Friday, February 18, 2011

Jumaat, 18th feb 2011

Pagi macam biasa siap-siap pergi kerja..macam biasa juga lewat masuk office.Bawa kereta macam ribut la.Jap je sampai office, semua kereta, lori,abang handsome bawa motor pun i lintas tanpa pandang belakang lagi.Kalau ada yang mengenali kereta saya di jalan waktu tu, sure akan cakap.."Wow, lajunya Ida drive!macam tak percaya je" Biasa kalau dari rumah i ke tempat kerja 20-30minit ambil masa tapi tadi 15minit je kot.Drive laju tapi still tumpu perhatian betul-betul,takut la tiba-tiba kucing melintas ke, lembu gurau-gurau sesama dia tepi jalan ke.Bukan boleh kira kan, elok-elok duk tepi jalan binatang-binatang ni, tiba-tiba melintas jalan.Nama binatang bukan ada akal pun kan.
Sampai office, park kereta..tak sempat nak bawa sekali handbeg sebab purse,handphone, perfume and syiling semua tak sempat kemas.Ya la,masa drive kuarkan perfume spray sebab tak sempat pakai masa kat rumah,purse pula..keluarkan masa isi petrol.Handphone memang sengaja tak taruk dalam handbeg pasalnya nanti tak dengar ada siapa-siapa call.Syiling pula terkeluar dari purse.So tinggal la dulu handbeg dalam kereta.Cuma ambil kunci Office, kereta must lock la.Turun je kereta, terus i lari-lari ala manja-manja cam tu...Tengok dulu kiri kanan ada orang tak, nanti ada yang nampak malu la.Nampak keburukan lari pakai baju kurung.

Hari ini kerja penat sikit, penat layan kerenah my boss.Dia tu kalau dah cakap itu so itu la.Kita cakap memang susah la dia nak accept.Tapi dia tak la marah-marah.I selalu la lawan dia cakap..nak menang juga tak kira.Macam tadi, dia suruh i buat Manual Program Sistem Alarm dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia.I buat la..bila dah buat dia pertikaikan yang ayat i tu macam tak betul.Aik "Hello...i Malay maa".Dia nak ikut cara dia translate.Betul BI to BM.Dah macam Salleh Yaacob nyanyi lagu merapu di Sinar FM..Yang kelakar kan, contoh ayat macam ni "Finger Action" ni sebagai tajuk and bawah tu ada la ajar Step-step untuk program alat tu.I cakap la..meaning ayat tu lebih kurang macam "Langkah-langkah" la..
Dia cakap "No la ida...saya rasa Gerakan Jari (Finger Action)" eew! Bila i cakap i pun tak sure ayat-ayat lain tu, dia boleh cakap yang i tak pandai Bahasa Melayu.Dia punya translate macam David Teo and Eric Leong, cakap i pula.Tapi kelakar sangat..penat i bertekak dengan dia dengan suara i yang still lom baik lagi serak-serak and ketawa je dengar ayat dia kasi, Smart Dialer(BI) Pemutar Bijak(BM) ayat apa tu boss...tak apa atleast dia try bercakap melayu.

After work, sayang ajak pergi makan.Mula semangat pergi sebab lapar..sampai di meja makan, berlaku sedikit krisis.Berlaku la tumbuk menumbuk, sepak menyepak and WWF antara I dan sayang.Bohong je.Tak la sampai macam tu, Krisis sikit je, masing-masing makan tanpa sepatah kata.Sure orang sekeliling ingat i and sayang macam pasangan baru berkenalan, konon-konon macam malu-malu segan-segan nak bercakap.Habis makan terus balik.

Sampai rumah tengok semua orang tak ada.Aii, mana semuanya?pindah rumah ke apa?I pergi mandi, keluar dari bilik mandi, tengok semuanya dah balik.Owh,berjalan rumah jiran rupanya, ingatkan dah pindah rumah.

10:16PM, actually tadi i nak main game CityVille kat Facebook tapi dont know why macam tak boleh main, suruh klik apa entah.Malas nak klik klik, so ni la i duk cerita dari hati dengan panjang lebar.

Ouch sakit bahu..sambil-sambil meniarap atas katil i duk menaip cerita i ni.Mata cam dah mula ngatuk, ala baru pukul 10 lebih dah ngatuk.Stop sini dulu la.

Permisi dulu deh....
Muah (night kiss) from i untuk u.

0 comments:

Post a Comment