Monday, November 29, 2010

"Saya bersama Maksu"

Siapa "Saya"? Acemekom..nama saya Sabariatul Qaseh Nasuha, berusia lima bulan.
Saya anak saudara kepada Mizz Ida iatu adik kepada mama saya yang bongsu..Maksu saya memanggil saya Damia @ Mia.Saya sayang maksu saya...kenapa saya sayang maksu??sebab................
Hari pertama saya di lahirkan,maksu saya la yang menjadi orang pertama cuci iyak saya hikhikhik cian maksu
Bila Maksu pulang dari kerja,orang pertama yang maksu cari ialah saya.Maksu akan memanggil manggil nama saya seperti ini "Mia Mia miaaaaaa" dan medukung dan mencium saya.Kadang-kadang kan maksu membawa saya bersiar siar dengan menaiki kereta.Saya sangat gembira.
Pada hari cuti maksu akan membawa saya pergi berkelah
Maksu membawa saya ke KFC.Bersama saya dan maksu itu ialah kakak saya Natasha yang sangat cantik.Tapi Maksu berkata,saya masih kecil dan tak boleh makan KFC lagi,tunggu sudah besar baru boleh makan tapi jangan selalu nanti saya gemuk.
Maksu selalu dukung saya..bila saya menangis,maksu akan memujuk saya sehingga saya terlena.

Okettt..itu sahaja kisah saya bersama maksu..uwarrgg saya sudah mengantuk,maksu dodoikan saya ea..sebelum tu nak tahu tak..kadang kadang maksu dodoikan saya tapi maksu yang tidur,hikhik kelakar la maksu saya tu.Kepada kawan-kawan maksu terima kasih membaca cerita saya.Saya tidur dulu ea..
Hai....terhibur dengan kisah "sweet potato" tu?haha..macam iya iya je kan Mia buat cerita tu.Dia la anak buah yang paling i muah muah sangat sebab dia debab sihat sangat.Tengok la badan dia lekuk lekuk,tu la sebab i panggil dia sweet potato.Berat dia sekarang 8kg taww.I dah buat dia like macam anak sendiri dah.Balik dari keje dia la orang pertama i cari.Sehari tak jumpa,peluk,dukung and kiss rasa macam tak lengkap hari hari i.
Tengok tangan dia..geram tak geram tak???
Tengok kaki dia pula....ishhhh nak gigit je tengok kan
Mia Sayang..maksu love you.....kalau boleh tak nak kasi u jadi budak besar,nak macam ni je..best pegang ihiiii

Papai all..........

Saturday, November 27, 2010

"REBONBON"

Hai sayang sayang semua..macam biasa Mizz Ida hope u semua sihat orait.

Semperna birthday mucuk i Mr Izham baru baru ni, i dapat hadiah dari Mr Izham, aik acaner tu??birthday dia, i yang dapat hadiah..ihiii :-) I dapat pakej Rebonding my hair,atau Mr Izham says "REBONBON" (dia pelat lidah sikit) :-P

Sebelum ni i macam dah serik nak buat Rebond ni sebab dulu masa zaman remaja (sekarang remaja lagi :-P) penah la two time buat tapi kedua dua kali tu la i tak puas hati coz tak elok langsung,keras dah hampir hampir cam nak macam penyapu je.Tapi sejak i berambut pendek ituari rasa cam tak berapa menarik and teringin pulak nak buat rebonding.Setelah mendapat green light dari mymucuk and salon pun dah di pilih so sesi "Rebonbon" pun di jalankan.Lets go to partyyyy hey,no lah..! lets go on...
Firstly..rambut di potong mengikut selera pereut (so serabai)




Senyuman for all sayang sayang i
New Hair (omel dak?) abaikan "love" di pipi tu ea :-P
Ini lah hasil Rebonbon tadi...puas hati sangat.Layanan okay,buat lembut je tak sakit sangat.I ni jenis kulit kepala nipis taw,kalau rambut tertarik and ada yang sengaja tarik memang sampai berair la mata i.That why la i tak suka nak gaduh tarik tarik rambut,sakit :-P gaduh guna siku boleh la ahakss.Tapi apa yang best lagi bayaran yang dikenakan so cheap cam tak percaya la plak tadi...nanti boleh la suggest kat kawan kawan i ke,mysis ke mymum ke (aikk mymum ke?tak kan kot... :-P) salon ni di area Bandar Indera Mahkota 2,nama salon tak ingat la tapi bersebelahan dengan Fetty Laundry,bukan Fetty Fatimah my bes friend tu ea (Fetty, ke u dah buka dobi tak kasi tahu i??)ahaks.Salon ni tak la high class tapi okay la sal dah lama beroperasi kira berpengalaman.

before




after
Aihh tak puas plak tengok new hair...berapa kali dah tengok cermin ni.Pantang nampak cermin sure pandang.Cermin window kereta orang pun sempat juga jadi tempat tengok rambut baru,konon konon buat buat tengok kereta orang cantiknyeeee padahal..tengok rambut :-P

PERUNDING & PENAJA IMEJ YANG SANGAT SMART DI HATI I YANG SETIA MENUNGGU SELAMA 3 HOURS (KALAU AFTER KAHWIN RASA RASA SANGUP LAGI KE MENUNGGU LAMA LAMA?? :-p)
 Orait abis dah al kisahnye..nak tido dah penat duk lama atas kerusi kat salon tadi (3hours) alaaa..acaner nak tido ni,rosak la rambut baru...thinking~ erm tido duduk la..papai luv u muah night ZZZzzzzz

Friday, November 26, 2010

Ada apa dalam Handbag Mizz Ida?

Hai ni entry yang ke-2 untuk hari ini.Orait,i nak tanya u,penah tengok tak kat televisyen ada rancangan si wartawan ke siapa ntah duk terjah Handbag artis-artis terkenal?Okay juga mereka buat segmen cam tu kan.Cam peminat-peminat sure la nak tahu juga artis-artis top hangat nombor 1 2 or 3 dekat Malaysia ni, seperti penyanyi No.1 Dato Siti Nurhaliza bawa apa dalam handbag dia kan.Tak pun singer paling best ever and ever yang sangat i minati Mariah Carey,agak-agak apa kan ada dalam Handbag branded dia kan,Eh Mariah Carey bukan artis Malaysia (tersasar dari topik) actually i saje nak kasi tahu i minat dia :-P.
Orait kat sini i nak berangan sikit la,like cam artis artis la (jadi artis lam FB or Blog pun boleh kan :-P ) i nak tunjuk something apa and yang wajib ada dalam handbag i.I banyak handbeg dari kecil sampai yang besar..kalau Handbag besar lagi banyak barang i nak taruk.Okay jom kita Terjahhhhh

My Favorite Handbag sebab mahal ihiiiii
Agak-agak kan apa ada dalam tu ea?u rasa ape?mana tau kot-kot i taruk Mrizham i kat dalam tu ke kan :-P "Orait Fiza,u rasa apa i bawa?"(bajet Fiza myBFF baca entry ni haha) "Camera Digital Canon?tetttt wrong answer!amboi u perli i ea,mentang-mentang i suka sangat snap pic di mana-mana..eleh dia pun sama :-P" okay tak payah teka la buat penat u'll baca je kan.tengok sendiri la ea..

Yang ni memang wajib kena ada..kalau tak ada ni,isi petrol kena tahan dengan tauke Shell kerana di syaki menggunakan tektik kononnya kasi alasan purse tertinggal untuk dapatkan petrol percuma.So jangan malukan diri sendiri and jangan sesekali tak bawa ini orait!Andai ini tiada dalam handbag corak leopard yang bermeterialkan kain i ni,maka i akan mengalami kebuluran yang melampau.Tapi tak apa,Mrizham datang membantu :-)
Semua nampak kan apa yang ada dalam Handbag Mizz Ida ni..ok kita mulakan dengan kertas putih tu,kertas tu list barang-barang yang harus dibeli yang di pesan oleh mymum.."kicap-1botol,telur-1sarang  :-) kena tipuuuu.Bukan list barang la.Itu adalah senarai menu diet i dari pakar pemakanan.Taruk je,ikutnya tidak.Pastu pergi timbang,berat naik nangis...dah acaner.Tapi tak apa, i cuma amalkan minum lemon jus tanpa gula after lunch & dinner for neutral kan lemak or minyak,ini tips juga ea leh buat kulit cantik pun..Ok ok,next..Ribbon,ituari pakai and lupa nak simpan dekat rumah.Ada 4 pc Lipstic,gunanye satu color je tapi i memang suka bawa semua,tabiat bukan tebiat!1 lip care maybelline,2 pc gloss,white eyeliner (for touch up) glu for eyelashes (Bulu mata Rozita Che Wan,standby kot tercabut..malu nanti aihh) and handphone kedua for skandal (ops!) just joking (handphone tidak kelihatan maybe malu nak tonjolkan diri sebab oldskool sikit)
Ini pun benda wajib juga mesti ada.Cermin sakti ahli sihir Snow White,Bila tengok i akan tanya siapa paling cantik dan gedik dalam FB..nasib cermin tu jawab IdaRohaida,tersenyum bangga ihiii :-P .I memang suka tengok cermin la,tengah drive sempat lagi meraba-raba dalam handbeg cari cermin and tengok makeup ok ke tak :-) kot la eyeliner tercomot,bulu mata palsu tercabut ke (jangan tiru aksi merbahaya ini ya).Tanya Mr izham la,kalau dia drive,i duk sebelah duk tengok muka kat cermin je kerja i,tak cukup tu guna cermin makeup kat bahagian atas dalam kereta tu kan.Ada lagi...siap buka tingkap tengok kat side mirror.Ini baru tebiat! bukan tabiat,hadoi...

Color pilihan NUDE Color...memang suka sangat.Slack,Tudung Bawal & Wedges  Nude Color.Wedges so tinggi gift from Mr Izham..dia like i pakai wedges (jangan menyampah ea :-P )Topi Pantai gift from Mysis,Johor mali.Jangan salah anggap ea,i bukan pergi kerja pakai topi tu ya.ini sekadar sesi snap pic bersama PhotoG Mymum okay.. :-)
Cantik pula nampak handbeg i..sure la handbeg mahal...Ida,jangan belagak Abah marah nanti!ihiiii.Okay kalau ada yang sporting jom la kongsi bersama apa yang u selalu bawa dalam handbeg u.Perempuan je taw...
see ya next entry...muahhh laju laju

Wednesday, November 24, 2010

Muahhhh~

Assalammualaikum...salam dihulurkan for sayang sayang semua specially to My Mr Izham sebab dia memang menjadi pengunjung dan juga sebagai pengikut setia blog i ni..toce toce ea sayang.Muahh for you!

Muahh je i ni kan...memang i suka sangat akhiri perbualan atau sebuah perceritaan dengan salam dan Muahh.Ini cara untuk i tunjukkan yang i sayang kat semua orang dan lagi mengeratkan silaturrahim tak kira for kekasih ke family,kawan kawan or siapa sahaja.Like friendly la kan.Tengok email blog i pun
www.loveyoumuahmuah.blogspot.com  nampak tak bertapa kasih dan sayangnye :-)
I ada juga akaun Tagged tapi jarang sangat dah buka.Dalam Tagged ada dikehendaki masukkan tagline kan..so i punya tagline "i love you muahmuah" memang tak sia sia buat tagline tu sal ada lebih kurang dua ribu lebih orang yang add jadi friend walaupun i jarang jarang jenguk akaun Tagged tu
                                          Tagged: poda_lor@yahoo.com

kalau yang perasan ending entry i sure ada kalimah cinta muahh,

1) Okay...sampai di sini dulu entry kali ini Papai Muahhh!   
2) Sayang u'll..Muahmuah


Kalau rasa tak percaya boleh la baca setiap entry i..baca dari awal ea (saje nak suruh baca entry :-P )
tapi kalau tak ada tu bukan i tak nak akhiri dengan muahh taw,maybe last update entry tu i dah ngatuk tahap cipan so tak daya nak taip dah tapi dalam hati i tetap Muaahh for all :-)

Hari ini i dapat mesej kat FB from Scarlet Heart Irdina yang tag VC lagu  Muah-Suzanne Brautigam siap dengan liriknye sekali.Kata mydear "Sis,lagu ni sesuai sangat dengan tagline sis"
alalala thank dear,akak tak sangka u perasan juga ea,ingat akak sorang je yang tahu and terima kasih daun keladi baca blog akak,nextime baca lagi..nanti akak belanja choki choki :-)

Orait,tak mau cerita panjang2 sebab my Mr sedang menanti i di Chat YM..cian baby i menunggu..Lindu sangat dia cakap.Ni ada VC n lirik lagu Muahhh special dari Scarlet Heart Irdina.Memang i suka sangat lagu ni, tak sure lagu dangdut ke apa tapi best sangat dengar,rasa gedik je macam i :-P and i rasa bangga sebab lagu muahh ni orang cipta untuk i (perasan sudah! :-P )


http://www.youtube.com/watch?v=mWCrAeLQLhc

Muahh~

Sungguh aku sayang
Sungguh aku rindu
Ha ha ha usah kau ragu-ragu

Sungguh aku cinta
Sungguh aku mahu
Ha ha ha ku tidak malu-malu

*
Sayang oh sayang
Ku sayang kepadamu (muah)
Aku cintakan dirimu
Rindu oh rindu
Ku rindu padamu (muah)
Janganlah kau pergi dariku

**
Papa tolonglah (papa)
Mama tolonglah (mama)
Aku sedang mabuk cinta
Dengan si dia (ah ha)
Si jantung hatiku (ah ha)
Yang ku puja ku cinta selalu

Mama tolonglah
Papa tolonglah
Jodohkanlah aku dengannya

Chorus
Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan
Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)
Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

Ulang *
Ulang **

Mama tolonglah
Papa tolonglah
Jodohkanlah aku dengannya

Ulang Chorus 2X

Papa tolonglah
Mama tolonglah

and last terima la MUAHHH sayang cinta kasih dan rindu dari Mizz Ida for MrIzham (muahh lebih sikit) and semua mylover friend and followers.I lap u!!
Dear MrIzham, i'm commingggg,time to make love ahakssss

Tuesday, November 23, 2010

KEJUTAN!!!

AFTER WORK I DAH PLAN NAK CELEBRATE BIRTHDAY FOR MR I.BUAT SIMPLE JE TAPI CUKUP BUAT MR I TERHARU.

LOKASI PILIHAN MACDONALS TELUK CEMPEDAK..TEMPAT PERTAMA KAMI DATING DAN MENJADI RUTIN HUJUNG MINGGU I DAN MR SELALU MENJADI PENGUNJUNG TETAP KE SINI : - p

SESI POTONG KEK TAK ADA TAW SEBAB BIRTHDAY KEK DAH DI POTONG SIAP :-) BUKAN KEDEKUT TAK NAK BELI ONE WHOLE KEK TAPI KAMI TAK NAK GEMUK (ALASAN PALING KUKUH I KASI) :-p

BIRTHDAYMAN SEDANG BERUSAHA MENGHIDUPKAN LILIN TETAPI ANGIN LANGSUNG TAK NAK KASI CAN SO TERPAKSA AKUR..BUAT BUAT TIUP JE LA.

MAKE A WISH TO ALLAH....LAMA JUGA DIA BERDOA.NAK TAHU JUGA APA YANG MR I DOAKAN TAPI TAK BOLEH LA..HANYA DIA DAN ALLAH JE TAW...HOPE DI MAKBULKAN

SPECIAL GIFT FROM ME FOR MR :-) HOPE HE LIKE IT


Sayang, sempena di hari lahirmu..i promise akan lebih mencintai,menyayangi dan menemani di setiap langkah kehidupan u..
Ni je yang mampu i buat untuk u sayang....akan datang lebih lagi,insyallah...


Selesai sudah~Papai

SURPRISE!!!!

Dimulakan dengan Bismillahirahmanirahim Assalammualaikum wbt...

Tiada kata secantik bahasa,tiada gambar secantik lukisan...nak ku tunjuk perasaan.Walau musim berubah,suasana bertukar tapi ikatan mesra sikit pun takkan longgar.Puitisnye :-)

Surprise!!!kate Eric Leong.23rd Nov 2010 date birthday for My Lover Izham yang ke tut.........eleh macam artis plak nak rahsia rahsia :) yang ke 27yrs old punnnnn.Muda bergetah lagi :-).Ini adalah first birthday dia since we are declare sebagai Couple of the Year ahahaha ketawa hingga bahu bergoyang.

Okay nak story about dia sikit.I mengenali dia mulanya hanya sebagai seorang kawan yang dah ditentukan oleh Tuhan diketemukan di mana dan macam mana bermulanya pertemuan kami tu segalanya takdir dariNYA.Sebenarnye tak nak la story dari awal kan,panjang sangat ceritanya so kita pendekkan!

Psst Psst Dulu kan dia sungguh sungguh sangat nak tackle i taw..., like cam clip video Neyo-One in a Million.So impress.Macam macam gaya dia buat untuk ambil hati i.Sampai penah dia kena marah ngan i,cian dia kena maki..namun dia seoarang lelaki yang tak putus asa AKA tak reti bahasa lah senang cakap :-).Tapi itulah bab kata warga emas "yang kita tak suka dan benci tu lah yang nanti  kita akan suka" memang betul la warga emas semua boleh jadi ahli nujum negara sebab kata-kata mereka memanggg betul sangat sebab I sekarang dah sayang sangat sangat dan sangat kat dia..Thank to Allah kurniakan teman hati yang baik,penyayang,soleh and romantik wow wow wowww!!

Erm..sure people akan cakap "eleh,masa bercinta semua indah,semua hangat semua baik" ya la semua tu hakikat duniawi yang indah tak semestinya kan kekal indah dan juga yang tak indah takkan berkekalan.Kita must percaya pada Qada dan Qadar dari Tuhan.Andai kekal jodoh sesebuah hubungan Alhamdulilah hope kekal hujung nyawa tapi andai singkat Jodoh dan Pertemuan itu maka kita sebagai hambanya harus redha dan pasrah.Kita hanya mampu impikan sebuah kebahagiaan tapi yang tentukan semua itu akan jadi milik kita or tak adalah Dia.Apa yang penting jangan sesekali kita agungkan sebuah percintaan itu melebihi cinta kita pada Dia.Haaa yang tu la sampai yang sanggup terjun bangunan 8 tingkat..penat2 mak dia beranakkan dia..dia leh senang senang pergi terjun bangunan... :-)

Hey MyLover Izham..dengan senyuman terukir di bibir, i ingin ucapkan "HAPPY BIRTHDAY TO YOU" hope u sihat selalu,panjang umur,bahagia dan berjaya dalam kehidupan u.Insyallah i akan sentiasa ada dalam kehidupan u di kala susah dan senang.Thank you also to u coz to be my special lover in myheart yang sesalu buat something yang tak diduga..banyak surprise u ni :-) and banyak bersabar dengan i yang selalu moody,suka merajuk like a little girl wuuwuuwuu :) and sedikit Noty hikhikhik Dulu kan ex exboyfriend i (macam ramai je) tak ada yang tahan taw semua cabut lari..eleh..alasan je semua tu,padahal for them i ni tak cukup cantik wekkkk :)

Baby,U are so One in a million,the best i ever had
                             I Love You So Much~

Thursday, November 18, 2010

MEMANG SUKA SANGAT :)

HAI SAYANG SAYANG SEMUA..HOPE SIHAT AND BERTAMBAH SIHAT AFTER HARI RAYA HAJI NI KAN.SEMUA SIHAT LA SEBAB MAKAN DAGING QURBAN BANYAK,MOGA MENDAPAT BERKAT.AMIN.

KAT SINI NAK STORY APA YANG I SUKA SANGAT AND JUGA MENJADI SALAH SATU HOBI,SNAP PICTURE!!ACTUALLY DULU I TAK SUKA TAU NAK SNAP-SNAP PICTURE NI KAN,BUKAN APA..DULU KAN PAKAI CAMERA YANG PAKAI KODAK YANG KENA HANTAR KEDAI CUCI SO I TAK SUKA LA SAL ORANG LAIN DULU YANG TENGOK GAMBAR-GAMBAR I.SURE LA MEREKA DI KEDAI CUCI GAMBAR SEDAP-SEDAP KETAWA TENGOK MUKA AND GAYA I YANG AGAK FUNNY KAN.EEWWW TAPI ITU DULU LA,SEKARANG I DAH SUKA SANGAT SNAP PIC..TAK HIRAUKAN ORANG-ORANG DISEKELILING DAH.PASALNYA SEKARANG DAH SEMAKIN CANGGIH DENGAN ADANYA CAMERA DIGITAL,CANON D80 LA BLA BLA YANG LEH SNAP AND DELETE PICTURE YANG KITA RASA AGAK TAK BERKENAN DIHATI KAN.GUNA HANDPHONE PUN BOLEH SNAP PICTURE JUGA KAN KAN.LEPAS SNAP BOLEH PULA EDIT-EDIT..I SUKA LA SNAP PIC AND HABISKAN BEBERAPA JAM EDIT PIC SENDIRI GUNA SOFTWARE PHOTO EDIT YANG SEPOSEN-SEPOSEN JE (BIASA-BIASA JE).TAK NAK STORY PANJANG-PANJANG LA BECAUSE I NOT FEELLING WELL~I SAJIKAN GAMBAR GAMBAR I YANG DI SNAP SENDIRI EDIT PUN SENDIRI SYOK PUN SENDIRI,IHIKKKSSSS PAPAI I LUV U MUAHHHH

LUV THIS PIC

LIKE CARTOON ANIMASI

3 LOVE FOR I LOVE U

EDITING YANG PALING FAVOURITE

SI MATA KUYU LAYU

HAHA FUNNYFACE!!


DUA PIC DI ATAS NI SAMA BUT DEFFRENT EDIT JE

OMEL TAK RIBBON?SEKALI SEKALI LAGAK CAM KANAK KANAK RIBENA :)

Saturday, November 6, 2010

KENAPA MEMILIH DIA : )

TITLE KAT ATAS DAH MACAM SOALAN EN WARTAWAN PADA SEORANG ARTIS WANITA JE KAN : ) DAH DUA HARI MR I BALIK KAMPUNG HALAMAN BERJUMPA DENGAN IBU TERSAYANG.RINDU SANGAT MACAM DAH DUA BULAN TAK JUMPA  :) SO UNTUK MELEPASKAN RINDU SO I BUAT LA ENTRY PASAL DIA...KIRA MORAL OF THE STORY,LEBIH KURANG MACAM LUAHAN PERASAAN I KAT DIA LA...SAYANG,KALAU U BACA NI JANGAN NANGIS PULA TAW.U TU LELAKI AIRMATA KATEGORI TERBAIK : ) JANGAN MARAH MUAHHH

1ST SEKALI I SUKA DIA SEBAB DIA NI PEMBERSIH ORANGYA.BUKAN SAHAJA PEMBERSIH MALAH SOPAN SANTUN..TENGOK CARA DIA DUDUK TU : ) SEKALI-SEKALI KORBANKAN MACHO UNTUK MENIKMATI HIDANGAN NASI DAGANG BAKAL IBU MERTUA.

2ND..U ARE SO SMART AND SWEET MY DEAR.......I SAYANG YOU I CINTA YOU I NEED U I MISS U I I LIKE U I WANT HUG U I WANT KISS U :) (GATALNYE I......)

3RD..HEY SAYANG...TAK SANGKA YOU PANDAI POSE..I INGAT I JE YANG SELALU POST TAK INGAT..TAPI DEPAN U JE I TAK MALU NAK POSE.. :)



4TH...ERM...MR I NI HANTU SHOPPING JUGA SAMA MACAM I.KIRA MACAM KONGSI MINAT YANG SAMA LA..BIASA BILA DIA NAK SHOPPING DIA NAK I TEMANKAN DAN BILA I NAK SHOPPING DIA BAYARKAN :) SIAPA LEBIH UNTUNG I KE DIA? :p

5TH..ADA SATU LAGI..CITARASA JUGA SAMA MACAM I..SUKA MAKAN DONUT.NANTI AFTER KAWIN TAK SUSAH LA I,KALAU I PENAT NAK MASAK (PENAT EA BUKAN MALAS) AJAK DIA MAKAN DONUT PUN DAH OK.BUKAN DONUT JE TAW,DIA PUNYA FAVOURITE FASTFOOD PUN SAMA CAM I,MCD..I LOVIN IT!!! NANTI KAWIN SAYANG,I TAK SIHAT,U DRIVE THRU MCD JE EA..SAYANG U KUAT2 :)

6TH...APA YANG I SUKA SAL LELAKI INI..DIA SUKA BERGAYA,STYLO ABISSS WANGI PULAK TU,CAIR DIBUATNYA...PUJI ADA MAKNA NI :) I AND MR ADA MINAT STYLE YANG SAMA,TAK PERCAYA KE? OKAY.....TENGOK LA PIC KAT BAWAH NI


SAMA KAN...? CITARASA SAMA BARU LAH BEST..TAPI SAYANG,I TAK KISAH LA APA YANG U PAKAI..I TERIMA SEADANYA U WAHH! (YANG NI BUKAN PUJI ADA MAKNA EA)

7TH..APA YANG BUAT I SUKA KAT MR I NI LAGI KAN...DIA NI AKTIF.I SUKA LELAKI YANG AKTIF..BARU SIHAT KUAT DAN CERGAS MACAM KANAK-KANAK MILO!SELAIN MAIN BOWLING DIA SUKA MAIN FUTSAL SAMPAI TERKEHEL-KEHEL KAKI DIA,HAA YANG TU I TAK SUKA PASAL MAIN TAK INGAT SAMPAI KAKI TERKEHEL..EEW NAK KENA ROTAN U NI BABY........GRRRR BIKIN I PANASSS JE :)

8TH..KEPADA ADIK ADIK YANG BELUM CUKUP UMUR,KAKAK NASIHAT JANGAN TIRU AKSI TERLAMPAU INI EA.PASAL ABANG NI TIBA-TIBA KEPALA MASUK AIR DAN MEMBUAT AKSI YANG AGAK KURANG SOPAN DI KHALAYAK YANG TAK BERAPA RAMAI SANGAT :) SAYANG...U ARE SO NAUGTHY AND KELAKAR SANGAT LA.....MAKE I KETAWA KUAT2  :)

CUMA ADA LAPAN SENARAI APA YANG I SUKA PADA DIA DAN MEMBUATKAN I MEMILIH DIA MENJADI TEMAN HATI I..KENAPA I TAK CUKUPKAN SEPULUH SENARAI??SEBAB YANG DUA LAGI TU I NAK SIMPAN AFTER I KAWIN DENGAN DIA..MASA TU I NAK NILAIKAN LAGI... :) HOPE DIA KAN JADI LEBIH TERBAIK AFTER KAWIN,INSYALLAH

SPECIAL FOR U MY DEAR~
I'M ROHAIDA BINTI BAHARIN WANT TO SAY THANK YOU BECAUSE JADI TEMAN HATI I YANG TERBAIK,BUKAN DARI LADANG TAPI TERBAIK YANG PENAH I TEMUI.THANK JUGA KERANA SUDI MENERIMA DIRI I SEADANYA.HOPE JALINAN KASIH DAN SAYANG ANTARA KITA KAN BERAKHIR HINGGA KE JINJANG PELAMIN (TAK SABARNYA TAK SABARNYA ) DAN ANDAI DENGAN IZINNYA JUGA I HOPE KITA KAN SEHIDUP SEMATI.LAGI TERIMA KASIH PASAL U SANGGUP BERSABAR DENGAN KERENAH I YANG SUKA MERAJUK,MENANGIS,MARAH-MARAH DAN MACAM-MACAM MEN LAGI...U MEMANG PENYABAR SANGAT SANGAT.. : )

I JUGA NAK SAY SORRY BANYAK BANYAK DAN BANYAK KAT U YANG DAH PERNAH MELUKAKAN HATI DAN PERASAAN U.BUKAN NIAT DI HATI,DIRIKU INSAN BIASA : ) I TAK BUAT LAGI..PEACE NO WAR :)

P/S:SO TAK  RETI RETI NAK MASUK MEMINANG CEPAT CEPAT  : p

SALAM SAYANG,CINTA,KASIH,RINDU,HUG & KISS DARI I KEKASIH U YANG CANTIK,JELITA,COMEL,CUTE,MENAWAN,CUN,SWEET,MANTAP SENSASI,LEMAK BERKRIM DI SUKAI RAMAI..WOWWW FOR U KEKASIH I YANG HANDSOME,SWEET,GENTLEMAN,TINGGI,TEGAP,MUTU GAYA KEUNGGULAN,YANG CERGAS,AKTIF AWWWW : ) YANG PASTI BUKAN DAN JANGAN SESEKALI AWW AWW EA..

MUAHHHH KUAT2 LETUP2 LAJU2 : )