Friday, December 30, 2011

MALAM KU KESIANGAN...

Penat....baru dapat rest.Tadi after work singgah supermarket beli bahan-bahan untuk menu makan-makan celebrate birthday girl esok.Just makan keluarga.Kebetulan anak-anak abang i ada + anak-anak kak Ros,specially dak demok Mia yang memang suka makan tu.So cukup lah untuk meriahkan sambutan birthday girl esok.

Malam ni ada masa sikit nak update cerita sebab husband i keluar pergi lepak ngan kawan-kawan dia.Baru lepas kandang :) .Biasa balik kerja i sibuk buat house work.Bila balik rumah nak cuci baju, sidai baju and lagi ada je pinggan berlambak-lambak dalam sink di tinggalkan untuk i cuci.Kejam.Budak-budak ramai kat rumah ni bila cuti sekolah.Fiuu i tak merungut buat sambil menyanyi lagu Ombak Rindu.Best.

Tadi tu beli bahan-bahan untuk buat Strawberry Trifle & Nasi Ayam.Menu lain tu maybe esok ada yang bertambah kot.

Sampai rumah tadi i terus buat Strawberry Trifle, sebab malam ni nak tengok final Maharajalawak.Tengah menaip ni sambil tengok la,dah start pun.

alamak comotnya buat kerja,kalau masuk Masterchef ni..awal-awal dah kena kick out!
"apa tunggu lagi, nampak pintu besar tu?keluar sekarang!"
auww :P
Ada 'Mak Trifle' & 'anak-anak Trifle'
Malam ni Abah and Ma tak ada, Ma balik kampung kat Terengganu..jenguk Tok Ayah dan Abah balik kampung kat Kedah ngan 1st Abang i and kakak Ipar, jenguk Tok (nenek).Ibarat macam merajuk je kan, balik kampung halaman masing-masing.
"Hantar saya balik rumah ayah saya!"-Ma 
"Saya pun nak balik rumah Mak saya!"-Abah

Ketika ini Abah,Abang and Kak Ida masih dalam berjalanan.Hope mereka selamat sampai dan kembali.Amin.




see ya next entry
good night!


Saturday, December 24, 2011

HANTARAN PERKAHWINAN

Hantaran i buat sendiri mengikut firasat hati dan ikut suka hati je buat.Hantaran untuk pihak sayang pun i buatkan.Tak nak susahkan family sayang untuk buatkan.Baik kan eii tak malunya i mengaku baik kan

Hantaran dari pihak i untuk suami


Tunjuk salah satu je
 i lupa nak ambil gambar hantaran yang lain
Simple sangat kan...tak apa la orang laki bukan dia kisah pun hihi

Hantaran untuk i pula, banyak pula gambarnya :)

dalam proses
Mariah Carrey punya butterfly 
siap
just renyut-renyut nett pink and hias bunga


nampak kaki sikit :)
Telekung sembahyang
material yang sangat lembut dan sejuk 
99% siap

100% siap
agak messy tapi sesekali kena messy kan hidup
tak ada kena mengena
:)
hantaran cuma 5 berbalas 7 sahaja
ringkas dan sederhana
dalam gambar hanya yang siap, yang belum sure la tak snap gambar.
dan terus lupa so nehi gambar la :)
yang tiada dalam gambar
bakul buah, bakul coklat and junjungan sirih junjung
imagine sendiri je la
:)
Oh tertinggal pula.
Ini bukan kek, ini towel i
white pink
i pun tak sure apa i buat tu
gulungan semata-mata
funny je
:)


Friday, December 23, 2011

My Wedding part 2#

Tajuk je kisah kahwin part 2 tapi acah je :)

Sementara nak tunggu sayang habis kerja and ambil i kat office ni, i habiskan masa kat blog ni jap.Biasa i habis kerja pukul 5 tapi kena tunggu sayang i balik kerja pukul 5.30.Sebelum ni dia bukan main enjoy balik kerja pukul 3:30, tiba-tiba dah kena balik pukul 5:30 padan muka ihiks kalau tak i jealous taw.

Bos pula baru je bertolak ke KL...i happy.Uhh Bising je dengar bunyi suara Angry Birds and krohh krohh binatang kalau sentuh wajib samak ni, Ayem as my technician sedang enjoy main game Agry Birds kat PC depan.Bos baru masuk gear D (Auto Gear) bertolak ke kl,dia dengan lajunya buka pc and klick Angry Birds pada desktop.Jadi ular le tewww.

Petang ni juga sayang i nak balik kampung, kawan baik kahwin.I tak dapat ikut balik sekali,sebab hari ahad i ada makeup orang bertunang dekat Lepar Hilir.Bosan la sayang tak ada.Biasa dia la yang temankan i bila ada job makeup.Tak apa la.Sesekali berdikari sendiri.

I dah beberapa hari ngidam nak makan Meatball kat Pizza Hut.Ituari before kahwin, Kak Ros dah belanja tapi rasa nak makan lagi.Sedap sangat.Malas sangat nak layan rasa nak makan itu ini.Menakutkan.Tadi lunch sayang bungkuskan nasi.Elok lepas makan, i tidur kat dalam bilik sembahyang.Dasyat kan.Makin chubby la.

Dah dekat pukul 5:30..nak out dah, nanti jap lagi sayang datang nak cepat-cepat balik.

Esok jadi bujang jap...dah janji dengan Along nak pergi enjoy-enjoy kat Megamall.Jumpa esok ya Along! ;)

Tuesday, December 20, 2011

Kembali!

Kembali mencoret di blog kesayangan.Muah! Rindu!


Alhamdulilah...masih bernafas hari ini dengan suasana kehidupan yang baru.Seperti Anjakan Paradigma! gitu...
 
Selama dua belas hari bercuti, hari ni rasa macam orang baru masuk kerja dan juga ibarat seperti budak sekolah yang cuti panjang, terasa kekok memegang pen.Boleh sambung cuti tak?
 
Bila kini tidak lagi bergelar 'Single' dan harus membiasakan dengan title 'Isteri' membuatkan diri sedikit rasa macam 'Pelik' dan bertanyakan pada diri sendiri.."Aku di dunia mana kah ini?" but okay la.Selamat sikit jadi yang 'Halal' buatnya.Setiap langkah kini di redhai.Abah dan Ma dah mula lena tidur :)
 
9th Dec 2011- Tarikh anjakan status | Majlis Pernikahan | Tema Arabic.Menangis juga la selepas Mr Izham yang berstatus 'Suami' dengan sekali lafaz melafazkan nikah.I dah pesan jangan ada sesiapa ahli keluarga yang menangis tetapi bila melihat Abah mengalirkan air mata, dengan pantasnya saluran air mata i menjadi air terjun tujuh tingkah yang mencurah-curah.
 
10th Dec 2011- Majlis Persandingan | Tema English + Tradisional Melayu.Pagi-pagi i sebagai pengantin perempuan sendiri mempersiapkan 'Pari-pari' yang akan mengiringi i sewaktu majlis.Dalam 5 orang anak-anak kcil yang comel.Penat juga la, buat rambut, makeupkan ala 'pari-pari'.Siap... semua nampak comel macam pari-pari dalam story snow white.Penat juga la nak siapkan mereka.
 
Sesi kedua, i makeup untuk diri sendiri pula.Guna kelebihan yang ada pada diri.Selesai makeup, tugas Pak Andam i pula untuk pakaikan salinan i pada hari tersebut.Busana Moden Dress.
 
Saat di nanti, ketibaan pihak tersayang di iringi dengan paluan kompang RM250 (hihi) dan juga di iringi oleh dua orang  pemegang bunga manggar bagi menampakkan elemen tradisi perkahwinan melayu yang sudah hampir pupus.I mengantur langkah.Serius malu sangat, tak sangka sambutan yang meriah kerana ramai hadirin yang hadir.Abang-abang and kakak punya kerja la tu, jemput ramai sangat.I jemput tak ramai pun sebab i cuma mengharapkan majlis sederhana sahaja.Sebelum melangkah masuk ke singgahsana, di beri penghormatan dengan pertunjukkan aksi 'Boxing/Tomoi'.
 
Nak lebih cerita lagi...next entry.Sekarang nak out pergi beli barang makeup sikit untuk makeup dinner function esok.