggang Ajaib
Hujung minggu lepas yang happy sangat bersama family tersayang.Bila dah ramai ada kat rumah pasti lah nak makan-makan je kerjanya kan.Bermula dari hari Sabtu,pagi-pagi dah perap ayam BBQ gara-gara tak cukup makan masa buat Bbq kat rumah abang shah malam sabtu baru ni.Malas nak hidupkan api pemanggang arang so ai cadang nak panggang je dalam pemanggang ajaib.Memang ajaib sebabnya mudah cepat dan sedappp juga licin sekelip mata.Cumanya berbeza la dari original BBQ kalau kita bakar guna pemanggang arang.BBQ ni nak kena bau asap-asap api baru taste nya lagi nyum.Hari ahad pula pagi-pagi i dah bancuh adunan lempeng.Pun guna pemanggang ajaib untuk masak.Nama je pemanggang ajaib tapi ianya serba guna.Lempeng siap makan dengan sambal bilis.Ituari kan dah makan dengan sambal sardin.Untuk makan tengah hari pula ai buat sotong goreng kunyit dan ikan goreng.Hihi ketawa dulu,sebab ai guna pemanggang ajaib juga.Kan ai kata nama je pemanggang ajaib.Pagi tadi pula ai buat Roti jala dengan pemanggang ajaib.Dasyat gila mudahnya..wah gituuu.Lepas ni nak buat durian crepe pula sebab abang saba ada beli banyak durian fresh dari kebun.Apa susah..pemanggang ajaib kan ado!kikiki.Memang wajib ada la pemanggang ajaib di setiap rumah.Boleh beli di stokis Menang Glasswear or dari brand Vantage.
Nanti ai story pengalaman pertama kali ke Bukit Gambang Safari Park ya.
Daaaa Publish!
Friday, August 23, 2013
Resepi Somtam
Resepi somtam atau kerabu betik ni resepi ai sendiri.Kalau nak ikut resepi asal kena pergi thailand dulu beli lesung somtam kikiki
jom kita mula...
BAHAN-BAHAN&CARA BUAT
1 biji-Betik/Mangga muda (ai guna dua-dua sebab tamak) di sagat halus dan memanjang.
1 biji-tomato di potong ikut suka hati
Sayur kangkung-untuk ulaman
Kacang panjang-untuk ulaman dihiris
2biji-bawang putih dan 10biji Cili Kecik atau mengikut ketebalan lidah di tumbuk tapi jangan hancur sangat.
1 sb-udang kering di goreng tanpa minyak
1 sb-sos tiram .resepi asal guna sos ikan.tiram ngan ikan kan makanan laut kira sama je la dok :-) sebenarnya malas nak beli.
1-2biji-limau nipis di perah jusnya
Garam dan gula sesedap rasa
Kacang tanah-i guna yang dalam paket yang ready di makan tu,tumbuk jangan sampai hancur.lagi banyak lagi sedap.
Gaulkan semua bahan hingga sebati kalau nak ada kuah lebih,boleh la tambah air.
Simpan dalam peti sejuk lagi sedap di makan.
Selamat mencuba...
Good Morning...
Pagi jumaat yang penuh rahmat..hujan turun mencurah-curah,seronoknya pokok-pokok mandi hujan...maklum lah cuaca panas je sekarang.Cik Bunga awal pagi dah bangun..diam-diam dulu ya mama nak buat sarapan untuk papa dan kakak Natasha.Main buat je apa bahan yang ada kat dapur.Ada tepung gandum,sardin tin kecil dan pemanggang ajaib.Ting! Lempeng Sambal Sardin siap...Jemput makan sayang-sayang mama....
*kejap lagi share resepi somtam bukan ala thai tapi alamak kikiki
Publish!
Thursday, August 22, 2013
DESSERT TENGAH MALAM
Biasa la tengah malam macam ni mulut rasa nak menguyah je kan.Jom selongkar freezer tengok apa ada nak??nakkkk!budak-budak dan bapa budak dalam rumah ni lajuuu je menjawab.Nampak ada aiskrim wall's selection strawberry cheesecake dan double ducth.Dua perasa ni memang favorite ai.Bila makan aiskrim wall's selection ni kira dah macam all in one.Bukan sekadar makan aiskrim.Kalau flavour strawberry cheesecake,terasa sangat ketulan-ketulan cheesecake yang sedap bila makan.Macam makan cheesecake secret recipe je.Kalau Double Dutch pula perisa vanilla with chocolate flavoured syrup,marsmallows,chocolate chips dan cashewnuts.Memang sedap!
*dah lama tak makan aiskrim gemuk (Italian Gelato) kat Pavillion...(gambar no.2)
Wednesday, August 21, 2013
Hobi dan Minat
Sambil-sambil BF (breastfeeding) Nawra,ambil handphone buka blog.Ai nak kongsi cerita kisah dulunya hanya sekadar minat hingga la bertukar menjadi hobi.Pertama sekali waktu remaja dulu memang minat sangat pada teddy bear.Kalau pergi mana-mana kalau nampak kedai toys mesti akan ke bahagian teddy bear.Tak dapat beli tapi dapat peluk-peluk pun jadi la.Pastu bila nak keluar dari kedai buat-buat berlakon pada tauke kedai "err tak apa la,tak ada yang ai cari" macam la tauke tu tak tau tektik lama kan kikiki Bila ai dah kerja dapat gaji mesti beli teddy bear dan bila ada bopren' dia pula kasi besar pula tu.Siap kasi nama bear bear' alala alala cute! Bila dah banyak koleksi bertukar jadi hobi.Penuh atas katil,atas rak dan dalam kereta.Sampai abang ai kata "ni kereta ke zoo?" Sukeee lerrr :p Bila dah ada anak pun still kekalkan minat dan hobi.Belikan untuk kakak Natasha dan Nawra.Kalau ke East Coast Mall wajib nak masuk Cutie Land...boleh berbuih mulut tengok koleksi...waaah! Kikiki Gambar teddy bear kat bawah ni Nawra punya.Memang dia suka sangat buat main.Lembut je.Pakai baju cotton english lagi.Beli di Cutie Land,harga tak mahal rm39.90 only.
Okay daaa...publish!
Indahnya Aidilfitri 2013
Rayaku tanpa internet,acah je title tu tapi memang suka iklan raya Maxis yang sanggup lupakan seketika mahu untung dengan kempen hari raya tanpa Wifi.Lebih kurang macam tu la hari raya yang indah sangat buat ai yang pertama kalinya beraya di kampung husband.Dekat area rumah cayang ai tu kurang signal internet atau telefon.So handphone duduk diam-diam dalam handbeg.Letak tepi katil pun untuk buat alarm clock.Bagi ai la tapi bagi Natasha and the geng anak-anak buah yang lain sibuk layan game.Bila tengok cara berkumpul ibarat macam tengah menganyam ketupat daun kelapa.Ai jadi watak yang hanya nampak kaki dalam iklan raya Maxis tu, suruh tasha stop main game handphone dan pergi main dengan Inas yang sesorang je main hanya bertemakan bear comel yang diberi nama Marsha milan londoh.Raya tahun ni berbeza sangat bagi ai.Bezanya,raya pertama tanpa Abah dan Ma.Nangis juga la masa bersalam nak bertolak balik kampung suami ai.Yang touching lagi,Ma dan Abah pun nangis tau sobsss rasa nak minta simpati dari sayang dengan muka paling sedih untuk pusing balik beraya kat rumah Abah.Tapi tak laaa kena la adil kan..tahun lepas kan dah raya rumah ai.Seronok je sayang nak balik kampung.Menyanyi lagu raya sambil drive lagi wah gitu!Raya kali ni berbeza lagi dengan kehadiran nomey nomey ai Cik Bunga Nawra Syuhara.Makin lengkap keluarga kami.Yang paling best lagi...ini la raya pertama ai dapat isi beras dalam anyaman ketupat.Nak belajar menganyam tapi tak boleh,Nawra tak kasi can.Asyik nak susu je.Selama ni tak pernah rasa dapat makan ketupat homemade.Biasa abah akan tempah je dengan orang.Bila takbir raya bergema...wajah abah ma jelas terbayang..oh siapa la yang mengisi biskut raya dalam balang biskut??biasanya ai ler yang isikan.Walaupun ai tiada tapi biskut raya homemade ai sebagai ganti diri wah!pastinya yang datang akan tertanya-tanya "sedapnyaaa biskut almond niiii,siapa buat??" Kannn.Yang pasti beraya di rumah keluarga besar husband memang sangat meriah.Hope tahun depan dapat bertemu syawal lagi.Berazam untuk kekalkan tradisi suasana raya demi anak-anak ai.Tak mau la kasi hilang luput dek zaman internet sekarang ni.Rugi sangat.
*YANG TAK TENGOK IKLAN RAYA MAXIS 2013 BOLEH TENGOK DI YOUTUBE.
Tuesday, August 20, 2013
Awak...
Sekarang masih mood raya so nanti ai cerita kisah raya ai ye.
Thursday, December 6, 2012
Nak dengar cerita tak
![]() |
| Coming soon... :) |
Saturday, September 1, 2012
INDAHNYA AIDILFITRI 2012
Alhamdulilah, berkesempatan menyambut lebaran tahun ini dengan meriahnya walaupun kesihatan diri agak kurang.Gagahkan jua.
Setiap tahun suasana berbeza-beza.Perubahan umur dan perubahan kehidupan dari satu babak ke satu babak.
Diharapkan di beri peluang untuk bertemu dengan Ramadhan dan Lebaran akan datang dengan babak yang berbeza lagi,Insyallah.
Salam sayang...
Saturday, August 11, 2012
Cantik Luar, Cantik Dalam, Cantik dengar sini!
| credit to CDM Abg Lan |
P/s - sebenarnya yg paling bangga adalah cik abg2..."
Alamak, cemasnya bila suami mula hilang mood dengan perubahan bentuk badan luaran dan dalaman isteri terutamanya part yang paling comel :) oO!
Part mana tuuu???Malu pula dia...kita perempuan jangan malu soalkan part Payudara dan Rahim.Itu adalah part yang paling berharga bagi kita kaum wanita.Memang tiada jual di kedai spare part kat mana-mana pun.Kalau spare part kereta memang banyak la kan.Haa dan tapi kalau spare part 'Isteri Baru' tu memang ada ramai di luar sana.
Betul cakap Abang Lan tu, pastikan hari raya nanti kita nampak cantik dan bergaya.Maklumlah sebulan berpuasa rasanya ada fizikal dah mula berubah sebab makan banyak semasa waktu berbuka.Kalau badan dah naik 3-4 kilo tu jangan runsing sebab dengan pakai korset Premium beautiful, u akan tampil yakin dan menawan.Ini kerana Premium Beautiful memberi kesan pembentukkan badan (shape) dengan serta-merta.
Biasanya wanita akan risau bila perut mula buncit dan banyak lekuk lemak sana-sana.Sangat tak cantik kalau pakai baju kebaya atau baju kurung moden apabila nampak 'Burger' (lekuk lemak) di belakang badan.Perasan tak, selalu bila wanita yang badan sedikit berisi akan selalu terkeluar ketulan lemak di belakang, bawah ketiak dan pinggang.
macam ni...
![]() |
| Copyright of google |
Oleh itu Premium Beautiful direka khas untuk mengalih segala lemak ke tempat yang sepatutnya.
| Menghalang lelemak mengalir ke bahagian belakang. |
Dengan pemakaian secara konsisten 8 jam setiap hari, lemak-lemak itu tidak akan kembali ke tempat yang tidak sepatutnya.Ini akan memberi lebih keyakinan kepada u.Memang kurang selesa la kan, waktu sedang berjalan segala lemak-lemak di perut, pinggul dan peha bergoyang-goyang.Orang tengok pun ada yang sembunyi-sembunyi senyum.Lagi tak selesa kalau payudara bergoyang-goyang, itu bukan seksi, itu seksa taw.Payudara yang menawan bila ianya terletak elok dan pejal tanpa goyang-goyang!aip ketawa ye...kena ambil berat soal itu ye!Memang tak cantik fizikal payudara bergoyang macam spring toing!toing!toing! kalau toing! sekali sahaja, itu tak apa! hihihi. Dan pastinya, apabila u memakai Long Bra Premium Beautiful...u tak akan lagi rasa nak pakai bra u yang sebelum ini.Pasti!
Pada wanita yang mempunyai saiz payudara yang sangat kecil pun itu tidak menarik juga.Terpaksa lah memakai bra yang mempunyai pad yang tebal.Memang merunsingkan sesetengah wanita.Dengan korset Premium Beautiful,masalah itu boleh di atasi, ini kerana PREMIUM BEAUTIFUL adalah SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PAYUDARA yang mempesona dan menarik.
Friday, August 10, 2012
2nd Day-Di daerah Shenzhen
Hari kedua di Guangzhou...pukul 7:30 pagi berkumpul di lobi hotel.Memang cantik dan besar lobi hotel Rosedale ni.Kami siap bergambar melompat depan lobi ni :) kalau u ke Guangzhou nanti, boleh la pilih Hotel Rosedale,hotel 5 bintang ni sebagai pilihan.Ada sediakan menu halal untuk kita orang muslim.
Pagi ni kami usahawan Hai-O akan di bawa ke daerah Shenzen.Masa perjalanan ke sana mengambil masa selama 2 jam so memang kena bergerak seawal pagi sebab banyak tempat nak di lawati seperti Kilang Jade, kilang Sutera, tempat peranginan dan beberapa tempat lagi.
| photo by csy4tografi |
Selepas "Tsunami" Hai-O melanda di kilang Jade, kami pula di bawa je Kilang Sutera.Ya Allah, ida sangat teruja tengok penghasilan kain sutera.Mereka tunjuk dari Kepompong hingga la terbentuk sepasang kain.Masyallah kuasa Tuhan.Sempat la beli beberapa pasang.
Selepas lunch di satu-satunya Restaurant Muslim di daerah Shenzen tu,
| credit to aniz |
| Bergambar di hadapan pintu masuk.Nak masuk kena bayar tiket tapi kami masuk free! Hai-O bayarkan untuk kami semua. Toce!Toce! |
| credit to aniz Bergambar dengan artis Guangzhou yang sedang buat penggambaran filem kawin-kawin |
| credit to sha train yang membawa kami pusing-pusing . Kami jadi tumpuan pelawat-pelawat lain.Masing-masing sibuk melambai kami. Kat Malaysia pun tak ada famous macam tu :) |
| credit to sha Ida tak ingat apa benda alah ni :) |
| credit to aniz |
3 rd Day-Guangzhou, shopping all out!!!
| 'Tsunami Hai-O' melanda di Swarovski Outlet!! |
Segala macam ada dalam market tu, sampai rambang mata ida di buatnya.Beg, kasut, baju, kain ela, mainan, aksesori...astafirullah azim astafirullah azim kenapa murah-murah sangat ni!!! kalau harga kat Kuantan...2x ganda mahalnya tapi kat sini boleh beli 2,3! ish tak cukup rasanya,boleh beli 10 lah!
Seronok sangat shopping barang-barang untuk diri sendiri, untuk husband sayang, natasha, ma,abah, kak ros, mia, esha, ami, esha paklang, abang fitri, kakak ika, baby, mila,nurin, nurkasih, kak izan, kak ida, kak de my best friend, haha ketawa di buatnya.Memang tak muat tangan nak bawa, masa tu tak fikir dah muat ke tidak nak letak semua barang shopping dalam luggage nanti.
Siap shopping, baru terasa lapar.Bukan apa...kami skip makan tengah hari sebab nak ambil masa lebih untuk shopping.After that, Kami di bawa ke restaurant untuk dinner.
Lepas makan, balik bilik.Waktu untuk kemas barang-barang balik ke Malaysia pada hari esokknya.Yang ni part paling lucu.Ida bersama pemimpin ida, Kak Ina, termenung di atas katil sambil memerhatikan barang-barang shopping tadi di lantai.Fikirkan macam mana la nak letak dalam luggage.Memang rasa tak cukup space dah walaupun ada dua luggage.Sekejap atas katil, sekejap turun termenung depan luggage.Mahunya tak pening kepala fikir, i beli 5 handbeg , 5 helai kain pasang, 2 biji kereta control untuk Natasha dan Esha, helicopter control for hubby sayang,toys untuk 10 orang anak buah, belum lagi yang lain-lain.Boleh pula stop minum milo dan makan megi, i dan kak ina ketawa dalam bilik, lucu kat diri sendiri.Akhirnya dapat settle dengan jayanya.Nak kena makan megi dulu baru boleh settle :)
Last Day-Guangzhou, next entry....
PREMIUM BEAUTIFUL (CLICK HERE)
Wednesday, August 8, 2012
Hai Ida, apa itu PB?
Ida selalu di ajukan soalan di facebook,bertanyakan apa itu PB?Okay di sini ida jelaskan dengan lebih lebih jelas dan terperinci.PB adalah singkatan kepada Premium Beautiful dan apa pula Premium Beautiful?Namanya pun cukup manis dan menawan sebutannya 'Beautiful'.Premium Beautiful adalah korset pakaian dalaman wanita.
Sihat, Cantik dan Anggun
Korset PB khusus untuk wanita yang mementingkan kecantikkan dan keanggunan diri.Kecantikkan bukan hanya fokus pada wajah yang cantik semata-mata.Tubuh badan yang menarik dan langsing memang di idamkan pada setiap wanita.Apa yang penting lagi eset-eset penting bagi wanita seperti memiliki bentuk payudara yang menawan dan anjal, bentuk pinggang dan pinggul terbentuk elok dan cantik.
Body Shape
Bentuk badan akan merubah mengikut faktor umur seseorang.Di saat umur lingkungan 20an pastinya saat ini wanita gembira memiliki Payudara yang anjal, perut yang kempis dan pinggul yang padat.Masih muda bergetah giteww, tetapi adakah kita sedar ianya bukan bersifat kekal selamanya.
By 25th years old lemak mula bertambah pada tempat yang sangat wanita tak suka, kalau yang dah bersuami...pastinya di mata suami, kita sudah tak seindah dulu.Biasanya wanita yang sudah berumah tangga, akan kehilangan sedikit demi sedikit kepentingan untuk menjaga tubuh badan.Maklum lah sibuk uruskan rumahtangga dan apatah lagi bila sudah mempunyai anak.Masa sibuk melayan kerenah anak-anak.Bila perubahan diri berlaku, biasanya di abaikan...dan akan berfikir 'suamiku tetap sayang'.Harus di ingat, suami hilang mood bila isteri gemuk.Nanti suami akan guna kuasa kota 3, jangan nangis waktu itu!
Pada usia 30an, Payudara akan bertambah 3 cm lebih besar dan akan mengendur 3-5cm.Letak pen bawah payudara pun tak jatuh :).Bukan itu sahaja, pinggang akan bertambah 4 cm dan 1 dari 2 orang akan berperut buncit.Terutamanya pada yang miliki kulit perut tebal.Pastinya waktu itu, wanita akan rasa kurang keyakinan.Dan pastinya juga keintiman rumahtangga semakin kurang dan boleh juga kata tiada lagi keintiman.Sebab itu PB bukan untuk orang gemuk semata-mata tetapi lebih cantik di jaga baik dari awal.
70% Kesihatan
"Saya dah kurus, tiada kepentingan untuk pakai korset" biasa itu kenyataan orang yang memiliki badan yang kurus langsing.Peratus menunjukkan, orang Malaysia mudah di serang penyakit.Maklum lah Malaysia memang kaya dengan makanan yang bermacam-macam jenis.Kuih-muih, lauk pauk yang sangat sedapnya dan tak kurangnya di Malaysia ni dah jadi pusat makanan internasional.Semua masakan dari pelbabai negara pun dah ada di Malaysia.Nasi Arab, Western Food dan macam-macam lagi.Orang Malaysia suka mencuba, cuba banyangkan masakan malaysia dan western Food semua kita makan tanpa terkawal, apa akan jadi?Lemak dan toksin bertambah dalam badan dan akan mengundang lah pelbagai penyakit.
Apa yang menakutkan lagi, wanita lebih mudah terdedah dengan penyakit yang sangat berbahaya yang boleh mengundang maut.Antaranya penyakit yang membunuh no.1 wanita adalah KANSER.Kanser datang tak bagi "salam" taw.Dia tak kan datang ketuk pintu rumah cakap kat kita kalau dia nak masuk bunuh kita, ia tak akan cakap macam ni "Assalammualaikum, saya kanser ni.saya datang nak singgah kat badan awak.awak jaga-jaga!" ia tak akan cakap macam ni ok! Bila-bila masa ia boleh singgah di badan kita kalau kita tidak protect diri kita sebaiknya.Semua wanita sedar akan itu tetapi sikap rasa tidak mungkin terjadi selalu ada dalam diri buatkan ramai wanita tidak memandang serius.Perlu juga anda tahu, KANSER bukan faktor keturunan!
Di usia 50an, monopous mula berlaku.Masalah kesihatan yang sering menyerang di usia ini adalah:
- KENCING MANIS
- DARAH TINGGI
- SAKIT JANTUNG
- APERA TIDUR (NAFAS BERHENTI TANPA SEBAB) DI KAITKAN DENGAN KEGEMUKKAN.
Premium Beautiful ada cara mengatasinya!!!
Siri pembentukkan badan yang di reka khas untuk susuk tubuh wanita amat berkesan mengatasi masalah di atas
- Gabungan teknologi 3 gabungan negara maju (Jepun, German dan USA)
- Berfungsi 70% untuk kesihatan dan 30% kecantikkan
- Di iktiraf oleh pakar tulang dari 3 negara maju (Quebac, USA dan Canada
- Berteknologi FIR (Far Infrared Ray)
FUNGSI FIR
- Membakar 900Kcal Kalori dalam tempoh 1 jam.
macam ni......
Dan ada testimoni dari kawan ida sendiri yang mengalami masalah tidak period selama 5 tahun selepas melahirkan anak yang pertama dan sehingga anak kedua berusia 8 bulan.Memang pelik di dengar dan itu la yang membelenggu kawan ida itu sehingga la ida memperkenalkan dia kepada korset Premium Beautiful, alhamdulilah tak sampai sebulan, dia mula period normal sehingga sekarang.Bukan itu sahaja dia juga mengalami masalah gastrik yang teruk, hingga tak dapat menunaikan ibadat puasa sebelum ni tetapi dengan PB, tahun ini dia berpuasa dengan lancar.
PREMIUM BEAUTIFUL
Sunday, July 29, 2012
KENANGAN DI GUANGZHOU, CHINA
| DDM Kak Ina yang jelitasss |
| Copyright of www.cdmjuliana.com |
| Group dari Kuantan seramai 1 bas ke KLIA. Group di bawah pemimpin tersayang CDM Kak Lini (14 dari kanan) Gambar ida 9 berdiri dari kanan comelnya ida....hihihi (Photo Credit to Sha) |
| OMG!!! (Orange Mania Group) Group yang paling Hot dalam Hai-O. sangat bertuah berada dalam group yang hebat. |
| Ready to fly~ MAS Milik OMG!!! |
| Night Market |
| Photo credit to Sha |
(p/s: kecacatan pada sesetengah Text Background mencacatkan pandangan.Masalah teknikal yang dah x dapat di bendung hihihi)





















