Monday, November 29, 2010

"Saya bersama Maksu"

Siapa "Saya"? Acemekom..nama saya Sabariatul Qaseh Nasuha, berusia lima bulan.
Saya anak saudara kepada Mizz Ida iatu adik kepada mama saya yang bongsu..Maksu saya memanggil saya Damia @ Mia.Saya sayang maksu saya...kenapa saya sayang maksu??sebab................
Hari pertama saya di lahirkan,maksu saya la yang menjadi orang pertama cuci iyak saya hikhikhik cian maksu
Bila Maksu pulang dari kerja,orang pertama yang maksu cari ialah saya.Maksu akan memanggil manggil nama saya seperti ini "Mia Mia miaaaaaa" dan medukung dan mencium saya.Kadang-kadang kan maksu membawa saya bersiar siar dengan menaiki kereta.Saya sangat gembira.
Pada hari cuti maksu akan membawa saya pergi berkelah
Maksu membawa saya ke KFC.Bersama saya dan maksu itu ialah kakak saya Natasha yang sangat cantik.Tapi Maksu berkata,saya masih kecil dan tak boleh makan KFC lagi,tunggu sudah besar baru boleh makan tapi jangan selalu nanti saya gemuk.
Maksu selalu dukung saya..bila saya menangis,maksu akan memujuk saya sehingga saya terlena.

Okettt..itu sahaja kisah saya bersama maksu..uwarrgg saya sudah mengantuk,maksu dodoikan saya ea..sebelum tu nak tahu tak..kadang kadang maksu dodoikan saya tapi maksu yang tidur,hikhik kelakar la maksu saya tu.Kepada kawan-kawan maksu terima kasih membaca cerita saya.Saya tidur dulu ea..
Hai....terhibur dengan kisah "sweet potato" tu?haha..macam iya iya je kan Mia buat cerita tu.Dia la anak buah yang paling i muah muah sangat sebab dia debab sihat sangat.Tengok la badan dia lekuk lekuk,tu la sebab i panggil dia sweet potato.Berat dia sekarang 8kg taww.I dah buat dia like macam anak sendiri dah.Balik dari keje dia la orang pertama i cari.Sehari tak jumpa,peluk,dukung and kiss rasa macam tak lengkap hari hari i.
Tengok tangan dia..geram tak geram tak???
Tengok kaki dia pula....ishhhh nak gigit je tengok kan
Mia Sayang..maksu love you.....kalau boleh tak nak kasi u jadi budak besar,nak macam ni je..best pegang ihiiii

Papai all..........

0 comments:

Post a Comment