Thursday, August 29, 2013

SERONOK DI BUKIT GAMBANG SAFARI PARK, KUANTAN

Baru hari ni dapat post kisah pergi Bukit Gambang Safari Park Ahad lalu.Dah taip entry sebenarnya tapi tak tahu la kat mana silapnya post tak dapat nak publish.Erm yang ni la tak best bila guna blog android.Rindu nak taip blog guna my lappy tapi kena tunggu ada rezeki beli broadband.Streamyx dah malas nak sambung sebab line telefon rumah dah rosak.Malas nak suruh dah TM datang repair.Ai story ringkas je ya.Actually pergi guna kupon diskaun yang Natasha dan Esha dapat dari sekolah.Satu kupon boleh guna untuk enam orang.Kami pergi sepuluh orang.So guna 2 kupon je.RM18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak kanak.Kalau harga asal RM38 dewasa dan RM24 for kanak kanak.Excited juga la dapat masuk tapi sebenarnya Safari Park ni tak siap sepenuhnya so ambil masa 30minit untuk round semua dengan bas yang di sediakan.Kalau dah siap sepenuhnya akan ambil masa dua jam.Haiwan haiwan pun tak banyak lagi.Yang ada cuma harimau besar,anak gajah,anak zirafah,anak kangaroo,spesis lain yang ai lupa nama sebab semuanya dari spesis luar negara dan juga beberapa haiwan haiwan Malaysia macam lembu,kerbau,apa lagi ya..lupa la kikiki.Kalau nak tahu lagi kena la pergi tapi kalau nak best lagi tunggu siap sepenuhnya.Safari Night pun ada juga taw start 8 malam.Boleh tengok binatang yang keluar malam dan persembahan macam macam katanya.Harga tiket tu untuk dari pukul 2 petang hingga 10 malam.Jangan pergi pepagi pula sebab belum buka lagi.Buka pukul 2 petang.Kitaorang tak dapat nak spend sampai malam.Nextime maybe sebab kupon diskaun ada balance lagi :)

SIAKAP STEAM ALA MASTERCHEF ASTRO

Dua hari lepas Abah memancing dapat ikan siakap besaq lebaq sangat.Abah bawa balik suruh ai masak.Ya Allah macam mana nak potong ikan besaq ni.Malas nak susah susah,ambil anak lesung batu dan pisau pemotong daging,ai potong ikan pada tiga bahagian.Sekuat hati ketuk pisau dengan anak lesung batu.Mok long jiran sebelah pun dengar kikiki.Semalam dah masak Siakap Tiga Rasa so hari ni lunch masak Siakap Steam pula.Buka resepi Masterchef Astro,nampak ada resepi Haruan Steam, macam menarik so ikut la resepi dia and ada la ai ubah sikit sikit.

Monday, August 26, 2013

Hariku bersama Pemanggang Ajaib

Hujung minggu lepas yang happy sangat bersama family tersayang.Bila dah ramai ada kat rumah pasti lah nak makan-makan je kerjanya kan.Bermula dari hari Sabtu,pagi-pagi dah perap ayam BBQ gara-gara tak cukup makan masa buat Bbq kat rumah abang shah malam sabtu baru ni.Malas nak hidupkan api pemanggang arang so ai cadang nak panggang je dalam pemanggang ajaib.Memang ajaib sebabnya mudah cepat dan sedappp juga licin sekelip mata.Cumanya berbeza la dari original BBQ kalau kita bakar guna pemanggang arang.BBQ ni nak kena bau asap-asap api baru taste nya lagi nyum.Hari ahad pula pagi-pagi i dah bancuh adunan lempeng.Pun guna pemanggang ajaib untuk masak.Nama je pemanggang ajaib tapi ianya serba guna.Lempeng siap makan dengan sambal bilis.Ituari kan dah makan dengan sambal sardin.Untuk makan tengah hari pula ai buat sotong goreng kunyit dan ikan goreng.Hihi ketawa dulu,sebab ai guna pemanggang ajaib juga.Kan ai kata nama je pemanggang ajaib.Pagi tadi pula ai buat Roti jala dengan pemanggang ajaib.Dasyat gila mudahnya..wah gituuu.Lepas ni nak buat durian crepe pula sebab abang saba ada beli banyak durian fresh dari kebun.Apa susah..pemanggang ajaib kan ado!kikiki.Memang wajib ada la pemanggang ajaib di setiap rumah.Boleh beli di stokis Menang Glasswear or dari brand Vantage.

Nanti ai story pengalaman pertama kali ke Bukit Gambang Safari Park ya.

Daaaa Publish!

Friday, August 23, 2013

Resepi Somtam

Resepi somtam atau kerabu betik ni resepi ai sendiri.Kalau nak ikut resepi asal kena pergi thailand dulu beli lesung somtam kikiki
jom kita mula...

BAHAN-BAHAN&CARA BUAT

1 biji-Betik/Mangga muda (ai guna dua-dua sebab tamak) di sagat halus dan memanjang.
1 biji-tomato di potong ikut suka hati
Sayur kangkung-untuk ulaman
Kacang panjang-untuk ulaman dihiris
2biji-bawang putih dan 10biji Cili Kecik atau mengikut ketebalan lidah di tumbuk tapi jangan hancur sangat.
1 sb-udang kering di goreng tanpa minyak
1 sb-sos tiram .resepi asal guna sos ikan.tiram ngan ikan kan makanan laut kira sama je la dok :-) sebenarnya malas nak beli.
1-2biji-limau nipis di perah jusnya
Garam dan gula sesedap rasa
Kacang tanah-i guna yang dalam paket yang ready di makan tu,tumbuk jangan sampai hancur.lagi banyak lagi sedap.
Gaulkan semua bahan hingga sebati kalau nak ada kuah lebih,boleh la tambah air.

Simpan dalam peti sejuk lagi sedap di makan.
Selamat mencuba...

Good Morning...

Pagi jumaat yang penuh rahmat..hujan turun mencurah-curah,seronoknya pokok-pokok mandi hujan...maklum lah cuaca panas je sekarang.Cik Bunga awal pagi dah bangun..diam-diam dulu ya mama nak buat sarapan untuk papa dan kakak Natasha.Main buat je apa bahan yang ada kat dapur.Ada tepung gandum,sardin tin kecil dan pemanggang ajaib.Ting! Lempeng Sambal Sardin siap...Jemput makan sayang-sayang mama....

*kejap lagi share resepi somtam bukan ala thai tapi alamak kikiki

Publish!

Thursday, August 22, 2013

DESSERT TENGAH MALAM

Biasa la tengah malam macam ni mulut rasa nak menguyah je kan.Jom selongkar freezer tengok apa ada nak??nakkkk!budak-budak dan bapa budak dalam rumah ni lajuuu je menjawab.Nampak ada aiskrim wall's selection strawberry cheesecake dan double ducth.Dua perasa ni memang favorite ai.Bila makan aiskrim wall's selection ni kira dah macam all in one.Bukan sekadar makan aiskrim.Kalau flavour strawberry cheesecake,terasa sangat ketulan-ketulan cheesecake yang sedap bila makan.Macam makan cheesecake secret recipe je.Kalau Double Dutch pula perisa vanilla with chocolate flavoured syrup,marsmallows,chocolate chips dan cashewnuts.Memang sedap!

*dah lama tak makan aiskrim gemuk (Italian Gelato) kat Pavillion...(gambar no.2)

Wednesday, August 21, 2013

Hobi dan Minat

Sambil-sambil BF (breastfeeding) Nawra,ambil handphone buka blog.Ai nak kongsi cerita kisah dulunya hanya sekadar minat hingga la bertukar menjadi hobi.Pertama sekali waktu remaja dulu memang minat sangat pada teddy bear.Kalau pergi mana-mana kalau nampak kedai toys mesti akan ke bahagian teddy bear.Tak dapat beli tapi dapat peluk-peluk pun jadi la.Pastu bila nak keluar dari kedai buat-buat berlakon pada tauke kedai "err tak apa la,tak ada yang ai cari" macam la tauke tu tak tau tektik lama kan kikiki Bila ai dah kerja dapat gaji mesti beli teddy bear dan bila ada bopren' dia pula kasi besar pula tu.Siap kasi nama bear bear' alala alala cute! Bila dah banyak koleksi bertukar jadi hobi.Penuh atas katil,atas rak dan dalam kereta.Sampai abang ai kata "ni kereta ke zoo?" Sukeee lerrr :p Bila dah ada anak pun still kekalkan minat dan hobi.Belikan untuk kakak Natasha dan Nawra.Kalau ke East Coast Mall wajib nak masuk Cutie Land...boleh berbuih mulut tengok koleksi...waaah! Kikiki Gambar teddy bear kat bawah ni Nawra punya.Memang dia suka sangat buat main.Lembut je.Pakai baju cotton english lagi.Beli di Cutie Land,harga tak mahal rm39.90 only.

Okay daaa...publish!

Indahnya Aidilfitri 2013

Rayaku tanpa internet,acah je title tu tapi memang suka iklan raya Maxis yang sanggup lupakan seketika mahu untung dengan kempen hari raya tanpa Wifi.Lebih kurang macam tu la hari raya yang indah sangat buat ai yang pertama kalinya beraya di kampung husband.Dekat area rumah cayang ai tu kurang signal internet atau telefon.So handphone duduk diam-diam dalam handbeg.Letak tepi katil pun untuk buat alarm clock.Bagi ai la tapi bagi Natasha and the geng anak-anak buah yang lain sibuk layan game.Bila tengok cara berkumpul ibarat macam tengah menganyam ketupat daun kelapa.Ai jadi watak yang hanya nampak kaki dalam iklan raya Maxis tu, suruh tasha stop main game handphone dan pergi main dengan Inas yang sesorang je main hanya bertemakan bear comel yang diberi nama Marsha milan londoh.Raya tahun ni berbeza sangat bagi ai.Bezanya,raya pertama tanpa Abah dan Ma.Nangis juga la masa bersalam nak bertolak balik kampung suami ai.Yang touching lagi,Ma dan Abah pun nangis tau sobsss rasa nak minta simpati dari sayang dengan muka paling sedih untuk pusing balik beraya kat rumah Abah.Tapi tak laaa kena la adil kan..tahun lepas kan dah raya rumah ai.Seronok je sayang nak balik kampung.Menyanyi lagu raya sambil drive lagi wah gitu!Raya kali ni berbeza lagi dengan kehadiran nomey nomey ai Cik Bunga Nawra Syuhara.Makin lengkap keluarga kami.Yang paling best lagi...ini la raya pertama ai dapat isi beras dalam anyaman ketupat.Nak belajar menganyam tapi tak boleh,Nawra tak kasi can.Asyik nak susu je.Selama ni tak pernah rasa dapat makan ketupat homemade.Biasa abah akan tempah je dengan orang.Bila takbir raya bergema...wajah abah ma jelas terbayang..oh siapa la yang mengisi biskut raya dalam balang biskut??biasanya ai ler yang isikan.Walaupun ai tiada tapi biskut raya homemade ai sebagai ganti diri wah!pastinya yang datang akan tertanya-tanya "sedapnyaaa biskut almond niiii,siapa buat??" Kannn.Yang pasti beraya di rumah keluarga besar husband memang sangat meriah.Hope tahun depan dapat bertemu syawal lagi.Berazam untuk kekalkan tradisi suasana raya demi anak-anak ai.Tak mau la kasi hilang luput dek zaman internet sekarang ni.Rugi sangat.

*YANG TAK TENGOK IKLAN RAYA MAXIS 2013 BOLEH TENGOK DI YOUTUBE.

Tuesday, August 20, 2013

Awak...

Assalammualaikum

Ya Allah lama sangat dah tak mencoret di blog kesayangan.Kalau dia manusia pasti dia dah nangis kuat-kuat macam bayi..cakap "nak mama" "nak mama" gituuu.Biasanya kalau buka blog, cuma untuk lepaskan rindu je,nak menaip tapi macam no idea.Sekarang pun taip tapi kejap-kejap delete delete delete...4 jam pun tak siap-siap macam ni.Sebenarnya ai ni tak boleh nak tidur.Tak tahuuu lah kenapa 2-3 hari ni mengalami sindrom susah nak tidur omaigad omaigad omaigaddddddd bila dah nk pukul 4-5 pagi baru la mata nak terlelap tapi time tu Cik Nawra sedar nak susuuuuu pula.Okay tak apa,mama steady je!susukan Nawra dengan penuh kasih sayang.Kasih ibu bawa ke syurga taw.
Alamakkk bateri low pula.Esok la sambung cerita lagi.Banyak story nak cerita ni..
Sekarang masih mood raya so nanti ai cerita kisah raya ai ye.
Kasi tahu tajuk dulu...
"RAYAKU TANPA INTERNET MACAM IKLAN MAXIS TUUU"
Wah panjang tajuk

publish!