Monday, March 7, 2011

BIRTHDAY YANG SANGAT HAPPY!

Today my birthday.....28th ready.Walaupun usia semakin meningkat, hidup must go on.Tingkatkan amalan hidup yang lebih baik, insyallah.Okay..jom i nak cerita hari yang sangat happy hari ini.
Pagi pukul 9:00AM I and sayang nak memulakan perjalanan ke Bukit Gambang Waterpark.I and sayang nak mandi-mandi,kira-kira nak celebrate birthday i la.Tapi sebelum tu ada surprise dari sayang.Dia kasi hadiah birthday untuk i,sangat special..nak tahu hadiah apa? CLICK HERE
Kami bukan berdua tapi Kak Ros,Abang Saba (k.ros's husband),Natasha,Esha,Baby Mia and Paksu (abang Saba's brother) dah tunggu i and sayang di sana.Mereka semua bermalam di Carribean Resort.Mulanya planning semua nak bermalam di sana tapi Mummy Ma kena menolong rumah jiran ada buat masak-masak pagi ahad tu.Kalau i pergi nanti Mummy Ma seorang pula kat rumah, Abah tak ada balik kampung kat Kedah.
Mia duduk dengan paksu ya..
I and sayang sampai terus ke aparment Kak Ros semua.Tak sabar nak jumpa Mia,maksu linduuuuu

Semua dah siap..turun bawah and menunggu train ke Waterpark.Seronok bukan main semuanya.Tak sabar nak mandi.
Naik train pun rebut-rebut nak duduk mana..senonoh sangat mereka tu..
dah macam geng bas sekolah..yang berdiri tu la "abang mat,geng bas sekolah"
"sekiranya berlaku kecemasan, penumpang-penumpang
hendak lah terjun ke arah kanan dan kiri train ini"
pramugari memberi sedikit penerangan.
Sekejap tu dah sampai waterpark...yeaaa! la semuanya...tapi ada pula sesuatu berlaku.Kak Ros tertinggal beg baju persalinan dia.Abang Saba terpaksa berpatah balik pergi ambil.Careless.........
Sementara tunggu Abang Saba..semua sibuk bergambar dulu




Okay abang saba dah sampai..i pergi beli tiket untuk semua.Lepas tu ke kedai jual cenderamata, Kak ros semua baru nak beli pakaian mandi untuk dia and anak-anaknya.Lama pula tu memilih.Nak shopping ke nak mandi..dekat pukul 11:30am baru mula masuk waterpark..lari cepattt.Pergi kaunter sewa pelampung and Pondok Coco Cabana.




Baju mandi dah tukar semua,apa lagi...jom kita pergi ke telematch.Mulanya takut nak main yang tinggi and berpusing-pusing tu tapi sayang cakap tak takut i main juga la.Penat menjerit.Tapi enjoy sangat.

Kat sini paling enjoy main.I,sayang,Natasha and paksu main gelungsur.Bukan main beratur  and gelunsur ramai-ramai.
I menjerit..arghhh,sayang sorak..woohooo,Natasha jerit yeahhh..and paksu,buat bunyi motor broommm broommm...,make me ketawa besar...paksu..paksu...
I stop jap main sebab berganti dengan Kak Ros kena jaga Mia.Turn Kak Ros and Abang Saba pula nak pergi mandi.I tidokan mia and tengok diorang semua mandi dari jauh.
Mandi dan main punya main..dah dekat pukul 4 petang.So masa untuk balik.Penat dah rasa.

Cantik tak baju Nastasha?Cantik kannn..
Train dah sampai untuk bawa kami semua ke Resort, ambil kereta and go back.
"Sayang..i love you very strong lah!!"
Ini lah sbenarnya yang i kasi tahu kat entry ni  CLICK HERE yang i tak sabar nak tunggu hari ahad...

BIRTHDAY GIFT SPECIAL DARI SAYANG

LAZO DIAMOND Necklace
FAMOUS AMOS gift


Terima kasih kerna hadir dalam kehidupan i ini..

Bukan dapat hadiah dari sayang je...

Kak Ros kasi!
 Blous by Nicole
Ada lagi birthday gift i dapat dari Mummy Ma..I dapat RM50 :-)

Thank You Kak Ros and Mummy Ma...i love you all

Saturday, March 5, 2011

All in Red

Uhh wow...Today i pakai merah taw.Macam nak sambut Chinese New Year je tapi nya dah lepas.Rasanya i tak pernah nak pakai tudung merah seumur hidup sebab rasa cam garang sangat la pakai merah tapi last 2 days i ada pergi ke booth yang menjual shawl di Megamall and ternampak shawl warna merah yang sangat cantik.Terpikat and terus peluk sambil-sambil mencari lagi shawl yang lain.Peluk la nanti orang lain ambil pula.Hari tu i beli shawl sampai 3 helai.Sebab banyak pilihan yang cantik-cantik.Mulanya i nak beli online tapi tak sangka pula ketiga-tiga shawl yang i berkenan dalam butik online tu semuanya ada di booth tu.Terus je la.Kalau beli online, harga shawl + delivery charge dah jadi berapa ringgit kan.So jimat la.


Mood berkerja di hari Sabtu,tampil lebih garang dengan warna merah yang menawan.Bergaya sikit la sebab after work (half day) nak pergi shopping.Kalau nak cari shawl,pasmina,hijab,syria and lain-lain pergi la di booth yang berada di ruang legar Megamall berhadapan dengan pintu masuk utama.

Pakai merah-merah menawan kena ada makeup untuk tampil lagi menawan kan,so nak tengok Mizz Ida makeup apa?
 CLICK HERE (I LOVE MAKEUP)

2nd Chapter

Lewat tidur malam ni sebab buat blogspot baru.2nd blog ni cerita all about makeup dan produk pengjagaan diri i.Ada gambar-gambar i makeup color apa setiap hari.Kalau pergi office pilih eyeshadow macam mana, makeup untuk makan dinner ke dan keluar bersantai ke.Ada juga pasal Produk solekan, i pakai blusher jenis apa,eyeliner   beli dekat mana.Juga boleh dapati segala produk pengjagaan muka (skin care) yang menjadi pilihan i dan di mana i dapatkan produk-produk tu.

Semuanya ada di sini... http://mizzida.blogspot.com/

Friday, March 4, 2011

TODAY SO TIRED





Oh terbuka!!(melatah terkejut)
Sensor Door Access Office tiba-tiba bunyi,
ingatkan boss or customer datang.
kalau tak kantoi kerani tidur.
dapat Malu nanti~

I letih sebab...KLIK SINI

Huh...........Ermmm

Ish tak baik la mengeluh Ida..hati berkata.Mengeluh la sebab rasa hari ni macam feel bad.Letih sangat badan macam orang kerja pikul kayu balak.Pagi-pagi drive pergi kerja pun dah feel pening-pening.Macam huyung-hayang je (memang la bawak kete jalan tak rata sure huyung-hayang) apa la i ni (kata hati).

Maybe sebab "time tut" so badan rasa tak selesa, penat and feeling macam nak marah orang ada (kesian Natasha jadi mangsa), nak nangis ada, nak muncung ada and macam-macam rasa la.Susah betul perempuan kan.Feeling pelik-pelik bila "time tut".Dari pagi la sampai petang ni i rasa muncung je muka.Nak senyum pun tak larat.Pukul 12:00PM i dah mula rasa mengatuk sangat-sangat.Sakit pinggang tak payah cakap.Dapat baring syok sangat rasa.Nasib baik la boss keluar awal hari ini, tak tahu dia pergi mana.Pagi je dia masuk sekejap.Thank You!(Boss, u tak rasa nak go holiday seminggu or dua minggu ke?)tenang sikit office tak dengar suara dia bising pada budak-budak technician.I like a macam kakak for them rasa kesian dekat adik-adik i yang selalu kena bising-bising dengan boss.Boss katakan..always right,isnt?!Boss i dah pangkat macam like ayah ayah..dah berumur,orang tua kan biasa la suka bising benda yang kecil-kecil.Tahan telinga je la.Tak tahan berhenti..push stop!.

Eii.. why duk cerita pasal boss pula...buat penat taip je.

Ketika sedang menaip ni pun muka i macam pakai mask kat muka, ketat je.Come on la Ida.Cergas!cergas!senyum......... :-) erm...hambar balik :-(

I nak story situasi tentang perasaan yang biasa i rasai bila "time tut"

Rasa nak marah je!
"Ish..why la sayang ni tak nak angkat handphone??"marah bila sayang tak jawab panggilan i yang banyak kali
"Ya Allah geramnya!"try call againt and still sayang tak jawab.
"Helo baby...."sayang answer
"Bila masa u beranakkan i??U buat apa tak jawab call i?handphone taruk mana?lain kali gantung dekat leher..pakai je Iphone mahal-mahal tapi tak nak jawab..@#$$%%"marahnyaaaa i!
"I solat......."ringkas je jawapan
"Lain kali mesej la cakap u solat jap"cool down sikit

See...teruk kan i tapi tak lah..i tak pernah la marah sayang i bila dia tak jawab handphone sebab dia selalu jawab dari tak jawab.(faham tak ayat ni)Tapi rasa marah bila on phone,i serius tanya apa-apa and dia like main-main..dia nak bergurau tapi i jadi hot.."Dah la,malas nak cakap dengan u.Nak tidur..bye!"tut tut tut off handphone.

No Mood
"Baby, cuba u tengok budak tu naik motor tayar dia berpusing"sayang buat joke
"heh heh heh :-\" i ketawa macam nak tak nak je

Feel sad tak tentu pasal
"i tau u tak sayang i,hantar i balik rumah mak bapak i"
"Sayang...i rasa u tak sayang i lagi.U buat muka serius bila keluar dengan i, u tak nak pandang and senyum pun kat i" i beri tuduhan palsu pada sayang
"U cam nak tak nak je cakap dengan i..kenapaaaa??"menuduh lagi

sayang says:"U period so better u tidur u rest ea baby..i love u so much"
cool man..love him so much
Nasib baik Mr sayang memahami...
Ubat hilangkan letih,
Shopping and makan.
Ops termakan McD
ituari dah kasi tau no more fastfood sebab nak diet.
last last last...
:-)

Thursday, March 3, 2011

KAU TERASA, KU MERASA MALU

Ada sedikit krisis berlaku antara i dengan sayang petang tadi.Maybe hal kecik tapi ada isu yang membangkitkan rasa terasa di hati masing-masing.Mula sayang terasa dengan sedikit kata-kata i.Tapi i niat sebaliknya.Sayang salah anggap.Tiba-tiba ada sesuatu yang buat i pula terasa (kuat makan cili padi agaknya).Sayang macam biasa mengalah and memujuk.

"i salah sayang"sayang mengalah
"u sepatutnya fikir before u buat semua tu"i cuba luahkan

Sesi luah dan minta maaf selesai walaupun hati i rasa still tak okay dengan apa yang terjadi.I minta nak balik rumah sebab dah lewat petang.Sayang dah faham sangat dengan sikap i, kalau krisis and minta balik dengan "muka tak ada senyum" mean i tak okay sepenuhnya.I tetap kasi tahu yang i nak balik..

"U tak dengar ke i cakap i nak balik"
"Okay okay u balik, hope jangan simpan dalam hati alright?"sayang berkata.
"Whatever.." malas i nak jawab dah.

dalam fikiran rasa tak nak balik lagi and terasa nak pergi Kuantan Parade shopping barang sikit.Kalau i ikut jalan ke bandar sure sayang curiga.Bukan tak nak ajak sayang pergi sekali tapi sebab mood i rasa tak okay, nanti mula la diam seribu bahasa.Tak syok la.Macam mana nak alihkan pandangan dia yang follow i dari belakang dengan LC nya.I drive laju sikit.Agak-agak dia dah lepas jalan balik rumah dia, i pusing la balik and ke bandar.Sampai di traffic light.I stop.Pandang belakang, tengok sayang menuju ke arah lain.Yes.. ada peluang.Lampu hijau bertukar..i buat pusingan U dengan confident.Sekali i tengok sayang keluar balik dari simpang yang dia masuk.

"OMG..cover tepi muka dengan shawl,cover tepi muka dengan shawl"kononnya tak nak kasi sayang nampak.
I curi-curi pandang and tengok dia sedang perhatikan i dengan muka yang agak menggerunkan.

"Oh no..terkantoi sudah"sambil i mengerutkan muka.

Bila pandang cermin belakang dah nampak dia follow...jeng..jeng..jeng
I teruskan perjalanan sambil kepala duk fikir mana i nak tuju ni.Balik semula ke office?singgah kedai and kasi alasan i dahaga nak beli air (boleh diterima ke?) singgah Pasaraya Tunas Manja yang kat depan tu?tapi nak kasi tahu nak beli apa kat sana.

Lastnya i blur and stop kereta tepi jalan.Sayang berhenti sebelah.I open window and senyum kambing.

"Where u want go??"sayang soal dengan muka serius
"Why bohong cakap nak balik and now melencong ke lain?"
"U ada janji dengan another lelaki ke??dont cari pasal with me"
Soalan demi soalan di tuju untuk i yang buat i just say "errr..takkk..bukan macam tuuuu"

Berlaku la sesi kena marah di saksikan budak kecik berbasikal yang berada di seberang jalan (dalam hati budak kecik tu berbisik "akak and abang ni buat drama ke?"

I dengan rasa sedikit goyah sebab sayang mula marah..cepat-cepat tutup tingkap meneruskan perjalanan konon nak balik dengan rasa sedikit nak nangis sebab kena marah.
Sayang follow tepi and buat arahan suruh i stop di Jungle FoodCourt.Tak stop nanti lain pula jadi kan.I pun buat kental berhenti la..Sayang berjalan menuju memilih table.I ikut dari belakang dengan rasa cam seribu rasa.Bila dah dua-dua dah duduk..kami berpandangan...dan kami ketawa bersama.

"Buat la lagi, kan dah memalukan diri sendiri"sayang says
"Biar lah......"i berkata sambil menjeling

Itu la kisah sayang yang mula terasa tapi akhirnya i yang merasa malu.
Tapi nasib baik juga la semua tu berlaku..kalau tak sure krisis antara i and sayang berlanjutan..I ni susah sikit kalau dah merajuk..

Malu~

Cerita-cerita jom..

Pukul 2:47PM.Mata mula mengatuk.Biasa la lepas makan, lagi satu penat sikit kot sebab tadi pukul 11:00AM emergency kena balik rumah bawa Natasha ke klinik.Dari malam tadi dia menangis mengadu sakit telinga.Tak tahu sebab apa.Balik rumah ambil dia pergi klinik.Apa yang kelakar kan..keluar dari bilik doktor, i rasa nak gelak kuat-kuat sebab doktor cek telinga Natasha and kasi tahu yang taik telinga dia keras.(senyum sambil taip ni) lepas tu ada cam luka and berdarah sikit maybe kesan korek telinga.I ingat kot ada serangga masuk ke apa."U ni kelakar la acha..taik telinga keras" After selesai semua pukul 2:00PM i masuk office balik.

So mengantuknya mata ni, dapat tidur syoknya.

Wednesday, March 2, 2011

TAK SABAR NAK TUNGGU HARI AHAD

DAH PLANNING SOMETHING YANG AGAK BEST WITH SAYANG AND MY FAMILY.KAK ROS DAH AMBIL CUTI AND JUGA MERANCANG SAME THING.HAPPY NYA.THANK YOU TO KAK ROS SEBAB SUSAH-SUSAH REQUEST CUTI SEMPERNA HARI ITU NANTI YA.MAKLUM LA KAK ROS NI NURSE SO SUSAH SANGAT KALAU NAK MINTA CUTI.BUDAK-BUDAK KECIL YANG ADA DALAM RUMAH DAH DI MAKLUMKAN,SEMUA MELOMPAT KEGEMBIRAAN.MUMMY MA PUN OKAY JE NAK TURUT SERTA.CUMA SEKARANG HITUNG HARI JE LA NAK TUNGGU HARI AHAD NANTI.HOPE SEMUA PERANCANGAN OKAY JE.
APA YANG SPECIAL SANGAT HARI AHAD TU AGAKNYA KAN...
NANTI LA I STORY LAGI OKAY...

Story before sleep

Sekarang pukul 12:29PM..Jap lagi kena tidur sebab dah lewat ni.Okay cerita sikit je.Nak start cerita pasal lunch yang sangat make me ketawa kuat-kuat.Ceritanya begini....


Pukul 1, i dah janji dengan sayang nak lunch sama-sama kat Restoran Zuzana IM 2.I and sayang berjumpa kat sana.Sampai je i tak stop kat restoran tu tapi jalan terus ke hujung jalan menuju ke carwash yang membuatkan sayang memandang dengan terpinga-pinga.Tiba-tiba dapat mesej dari dia tanya kenapa i parking kereta jauh sangat.Lambat lah main nak reply kan so i terus call dia.
"Sayang u ambil i kat sini, i nak cuci kereta la"
"La..."sayang says.
Datang la si sayang bersama LC Kassim Danial tu (betul tak i sebut nama LC u ni sayang?) I dengan berbaju kurung moden dan juga pakai heel terkial-kial la nak membonceng Kassim Danial.Susah sangat, i duduk senget..dekat je so tak apa la.Kalau jalan besar jangan la ya..sekarang musim JPJ kencang buat roadblock..Tak pasal dapat saman membonceng secara merbahaya (duduk senget).Bla bla bla...(nak cerita satu-satu letih la kan..kira makan and habis makan je la)
Selesai makan..i pun sekali lagi membonceng Kassim Danial nak pergi ambil kereta i Mimi at carwash (ingat LC sayang je ada nama,Myvi i pun ada taw..MIMI semperna nama MIMI One Nation Emcees yang hot tu) tapi rupanya tak di cuci lagi, ramai sangat orang.Dah kasi tahu nak ambil pukul 2:00PM.
"Belum siap ke dik?tak apa la akak cancel la ea sebab akak masuk kerja pukul 2.Nanti-nanti la akak datang balik,petang nanti ke esok ke ea"
Budak carwash frust sebab melepas RM10.Masa i nak mula drive,buka tingkap sikit sebab kereta i letak tengah panas.Tiba-tiba dengar la budak tu jerit kat i
"Datang taw..jangan tak datang pulak!!"
Make me ketawa kuat-kuat sambil drive.Unsur-unsur paksa gitu.Ok habis cerita part lunch.

Part petang pula..
my kakak, Kak Ros call i cakap petang nanti nak ajak ke bandar sekejap,ada hal katanya.I okay je.After 5:00PM terus balik rumah, mandi and semua siap-siap nak ke bandar.Bukan Kak Ros je yang pergi, ma and tiga orang budak kecil pun pergi sekali.Bla bla bla..settle urusan Kak Ros and dia ajak pergi dinner kat Ana Ikan Bakar, tanjung lumpur.I nak diet, tapi tak apa la malam ni je.Menu memang best.Ikan Kerapu masak tiga rasa, udang dan sotong goreng tepung,nasi putih, kailan ikan masin,telur bungkus,kerabu mangga and lala rebus serai.Sementara tunggu pesanan sampai, My mummy ma (dua panggilan) and Kak Ros suruh call sayang ajak makan sekali.

"nak ajak izham ke?nanti dia makan banyak..."(dialog i reka sendiri ni)
"Sayang, tumpah(not sumpah)..i tak cakap macam tu pun"joking boleh memanjangkan usia.
Sayang datang.Mummy Ma suka la future menantu datang makan sekali.
Mummy says:"Ma nak ajak dah tadi tapi Ida cakap Izham main futsal" see...mummy ma yang nak ajak,bukan i ya..lepas disuruh ajak baru i ajak..(sayang,u marah, i cubit u)
Dinner selesai..moral of the story..i and sayang berebut kepala ikan kerapu masak tiga rasa (masakan yang sangat sedap walaupun layanan kurang memuaskan)
Sudah-sudah la tu...tidur time...Good Night.
Minta maaf dulu before tidur.I maafkan semua kesalahan siapa-siapa pada i untuk hari ini..hope yang lain pun begitu okay.Sama-sama la kita.