Saturday, October 29, 2011

Potraiture Model Pilihan Touch of Mizz Ida| Yanie


Special gift untuk Yanie yang telah menjadi Model Pilihan bagi event "Model-model Cun" 

Personal Photoshoot and Makeup tajaan
IzhamSulaimanPhotography & Touch of Mizz Ida

Nanti i akan tunjukkan banyak lagi gambar Model Yanie yang cantik nan manis ini.
Tunggu gambar dari My photog
Sekarang i nak pergi tengok Masterchef dulu
:)

Wednesday, October 26, 2011

Esha menangis di majlis hari lahirnya & Mia oh Mia teruja tengok makanan

Evening birthday party Sabariatul Fitrah Nuraisya yang ke 5 tahun.Seperti majlis hari lahirnya pada tahun yang lepas, dia pasti akan menangis di majlisnya itu.Nak tahu sebab apa?Jom....

Lakonan semula...(Penuh dengan gambar)
Esha : "Kawan-kawan, cepat la datang dekat meja sini.Esha nak tiup lilin dan potong kek sekarang.
Kita menyanyi lagu hari lahir sama-sama ya"
Esha: Nak tiup lilin sekarang ya mama
Acha: Awak rasa boleh ke Esha tiup lilin?
Mila: Saya rasa tak boleh...keluar air liur je
Acha&Mila:ketawa bersama
Acha:Boleh tak esha?kalau tak boleh,biar kakak tolong tiupkan
Esha:Tak nak la, Esha boleh buat sendiri
4 lilin berjaya di tiup, tinggal 1 lilin yang tak berjaya dia tiupkan.
Esha mula rasa putus asa...
Lalu menangis....
Mama Esha: Tiap-tiap tahun macam ni, Esha cuba lagi.
dan gagal lagi...
Akhirnya Acha tiupkan lilin terakhir untuk Esha.
Gara-gara Esha tidak mempunyai gigi hadapan
(hikhik Maksu ketawa)
Esha kembali ceria setelah di pujuk
Mama Esha: Esha potong kek untuk kawan-kawan ya.
Esha: Esha nak potong untuk Esha dulu, Esha nak gambar Upin Ipin, Esha nak coklat bola tu juga mama
(semua dia punya, orang lain kasi tengok je la)
Acha:Bak la kasi kakak satu coklat bola tu
Esha:Mana boleh, ni kek hari lahir Esha, bukan Kakak punya.
(Tom & Jerry)

Birthday girl harus lah potong kek paling besar untuk diri sendiri kan
Angah (baju hitam) : Macam nak tambah kek la
Mini Conetto
(Maksu punya)
Maksu makan 3 pc
Esha: Saya dapat hadiah basikal!!
kalau kawan-kawan nak dapatkan hadiah yang best pada hari lahir, menangis la seperti saya
(untungkan budak-budak sekarang, bila birthday dapat hadiah bukan main best je.Maksu dulu...tak merasa pun tau)
To Esha happy birthday from Maksu.Walaupun Esha sikit nakal but Maksu really really love you so much.Jadi girl yang baik, berjaya and cantik ya.Muah

Selesai....

Ops belum lah, Mia mana mia??








Mia: Mia sini maksu..
Maksu: Bb maksu kat sini ya.Tengok apa tu?
Mia: Mia nampak jajan la maksu.Nak boleh?
Maksu:No no no
Mia: Sikit pun tak boleh ke?
Maksu: No, nugget boleh
Mia: Erm...nugget?
Mia: Nugget pun nugget la janji makan...
Mia: Sedapnya Jajan ni, tak kira la..nak makan juga.

Mia: Tak boleh tahan la...
Mia: Dapat....sedapnya
Maksu: Ooo makan jajan ya?!!
Mia: Ops..
 Last, Mia kena marah ngan Papanya sebab curi-curi makan jajan.Tak bagus la budak kecik makan jajan.

Mia kuat makan!

Sunday, October 23, 2011

Ma ajak ke Ten Ten...


Ma and Kak Ros sibuk beli barang-barang kelengkapan untuk merewang tapi i rambang mata tengok selipar bilik and beg-beg yang cute.

Semua orang sibuk masuk bilik i nak pakai selipar bilik i yang cute ni,
termasuk Mia Demok.Eiii tak malu, beli sendiriiii :P





Lepas ni kena sorok selipar i ni, takut Mia ambil buat macam dia punya
:)
yellow bag yang cute bertambah-tambah cute bila berada dalam my makeup box.
Ada dua bahagian yang di jadikan tempat tambahan bagi eyeshadow and lipstick yang dah banyak sangat.
Perlu di gantikan box yang lebih besar tapi tunggu la i menang 

"Contest Diet & Hadiah"
bukan sahaja makeup box malah berbagai lagi hadiah yang menarik bakal menanti dari pihak "penaja"
:)

"Saya sayang maksu sebab..."

Jam dah pukul 2:31 pagi tapi i still belum tidur.I habiskan masa tengok youtube,makeup tutorial la...apa lagi.Seketika tadi i ke toilet, selesai...masuk bilik and ke meja solek.Alihkan botol bedak,tiba-tiba ternampak satu nota.I baca isi kandungan,selesai baca i letakkan kembali nota itu sambil tersenyum.I mencapai Acne Gel Simpy Siti dan menyapu pada sebiji jerawat yang sedang denyut-denyut di pipi kiri.Jerawat nak sampai masa la tu.

"Saya sayang Maksu sebab dia baik.
Kalau mak saudara lain semuanya kurang suka saya,
Tak tahu lah kenapa, sebab saya tak cantik kot.
Kalau Fatin semua orang suka dia sebab dia cantik.
Nanti saya nak jadi macam Maksu, jadi jurusolek"

Nota kecil yang bertulisan agak comel dari Kakak sedikit menyentuh perasaan.Ya, kakak memang rapat ngan i.Dari dia kecil sampai la sekarang yang baru selesai menduduki peperiksaan UPSR.Setiap hujung minggu dia akan ke rumah ini untuk bersama dengan i.Dia memang manja, sensitif...salah tegur sikit mula nak merajuk.Kalau dah berhari-hari duduk dengan i, bila nak balik rumah papanya,menangis-nangis macam akan setahun tak jumpa dah.

Bahagian belakang nota, ada ruang kosong...i mencari pen di dalam handbag,

"Kakak, jangan fikir macam tu, 
semua orang sayang kakak,
Tak ada nak bezakan yang Fatin cantik or Kakak tak cantik.
Dua-dua pun cantik.Tapi kalau nak lagi cantik, 
dengar cakap Maksu...
Jaga kebersihan, jangan malas mandi dan jaga pakaian bersih-bersih.
Satu lagi, kakak jangan bersolek sendiri sebab kakak belum pandai bersolek...
jadi nampak tak cantik.
Tak mau sedih-sedih, Maksu ada.
Nanti Maksu jaga Kakak supaya jadi gadis yang baik dan cantik.
Minta duit ngan papa, nanti kita pergi shopping baju cantik-cantik :)"

Maksu sayang semua anak-anak saudara maksu,
tak pernah nak bezakan cantik ke,hitam ke, busuk ke, 
semuanya penyeri hidup Maksu.



Dah la ya, maksu ngantuk.
Esok pagi tolong kejutkan Maksu, kita aerobic sama-sama.

Thursday, October 20, 2011

CONTEST "DIET & HADIAH"

Contest ini tidak terbuka pada siapa-siapa... :) 
Pertandingan melibatkan i sorang-sorang je
tamak, tak nak kongsi hadiah
Hadiah sponser by My Future Hubby wow!

Contest bermula hari ini!
Macam mana untuk menang hadiah?

Senang je...

*I akan memulakan proses DIET!
no makan-makan Fastfood ke Nasi Lemak ke Pisang goreng ke KEROPOK LEKOR ke
erti kata lain segala makanan yang berlemak dan berminyak
Please katakan TIDAK! ah tak syoknya :(
Makan makanan yang berunsurkan rebus-rebus sahaja seperti contoh
Bubur, Singgang Ikan, Bihun Sup or Sup Sayur

*SIT UP 100x!!! before Sleep and 200x!! after bangun tidur
 tak boleh di kurangkan ke 20x je ke? 

*Buat Aerobic Dance di rumah
kalau dah malas sangat nak pergi jogging kat Taman Bandar

Itu je....senang ke???  :-s

*Contest berakhir December 2011
singkatnya kasi tempoh,melampau la tewww :(
*Hadiah tempat Pertama yang menanti
memang untuk tempat Pertama je, I sorang je yang masuk contest ni
 merupakan set BERLIAN RAFFLESIA
tettttt bohong je...ingat Memey ke nak sponser bagai menyampah ops! memang sengaja cakap
Hadiahnya RAHSIA :) 


Hari ini i bawa bekal nasi 1 senduk and ikan masak pindang

Cute kan?

Wednesday, October 19, 2011

SAFETY AND HABIT

Lihat objek yang di bulatkan pada gambar
Kunci kereta buat tidur malam lebih selamat.Kalau kot ada perompak ke hantu ke, tekan alarm kereta.Lintang-pukang la perompak dan hantu itu.Mulanya di jadikan salah satu penggera keselamatan tapi lama-kelamaan dah jadi habit pula.Pengaruh TV kuat kan i ni?~


*Pastikan Kunci kereta Model Perodua, boleh tekan alarm walau jarak jauh...jauh tak jauh sangat la ya :)

*Nak lebih safety, Install la Sistem Penggera Keselamatan Rumah,
Boleh klik website www.targetes.com.my (boleh contact i kalau nak pasang Alarm System ya) :)


Monday, October 17, 2011

Coret-coret pagi Isnin

Pagi-pagi 6:15 pagi dah terkejut dari tidur.Kedengaran sesuatu di tingkap.Celik mata and terus memandang ke arah bunyi yang aneh.Natasha sedang berusaha terjengkel-jengkel membuka tingkap namun hanya berhasil membuka separuh sahaja .Hanya cukup dia menghulurkan tangan melambai ke arah Tokde nya (Ayahde) yang akan berangkat ke kerja.I hanya melihat saat yang sedikit menyayat hati.Kemudian Natasha cepat-cepat beralih arah ke pintu depan rumah berlari-lari untuk mendapatkan Ayahde tetapi hampa, ayahde sudah berlalu pergi.Dengan perlahan i berkata, "tak payah la kejar, TokDe dah pergi pun" dan saat itu la Natasha menangis teresak-esak, baring sebelah i dan memeluk erat.

Natasha memang sangat rapat ngan Tok saudaranya,Ayahde.Memang tak berenggang.Itu lanya , bila Ayahde nak balik ke tempat kerja, mula la sedih nangis-nangis.I niat nak ejek-ejek Natasha, "tak malu ke nangis-nangis?" tetapi cepat-cepat tersedar, dulu pun i macam tu juga, menangis terjerit-jerit, terlolong-lolong bila Ayahde dah nak balik kampung.Ayahde memang manjakan anak-anak saudara and cucu-cucu saudaranya.Baik sangat.

Stop la cerita pagi yang menyayat hati sikit.Natasha ni, pagi-pagi dah buat drama sedih,kecoh je :)

Semalam i selamat sampai dari kampung.Dalam pukul 3:30 petang lebih-lebih sikit macam tu.Majlis tahlil untuk arwah Mak selesai dengan selamatnya.Ramai juga ahli surau yang datang.I penat menolong itu ini akhirnya tak sedar tertidur di ruang dapur.Sedar-sedar dah pagi.Suasana pagi buatkan i rasa rindu pada arwah Mak.Biasanya kelihatan dia berkain batik duduk di anjung pintu sambil mengobek sireh.Sebab tu arwah Mak tak pakai gigi palsu.Selalu makan sireh.

Tengah hari dah nak bertolak balik Kuantan.Bersalaman dengan Ayah (Tok).Sambil-sambil tu pujuk Ayah ikut balik duduk Kuantan.

"Tak apa la, Ayah sayang nak tinggalkan rumah.Tinggal "Mak" "

Ya...sepasang baju arwah Mak di tempat Ayah tidur dah cukup mengatakan pada kami yang dia rindukan arwah Mak.Hope Allah lindung Ayah yang kesorangan di rumah itu.


"Pemandu F1" memandu dengan berhemahnya untuk trip balik kampung kali ini.Sangat la bagus hingga buatkan i tenang duduk di seat belakang Exora, menikmati Dove Hazelnut sambil bersilang kaki tanpa selipar.

Balik dari kampung, yang tersayang pula pergi ke Segamat selama 1 minggu.Dah lama tak berpisah jauh dalam tempoh yang lebih dari 2 hari.Sesekali perlu juga untuk berpisah sekejap.Untuk mengerti sedikit yang perlu di fahami setiap apa yang berlaku antara kita sejak dua menjak ni kan.Ujian dalam tempoh bertunang ni macam nak masuk Fear Factor pula.Nak rebut 'duit juta-juta' kena kental tempoh halangan demi halangan.Hope kita dapat ganjarannya nanti...'juta-juta' gitu. 

Saturday, October 15, 2011

Coret-coret di pagi Sabtu

Handphone berdering, i tersedar dari tidur.Bukan bunyi alarm clock tapi tunang i call kejut bangun.Pukul 5 pagi i sms dia minta kejutkan i if dia bangun awal.Sebab takut terlajak tidur.Semalam pukul 3 pagi Esha merenget-renget minta buatkan dia susu.Umur 5th tapi like a baby,malam-malam nak susu lagi.Mama dia kerja shift malam.Papa dia pula kerja jauh.Kesian Esha and Mia, selalu kena tinggal.I ni kalau dah terjaga so susah la nak tidur balik.Pukul 5 pagi baru mata nak tidur.

Sekali lagi tersedar and terkejut dari tidur bila dengar suara abah pula yang kejutkan i bangun.La..rupanya i tertidur balik after sayang call :) Tengok jam dah pukul 7 pagi.Cepat-cepat bangun pergi mandi.Keluar bilik lalu depan ruang tamu, tengok Esha, Acha and Kakak Iqa tunggang langgang tidur depan TV.La..baru i ingat semalam masa tersedar Esha merenget-renget minta buatkan susu, rupanya I pun tertidur depan TV bersama mereka.Oh ya la, pukul 4 lebih i masuk bilik on laptop tengok makeup tutorial di you tube.Pukul 5 baru mata ngantuk dan time tu la i sms sayang.Terus tidur dalam bilik, tinggal mereka bertiga tidur depan TV.
Abah lagi dasyat, tidur depan TV kat dapur.

Pagi ni rasa lain...aah la, Ma tiada kat rumah.Ma balik kampung semalam ngan Ayahde.Malam ni ada kenduri arwah untuk Mak (nenek).Patut la rasa rumah tak berseri pagi ni dan bila Ma tiada kat rumah,mula la masing-masing berselerak tidurnya.Ada something yang kurang juga ni...(tanda tanya) owh Mia!!selalu pagi-pagi masuk bilik i, pagi ni tak ada pula demok i tu.Mama dia dah hantarkan ke rumah mak mertua dia, minta jagakan.

Cuba untuk awal sampai office, tapi tak awal juga.Maklum la mood saturday.Kerja pun halfday so lambat-lambat bersiap, tak apa la kot...banyak company yang cuti so tak ada la siapa-siapa call office sangat.Baru je nak buka pintu office, boss i sampai...ops! Boss turun dari kereta, senyum and berkata

"Aida lewat... "(dia seorang sesat panggil i Aida)
"No la...boss tu yang awal"

Biasanya pukul 10 pagi baru dia masuk office.Maybe firasat dia dapat merasakan i lewat hari ni kot.Tapi bagus juga dia masuk awal sebab sekejap tu dia keluar bila dah settle kasi arahan pada technician apa kerja yang perlu buat hari ini.Itu ini, itu ini...dia pun out.Yess!seronoknya boss keluar.Rasa nak melompat atas meja.But tersedar yang i under CCTV Surveilance & Recording.Kurang asam~ Jangan main-main, boss boleh tengok i walau di mana dia berada.CCTV ada sistem networking taw.So kena buat la macam buat-buat busy.Hakikatnya i sedang laju taip cerita di blog ni.Ihik!(gelak gedik)

After work pukul 1 balik rumah siap-siap, i pun akan menyusur balik kampung bersama Kak Ros, Abang Saba yang baru balik tadi dari Gemas dan "watak-watak kartun comel" Acha, Esha, Mia and juga Kakak Iqa.Tiba-tiba dah rasa sayu di hati.Bila teringatkan tiada lagi arwah Mak kat kampung.Biasanya kalau balik kampung, happy bila masing-masing layan arwah Mak.Arwah Mak nak makan ke?Arwah Mak nak mandi ke?masing-masing sibuk nak pimpinkan Arwah Mak jalan, sebab Arwah Mak dah tak kuat sangat nak berjalan, sakit lutut.Tergelak tengok telatah Arwah Mak melatah di usik cicit-cicit yang ramai macam anak burung.

Kalau bercakap ngan Arwah Mak kena kuat-kuat, telinga Arwah Mak kurang dengar dah.Arwah Mak tak pernah dengar apa i cakapkan, i rasa dah kuat bila bercakap tapi Arwah Mak tetap tak dengar juga so terpaksa la suruh Ma kasi tahu apa yang i nak cakap kat Arwah Mak.Baru Arwah Mak dengar.
I yang bersuara lembut memang nasib sebegitu.

Kini balik sana, cuma tinggal Ayah (tok) sorang-sorang je.Tak apa la...walaupun Arwah Mak sudah tiada lagi.Arwah Mak ada tinggalkan kenangannya di setiap sudut rumah usang itu untuk anak-anak,cucu-cucu and cicit-cicitnya melepaskan rindu.

Sekejap lagi nak balik kampung, i tak drive...tapi 'Pemandu F1' yang akan drive nanti.Abang ipar i la.Dia bawa kereta laju, i takut.Hope selamat la sampai and kembali.Amin amin amin (harap-harap sangat la ni)

Ala...perut dah lapar.Tadi breakfast makan Sandwich and minum Mocha Nescafe.Sayang belikan.Dia cuti so buat "Budak Pizza" Pin pin!! breakfast sampai!.

Aduh, tak tahan la lapar sangat ni.
Stop dulu la, kelaparan.Nanti sambung coret-coret kisah balik kampung pula...

Friday, October 14, 2011

MIA OH MIA (SWEET DREAM)

Di malam hari,

Mia:Ermmm
merenget manja sambil jari menunjuk-nunjuk seolah mencari mana mamanya.
Maksu:Mama work...
Mia:Ermmmm ...
masih merenget  manja dengan linangan air mata.
Seketika mula menguap tanda mengantuk.
Maksu:Maksu dodoikan ya...
on laptop,sign in blog...biarkan muzik background berkumandang.
Mata Mia mula layu...
Seketika, Mia lena di atas ribaan Maksu.

Dialog bisikan:
Mia,maksu baringkan di atas katil.
Malam ni kita tidur sama-sama ya,
biar kakak Esha and kakak Acha tidur  bersama Tokma.
tapi Mia jangan nangis minta susu taw,
Esok Maksu nak work, nanti maksu tak cukup tidur.


Dialog bersama Ma:
Kalau ma dengar Mia nangis, ma buatkan susu untuk dia ya.
Ma:ya...


Maksu pastikan Mia tak jatuh katil ya
 tapi kalau jatuh pun tak apa 
because Maksu dah letak bantal di lantai sekeliling katil.
Kalau Mia jatuh, so tak sakit la.
Nangis terkejut je



Good Night 'bb' Maksu

Sweet dream...
di sertakan ciuman penuh kasih sayang.
Muah~


Zzzzzz





Sleep Tight

Thursday, October 13, 2011

Stiletto Heel Open Toe for my...

Stiletto cinta untuk hari bersejarahku.
agar tersarung cantik dan menawan padangan si dia bakal Suamiku

Saturday, October 8, 2011

Story of Saturday

Seperti biasa, Saturday i kerja half day.Bestnya kalau company i kerja tu cuti Sabtu and Ahad.Tak payah la i nak kena ambil cuti bila ada job makeup function.

Pagi-pagi, 
drive mengikut irama lagu CD yang i pasang dalam kereta.Kalau lagu balada so pemanduan lebih relax and kalau lagu R&B so pemanduan lebih bertenaga atau erti kata lain, lajunya drive.Tapi bayangkan kalau pemanduan mengikut muzik Techno, rasanya kalau office i dekat Bandar Indera Mahkota, rasanya boleh terlajak ke Temerloh i rasa (aii Temerloh yak) melebihi had laju.Nasib baik i jenis tak layan muzik Techno.Sakit kepala, berkerut dahi.Macam mana pula kalau pemanduan mengikut Instrumental Music, esokkannya baru sampai office.Stop tepi jalan dulu tidur kot.Relaxing sangat-sangat.

Sebab ikut muzik R&B, i tak lewat sampai office hari ni.Sent sms kat bos "Today i awal sampai office" dengan smile icon.Mengejek sikit.Biasa dia selalu perli i bila lewat 15 minit and kadang-kadang 1/2 jam lewat :) sampai office.Biasa la i ni kadang-kadang lambat bersiap.

Menu breakfast for today

Gardenia Delicia waffer Banana 
and minuman wajib
Nescafe Mocha

Hari ni buat kerja sambil chat ngan kawan-kawan di FB chat room.Siap tunjuk video dekat my boss about segelintir orang pergi ke pergunungan, kawasan macam waterfall and tiba-tiba air deras datang dengan tiba-tiba lalu telah menghayutkan beberapa orang yang tak sempat lari.Boss i teruja tengok.Boss i tanya, mana i dapat video tu...i jawab dengan sinisnya..siapa suruh tak main Facebook. :)

Pukul 1 balik, eh tak 1:15pm sebab last minit baru ingat nak buat invoice untuk kerja-kerja service CCTV di Ambank semalam.Masuk kereta, start enjin and on aircond.Bukan terus balik tapi baca majalah Media Hiburan yang beli pagi tadi masa singgah di Petronas.Tengok ada gambar makeup wedding yang cantik, terus beli.Tengok muka depan ada gambar Nabil kahwin.Boleh lagi la nak baca tapi kisah kat dalam tu ada juga kisah perkahwinan Norman & Memey kahwin, eew macam tak berminat nak baca.

Sampai rumah,

Kena masak for lunch sebab Ma tak masak.Pagi-pagi pergi rewang rumah jiran untuk majlis menyambut menantu.
Buka tudung bawal no 1wah! letak my cute pink handbeg atas katil, tukar baju and terus ke dapur.Buka peti tengok ada udang, daging and Cendawan Tiram.Kung kang! kung kang!

Siap!

Udang goreng berempah, Daging Black paper and Cendawan Tiram goreng bersama sos tiram.Kebetulan my bestfriend Miss Fetty dalam perjalanan balik dari kelantan sempat call i masa dalam perjalanan pulang ke rumah tadi.Katanya nak singgah rumah i so ajak makan sekali.Kebetulan juga dia ada beli petai hihi terus bawa masuk rumah untuk buat ulam.Makan petai bagus tau...awet muda.Busuk tu boleh atasi..ada pertuanya.Lepas makan petai, kalau ada timun tu, makan.Kunyah bunga cengkih ke, makan beras ke or nak mudah...pergi gosok gigi la.Hope sedap la i masak, ya tak Miss Fetty? :>

Tudung Bawal No 1...
Ya, i sekarang dah rajin nak iron tudung bawal no 1 yang dah lama tak pakai.Tudung bawal tetap the best of segala tudung.Nampak sweet 17 je.Ah perasannya.I ada cara tersendiri dalam mengayakan Tudung Bawal No 1.Nombor seterusnya tak best sangat,keras.

Gaya Tudung Bawal Mizz Ida...

Bahagian depan di gayakan dengan gaya tersendiri
yes, pipi i bertambah chubby sekarang
Kasi tunjuk jelas, 

gambar di atas sengaja remove color atas sebab-sebab tertentu
Kebaya bercorak old scholl, baju lama Kakak Ipar punya, dia kasi 

i memang suka recycle baju lama
:)


 Dah la ya, penat~

Thursday, October 6, 2011

Kerana kesilapan itu...

Sekelip mata merubah segalanya...

Maafkan,
membiarkan rasa perit menikam kalbu...

Penyesalan,
kini tiada nilai

Tiada lagi sinar kebahagiaan
untuk jiwa bersatu

undur diri
melangkah pergi

jauh dari kekecewaan 
yang diri ciptakan











Monday, October 3, 2011

"Pre-Husband"


Pukul 1:30 pagi, i belum tidur tapi sayang sudah lena di ruang tamu rumah ni.Kesian u baby, kena tidur atas tilam di ruang tamu je kan.Tak apa, Ayahde (pakcik) ada bersama tidur bersama u kan.

Tadi i masak untuk u, tapi sorry la menu simple je.Ikan Goreng, Ayam Goreng, Sawi Tumis, Ulam Petai Jeruk and Budu.Ihik, sweet je kan u makan budu.Ayahde and Acha pun makan bersama u.Acha dah pandai nak makan budu,sedap sangat kot dia tengok u and Ayahde makan.Tambah 2x.Sampai i pun terjebak juga makan nasi.I baru nak diet tak nak makan malam.Tapi tak apa la ya, satu hari ni, i tak makan nasi pun.Kira macam I teman u makan la ya.

Lepas makan, u solat.Dah selesai kita sama-sama pergi jumpa wedding planner kita, rasa macam tak sabar dah kan.Baju tu memang sesuai dengan u.Masa i test baju tu pada u, nampak u segak sangat taw.
Sorry la i banyak bercakap-cakap dengan wedding planner kita tu, sampai lupa yang u nak tengok bola kan.

Dah selesai bincang, kita kena pergi kedai runcit pula.Ma suruh belikan bihun untuk buat sarapan esok pagi.Sampai di kedai, i terpaksa suruh u pergi belikan bihun.Sorry...i malas nak keluar kereta pergi beli,sebab....ada la.Ihik.

Sampai rumah, u cepat-cepat keluar dari kereta..berlari-lari sebab nak tengok bola.I tersenyum je tengok telatah u.Peminat bola nombor satu.I tak minat bola sangat sayang, tapi kalau badminton...,i minat.Tapi nanti bila kita dah bersama, i sudi teman u tengok bola.U jangan terkejut pula kalau i menjerit and terlompat-lompat.Memang itu sifat semulajadi i.Gedik.

I biarkan u tengok bola bersama ayahde.Ma pun turut serta tapi bukan tengok bola.Ma berborak dengan u and Ayahde.Ya, i tahu u and Ayahde tak tumpu pada apa Ma borakkan.Asyik tengok bola kan.Hihi,kesian Ma cakap sorang la gayanya.

I dalam bilik on laptop, macam biasa la rutin malam i.Update blog.Tiba-tiba u panggil i dari luar, minta keluarkan kemeja kerja u, nak iron.

"Ya, sekejap sayang.."

10 minit berlalu, i masih tak keluarkan baju kemeja u and membuatkan u memanggil i and meminta sekali lagi baju kemeja u dengan nada yang keras sikit.Marah 'le tewww' 

"Ya sayang...sekejap la"

I bawa kemeja u bersama baju kurung kedah i yang untuk di pakai ke kerja esok untuk iron.
I keluar bilik, dah tak nampak kelibat u.I menuju ke ruang tempat gosok baju.I mula menggosok baju.Tiba-tiba u masuk dari pintu dapur.I terbau asap rokok.Tapi i tetap juga nak tanya, u kemana.I tahu u tak kan merokok depan i.

U tanya i,mana baju kemeja u?
"Its okay,I tolong gosokkan baju kemeja u"

U duduk di tepi tangga dapur menemani i menggosok baju.Sambil kita berborak kosong.I kekok sikit gosok baju kemeja lelaki,sorry kalau tak cukup kemas ya.I sempat berjenaka dengan u,

"kalau nanti kita dah kahwin, i just gosok baju kemeja and u gosok la seluar sendiri ya,
 i takut i gosok tak kemas la"
U tersenyum.

Seketika kemudian,Sekali i padang ke arah ruang tangga, u hilang sekali lagi.

I selesai menggosok baju-baju kita.I mencari u and ternampak u dah baring di atas sofa di ruang TV dapur.I pergi tengok u.Rupanya u dah tertidur.

"Baby, tak nak la tidur kat sini.Tidur kat depan ya"
I menuju ke ruang tamu depan, duduk dekat Ma sambil makan jagung yang i rebus tadi.Seketika u datang duduk bersama i dan Ma.Nampak u sudah mengantuk.Ma suruh u pergi tidur.Tapi u sempat lagi ambil remote Astro buka channel sport, tengok bola lagi.I masuk bilik, sambung update blog.

Dalam satu jam,
I keluar dari bilik nak menuju ke toilet.Kelihatan u dah lena tidur bersama Ayahde.
I stop sekejap berhampiran u and Ayahde tidur,kedua-duanya tak berselimut.Selimut buat alas kepala,i berbisik sendiri

"Tak sejuk ke dua orang ni?"
I tengok je u tidur baby, comel.

Alamak, jam dah pukul 2 pagi.I perlu tidur sekarang.
U dah pesan banyak kali dengan i tadi kan, jangan lambat...bimbang i lambat bersiap,nanti u pun lambat masuk kerja.

Dear,
Hope nanti akan sampai masa,
u tak perlu lagi tidur di ruang tamu rumah ni.
Bilik i dah cukup selesa untuk kita berdua nanti.

Sayang u selamanya...

Ya , i tidur la ni....

Good Night

DRESS FOR SALE


I nak let go dress ni sebab rasa dah tak nak pakai.I kurang minat nak pakai baju yang colorful.Kalau ada siapa-siapa yang berminat boleh la inbox di Facebook i 


or SMS/Contact to

012-9676965

Baju ni bermakna sikit, macam sayang pula nak jual tapi daripada i tak pakai, tergantung je dalam almari..lebih baik jual la kot.

Why i cakap baju ni bermakna?
sebab,


1st - Dress ni adalah 1st special dinner i bersama yang tersayang.
Suasana yang penuh romantik, penuh kasih sayang and penuh kegembiraan.

2nd - Sewaktu pakai Dress ini, pertama dalam hidup i selama i pernah join game Kerusi Berirama, itu la kali pertama i menjadi juara.Wahh dasyat kan? ihik.

3rd - Dan specialnya lagi,Dress ini juga telah menjadi pilihan 
The Best Dress for category VIP
pada malam Colorful Night Dinner
kelasss kan? ihik

Nak tahu lebih terperinci tentang Dress ini kan?


Jenis kain:Cotton
Saiz:L (sepatutnya i pakai saiz M tapi saiz M habis)
L pun tak besar sangat,cutting baju ni kecik
Labuh bawah pada lutut pada yang tinggi 153cm macam i.
Selesa pakai
Harga:RM 60 (Harga asal RM79.90)
Baru satu kali pakai.
Tak mucuk pun, i dah cuci pakai downy perfume | ihik
Charge Penghantaran:Courier Charge : RM 6 (luar Kuantan)
Dalam Kuantan: boleh kasi By hand, kita jumpa la kat mana-mana yang u senang kan 
kelass tak?

So kalau minat, kamon!

Contact i ya,
cepat-cepat sebelum i berubah fikiran, kot tak jadi jual 
sebab kenangan bermakna dress tu menghalang hajat pula

ihik (ketawa manja)


Saturday, October 1, 2011

Senja Sabtu nan Indah

Cuaca selepas hujan sangat lah nyaman di rasakan.
Yang tersayang pulang ke kampung, rindu mula terasa.
Si dia yang sentiasa menemani hari-hari ini, di setiap sudut...
di akui,sepi tanpanya.

Ops, kisah cinta bukan topiknya.
Diri cuba menginsafi diri...
Bentuk badan sudah tidak seperti sebelum ini, 
sedikit mengganggu emosi takkala dalam permilihan  persalinan diri sehari-hari.
Ya, i perlu titik beratkan soal permakanan yang seimbang,
tidak perlu rasanya mengikut kata nafsu selera ini.
Please Ida, back to normal,
setiap hari dulu dengan menu hidangan yang sihat dan teratur.
Hihi..
Jangan ketawa kecil bila soalkan sesuatu yang perlu kau titikberatkan,
jangan nanti kau sedih melihat kembali potret  kenangan di hari bahagia kau nanti.
Ya..akan cuba.

Semalam  bermimpi, di malam perkahwinanku tiada satu pun sebarang persiapan.
Dalam mimpi tu terasa sangat gelabahnya diri.
Ya, pertanda itu...
menyatakan hal yang realiti,
kerna hanya tinggal beberapa bulan tetapi i masih belum berbuat apa-apa persiapan.
Ma ,Abah and Kak Ros pula yang dah semangat membuat persiapan.
Siapa yang nak membina mahligai ini,
i ke mereka?
ihik (ketawa manja)

Take Care
Three Words