Sunday, February 27, 2011

SEDIA MENEMANI


Walaupun dalam "confident level down", masih mampu kuatkan diri untuk menemani Mr Sayang di event karnival pendidikan shahputra at ECM.

Sayang kasi kata-kata yang buatkan i tak nak tolak permintaan dia, kira 'ayat touching la".Demi yang tersayang tak apa la..korbankan perasaan demi dia yang dikasihi..Hope hari esok dan esok,
i........

LEAVE ME ALONE~

Tiba-tiba rasa level keyakinan diri down sangat.Rasa tak nak bercakap dengan siapa-siapa.Jumpa dengan orang pun tak nak.Nak duduk dalam bilik, tidur je.Tak nak keluar.Tak nak makan and tak nak mandi pun.
Semuanya rasa tak kena.Buat apa pun rasa tak okay semuanya.Nak beli apa pun susah.Bila nak makan jadi satu bebanan.Bila tengok diri sendiri jadi cam benci sangat.
Tak mau taip apa-apa dah.Tak dapat apa pun.Kalau boleh nak tidur and nak bangun minggu depan sebab tak nak fikir apa-apa.Menyeksa diri rasa.Kalau pandai berenang, rasa nak terjun laut and nak duduk di dasar laut..sebab tak nak orang tengok diri i yang errr..tak mahu bayangkan.Jikalau i ni tak takut hantu and binatang buas, nak je buat rumah atas pokok dalam hutan.Baru tenang sikit kot.Hope, hari esok lebih baik dari hari ini.

Bila diri down..perangai jadi sangat buruk...sorry~

Saturday, February 26, 2011

Suka pula warna ungu





BERANGAN NAK JADI PENULIS NOVEL



Berangan je..ingat senang ke?
nak kena bertapa di gua selama 1 bulan taw
(bohong sikit je)
Tiada yang mustahil kan

Wednesday, February 23, 2011

BELI SHAWL DARI EDAST BUTIK ONLINE

Dah lama rasanya tak shopping online.Last Friday i ada la blog walking kat EDAST BOUTIQUE.Banyak koleksi shawl yang cantik-cantik.I berkenan pada Pasmina Keffiyah yang warna purple.Terus je la isi order form and tunggu reply mesej dari Edast and terus transfer duit by Maybank2u, senang je kan.

Tunggu and tunggu,hari ini i dah terima pasmina tu.Lewat la sikit sampai sebab i buat pesanan hari jumaat.Dalam blog edast ada info kalau pesanan dibuat pada hari jumaat, sabtu and ahad so proses pembelian tu lambat sikit la.,cuti lo...Masa kat office tadi tengah mata ala-ala ngatuk gitu tiba-tiba nampak van poslaju stop depan office..terus bulat mata, tolong bukakan pintu untuk orang pos laju tu masuk, rasa nak je tarik tangan dia suruh masuk cepat sikit and nak je juga cakap..tak payah sain-sain la sebab tak sabar.

 Puas hati la dengan pasmina tu sebab cantik and berkualiti juga la kain dia walaupun harga tak la mahal,. cuma RM 15.00 and Rm 6.00 for deliver charge.
Nak tengok tak?tapi jangan jealous taw :-)
"messy style"
Dapat terus bergaya dengan pasmina Keffiyah.
Macam biasa tabiat terus pakai, 
walaupun dah nak sampai waktu habis kerja and terus balik rumah.



Sampai rumah, sambung lagi bergambar dengan pasmina baru with anak saudara i,Esha..kakak kepada Baby Qaseh Mia.Yang ambilkan gambar Acha kakak Esha and baby Mia.
Sebab tu picture cam shaking sikit.tapi tak apa..maksu dia maintain kiut awww
Lepas ni boleh lagi la beli shawl/pasmina dengan Butik Edast ni..tambahkan koleksi.

Terhabis sudah ceritanya,
Malam......

BELI KERETA TANPA PAKEJ LAMPU SIGNAL KE??

Tadi pagi, i dalam perjalanan to office.Rushing sebab takut lambat lagi ke kerja.Sampai jalan dua lorong,i drive laju sikit la kan,tiba-tiba ada la sebuah kereta dari lorong sebelah dengan lajunya tiba-tiba menukar lorong depan kereta i tanpa kasi isyarat signal.Brek mengejut la i,eii bergurau pulak dia kan.Kereta i ni tak ada sistem beg udara taw,jangan buat pasal.Kurang didikan pemanduan ni,atau pun maybe juga masa dia beli kereta tu tak ada pakej lampu signal.Please la.Nasib la i ni walaupun drive sedikit laju tapi still la tumpu perhatian sepenuhnya.Kalau tak sempat brek, tak pasal-pasal la i pula di tuduh langgar kereta dia dari arah belakang kan.

Come on la pemandu-pemandu..kita sebagai pengguna jalan raya, sama-sama la prihatin sikit pada pemandu lain.Kelalaian u boleh buat orang lain menjadi mangsa.Bukan susah pun kan nak kasi lampu signal bila nak melintas ke, tukar lorong ke or nak masuk simpang ke kan.Tengok macam i, nak elak lubang pun i kasi lampu signal taw (hamboi!) and i ada sorang kawan la yang boleh i kasi contoh yang baik..dia memang kalau tiap kali tukar lorong, sure kasi signal..biar pun tak ada kereta lain pun kat belakang (maybe pakej kereta dia dapat extra signal kot)

Selain dari tu ada satu hal ni, selalu sangat terjadi depan i.Kereta dari lorong kiri tiba-tiba melintas laju depan i and nak masuk simpang belah kanan, tak pun nak masuk petrol pump yang dah tak jauh jaraknya.Teruknya kan..dia tak fikir ke?mana la tahu, masa dia melintas depan i and i tak sempat brek,apa jadi?Dah tahu nak masuk simpang belah kanan so sabar la,follow je la belakang kereta i dulu, bukan jauh sangat simpang tu ngan dia pun.Jenis orang tak reti sabar and i pun bukannya drive lembab pun.Please dong!Jangan la drive "membabi buta".

Ya ya..semua orang buat silap, tapi jangan la amalkan.
Nak pandu selamat ni senang je..ingat LIMA perkara, Padang Depan,Pandang Belakang,Pandang Kanan,Padang Kiri and Dont drive laju like macam orang tak tahan sakit perut ketika memandu.Sebab bukan u sorang je ada atas jalanraya..ramai lagi..dalam kereta orang lain ada nyawa baby,orang tua and  perempuan mengandung so...jangan buat jalanraya tu macam parents u punya.Orait??!

Jangan biarkan orang lain menjadi mangsa kemalangan ngeri di atas kecuaian kita.
Amin~

Tuesday, February 22, 2011

I'M SO SAD~

Today rasa sangat-sangat sedih sebab anak buah tersayang i, Qaseh Mia telah di masukkan ke wad.Mulanya demam selsema tapi melarat hingga mendapat lelah.Tak tahu macam mana boleh dapat lelah plak.

Kesian la mia nanti kena cucuk je..walaupun dia chubby banyak isi tapi sakit juga kan."U dont crying ea mia, maksu ada jadi 'Pom Pom Auntie' u (not pom pom girl)
Mia sayang, maksu wish u cepat sembuh ea.Maksu lindu nak peluk mia.Nak dukung mia walaupun mia berat sangat.Love you

Monday, February 21, 2011

Nak ke mana tu?

Gambar ni i nak ke kedai beli barang.Yeke?Tak kan nak pergi kedai bersiap canti-cantik, dengan handbeg and green wedges pulak tu.Eh betul la.....betul sikit je la,yang selebihnya i cuma bercanda kok.Tapi biasa pun i nak ke kedai beli sayur pun i apply eyeliner and sapu nipis blusher taw.My mum marah kalau keluar muka pucat.Orang ingat cam tak sihat je, tak berseri langsung kan.Penampilan kena jaga, itu penting.Bukan nak kena cantik sangat..alakadar cukup la.

Yang sebenarnya, i nak ke bandar jap.Abah suruh belikan tiket bas, dia nak balik kampung kat sungai petani jumpa tok.Tok rindu abah.
After beli tiket, pergi Kuantan Parade cari barang sikit.Abah kirim belikan dia songkok putih.Masuk kedai yang jual barangan muslim.Tapi bila tanya semua macam tak pasti songkok putih tu macam mana.Kopiah ada la.Tak nak tu...Abah saya kurang handsome pakai kopiah.(abah tak pernah pakai sebenarnya) Pergi next kedai pun muka dak perempuan tu pun cam blur.Hok aloh..kalau tahu bawak contoh.Songkok Putih abah tu dah koyak, ituari dia suh i jahitkan..cam karipap dah jadinya.Nak balik jumpa tok kena kemas, tok marah nanti."Kat mana bah beli? semua orang cam tak tahu pun" "Haa,Mydin kot!" tapi baru sekarang ingat, esok la pergi cari pulak.

Cari songkok abah tak ada, i cari shawl untuk i pula.Jumpa satu yang berkenan terus beli and pakai terus buat scaft.
Mr sayang as my bodyguard ajak makan KFC.Terus bulat mata..i teman dia makan je :-)

Hey, hey, hey u!boleh tak lepas ni u jangan selalu nak makan fastfood.U tahu kan, selalu  makan fastfood tak bagus.Kalori tinggi.Nanti gemuk.(salahkan dia, yg telah buat i terjebak makan set snack plate 2 ketul ayam mix ori/spicy with pepsi drink)sehingga menjilat jari.

The end~

Sunday, February 20, 2011

TELUR ALIEN

I ada simpan telur alien..nak tengok tak?

Ini dia telur alien tu.Telur ni memang unik,  sebab dia boleh menukar  daripada satu biji kepada banyak biji.Eii seram je tengok kan.Dia color merah.Mula-mula i dapat ni.I cam takut juga la kan.Buatnya dia menetas, keluar alien sekor dalam bilik i,pengsan nanti.Gambar tu tunjuk yang telur tu nak bertukar jadi telur yang lain.

Haa tengok dah jadi dua biji kan..ada pula anak telur tu.Telur ni cam belon je.Nampak macam lembik je.

Alamak.. jadi banyak biji dah .Tengok ada berapa tu, atas dua biji, tengah sebiji, bawah satu biji kecik and...eiii nak keluar lagi satu biji.Akutnya....

Rasanya tak keluar dah kot, semua sekali ada 5 biji telur Alien , yg kecil tu maybe pramatang.

Hikhik..u kena tipu..bukan telur alien la.Ni sebenarnya lampu tidur bilik i.Mr sayang kasi.I memang pelik la tengok lampu ni, macam mana benda bola bola tu leh bertukar jadi berbiji-biji.Kalau tak on switch benda tu macam diam je duk bawah..like macam lilin taw.Dalam glass tu maybe air/minyak.Bila glass tu mula panas benda like lilin yang warna merah tu akan mula aktif and bergerak-gerak dan mula bertukar macam bola.Tiap kali pasang i duk tenung la benda tu, fikir macam mana boleh jadi macam tu.Geram je nak tahu benda apa kat dalam tu..
"Mr.Darling (panggil darling pulak) may i pecahkan glass lampu tidur ni?nak tahu apa kat dalam tu"
"Boleh?boleh?"
Mr.Darling says "Mucuk,meh sini..panggg! u ingat i beli bayar pakai daun?" 
I says "Ouch,nak lagi!"hihi

MAKAN ROJAK PAK LAH TAMAN GELORA

After kerja pukul 1, i and Mr Sayang  pergi makan rojak dekat Rojak Pak Lah Taman Gelora.Bukan Pak Lah Badawi ya.Kalau kat kuantan memang rojak kat situ terkenal la.Ada Rojak Biasa, Rojak Ayam, Rojak lempung/Paru, Rojak Perut and nak campur antara yang mana-mana pun boleh, bayar je.I pesan Rojak Ayam tapi lain yang dapat,Rojak Lempung di kasinya.Budak tu maybe dah lama tak korek telinga ingat.I pulak tak perasan lempung tu sebab dah di tuang dengan kuah kacang kan.Dah makan sikit and baru perasan, Nasib la i ni bukan jenis customer yang cerewet, boleh kan je la.Lempung tolak tepi jas makan isi-isi lain yg ada.Rojak dia sedap tapi manis la bagi i.I ni tak suka manis sangat..kalau orang tak boleh tahan mahu kencing manis.Mr Sayang tak pernah try, sedap katanya.Next time leh lagi datang makan.
Kalau tiba-tiba u rasa lapar but tak tahu apa nak makan, u ingat terus entry pasal rojak i ni.Ting! "haa makan rojak yang dalam blog Mizz Ida cerita ituari" pergi makan terus ea.Lepas makan, leh jogging terus kat track jogging tepi tasik dekat situ.Bakar balik kalori..kandungan gula paras tinggi dalam rojak tu.
Stop cerita rojak...

Masuk bab sesi bergambar.Mr sayang drive balik  i ambil gambar sendiri dalam kereta.Itu biasa..my hobi.Jangan berkata apa-apa, i suka.
copyright of loveyoumuahmuah.blogspot.com
Tengok la Mr sayang i tu, nak juga masuk sekali bergambar."u drive la baby..." bila i snap, bila tengok balik ada je dia pose kat belakang tu haa."Jangan la.." pastu cakap okay okay.Bila snap lagi and tengok balik gambar, ada lagi dia buat aksi haa..cubit la..apa lagi.Nak sangat kan.Bawa kereta pun nak main-main juga, bahaya..u know that! kan i dah ambilkan gambar u tadi...

copyright of loveyoumuahmuah.blogspot.com
 Haaa ni gambar u...

yang ni lagi...bukan main handsome...(ni candid sebenarnya, dia tak tahu gambarnya telah di ambil)
copyright of loveyoumuahmuah.blogspot.com
Dapat juga ambil gambar, tanpa dia...tapi bulat la pula muka i ni.Nak wat macam mana lagi dah memang bulat pun.

Okay, ingat tu..kalau rasa lapar and tak tahu nak makan apa..
Makan apa ya adik-adik?Rojak Pak Lah ea.

Terhabis sudah...Good Night!Sayang sikit...

Friday, February 18, 2011

Jumaat, 18th feb 2011

Pagi macam biasa siap-siap pergi kerja..macam biasa juga lewat masuk office.Bawa kereta macam ribut la.Jap je sampai office, semua kereta, lori,abang handsome bawa motor pun i lintas tanpa pandang belakang lagi.Kalau ada yang mengenali kereta saya di jalan waktu tu, sure akan cakap.."Wow, lajunya Ida drive!macam tak percaya je" Biasa kalau dari rumah i ke tempat kerja 20-30minit ambil masa tapi tadi 15minit je kot.Drive laju tapi still tumpu perhatian betul-betul,takut la tiba-tiba kucing melintas ke, lembu gurau-gurau sesama dia tepi jalan ke.Bukan boleh kira kan, elok-elok duk tepi jalan binatang-binatang ni, tiba-tiba melintas jalan.Nama binatang bukan ada akal pun kan.
Sampai office, park kereta..tak sempat nak bawa sekali handbeg sebab purse,handphone, perfume and syiling semua bersepah atas seat tak sempat taruk dalam handbeg.Ya la,masa drive kuarkan perfume spray sebab tak sempat pakai masa kat rumah,purse pula..keluarkan masa isi petrol.Handphone memang sengaja tak taruk dalam handbeg pasalnya nanti tak dengar ada siapa-siapa call.Syiling pula terkeluar dari purse.So tinggal la dulu handbeg dalam kereta.Cuma ambil kunci Office, kereta must lock la.Turun je kereta, terus i lari-lari ala manja-manja cam tu...Tengok dulu kiri kanan ada orang tak, nanti ada yang nampak malu la.Nampak keburukan lari pakai baju kurung.

Hari ini kerja penat sikit, penat layan kerenah my boss.Dia tu kalau dah cakap itu so itu la.Kita cakap memang susah la dia nak accept.Tapi dia tak la marah-marah.I selalu la lawan dia cakap..nak menang juga tak kira.Macam tadi, dia suruh i buat Manual Program untuk Sistem Alarm dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia.I buat la..bila dah buat dia pertikaikan yang ayat i tu macam tak betul.Aik "Hello...i Malay maa".Dia nak ikut cara dia translate.Betul-betul BI to BM.Dah macam Salleh Yaacob nyanyi lagu merapu di Sinar FM..Yang kelakar kan, contoh ayat macam ni "Finger Action" ni sebagai tajuk and bawah tu ada la ajar Step-step untuk program alat tu.I cakap la..meaning ayat tu lebih kurang macam "Langkah-langkah" la..
Dia cakap "No la ida...saya rasa Gerakan Jari (Finger Action)" eew! Bila i cakap i pun tak sure ayat-ayat lain tu, dia boleh cakap yang i tak pandai Bahasa Melayu.Dia punya translate macam David Teo and Eric Leong, cakap i pula.Tapi kelakar sangat..penat i bertekak dengan dia dengan suara i yang still lom baik lagi serak-serak and ketawa je dengar ayat dia kasi, Smart Dialer(BI) Pemutar Bijak(BM) ayat apa tu boss...tak apa atleast dia try bercakap melayu.

After work, sayang ajak pergi makan.Mula semangat pergi sebab lapar..sampai di meja makan, berlaku sedikit krisis.Berlaku la tumbuk menumbuk, sepak menyepak and WWF antara I dan sayang.Bohong je.Tak la sampai macam tu, Krisis sikit je, masing-masing makan tanpa sepatah kata.Sure orang sekeliling ingat i and sayang macam pasangan baru berkenalan, konon-konon macam malu-malu segan-segan nak bercakap.Habis makan terus balik.

Sampai rumah tengok semua orang tak ada.Aii, mana semuanya?pindah rumah ke apa?I pergi mandi, keluar dari bilik mandi, tengok semuanya dah balik.Owh,berjalan rumah jiran rupanya, ingatkan dah pindah rumah.

10:16PM, actually tadi i nak main game CityVille kat Facebook tapi dont know why macam tak boleh main, suruh klik apa entah.Malas nak klik klik, so ni la i duk cerita dari hati dengan panjang lebar.

Ouch sakit bahu..sambil-sambil meniarap atas katil i duk menaip cerita i ni.Mata cam dah mula ngatuk, ala baru pukul 10 lebih dah ngatuk.Stop sini dulu la.

Permisi dulu deh....
Muah (night kiss) from i untuk u.

Jumaat, 18th feb 2011

Pagi macam biasa siap-siap pergi kerja..macam biasa juga lewat masuk office.Bawa kereta macam ribut la.Jap je sampai office, semua kereta, lori,abang handsome bawa motor pun i lintas tanpa pandang belakang lagi.Kalau ada yang mengenali kereta saya di jalan waktu tu, sure akan cakap.."Wow, lajunya Ida drive!macam tak percaya je" Biasa kalau dari rumah i ke tempat kerja 20-30minit ambil masa tapi tadi 15minit je kot.Drive laju tapi still tumpu perhatian betul-betul,takut la tiba-tiba kucing melintas ke, lembu gurau-gurau sesama dia tepi jalan ke.Bukan boleh kira kan, elok-elok duk tepi jalan binatang-binatang ni, tiba-tiba melintas jalan.Nama binatang bukan ada akal pun kan.
Sampai office, park kereta..tak sempat nak bawa sekali handbeg sebab purse,handphone, perfume and syiling semua tak sempat kemas.Ya la,masa drive kuarkan perfume spray sebab tak sempat pakai masa kat rumah,purse pula..keluarkan masa isi petrol.Handphone memang sengaja tak taruk dalam handbeg pasalnya nanti tak dengar ada siapa-siapa call.Syiling pula terkeluar dari purse.So tinggal la dulu handbeg dalam kereta.Cuma ambil kunci Office, kereta must lock la.Turun je kereta, terus i lari-lari ala manja-manja cam tu...Tengok dulu kiri kanan ada orang tak, nanti ada yang nampak malu la.Nampak keburukan lari pakai baju kurung.

Hari ini kerja penat sikit, penat layan kerenah my boss.Dia tu kalau dah cakap itu so itu la.Kita cakap memang susah la dia nak accept.Tapi dia tak la marah-marah.I selalu la lawan dia cakap..nak menang juga tak kira.Macam tadi, dia suruh i buat Manual Program Sistem Alarm dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia.I buat la..bila dah buat dia pertikaikan yang ayat i tu macam tak betul.Aik "Hello...i Malay maa".Dia nak ikut cara dia translate.Betul BI to BM.Dah macam Salleh Yaacob nyanyi lagu merapu di Sinar FM..Yang kelakar kan, contoh ayat macam ni "Finger Action" ni sebagai tajuk and bawah tu ada la ajar Step-step untuk program alat tu.I cakap la..meaning ayat tu lebih kurang macam "Langkah-langkah" la..
Dia cakap "No la ida...saya rasa Gerakan Jari (Finger Action)" eew! Bila i cakap i pun tak sure ayat-ayat lain tu, dia boleh cakap yang i tak pandai Bahasa Melayu.Dia punya translate macam David Teo and Eric Leong, cakap i pula.Tapi kelakar sangat..penat i bertekak dengan dia dengan suara i yang still lom baik lagi serak-serak and ketawa je dengar ayat dia kasi, Smart Dialer(BI) Pemutar Bijak(BM) ayat apa tu boss...tak apa atleast dia try bercakap melayu.

After work, sayang ajak pergi makan.Mula semangat pergi sebab lapar..sampai di meja makan, berlaku sedikit krisis.Berlaku la tumbuk menumbuk, sepak menyepak and WWF antara I dan sayang.Bohong je.Tak la sampai macam tu, Krisis sikit je, masing-masing makan tanpa sepatah kata.Sure orang sekeliling ingat i and sayang macam pasangan baru berkenalan, konon-konon macam malu-malu segan-segan nak bercakap.Habis makan terus balik.

Sampai rumah tengok semua orang tak ada.Aii, mana semuanya?pindah rumah ke apa?I pergi mandi, keluar dari bilik mandi, tengok semuanya dah balik.Owh,berjalan rumah jiran rupanya, ingatkan dah pindah rumah.

10:16PM, actually tadi i nak main game CityVille kat Facebook tapi dont know why macam tak boleh main, suruh klik apa entah.Malas nak klik klik, so ni la i duk cerita dari hati dengan panjang lebar.

Ouch sakit bahu..sambil-sambil meniarap atas katil i duk menaip cerita i ni.Mata cam dah mula ngatuk, ala baru pukul 10 lebih dah ngatuk.Stop sini dulu la.

Permisi dulu deh....
Muah (night kiss) from i untuk u.

Thursday, February 17, 2011

Melatah!

Opocot!!oh mak u!!Melatah...boleh di katakan sejenis penyakit tapi penyakit ni tak lah sakit cuma menjadi kelemahan pada yang mempunyai penyakit latah ni.Kelemahan macam mana tu agaknya?Kelemahan pada sesuatu bunyi yang kuat atau pun di usik oleh seseorang secara-cara tiba-tiba.Melatah ni juga boleh memberi risiko kepada sesiapa yang ada penyakit melatah ini secara serius, di mana akan membahayakan diri mereka yang melatah.Contohnya, dalam ketika memandu kereta.Bayangkan sedang memandu tiba-tiba mereka terkejut and mereka akan melatah tanpa di kontrol yang boleh mengakibatkan kemalangan.Penyakit ini mungkin juga berpunca dari faktor keturunan, lemah semangat yang mana cepat terkejut dan juga pada yang selalu mengusik sesiapa yang melatah dan akhirnya berjangkit pada diri sendiri.Haa jaga-jaga, jangan seronok nak usik orang malatah ni nanti u pulak yang melatah.Biasanya kebayakkan golongan tua yang selalu mengalami masalah melatah tapi jangan ingat orang muda tak taw.
Contoh terdekat....sila klik di link bawah ini dan lihat la video tu sampai habis ea

                                              MELATAH RUPANYA, EEW!

Dah tengok video tu kan....itu maybe faktor keturunan sebab Mak and Nenek dia melatah and lagi satu punca  ermmm memang nak kena cubit sampai kuar darah...yang selalu duk usik!hey!i kunyah-kunyah u mahu?!

Katakan tak nak Melatah di usia muda....

Video tak menjadi


Konon nak buat la Video Hai hai hai je tapi banyak sasul...malam ni malas nak taip banyak...penat and malas...

Ok la tuh kan....eew

Ambil Gambar muka Serius

Mulai sekarang cuba ambil gambar tak nak senyum.Nak kasi muka nampak mantang "ganteng gitu kok"
Macam ni...........

Yang ni senyum sikitttt je..
 and macam ni...
Pose mulut ala-ala tiup angin

:-) eh senyum pula... :-| (serius)

Tuesday, February 15, 2011

CUACA PANAS

Rasanya musim hujan dah habis kat Kuantan,ituari bukan main sejuk je cuaca, nak mandi pun tak boleh tahan.Jadi macam kambing dah i.Hinggakan Ma belikan Heater sebab kesian cucu-cucu dia nak mandi sejuk nak pergi sekolah.Jenis i ni pula memang tak tahan sejuk,tapi bila musim panas pula..masalah juga, i cepat sakit.Yang biasa sakit kepala,jenis i yang ada migrain memang tak boleh panas sangat.Sakit tak boleh tahan.

Sejak akhir-akhir ni cuaca panas sangat.Panas terik dan kering.Make people sakit.Baru ni kawan i nama dia Huda demam, batuk-batuk sampai suara serak-serak.Pastu Ma i, batuk-batuk.I mula risau kalau ma batuk-batuk, nanti dia boleh sampai lelah.Ntah macam mana tiba-tiba semalam,i pula yang batuk-batuk sikit.Mula sikit pastu macam suara dah bertukar.Dah jadi serak-serak.Bila malam suara langsung tak boleh keluar.Oh no..kalau nak bercakap kena buat bahasa isyarat.Ma buatkan i air asam jawa with gula batu..suh i minum.Thanks Ma.Kawan i Miss Fetty suruh i makan madu satu sudu.Pun i makan.Sayang i suruh i makan ubat, ubat tak ada la baby..dengan sayang pun i cuma sms.Kasi tahu kat dia yang i tak boleh on phone dengan dia..dia faham and minta i rest.Risau je dia.Thank take care of me dear.

 Nasib baik la hari ni cuti Maulidur Rasul, cuti tiba-tiba.Kalau tak company i tak cuti bila Maulidur Rasul.Kata my boss kasi i cuti rest cukup-cukup.Alhamdulilah, baik juga bos i ni.Terbuka hati dia nak kasi cuti..biasa susah je.

Bila sakit barulah kita rasa insaf nak jaga kesihatan baik-baik.Memang di akui, i tak banyak minum air putih.Tahu nak minum air manis je.Sekarang dah sakit baru lah nak minum berbotol-botol air.

cerita setakat ni je la..tak larat dah..

Testing suara 123..ala...still tak nak keluar suara i... erm.. :-(

Monday, February 14, 2011

PETANG HARI MINGGU

Hang out ke bandar nak cari makan and nak buy something for two special person in my heart...gituuu...saje teringin nak kasi.Cerita pasal makan dulu.I rasa nak makan laksa penang..so dah tak tahu mana kedai makan ada laksa penang kecuali di Taman Gelora.Kedai ni dekat dengan Tasik Taman Gelora dan berhadapan dengan Court Tennis.Tapi frust sikit la pasalnya laksa penang tak ada la, akak kedai tu cakap dah satu minggu dia tak buat laksa penang, ikan susah dapat.Aikkk musim ombak besar lagi ke? nelayan tak boleh ke laut?rasa musim panas dah sekarang, hok aloh..alaa potong line betul, tak apa la..lain kali la makan, makan keropok+ABC aiskrim and Mi Jawa..

Masa untuk buy something for hari kasih sayang esok.Saya ada dua orang penting dalam hati saya sekarang.Pergi East Coast Mall sebab kat sana banyak kedai-kedai souvenir.Kedai pilihan Living Cabin.Tak banyak pilihan tapi memandang takut masa tak cukup nak survey banyak kedai so cari and cari juga la apa-apa barang yang rasa sesuai untuk salah seorang antara dua yang penting dalam hati i tu.Okay dah jumpa.Next kedai Memory Lane nak cari hadiah untuk sorang lagi tu.Hadiah dah beli..so apa lagi balik la.Cepat-cepat!!nanti Abah marah balik lambat.Lariiiiii.....(lari ke parking kereta la)
"Cepat-cepat ambil gambar"
Macam nak tumbuk orang je tangan tu.
Hadiah in plastik beg..
besar kotak je..gula-gula 20sen je kat dalam tu. 
Mulanya i pakai shawl besar tapi actually bukan shawl tu tapi scaft,

yang dah di jadikan shawl..sebab tu besar.Terjumpa booth jual shawl, beli la shawl hitam 
yang biasa-biasa tu RM 5 je.Masa ni kat Mega Mall sebelum ke ECM.masuk kereta terus tukar.
Sebab rasa cam tak sesuai je pakai scaft tu..
and i pakai high heel..di sebabkan banyak jalan dah masa kat Mega Mall,
nak ke ECM, i tukar pakai sandal dalam kereta.Kaki melecet sikit.
Sebab tu penting standby benda-benda penting dalam kereta
:-)

Macam tak okay je kan pakai scaft ni.

Atau pun sebab nampak inner tu kot..


biasa i pakai shawl tak nampak inner.

tak pun bahagian depan tu panjang sangat kan..
tak pun...
ishhh dah dah..
Macam-macam i ni kan..macam cerewet je.Not so much la.Nak tahu apa yang i beli untuk dua orang penting and siapa dua orang yang i maksudkan..?tunggu la esok ke lusa ke i cerita lagi.

Ngatuk dah

Saturday, February 12, 2011

BERSANTAI

Dia Mizz Ida yang suka
ciptakan kenangan
walau di mana berada
Hari ni i kerja half day..habis pukul 1:00
PM.Lunch ajak sayang pergi makan dekat warung Mok Na.Makan ikan and udang goreng tepung with ais jagung best!After that dah tak tahu kemana arah hendak di tuju.I kasi cadangan nak ke Cherating tapi cuaca cam panas sangat tengah hari ni, i tak suka sangat nak ke pantai.Sayang pun tak setuju.I kasi cadangan lagi nak ke Tasik Chini..sayang says,"Good!" tapi bukan good sebab cadangan i tu bagus...dia cakap apa ada kat sana..erm tak nak juga."Haa..ke Pekan?!"Pun sayang tak setuju.Semua cadangan di bantah sebelum bertanding ni..."tak nak pergi sudah, balik je la!"Bosan tak tahu ke mana dah nak di tuju di bandar kuantan ni.Akhirnya kami singgah sekejap dekat Esplanade Kuantan.
suka bercerita tentang
dari hati

Turun dari kereta rasa syok pula angin bertiup dengan alunan air sungai dan bot-bot nelayan duk ke hulu ke hilir.Apa lagi i and sayang keluarkan tikar mini dari bonet kereta and bersantai la.Sayang dah siap baring-baring..sambil main game dalam Iphone dia..I pun apa lagi kuar handphone sony ala biasa-biasa, duk snap la gambar.

Kadang-kadang
out of control

Apa yang best lagi, duduk bawah pokok palma yang melambangkan Kuantan Bandar Palma.Ini bukan i cakap saje-saje taw, memang itu la slogan bandar kuantan di beri nama.Sebab banyak pokok palma MPK tanam kat mana-mana di sekitar bandar Kuantan.
"Sayang, jam u pukul berapa sekarang?"
Tidak sunyi
selagi dia sudi
menemani

Dekat pukul 4:00 PM dah..i ajak sayang beransur balik rumah.

Sekarang dah pukul 11:33 PM..Malam minggu..biasanya rutin malam minggu i akak ambil abah i dari memancing dekat Kolam Ikan di jalan By-pass nak menuju ke Pandan Airport.I tak nak kasi abah pergi sendiri bawa motor, bahaya kenderaan banyak.Biasa bukan orang prihatin pada orang tua bawa motor kan.Abah pula tak pandai drive so i buat part time jadi driver Abah,hantar dan ambil dia dari memancing.
Dah la..mata dah mengatuk..sayang pun dah sms tanya i dah tidur ke belum?eh alamak dia dah call sebab i tak reply sms dia.Okay tata good night!


Kenangan tercipta for today...

Cerita hari ini

11:10PM..mula menaip cerita dari hati.Tengah hari tadi tiba-tiba rasa badan kurang sedap.Tekak rasa perit and kepala pening, macam pertanda nak dapat demam.Hope tak lah.Malam ni i cepat-cepat makan ubat.
I nak story pasal petang tadi..after work i pergi makan bersama sayang.Pada mulanya rasa nak minum je, i sms sayang.
"Baby sayang, nanti petang kita pergi Kopitiang nak?i terasa nak minum Three Layer Tea and makan Fries la"
Kopitiam di sebut dalam bahasa terengganu...saje berlawak jenaka dengan sayang.
SMS di dibalas..
"Buleh..tak dok hal"
Haha..bergurau juga dia.
Tapi bila dah sampai masa, i dah tak rasa nak minum and makan fries je sebab perut dah rasa lapar sangat...perlukan nasi.Tukar, pergi makan kat Ana Ikan Bakar Petai.Nama kedai je ikan bakar tapi i tak la makan ikan bakar..makan nasi lauk biasa je.Akhirnya kenyang.......Syhhh sayang tambah nasi dua kali...suka i tengok dia selera makan.Lepas makan sayang ajak ke East coast Mall nak cari housing for Iphone dia.
Tiba-tiba pula nak makan sushi..Eiii kuat makan ni..tapi tak habis pun makan,ni la kalau makan ikut nafsu.
11:31PM..i baru je lepas makan Panadol, takut demam melarat pula.Sekarang dah start cuaca panas, make people sakit-sakit.Antibody i ni tak kuat la pula cepat je nak demam, rasa ituari baru je baik demam.Tadi masa kat East Coast Mall i ada beli DVD movie Hantu Kak Limah Balik Rumah, sampai rumah tadi terus tengok.Kelakar tapi i ni tetap takut,bila kuar hantu terus tutup mata dengan tangan.Okay la movie ni..kelakar sangat-sangat.Erm..esok kerja, half day.Mata dah mula ngatuk ni, tambah pula badan tak berapa sihat.Nak rest and tidur la dulu..sebelum tu nak upload gambar masa kat Temerloh baru ni.
Esplanade Temerloh
Di tepi jalanan 
yea!
12:12PM...selesai...

Friday, February 11, 2011

Di Temerloh, Pahang

Hari ni last cuti, tiba-tiba Sayang kasi tahu nak balik Temerloh jap..ada hal sikit katanya.I terasa nak ikut sebab boring la cuti duk rumah je kan.Minta izin Abah and Mummy untuk ikut sayang..so dapat la ikut.Gumbiraaa...Dalam pukul 2:30 PM kami bertolak, i yang drive sebab i nak kasi sayang rest..dia kan kerja dari pagi sure penat and ngatuk bila drive waktu petang kan.Masa dalam perjalanan i macam biasa la mulut memang tak leh diam punya..macam-macam yang i borakkan...sayang cuma sempat angguk, jawab ya, ketawa and celah i cakap sikit-sikit.I kalau dah start borak memang non stop.Pastu mula la, masuk jalan mana ni??kelam kabut.Sayang ada hal sikit, i tak nak la ikut dia and minta dia hantar i kat Secret Recipe sebab nak online and makan cheese cake.
Sambil tunggu sayang, i borak ngan kawan i Fiza kat FB.Seronok pula cerita-cerita sambil-sambil juga menikmati jus Green Apple Kasturi.Tengah-tengah syok cerita dia dah habis kerja and nak balik dah.Ala....Fiza dah balik i malas dah la nak online FB.Nak cerita-cerita kat blog dari hati pula la.Tak tau dah berapa lama  i kat Secret Recipe ni.Rasa macam nak terkucil pula.SMS sayang la, lambat lagi ke dia?Baru send sms,dia tiba-tiba muncul..bukannya sms dibalas tapi ngan tuan-tuan sekali dah tiba depan mata i.
"Sayang , u tunggu jap ea, i nak gi toilet"
Beberapa minit kemudian..
"Okay dah,Erm.lega..."

Makin ramai orang datang makan sini...Sayang di depan i ni sedang belek-belek Iphone dia.Apa di buatnya tak tau."Jangan gatal-gatal chat ngan girls lain kat FB taw..i kunyah-kunyah u nanti"
Okay time to go...nak pergi pusing-pusing Temerloh jap.Rasanya ni baru kali ke dua i datang sini.Sebelum ni tak lah berjalan sangat..cuma lalu kat tempat-tempat tertentu je.

"Jom Sayang kita beransur"                            

Thursday, February 10, 2011

Jam Pukul 11:56 PM

Mata dah mula ngatuk..pedih je rasa sebab mata macam bengkak sikit.Bengkak sebab nangis banyak petang tadi.Why i nangis?Syhhh Rahsia la.Dari tadi usaha nak tengok movie Cuti-cuti Cinta, sayang i kasi pinjam external hrdisk..banyak movie best tapi frust sebab tak boleh tengok with Real Player laptop i ni.I ni bukan pandai sangat bab-bab lain laptop ni.Yang i tahu jas online...nak belek-belek software apa ada memang tak ambil kisah pun.Banyak kali try still tak boleh tengok..terus je i buka blog ni nak taip cerita dari hati i.

Kalau something nak terjadi tu, macam sekelip mata je kan.Cuba dah tak nak berdepan dengan hal-hal macam tu tapi tetap lagi berlaku.Penat la i..selalu sangat terjadi.Erm..nak buat apa lagi..sabar, sabar and sabar je la.Selagi boleh kan.Kalau tak boleh pengsan je lah..sedar minggu depan.

12:06 PM, mata dah ngatuk sangat nih.pinggang pun sakit duduk je atas katil nih.I nak tidur lah..kalau nak cerita soal rasa sampai bila-bila pun tak habis..sure la, selagi hidup kita ada rasa..manis, masam, masin, pahit...semua lumrah...

Zzzzzz......

Wednesday, February 9, 2011

Bersama Mizz Ida

Pukul 2:27, Meniarap atas katil sambil online.Buka Facebook tengok komen-komen.Baca recent aktiviti friends kat home...macam-macam gaya status,kelakar pula tu.Macam biasa la, i baca and ketawa je.Sambil-sambil tu chat ngan kawan i Fiza Danial.Dia suh i baca entry luahan hati dia kat blog dia.Simpati pula rasanya, benda tu selalu sangat terjadi pada dia tapi itu lah i tak mampu nak tolong apa-apa.Sekadar bersimpati and hope dia tabah la menghadapi segala ujian.Tapi kalau i, dah tak boleh sabar bila selalu di perlakukan begitu.Kenapa harus menanggung derita makan hati je.Cukup-cukup lah, jangan ingat kita ni macam tak ada hati and perasaan kan.I memang macam ni, dengan lelaki..kalau dah mainkan perasaan i..tak hidup tanpa dia pun tak apa.

Cuti raya cina tinggal esok je satu hari lagi.Sepanjang cuti i tak kemana.Cuma duduk rumah tolong my mum jaga anak-anak K.ros.Baby Mia,Echa and Acha.Mia berat sangat, i tak larat nak dukung dia..9kg!walaupun penat tapi dia cukup buat i ketawa je.Jaga baby memang la penat.Sebab nak beri perhatian sepenuhnya.Lagi i nak masak kan.Erti kata lain dah jadi cam bibik.Kesian kat My mummy nak jaga budak demok tu.Kalau i yang muda ni tak larat nak dukung Mia tu, Mummy lagi la kan..dah berumur,selalu sakit lutut, urat..ada lelah pula tu.Tak apa la,korban sikit je..nak bandingkan pengorbanan mummy pada i besar mana kan.Hari ni Mia baik sikit..i tidurkan dia,lama juga dia tidur.Sempat la i tidur sebelah dia atas katil i.

I tersedar dari tidur..ops!dekat pukul 11:30,belum masak.Cepat lo..nanti pukul 12pm nak ambil Esha dari sekolah Tadika Kemas pula.Esha kakak Mia.Nakal juga tu tapi dia kelakar.Macam-macam bentuk anak-anak buah i ni.Menu lunch hari ni i masak yang senang dan cepat..tapi pastikan sedap.Nak My Abah makan banyak sikit,kurus je dari dulu sampai sekarang.I masak sayur masak lemak and ayam masak kicap bersantan.Menu ni budak-budak suka makan..senang 2 in 1..budak-budak, mak budak, nenek budak, tok budak leh makan.Sedap kot sebab Acha makan laju licin hingga menjilat tulang ayam.

Dah pukul 2:46, nak gi mandi siap-siap bawak Mummy pergi beli barang dapur.Jap lagi K.ros balik dari kerja.Dia pula takeover anak-anak dia.

Nak mandi dulu la ea..best tau mandi..mandi bersama heater, i ni kambing sikit tak boleh air sejuk..jenis tak tahan sejuk.Lagi bersama kelembutan shower foam LUX Velvet Touch erm..harum..

nanti sambung lagi ea......

Tuesday, February 8, 2011

Terima Kasih Sayang

By NOSE
Last entry KLIK SINI

Ini la something dari "My Laling"!

"U ni kan sayang, ituari i nak beli sendiri u tak kasi, lagi cakap i..kasut dah banyak,itu la ini la tapi u pula hadiahkan.Memang selalu dengan kejutan la u ni"


Dia suka i pakai heel, baru nampak nak hampir balance bila berjalan sebelah dia kot!
"Ya ya ya...i tahu u nak cakap i rendah"


Apa-apa pun thanks banyak-banyak..