Wednesday, August 21, 2013

Indahnya Aidilfitri 2013

Rayaku tanpa internet,acah je title tu tapi memang suka iklan raya Maxis yang sanggup lupakan seketika mahu untung dengan kempen hari raya tanpa Wifi.Lebih kurang macam tu la hari raya yang indah sangat buat ai yang pertama kalinya beraya di kampung husband.Dekat area rumah cayang ai tu kurang signal internet atau telefon.So handphone duduk diam-diam dalam handbeg.Letak tepi katil pun untuk buat alarm clock.Bagi ai la tapi bagi Natasha and the geng anak-anak buah yang lain sibuk layan game.Bila tengok cara berkumpul ibarat macam tengah menganyam ketupat daun kelapa.Ai jadi watak yang hanya nampak kaki dalam iklan raya Maxis tu, suruh tasha stop main game handphone dan pergi main dengan Inas yang sesorang je main hanya bertemakan bear comel yang diberi nama Marsha milan londoh.Raya tahun ni berbeza sangat bagi ai.Bezanya,raya pertama tanpa Abah dan Ma.Nangis juga la masa bersalam nak bertolak balik kampung suami ai.Yang touching lagi,Ma dan Abah pun nangis tau sobsss rasa nak minta simpati dari sayang dengan muka paling sedih untuk pusing balik beraya kat rumah Abah.Tapi tak laaa kena la adil kan..tahun lepas kan dah raya rumah ai.Seronok je sayang nak balik kampung.Menyanyi lagu raya sambil drive lagi wah gitu!Raya kali ni berbeza lagi dengan kehadiran nomey nomey ai Cik Bunga Nawra Syuhara.Makin lengkap keluarga kami.Yang paling best lagi...ini la raya pertama ai dapat isi beras dalam anyaman ketupat.Nak belajar menganyam tapi tak boleh,Nawra tak kasi can.Asyik nak susu je.Selama ni tak pernah rasa dapat makan ketupat homemade.Biasa abah akan tempah je dengan orang.Bila takbir raya bergema...wajah abah ma jelas terbayang..oh siapa la yang mengisi biskut raya dalam balang biskut??biasanya ai ler yang isikan.Walaupun ai tiada tapi biskut raya homemade ai sebagai ganti diri wah!pastinya yang datang akan tertanya-tanya "sedapnyaaa biskut almond niiii,siapa buat??" Kannn.Yang pasti beraya di rumah keluarga besar husband memang sangat meriah.Hope tahun depan dapat bertemu syawal lagi.Berazam untuk kekalkan tradisi suasana raya demi anak-anak ai.Tak mau la kasi hilang luput dek zaman internet sekarang ni.Rugi sangat.

*YANG TAK TENGOK IKLAN RAYA MAXIS 2013 BOLEH TENGOK DI YOUTUBE.

0 comments:

Post a Comment