Wednesday, October 27, 2010

PERCUTIAN YANG SANGAT SANGAT HAPPY

ASSALAMMUALAIKUM..

WEEKEND BARU-BARU NI I PERGI BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS BERSAMA MR.IZHAM,NATASHA N MY BFF FIZA SATU FAMILY.SERONOK BILA BERCUTI RAMAI-RAMAI NI.I NI BARU NAK MASUK DUA KALI PERGI KE CAMERON TU.DULU LAST PERGI TAHUN 2001 HOHO ITUPUN IKUT ROMBONGAN CIK KIAH NAIK BAS.PENAT DUK LAM BAS BEBERAPA JAM TAPI CUMA PERGI KE PASAR PAGI JE.TAK PULAK DI BAWA KE STRAWBERY FARM KE,LADANG TEH KE..SO KALI NI PERGI MEMANG I JELAJAH SEMUA TEMPAT.SERONOK SANGAT.DALAM PERJALANAN SEBELUM SAMPAI PUCAK CAMERON TU TERNAMPAK LA PERKAMPUNGAN ORANG ASLI..MACAM BEST JE KALAU DAPAT DUDUK KAT SITU..KEHIDUPAN YANG FRESH SANGAT.MAKAN TUMBUHAN SAYUR BUAH-BUAHAN YANG SEGAR..KALAU SURUH I DUDUK SEBULAN PUN I NAK JE..HIHI.JOM I BAWA YOU ALL TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK I PERGI...

PASAR MALAM BRINCHANG


Pasar Malam ni besar sangat.Sesak juga dengan orang-orang yang meniaga dan yang datang membeli dekat pasar malam ni.Nak parking kereta pun ambil masa juga nak mencari tempat yang kosong,nasib Mr.Izham i jenis cool orangnye.Hampir satu jam juga la baru jumpa tempat letak kereta yang kosong,itupun terpaksa berjalan jauh juga nak ke tapak pasar malam ni.Kat sini macam-macam dijual tapi yang paling menarik makanan-makanannye.Pasalnya makanan dekat sini tak jumpa kat Kuantan.Yang i suka sayur-sayur di goreng celup tepung,ada cendawan,brokoli,daun sup dan kimchan goreng tepung.
BROKOLI GORENG SEDAP LAZAT ERMMM :)
Pasar malam kat sini memang banyak jual makanan kegemaran i,seperti Jagung Rebus dan Sweet Potato Rebus.Jagung dan Sweet Potato kat sini manis dan sedap sangat.Nikmatnya dapat makan,tak sempat balik apartment i dah makan sambil berjalan dan dalam kereta.Sampai kan Mr i tanya why i makan banyak sangat ni?hihi rugi lah pergi bercuti nak diet-diet kan.Selain tu ada jual banyak buah strawbery,limau madu,sayur-sayuran dan macam-macam lagi.Next time kalau pergi lagi i nak ke pasar malam ni lagi.Nak makan banyak-banyak.hoho

PASAR TANI/PAGI


Bangun pagi dan siap-siap nak ke pasar pagi.Sepupu kepada my friend forever Mummy Fiza yang bawakan ke sini.Meriah juga,ramai sangat orang.Tapak pasar tani ni berada di tepi-tepi jalan yang membukit.Sambil membeli boleh view inviroment yang cantik.Sampai je i keluarkan list barang yang nak dibelikan untuk di bawa pulang untuk my mum,abah,kakak dan anak-anak buah tercinta.hihi sebenarnye tak ada list pun.i buat sistem Tengok dan Beli je hoho.I belikan sayur for my mum,murah je satu longgok RM10 so i belikan dua longgok,boleh la bagikan kepada mak mertua kakak i (nak belikan untuk mertua sendiri,tunggu tahun depan insyallah hihi) Untuk abah,i belikan dia Strawbery Jeruk/Kering,1 paket RM 10 my abah suka makan sambil tengok TV hihi.Juga belikan dia limau madu,manis macam senyuman Abah LUV U (bodek sikit) Orait,for my sis pulak i belikan dia Strwbery Celup Coklat RM 5 for 3 cucuk,1 cucuk ada 3 pc strawbery.Actually tak sedap sangat pasal coklat yang digunakan macam tak sedap rasa dan strawberry pula masam sangat,kalau manis maybe sedap la kot.Sebab my sis dah teringin sangat rasa so i tak nak hampakan dia dan belikan la.For my two anak buah yang di cintai Echa dan Baby Qaseh Mia,i belikan Beg n Penutup Telinga bentuk Strawberry for Echa dan Skaf Kepala dan Mainan Berbunyi yang berbentuk Strawberry untuk Qaseh Mia.Sure u'll bertambah sayang dekat Maksu u'll yang cute lagi comel cun menarik jelita cantik marvellous gorgeuos kan kan kan eew perasan sudah hihi.For me,i beli Jagung Manis.Ada nama sebenarnya tapi i lupa apa nama jagung tu.Next time pergi i tengok balik apa nama jagung tu.Yang menariknya si penjual jagung tu.Biasa kita tengok pakcik-pakcik or makcik-makcik yang jual kan tapi yang satu tempat ni Baby yang Comel yang menjual.Dari tak nak beli jadi nak beli gara-gara nak snap picture dengan dia hihi
Comel kan?like macam dekat kemboja pula.Pandai mak dia taruk anak dia duduk jaga jagung so orang ramai datang dekat dia.Ada pakej beli jagung satu longgok 7 pc RM10 dapat snap pic with Baby.hihi.Baby ni dia tak ada nak bersuara macam ni "mali mali kakak beli lagung mulah mulah!!" hihi tapi dia cuma padang dan senyum je, dah buat orang tertarik datang beli jagung dekat dia.Tapi rasanya kalau i cakap "Baby,kakak mau semua free boyeh tak?" sure dia senyum je,tu makna dia kasi la..hoho

STRAWBERRY FARM


Tempat yang paling tak sabar nak lawati sebab dah tanam hajat nak petik strawberry beberapa bakul dan nak agihkan kepada jiran-jiran dekat rumah,kawan-kawan rapat dan sanak saudara.Bukan main i kan hihi.Tapi hampa sikit pasal pergi bukan time musim strawberry berbuah sangat.Baru nak berputik.Ala..ingat strawberry sentiasa ada.So strawberry farm tidak dibenarkan masuk,Cuma boleh menikmati hidangan berunsurkan strawberry di Strawberry Cafe (nama kasi sendiri pasal tak ingat apa nama cafe tu hikhik) Cafe ni ada jual macam-macam snak n drink yang ada strawberry la.
I ada la try Strawberry Milkshake dan Sundae Strawberry,sedap n fresh sangat.Sundae strawberry memang banyak sangat strawberry dia taruk..puas makan la murah je RM 5.90.Selain tu ada jual Salad Starwberry,Tart,Pancake,Waffle dan macam-macam la yang ada strawberry.

\

TAMAN AGRO PERTANIAN

Satu lagi tempat yang menarik,all in one.Semua ada kat sini.Taman ni ada mini-mini kebun,contohnya Mini Strawberry Farm (but no plucking),Mini Ros Garden,Mini Vegetable Farm,Mini Kebun Bunga-bungaan dan Mini Ladang Teh.Ada juga air terjun buatan,so menarik.Yang paling i suka Rose Garden,walaupun panas terik i sanggup duduk bersantai sambil menikmati haruman bunga-bunga ros.

Macam macam color ada,merah pink putih kuning dan ada yang kecil yang besar.Geram sangat-sangat.Nak rasa petik bawa balik tapi tak nak la,biarkan ianya layu di tangkainya..wahhh puitis kan.Ros memang bunga kegemaran,terutama ros merah.Bunga-bunga lain i tak layan sangat. :)


LADANG TEH

Xlarge kan picture ni pasal cuma ada satu je.Biasa tengok dalam TV je ladang teh ni.Itupun tengok dalam filem sembilu scene di mana Erra Fazira dan Awie berlari-lari kasih dan sayang dekat ladang teh so bila tengok cerita tu cam menarik je,masa tu budak-budak lagi dan cakap la pada diri sendiri bila la dapat pergi.Bila dah datang dekat memang cantik sangat imviroment kat sini.Pokok-pokok teh tu dah nampak macam karpet kat kedai karpet je.Terasa nak baring atas pokok-pokok tu.Sebelum balik sempat la belikan beberapa jenis teh untuk my abah,yang special teh flavour Anggur dan Green tea untuk i,memang sesuai kalau makan something yang berminyak or berlemak so minum la green tea,lagi bagus kalau dont put sugar,boleh natural kan kandungan minyak dan lemak yang kita ambil tu.

Ini sahaja tempat-tempat yang i lawati.Ada lagi tempat yang belum pergi pasal besar sangat tapi dah cukup puas hati sangat sangat.Nextime nak pergi lagi nak makan banyak banyak!!hihi


                    SALAM SAYANG SEHARUM MAWAR NAN MERAH DARI I UNTUK U'LL
                       SENYUM SELALU KERNA IA PENAWAR SEGALA DUKA...MUAHHH

0 comments:

Post a Comment