Tuesday, September 13, 2011

PASAR MALAM ERA REMAJA DAN KINI...

Hari Isnin-Pasar Malam Beserah, Selasa-Pasar Malam Taman Tas, Rabu-Pasar Malam Cenderawasih. Khamis-Pasar Malam Bukit Sekilau, Jumaat-Pasar Malam tak ingat, Sabtu-Pasar Malam Jln Gambut atau orang Kuantan kasi nama Pasar 'Chow Kit' sebab beroperasi tengah-tengah bandar Kuantan dan hari Ahad-Pasar Malam Taman Gelora.

Itu la rutin i di era remaja dulu, sewaktu tinggal di hostel kerja bersama-sama kawan-kawan sekerja.Boleh hafal setiap lokasi Pasar Malam.Dari era berjalan kaki sampai la Abah belikan i kereta Kancil 850cc Silver Color.Tak payah la nak menapak sejauh beberapa batu untuk ke Pasar Malam 'Chow Kit'.Pasar malam yang best di kunjungi setiap hari Sabtu.Pasar yang besar, makanan yang banyak and cowok-cowok ganteng yang mempersona ranah jiwa tapi i tak pandang la mereka, sebab perut i lapar..tak nampak orang dah.

Yang i nampak....

Mi Goreng kuali besar RM1..panas-panas."Kung Kang" "Kung Kang" "Siap Kak Long" terkejut i dari terasyik dan ternganga mulut melihat abang-abang mi kuali besar bungkus mi dengan pantas.Cepat betul...sure diorang ex-chef dari hotel 5 stars kot kan.Tapi memang setiap kali ke Pasar Malam..Mi kuali besar jadi pilihan i.Sekali beli 2 bungkus...satu bungkus, untuk dinner and satu bungkus lagi simpan untuk breakfast keesokkannya.Maklum la duduk hostel kat bandar, Ma tak ada nak buat sarapan untuk i.

Tak lengkap rasanya makan Mi Kuali Besar kalau tak ada Kepak Ayam Goreng.Menu wajib i kalau setiap kali ke pasar malam.Dulunya Kepak Ayam Goreng murah...3 ketul RM 2.Satu Ketul makan bersama Mi kuali besar for dinner, satu ketul makan masa tengok TV and satu ketul lagi simpan untuk makan breakfast bersama Mi Kuali besar esoknya.Serius i kasi tahu, ayam goreng pasar malam kalu simpan satu malam..lagi sedap rasanya.Sedap lagi dari Kentucky Fried Chicken taw.

And untuk menu pencuci mulut...i akan cari Murtabak Mini yang bentuk 3 segi.Satu Gerai tu je yang best.Yang lain,i akan katakan tidak.Gerai tu pula boyfriend kawan i sendiri yang punya.Selalu la dapat lebih tapi bukan i la yang dapat..kawan i la :->

Banyak-banyak Pasar Malam, i suka pergi Pasar Malam hari Ahad.Lokasi dekat Taman Gelora, Kuantan.Kalau biasa bulan Ramadhan akan menjadi tradisi orang Kuantan pergi ke Bazar Ramadhan dekat Masjid Besar Kuantan and berbuka puasa beramai-ramai di Padang depan Masjid tetapi untuk bukan bulan puasa pula, menjadi tradisi pengunjung Pasar Malam Taman Gelora akan makan beramai-ramai, berdua bersama pasangan dan tidak ketinggalan satu family di tepi Tasik Teratai berhampiran pasar malam itu selepas membeli juadah makanan.Memang meriah.

I and kawan-kawan pun tak lepas peluang makan berkelah di tepi Tasik Teratai Taman Gelora tu.Makan-makan, cakap-cakap, gelak ketawa dan tercekik.Menu Favorite i di Pasar Malam Taman Gelora, adalah Yong Tau Fu Abang Warak yang handsome.Banyak pilihan and kuahnya pun sedap.Sekali beli RM10 seorang makan :) dan satu lagi menu,Kebab Pita Ayam/Daging RM 2.50.

Kini...I dah jarang sangat la pergi ke Pasar Malam.Kalau pergi pun ada la dalam tiga bulan satu kali je.Sebab kalau pergi pun i tak tahu nak beli apa.Tengok menu pun kadang-kadang macam muak je. Maybe i pergi waktu perut tengah kenyang :).Dulu i pernah dalam proses diet.1 tahun i tak pergi pasar malam...ish tipu lah...ada juga la pergi dalam 1 tahun tu 2-3 kali je.Itu pun i just beli Yong Tau Fu / Steamboat.Sebab itu adalah menu yang sesuai untuk diet.

Adakah faktor zaman yang dah tidak lagi dalam era remaja yang menjadi punca i tidak lagi 'kemaruk' Pasar Malam?Mungkin juga...dan tidak mungkin juga.Tapi i rasa faktor-faktornya...tiada lagi kawan-kawan pasar malam i yang di zaman era remaja dulu.Semua dah ada haluan masing-masing.Ada yang dah balik ke Kelantan kampung halaman, ada yang dah berkahwin dan ikut suami tinggal di Pekan dan ada yang terputus hubungan terus.Antara faktornya lagi..dah tiada lagi Kancil 850cc Color Silver i yang dulu banyak berjasa membawa i dan kawan-kawan i ke setiap lokasi Pasar Malam setiap hari.Sudah di jual.Ituari nampak 'dia' bersama tuan yang baru.I lambai dari jauh sambil berkata 'Ida sayang awak'.

Tiba-tiba pula i rasa nak makan Kebab Pita Ayam.Hari ini hari Selasa kan, Pasar Malam dekat mana ya?sekejap nak tengok balik list lokasi Pasar Malam yang 1st i story di atas.
.
.
.
.
.


Owh, Pasar Malam Taman Tas.Tapi tak payah dah nak ke sana lagi, jauh sangat.Perjalanan nak balik rumah i pun dah ada juga Pasar Malam.Pasar Malam Taman Impian.


Note:Nak rasa Kebab Pita yang lagi best ohh ohh ohh (macam myvi lagi best punya iklan je)
        Lokasi : Restaurant Jelita
                     Jalan Hj.Abd Aziz, Kuantan.
                     (Depan Public Bank)

2 comments:

Suraya Hani said...

ari jmaat tu psar mlam dkat ngan msjid IM2 ek?? (^_^)

Mizz Ida said...

yes...thanks ingatkan :)

Post a Comment