Pagi-pagi 6:15 pagi dah terkejut dari tidur.Kedengaran sesuatu di tingkap.Celik mata and terus memandang ke arah bunyi yang aneh.Natasha sedang berusaha terjengkel-jengkel membuka tingkap namun hanya berhasil membuka separuh sahaja .Hanya cukup dia menghulurkan tangan melambai ke arah Tokde nya (Ayahde) yang akan berangkat ke kerja.I hanya melihat saat yang sedikit menyayat hati.Kemudian Natasha cepat-cepat beralih arah ke pintu depan rumah berlari-lari untuk mendapatkan Ayahde tetapi hampa, ayahde sudah berlalu pergi.Dengan perlahan i berkata, "tak payah la kejar, TokDe dah pergi pun" dan saat itu la Natasha menangis teresak-esak, baring sebelah i dan memeluk erat.
Natasha memang sangat rapat ngan Tok saudaranya,Ayahde.Memang tak berenggang.Itu lanya , bila Ayahde nak balik ke tempat kerja, mula la sedih nangis-nangis.I niat nak ejek-ejek Natasha, "tak malu ke nangis-nangis?" tetapi cepat-cepat tersedar, dulu pun i macam tu juga, menangis terjerit-jerit, terlolong-lolong bila Ayahde dah nak balik kampung.Ayahde memang manjakan anak-anak saudara and cucu-cucu saudaranya.Baik sangat.
Stop la cerita pagi yang menyayat hati sikit.Natasha ni, pagi-pagi dah buat drama sedih,kecoh je :)
Semalam i selamat sampai dari kampung.Dalam pukul 3:30 petang lebih-lebih sikit macam tu.Majlis tahlil untuk arwah Mak selesai dengan selamatnya.Ramai juga ahli surau yang datang.I penat menolong itu ini akhirnya tak sedar tertidur di ruang dapur.Sedar-sedar dah pagi.Suasana pagi buatkan i rasa rindu pada arwah Mak.Biasanya kelihatan dia berkain batik duduk di anjung pintu sambil mengobek sireh.Sebab tu arwah Mak tak pakai gigi palsu.Selalu makan sireh.
Tengah hari dah nak bertolak balik Kuantan.Bersalaman dengan Ayah (Tok).Sambil-sambil tu pujuk Ayah ikut balik duduk Kuantan.
"Tak apa la, Ayah sayang nak tinggalkan rumah.Tinggal "Mak" "
Ya...sepasang baju arwah Mak di tempat Ayah tidur dah cukup mengatakan pada kami yang dia rindukan arwah Mak.Hope Allah lindung Ayah yang kesorangan di rumah itu.
"Pemandu F1" memandu dengan berhemahnya untuk trip balik kampung kali ini.Sangat la bagus hingga buatkan i tenang duduk di seat belakang Exora, menikmati Dove Hazelnut sambil bersilang kaki tanpa selipar.
Balik dari kampung, yang tersayang pula pergi ke Segamat selama 1 minggu.Dah lama tak berpisah jauh dalam tempoh yang lebih dari 2 hari.Sesekali perlu juga untuk berpisah sekejap.Untuk mengerti sedikit yang perlu di fahami setiap apa yang berlaku antara kita sejak dua menjak ni kan.Ujian dalam tempoh bertunang ni macam nak masuk Fear Factor pula.Nak rebut 'duit juta-juta' kena kental tempoh halangan demi halangan.Hope kita dapat ganjarannya nanti...'juta-juta' gitu.
0 comments:
Post a Comment