Tuesday, December 20, 2011

Kembali!

Kembali mencoret di blog kesayangan.Muah! Rindu!


Alhamdulilah...masih bernafas hari ini dengan suasana kehidupan yang baru.Seperti Anjakan Paradigma! gitu...
 
Selama dua belas hari bercuti, hari ni rasa macam orang baru masuk kerja dan juga ibarat seperti budak sekolah yang cuti panjang, terasa kekok memegang pen.Boleh sambung cuti tak?
 
Bila kini tidak lagi bergelar 'Single' dan harus membiasakan dengan title 'Isteri' membuatkan diri sedikit rasa macam 'Pelik' dan bertanyakan pada diri sendiri.."Aku di dunia mana kah ini?" but okay la.Selamat sikit jadi yang 'Halal' buatnya.Setiap langkah kini di redhai.Abah dan Ma dah mula lena tidur :)
 
9th Dec 2011- Tarikh anjakan status | Majlis Pernikahan | Tema Arabic.Menangis juga la selepas Mr Izham yang berstatus 'Suami' dengan sekali lafaz melafazkan nikah.I dah pesan jangan ada sesiapa ahli keluarga yang menangis tetapi bila melihat Abah mengalirkan air mata, dengan pantasnya saluran air mata i menjadi air terjun tujuh tingkah yang mencurah-curah.
 
10th Dec 2011- Majlis Persandingan | Tema English + Tradisional Melayu.Pagi-pagi i sebagai pengantin perempuan sendiri mempersiapkan 'Pari-pari' yang akan mengiringi i sewaktu majlis.Dalam 5 orang anak-anak kcil yang comel.Penat juga la, buat rambut, makeupkan ala 'pari-pari'.Siap... semua nampak comel macam pari-pari dalam story snow white.Penat juga la nak siapkan mereka.
 
Sesi kedua, i makeup untuk diri sendiri pula.Guna kelebihan yang ada pada diri.Selesai makeup, tugas Pak Andam i pula untuk pakaikan salinan i pada hari tersebut.Busana Moden Dress.
 
Saat di nanti, ketibaan pihak tersayang di iringi dengan paluan kompang RM250 (hihi) dan juga di iringi oleh dua orang  pemegang bunga manggar bagi menampakkan elemen tradisi perkahwinan melayu yang sudah hampir pupus.I mengantur langkah.Serius malu sangat, tak sangka sambutan yang meriah kerana ramai hadirin yang hadir.Abang-abang and kakak punya kerja la tu, jemput ramai sangat.I jemput tak ramai pun sebab i cuma mengharapkan majlis sederhana sahaja.Sebelum melangkah masuk ke singgahsana, di beri penghormatan dengan pertunjukkan aksi 'Boxing/Tomoi'.
 
Nak lebih cerita lagi...next entry.Sekarang nak out pergi beli barang makeup sikit untuk makeup dinner function esok.
 

2 comments:

InaAchik said...

TAHNIAH u...

x sabar nak tgk gambar...

Mizz Ida said...

thank you...tunggu ea :)

Post a Comment