Thursday, December 6, 2012

Nak dengar cerita tak

Hai!!!
Alahai...sepinya blog ni untuk sekian lamanya.Dah berapa bulan ya dah tak coret-coret kat sini
Banyak bulan juga lah.
Salah satu sebabnya internet kat rumah tak okay.Kena kejutan elektrik, pang!opocot!
ingatkan TV yang meletup...kami dalam rumah duk mencari-cari dari mana datangnya bunyi meletup petang tu.Bila tengok moderm and telefon rumah dah tak berfungsi.Kisahnya.
Di sebabkan kesihatan i ni tak berapa nak okay sangat buat masa ni so malas nak hello TM.
Abaikan dulu...bil pun i abaikan hihihi 

Sekarang i dekat Old Town, ada urusan sikit.Sambil-sambil tu sempat juga la nak update sikit.
Sekarang memang tak nak dah nak tonjolkan diri, sebab 'Bum-bum' sangat kot ahahaha tapi cute ada lagi, wah gituuuu.I tak banyak buat aktiviti luar sekarang cuma aktif dengan tempahan solekan.Maklum lah musim orang bertunang dan berkahwin ni kan.Itu pun nasib baik husband tersayang yang temankan, tolong drive and bawakan make up box..tak boleh nak buat kerja berat sangat.

Okay la nanti kita coret-coret lagi ya...i dah nak out dulu.
Tak sabar nak pergi dekat kereta, nak tengok surat saman parking dari MPK.Tak rajin nak letak kupon parking.Tak sure la ni 'Koleksi' yang ke berapa hahaha

Bubyeee u....

Coming soon...

:)

Saturday, September 1, 2012

INDAHNYA AIDILFITRI 2012

Alhamdulilah, berkesempatan menyambut lebaran tahun ini dengan meriahnya walaupun kesihatan diri agak kurang.Gagahkan jua.
Setiap tahun suasana berbeza-beza.Perubahan umur dan perubahan kehidupan dari satu babak ke satu babak.
Diharapkan di beri peluang untuk bertemu dengan Ramadhan dan Lebaran akan datang dengan babak yang berbeza lagi,Insyallah.
Salam sayang...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, August 11, 2012

Cantik Luar, Cantik Dalam, Cantik dengar sini!

credit to CDM Abg Lan

"Pastikan masa balik raya kat kg nanti, fizikal sebenar sama macam dlm profil picture ye...Kalau boleh elakkan dari kawan lama keluar ayat cam ni " ish dlm gambar nampak slim, tapi kat luar lain pulak...." Agak2 rasa aje mau stapler mulut dia tu kan...Tapi takpe sebelum terlambat dptkan korset premium beautiful dgn kadar segera utk menyerlahkan keterampilan anda di pagi raya nanti......

P/s - sebenarnya yg paling bangga adalah cik abg2..."
(Credit to CDM Abang Lan)

Alamak, cemasnya bila suami mula hilang mood dengan perubahan bentuk badan luaran dan dalaman isteri terutamanya part yang paling comel :) oO!

Part mana tuuu???Malu pula dia...kita perempuan jangan malu soalkan part Payudara dan Rahim.Itu adalah part yang paling berharga bagi kita kaum wanita.Memang tiada jual di kedai spare part kat mana-mana pun.Kalau spare part kereta memang banyak la kan.Haa dan tapi kalau spare part 'Isteri Baru' tu memang ada ramai di luar sana.

Betul cakap Abang Lan tu, pastikan hari raya nanti kita nampak cantik dan bergaya.Maklumlah sebulan berpuasa rasanya ada fizikal dah mula berubah sebab makan banyak semasa waktu berbuka.Kalau badan dah naik 3-4 kilo tu jangan runsing sebab dengan pakai korset Premium beautiful, u akan tampil yakin dan menawan.Ini kerana Premium Beautiful memberi kesan pembentukkan badan (shape) dengan serta-merta.

Biasanya wanita akan risau bila perut mula buncit dan banyak lekuk lemak sana-sana.Sangat tak cantik kalau pakai baju kebaya atau baju kurung moden apabila nampak 'Burger' (lekuk lemak) di belakang badan.Perasan tak, selalu bila wanita yang badan sedikit berisi akan selalu terkeluar ketulan lemak di belakang, bawah ketiak dan pinggang.

macam ni...

Copyright of google
Gambar itu sebagai contoh, ada juga yang miliki tubuh yang tidak berapa gemuk pun ada masalah 'burger-burger' tu.Itu adalah faktor pemilihan baju dalam (Bra) yang tidak sesuai.

Oleh itu Premium Beautiful direka khas untuk mengalih segala lemak ke tempat yang sepatutnya.

Menghalang lelemak mengalir ke bahagian belakang.

Dengan pemakaian secara konsisten 8 jam setiap hari, lemak-lemak itu tidak akan kembali ke tempat yang tidak sepatutnya.Ini akan memberi lebih keyakinan kepada u.Memang kurang selesa la kan, waktu sedang berjalan segala lemak-lemak di perut, pinggul dan peha bergoyang-goyang.Orang tengok pun ada yang sembunyi-sembunyi senyum.Lagi tak selesa kalau payudara bergoyang-goyang, itu bukan seksi, itu seksa taw.Payudara yang menawan bila ianya terletak elok dan pejal tanpa goyang-goyang!aip ketawa ye...kena ambil berat soal itu ye!Memang tak cantik fizikal payudara bergoyang macam spring toing!toing!toing! kalau toing! sekali sahaja, itu tak apa! hihihi. Dan pastinya, apabila u memakai Long Bra Premium Beautiful...u tak akan lagi rasa nak pakai bra u yang sebelum ini.Pasti!

Long Bra
"Cup" ini membentuk piramid di mana ia dapat menampung payudara agar tidak jatuh, puting payudara dalam kedudukan yang betul (untuk mengelak daripada berlakunya kanser payudara serta mengembalikan pigmen puting segar dan cerah)

Pada wanita yang mempunyai saiz payudara yang sangat kecil pun itu tidak menarik juga.Terpaksa lah memakai bra yang mempunyai pad yang tebal.Memang merunsingkan sesetengah wanita.Dengan korset Premium Beautiful,masalah itu boleh di atasi, ini  kerana PREMIUM BEAUTIFUL adalah SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PAYUDARA yang mempesona dan menarik.





Anda pasti wajib cuba!

Sihat Cantik Anggun di Hari Raya nanti!



Mizz Ida (012-9676965)

Friday, August 10, 2012

2nd Day-Di daerah Shenzhen


Hari kedua di Guangzhou...pukul 7:30 pagi berkumpul di lobi hotel.Memang cantik dan besar lobi hotel Rosedale ni.Kami siap bergambar melompat depan lobi ni :) kalau u ke Guangzhou nanti, boleh la pilih Hotel Rosedale,hotel 5 bintang ni sebagai pilihan.Ada sediakan menu halal untuk kita orang muslim.

Pagi ni kami usahawan Hai-O akan di bawa ke daerah Shenzen.Masa perjalanan ke sana mengambil masa selama 2 jam so memang kena bergerak seawal pagi sebab banyak tempat nak di lawati seperti Kilang Jade, kilang Sutera, tempat peranginan dan beberapa tempat lagi.

photo by csy4tografi
Sampai je di Shenzhen, terus menuju ke kilang Jade.Daerah Shenzhen memang terkenal dengan batu Jade aslinya.Semasa dalam kilang tu memang tak di benarkan ambil gambar so tak dapat la nak tunjuk kat u.Nanti u pergi sendiri tengok ye.Kami di beri sedikit keterangan berkaitan dengan jenis Batu Jade.Nasib la tak panjang lebar keterangan beliau sebab kami usahawan Hai-O bukan nak dengar sangat tapi kami nak shopping jade.Ida ada la beli cincin yang bertahtakan batu Jade original untuk kenang-kenangan diri sendiri.Cantik!

Selepas "Tsunami" Hai-O melanda di kilang Jade, kami pula di bawa je Kilang Sutera.Ya Allah, ida sangat teruja tengok penghasilan kain sutera.Mereka tunjuk dari Kepompong hingga la terbentuk sepasang kain.Masyallah kuasa Tuhan.Sempat la beli beberapa pasang.


Selepas lunch di satu-satunya Restaurant Muslim di daerah Shenzen tu,
credit to aniz
kami di bawa pula ke OCT East.Cantik sangat permandangan kat dalam ni.Kalau berjalan kaki nak melawati tempat-tempat yang menarik kat dalam ni, 2 jam pun tak cukup taw so kami naik train yang di sediakan.Kita layan gambar ye..tapi tak banyak sangat gambar pemandangan yang ida sempat shoot sebab ida sibuk shopping cenderamata je :)

Bergambar di hadapan pintu masuk.Nak masuk kena bayar tiket tapi kami masuk free!
Hai-O bayarkan untuk kami semua.
Toce!Toce!
credit to aniz
Bergambar dengan artis Guangzhou yang sedang buat penggambaran filem kawin-kawin
credit to sha
train yang membawa kami pusing-pusing .
Kami jadi tumpuan pelawat-pelawat lain.Masing-masing sibuk melambai kami.
Kat Malaysia pun tak ada famous macam tu :)
credit to sha
Ida tak ingat apa benda alah ni
:)
credit to aniz
Memang enjoy!!!

3 rd Day-Guangzhou, shopping all out!!!

'Tsunami Hai-O' melanda di Swarovski Outlet!!
Seperti yang sedia maklum, Guangzhou adalah sebuah pusat jualan borong yang menjanjikan one stop center, segala apa yang kita nak semua ada.So hari yang di tunggu-tunggu iaitu hari ketiga di Guangzhou, kami semua di beri peluang untuk shopping secara marathon 1 hari tanpa menghiraukan apa nak jadi, jadi lah.Memang matlamat kami datang bukan sekadar nak makan angin tapi SHOPPING!

Segala macam ada dalam market tu, sampai rambang mata ida di buatnya.Beg, kasut, baju, kain ela, mainan, aksesori...astafirullah azim astafirullah azim kenapa murah-murah sangat ni!!! kalau harga kat Kuantan...2x ganda mahalnya tapi kat sini boleh beli 2,3! ish tak cukup rasanya,boleh beli 10 lah!

Seronok sangat shopping barang-barang untuk diri sendiri, untuk husband sayang, natasha, ma,abah, kak ros, mia, esha, ami, esha paklang, abang fitri, kakak ika, baby, mila,nurin, nurkasih, kak izan, kak ida, kak de my best friend, haha ketawa di buatnya.Memang tak muat tangan nak bawa, masa tu tak fikir dah muat ke tidak nak letak semua barang shopping dalam luggage nanti.

Siap shopping, baru terasa lapar.Bukan apa...kami skip makan tengah hari sebab nak ambil masa lebih untuk shopping.After that, Kami di bawa ke restaurant untuk dinner.

Lepas makan, balik bilik.Waktu untuk kemas barang-barang balik ke Malaysia pada hari esokknya.Yang ni part paling lucu.Ida bersama pemimpin ida, Kak Ina, termenung di atas katil sambil memerhatikan barang-barang shopping tadi di lantai.Fikirkan macam mana la nak letak dalam luggage.Memang rasa tak cukup space dah walaupun ada dua luggage.Sekejap atas katil, sekejap turun termenung depan luggage.Mahunya tak pening kepala fikir, i beli 5 handbeg , 5 helai kain pasang, 2 biji kereta control untuk Natasha dan Esha, helicopter control for hubby sayang,toys untuk 10 orang anak buah, belum lagi yang lain-lain.Boleh pula stop minum milo dan makan megi, i dan kak ina ketawa dalam bilik, lucu kat diri sendiri.Akhirnya dapat settle dengan jayanya.Nak kena makan megi dulu baru boleh settle :)

Last Day-Guangzhou, next entry....

PREMIUM BEAUTIFUL (CLICK HERE)

Wednesday, August 8, 2012

Hai Ida, apa itu PB?

Assalammualaikum...salam Ramadhan.
Ida selalu di ajukan soalan di facebook,bertanyakan apa itu PB?Okay di sini ida jelaskan dengan lebih lebih jelas dan terperinci.PB adalah singkatan kepada Premium Beautiful dan apa pula Premium Beautiful?Namanya pun cukup manis dan menawan sebutannya 'Beautiful'.Premium Beautiful adalah korset pakaian dalaman wanita.



Sihat, Cantik dan Anggun

Korset PB khusus untuk wanita yang mementingkan kecantikkan dan keanggunan diri.Kecantikkan bukan hanya fokus pada wajah yang cantik semata-mata.Tubuh badan yang menarik dan langsing memang di idamkan pada setiap wanita.Apa yang penting lagi eset-eset penting bagi wanita seperti memiliki bentuk payudara yang menawan dan anjal, bentuk pinggang dan pinggul terbentuk elok dan cantik.

Body Shape




Bentuk badan akan merubah mengikut faktor umur seseorang.Di saat umur lingkungan 20an pastinya saat ini wanita gembira memiliki Payudara yang anjal, perut yang kempis dan pinggul yang padat.Masih muda bergetah giteww, tetapi adakah kita sedar ianya bukan bersifat kekal selamanya.

By 25th years old lemak mula bertambah pada tempat yang sangat wanita tak suka, kalau yang dah bersuami...pastinya di mata suami, kita sudah tak seindah dulu.Biasanya wanita yang sudah berumah tangga, akan kehilangan sedikit demi sedikit kepentingan untuk menjaga tubuh badan.Maklum lah sibuk uruskan rumahtangga dan apatah lagi bila sudah mempunyai anak.Masa sibuk melayan kerenah anak-anak.Bila perubahan diri berlaku, biasanya di abaikan...dan akan berfikir 'suamiku tetap sayang'.Harus di ingat, suami hilang mood bila isteri gemuk.Nanti suami akan guna kuasa kota 3, jangan nangis waktu itu!

Pada usia 30an, Payudara akan bertambah 3 cm lebih besar dan akan mengendur 3-5cm.Letak pen bawah payudara pun tak jatuh :).Bukan itu sahaja, pinggang akan bertambah 4 cm dan 1 dari 2 orang akan berperut buncit.Terutamanya pada yang miliki kulit perut tebal.Pastinya waktu itu, wanita akan rasa kurang keyakinan.Dan pastinya juga keintiman rumahtangga semakin kurang dan boleh juga kata tiada lagi keintiman.Sebab itu PB bukan untuk orang gemuk semata-mata tetapi lebih cantik di jaga baik dari awal.

70% Kesihatan

"Saya dah kurus, tiada kepentingan untuk pakai korset" biasa itu kenyataan orang yang memiliki badan yang kurus langsing.Peratus menunjukkan, orang Malaysia mudah di serang penyakit.Maklum lah Malaysia memang kaya dengan makanan yang bermacam-macam jenis.Kuih-muih, lauk pauk yang sangat sedapnya dan tak kurangnya di Malaysia ni dah jadi pusat makanan internasional.Semua masakan dari pelbabai negara pun dah ada di Malaysia.Nasi Arab, Western Food dan macam-macam lagi.Orang Malaysia suka mencuba, cuba banyangkan masakan malaysia dan western Food semua kita makan tanpa terkawal, apa akan jadi?Lemak dan toksin bertambah dalam badan dan akan mengundang lah pelbagai penyakit.

Apa yang menakutkan lagi, wanita lebih mudah terdedah dengan penyakit yang sangat berbahaya yang boleh mengundang maut.Antaranya penyakit yang membunuh no.1 wanita adalah KANSER.Kanser datang tak bagi "salam" taw.Dia tak kan datang ketuk pintu rumah cakap kat kita kalau dia nak masuk bunuh kita, ia tak akan cakap macam ni "Assalammualaikum, saya kanser ni.saya datang nak singgah kat badan awak.awak jaga-jaga!" ia tak akan cakap macam ni ok! Bila-bila masa ia boleh singgah di badan kita kalau kita tidak protect diri kita sebaiknya.Semua wanita sedar akan itu tetapi sikap rasa tidak mungkin terjadi selalu ada dalam diri buatkan ramai wanita tidak memandang serius.Perlu juga anda tahu, KANSER bukan faktor keturunan!

Di usia 50an, monopous mula berlaku.Masalah kesihatan yang sering menyerang di usia ini adalah:

  1. KENCING MANIS
  2. DARAH TINGGI
  3. SAKIT JANTUNG
  4. APERA TIDUR (NAFAS BERHENTI TANPA SEBAB) DI KAITKAN DENGAN KEGEMUKKAN. 

Premium Beautiful ada cara mengatasinya!!!

Bukti orang KURUS pakai corset!
PENTING DAN PERLU KE?
orang KURUS juga ada payudara dan rahim yang perlu protect dari  KANSER!
Memiliki organ dalaman juga seperti orang yang GEMUK untuk di cegah dan di rawat dari segala penyakit.
Nak SAKIT, tak kira KURUS atau GEMUK.
Orang KURUS yang tak nak GEMUK, boleh MAINTAIN dengan  PB!


Siri pembentukkan badan yang di reka khas untuk susuk tubuh wanita amat berkesan mengatasi masalah di atas
  • Gabungan teknologi 3 gabungan negara maju (Jepun, German dan USA)
  • Berfungsi 70% untuk kesihatan dan 30% kecantikkan
  • Di iktiraf oleh pakar tulang dari 3 negara maju (Quebac, USA dan Canada
  • Berteknologi FIR (Far Infrared Ray)


FUNGSI FIR

- Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh

- Meningkatkan kadar metabolism
- Membakar 900Kcal Kalori dalam tempoh 1 jam.

- Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan

- Mengelakkan pertumbuhan bakteria

- Mengeluarkan peluh asid

- Menggalakkan tumbesaran lebihteratur.

- Mengekalkan kesegaran badan



- Mengurangkan kandungan asid dalam darah


- Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit
- Tidur lebih nyenyak
- Menghilangkan bau badan
- Menghilangkan kulat dan fungus
- Membersihkan udara dalam badan
- Mengekalkan kepanasan suhu dalambadan
- Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik.

BAGAIMANA FIR MENCEGAH KANSER


•FIR memecahkan lemak, darah beku, susu  beku

•Fabrik akwatek-akwadyne menarik keluar lemak, susu, toksik  
  dan peluh

•FIR menghasilkan suhu yang tidak sesuai sebagai perumah   
  kanser (suka
 membiak).

Biasanya ramai wanita di luar sana mempunyai masalah period yang sometimes 5-6 bulan tak period.Most of people akan mengalami perut buncit dan susah nak pragnant

macam ni......


Dan ada testimoni dari kawan ida sendiri yang mengalami masalah tidak period selama 5 tahun selepas melahirkan anak yang pertama dan sehingga anak kedua berusia 8 bulan.Memang pelik di dengar dan itu la yang membelenggu kawan ida itu sehingga la ida memperkenalkan dia kepada korset Premium Beautiful, alhamdulilah tak sampai sebulan, dia mula period normal sehingga sekarang.Bukan itu sahaja dia juga mengalami masalah gastrik yang teruk, hingga tak dapat menunaikan ibadat puasa sebelum ni tetapi dengan PB, tahun ini dia berpuasa dengan lancar.


Here I want to share with you guys...We called it 'RAWATAN ALTERNATIF'


                                     PREMIUM BEAUTIFUL

Just wear it 8 hours a day...after one hour you can feel the different! Believe it!!






Just wear Premium Beautiful 8 hours a day...you can see the result!
NO DIET
NO PILLS
NO EXERCISE
NO LIPOSUCTION
NO STARVATION







PREMIUM BEAUTIFUL
SIHAT CANTIK ANGGUN

Trial & size measurement is FREE!
contact
Ida-0129676965 



Sunday, July 29, 2012

KENANGAN DI GUANGZHOU, CHINA

Alhamdulilah, masih lagi bernafas pagi ni.Di beri peluang lagi untuk berpuasa dengan gigihnya di Ramadhan hari yang ke....?dah masuk hari ke berapa ya puasa?tak kira pula sebab terasa masa berlalu cepat sangat.Sahur...jap je berbuka, pastu sahur lagi dan berbuka lagi..

Hampir 3 minggu balik dari bercuti ke Guangzhou, China.Tapi masih terasa segar di ingatan.Trip business bersama company Hai-O Marketing yang taraf dia 'memang kelasss kau Maria' (masuk iklan Ribena pula) bukan taraf 1 bintang bukan jua 4 bintang...tapi taraf VVIP, kira taraf 5 bintang plus plus**  Seronok tak terkata, terkata je seronok.

Alhamdulilah waktu dapat tiket melancong 4 hari 3 malam ke Guangzhou dari company hebat Hai-O tu, rasanya ida baru join bisnes ni dalam 2 bulan.Di sebalik dapat tiket tu, dapat lagi nikmat lain.Alhamdulilah Tuhan beri rezeki yang melimpah ruah.Syukur sangat la di pertemukan dengan DDM Kak Ina 
DDM Kak Ina yang jelitasss
yang perkenalkan bisnes bersama Hai-O ni.Dulu ida pernah berkerja dengan beberapa syarikat swasta yang lain lebih dari 10 tahun pun tak pernah capai nikmat seperti yang di berikan oleh Hai-O.

Dan ini la nikmatnya, dapat la merasa bercuti ke negara yang jauh nun di sana.Sebelum ni bukan tak pernah berimpian nak ke luar negara tapi rasa takut.Ye la nak pergi negara luar yang jauh dari Malaysia,siapa nak bawa dan nak pergi dengan siapa?? ish Langkawi pun ida belum berpeluang dapat pergi taw,walaupun Abah orang Kedah.Sedih! hihihi.

Di sebabkan trip bisnes ni pergi bersama group, ida berani la pergi sebab segalanya di taja sepenuhnya oleh company Hai-O.Dari Pengangkutan,Hotel dan Penginapan  taraf VVIP.Cuma bawa duit untuk shopping!Kalau pergi tak bawa duit pun, insyallah tak menangis kebuluran, cuma menangis dalam hati tengok orang shopping bagai Tsunami melanda.Nanti jap ida cerita macam mana pula Tsunami melanda.

Rezeki Tuhan kasi kan....ida bersama group hebat dari OMG (Orange Mania Group) di bawah naugan pemimpin CDM Kak Ju yang jelitass orang 'Keyyel' (KL) tagline kak ju* 
Copyright of www.cdmjuliana.com 
telah di terbangkan pada 10hb Julai 2012 pada pukul 9 pagi dengan penerbangan Malaysia Airlane (MAS).Ish rezeki Tuhan juga la pada ida, 1st time naik kapal terbang selama dah umur 29 tahun ni, dapat pula naik MAS.Free pula tu, siapa tak nak kan.
Group dari Kuantan seramai 1 bas ke KLIA.
Group di bawah pemimpin tersayang CDM Kak Lini (14 dari kanan)
Gambar ida 9 berdiri dari kanan
comelnya ida....hihihi
(Photo Credit to Sha)
Actually, trip kali ni seramai 18 buah bas dan bersamaan 10 buah kapal terbang usahawan Hai-O di terbangkan ke Guangzhou, China.Dapat rekod baru la dalam kerjayaan company Hai-O kali ini. 
OMG!!! (Orange Mania Group)
Group yang paling Hot dalam Hai-O.
sangat bertuah berada dalam group yang hebat.
Gambar di atas ni di ambil di KLIA, sebelum berlepas ke Guangzhou.Masa tengah bergambar ni, memang group OMG dapat perhatian orang di sekitar KLIA.Kalah celebrity taw hihihi.


Ready to fly~
MAS Milik OMG!!!
Pukul 9 berlepas dan alhamdulilah selamat tiba di Lapangan Terbang Guangzhou, nama tak ingat :) yang pasti lapangan terbang yang terbesar di China.Kata Miss Ruby, tour leader yang telah menjadi leader untuk group D dari Kuantan.Miss Ruby memang baik, puas hati sangat dia jadi tour leader masa kat sana tu.Dan ada sorang lagi Ah Wai pun sangat cool and sporting.Waktu sampai di Guangzhou memang terasa bahang panasnya, waktu tu adalah musim panas, panas lagi dari suhu di Malaysia.Memang Hai-O sayangkan kami, hadiahkan kami payung untuk setiap seorang.Thank you so much.

Night Market
Selepas dinner di Restaurant muslim, selepas kenyang menjamu makan malam yang boleh tahan sedap juga yang telah di sediakan pihak resrtaurant dalam bilik vip untuk kami, kami di bawa ke Night market.Memang meriah dengan orang ramai dan kemeriahan lampu-lampu di setiap bangunan.Tengok dalam gambar tu, nampak tak?nampak tak? :) Ini bukan macam di chow kit or uptown ye.Segala macam jenis dari segi baju,kasut, handbeg dan macam-macam di jual di dalam bangunan tu.Memang rambang mata, murah pula tu.Walaupun belum sempat check in hotel, i dah 'beranakan' 1 luggage lagi hihi.Standby awal-awal untuk letak barang-barang shopping.Night market ni tutup hingga lewat pagi.Selepas menunaikan shopping :) kami di bawa ke Hotel Rosedale untuk check in.Hotel 5 star yang cantik sangat.Bilik yang sangat besar.I bersama Kak Ina duduk di tungkat 20.Sampai dalam bilik, mandi dan tidur...zzzzZZZ tanpa mimpi* 

2nd day di daerah Shenzen...

Photo credit to Sha
 Next entry....

(p/s: kecacatan pada sesetengah Text Background mencacatkan pandangan.Masalah teknikal yang dah x dapat di bendung hihihi)

Monday, July 16, 2012

Business Trip Hai-O to Guangzhou,China

Alhamdulilah, bernafas lagi hari ini.Syukur padaMu.
Lamanya tak update blog.Tak ada masa.Insyaallah lepas ni akan curi masa untuk update.
Nak berkongsi pengalaman 1st timer melancong ke luar negara.Sesuatu yang tak pernah terjangkau akan sampai ke negara luar.Tapi Alhamdulilah bila Allah beri rezeki bersama dalam business Hai-O, tercapai juga.Nanti ida story ya.






Monday, May 14, 2012

BUSINESS SHOPPING?

Walaupun penat after balik dari KL, tapi still mata tak nak tidur.Bukan tak nak tapi tak cuba tidur :) Tiba-tiba rindu nak update kat blog kesayangan.Kesibukan membataskan.

Yesterday, i ke Ampang, KL.Ada appoitment with Kak Mira, kenalan dari Facebook yang dah sekian lama.Kak Mira berminat untuk cuba Corset Premium Beautiful.Sedia maklum, corset PB ni bukan sebarangan boleh pakai macam tu je, 1st kena ambil ukuran dahulu dan pastinya kena tahu cara pemakaian yang betul.Kalau tak betul cara pemakaian, fungsinya kurang berkesan la.

Alhamdulilah perjalanan Kuantan ke Ampang lancar,cari rumah Kak Mira pun senang je.No sesat-sesat.Berpadukan map Galaxy Tab dan GPS Otak husband :).I di temani husband and my princess.Itu pun ambil Natasha dekat Temerloh dulu.Kenapa Natasha ada kat Temerloh pula?kalau cerita, panjang pula nanti.Sebab entry ni bukan kisah Natasha ya :)

Settle urusan with Kak Mira yang baik dan friendly, i ajak husband go to Pavillion.Nak shopping dan makan.






Kesemua di atas adalah hasil gigih ber'shopping' :)

Ini la kelebihan berbisness bersama Hai-o Marketing, bukan sahaja dapat tambah pendapatan yang sangat tinggi, dapat tambah kenalan..betul la..kalau i tak buat bisnes Hai-o corset Premium Beautiful so tak adanya i dapat jumpa dengan Kak Mira.Dari kuantan to KL pergi dan balik hari macam tu je.Kenapa i gigih sangat?sebabnya u boleh fikir la kot, kalau ianya berbaloi-baloi...kenapa la i sanggup bersusah payah datang jauh-jauh.Di mana ada peluang i pergi je.Nak dapat lebih so kena usaha lebih la :)

Dan yang best.....dalam bisnes Hai-O boleh shopping BESARRRR! bersyukur...cukup segala-galanya bukan untuk i seorang je, semua for my family, alhamdulilah la.Cukup makan, cukup pakai, cukup 5 WAKTU dan cukup bahagia.

"Yes... duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit" 


See ya!

Saturday, April 28, 2012

MiaOhMia|Jangan ganggu saya nak main game okay!






Mia budak zaman besi, pantang nampak mama dia keluarkan Galaxy Tab, minta nak main game
Terror taw dia main,
Excellent!
Awesome!
New HighScore!

kalah maksu...

Sambungan cerita ituari...Makan dan shopping

Eii apa la diri sendiri ni, rasanya asyik buat entry cakap nak sambung tapi sampai subuh,sampai esok, sampai bulan april dah nak habis pun tak buat sambungan.Janji melayu kan.Eh,, i mana ada janji, taip je nak bersambung, tapi tak taip bila masa dan tarikh kan.Halalkan je.

Nak kata hari ni i free sangat, tak juga.Uruskan bakal rakan kongsi yang ambil peluang sama macam i dalam bisnes Hai-O Premium Beautiful hari ini memang rasa penat tapi tak apa la...ganjaran berbaloi dari makan gaji selama 6 tahun sebagai clerk.Macam-macam dugaan dan stress sedikit.Hidup kena ada tekanan sikit kalau nak berjaya.Kalau tak ada terkenan memang kita malas nak berusaha untuk berjaya dalam apa jua pun.Tak percaya cuba check dalam kamus dewan.

Bulan pertama uruskan business sendiri, job freelance makeup, perniagaan kecil-kecil di hadapan rumah dan bisnes Premium beautiful, alhamdulilah...dapat berikan dan berkongsi kesenangan bersama anak, suami, abah dan ma and semua la family tersayang.

Dapat bonus besar so apa lagi...shopping!eh dah story kan ituari la MizzIda.Benda yang seronok, tak jadi masalah kalau nak share banyak kali pun.Kan....?

I tunjuk gambar2 yang sempat di ambil sewaktu enjoy-enjoy shopping, makan dan jalan-jalan dari Shah Alam and KL ituari.Bila?entah i lupa bila date ituari tu.Yang lepas biar berlalu..kita ingat yang saat depan je ye.Ni kira flashback..untuk kasi aura lebih lagi nak shopping lepas ni bila dapat rezeki lebih tak lama nanti.(Kuat Cari rezeki, Tuhan sayang)

Ini teman hati saya, Mr Izham..
(kalau yang belum kenal)
Dalam gambar nampak i gemuk je kan, bukan i gemuk, baju yang besar
so maknanya i dah kurus.
Caption pada gambar tu bukan nak promote Corset Premium Beautiful ya tapi kalau nak cuba tak salah... :) okay okay...jangan cakap banyak nanti orang takut pula ngan i.Bukan apa, mula perasan sekarang kenalan i mula takut ngan i, takut i promote barang.Kelakar la u tu, pasal apa nak takut.I bukan paksa suruh beli.I just share tentang kelebihan je.U nak beli tak beli, itu hak u.Adat berniaga la kan.Tapi alhamdulilah, ramai juga la kenalan i yang pentingkan kesihatan dan kecantikkan diri yang tak cakap banyak dan yang sendiri datang dekat i nak cuba barang baik dan bagus.Dah pakai puas hati pula tu.I untung dan mereka pun tak rugi.So pada u tu, jangan la nak takut ngan i, i tak gigit u.I gigit husband and kanak-kanak riang di rumah i ni je.

Gambar di atas tu, i dan yang lain-lain stop makan dekat J'Co.Penat shopping untuk masa pertama.I makan 3 Cup Frozen Yogurt and 1 pc Donut.Donut yang sangat lembut dan sedap.

2nd Cup

I bukan dating berdua... mana boleh tinggal my princess Natasha.
Tujuan bawa dia untuk suruh dia buka mata luas-luas tengok KL,
tapi dia tak layan, dia sibuk ngan game galaxy tab dia.
Caption menunjukkan i geram ngn budak-budak zaman besi sekarang ni.Ish..dulu..i ni dapat tengok KL, punya la excited, orang kampung cakap Jakun.Padahal masa tu sambil lalu je masuk KL, dari Kuantan nak Kedah kot, itu pun naik bas ekpress.Balik kampung jumpa tok and tok wan.Natasha boleh buat tak layan.Nampak kan perbezaan budak zaman kuno, zaman batu dengan budak zaman besi.

Actualy ada sorang lagi, Kakak Ika.Buat peneman Natasha.Tiada dalam gambar.Dia selalu like Diva, "No Picture Please"



Part yang paling indah....caption sikit je, U bayangkan lah sendiri.

Jalan jalan, shopping, makan, jalan jalan shopping makan....jalan shopping makan

i memang suka cake,coklat dan bebe (bear)
sangat mudah kalau nak belikan hadiah birthday untuk i
Red Velvet Cheese Cup Cake
aum..nyum nyum 

 Kalau ikut hati belum puas tapi 1 hari memang tak cukup nak pusing satu Sunway Pyramid.Terbukti la, sesat juga mencari kereta.Nasib baik i lebih bersedia, tunjuk gambar pada security guard.

After tu terus masuk KL, round sekejap tengok lampu.Pergi KLCC malam-malam...Tak ambil gambar, lupa bawa DSLR.Guna Tab, gambar malam tak cantik.

Next lokasi nak shopping kat mana pula ya?