Tuesday, February 14, 2012

Budaya Facebook di Toilet?

Lama tak update blog ni..sebab apa?Malas...
Sekarang rajin sikit.
Meh sini i nak cerita sikit.

Budaya Facebook di Toilet...apa tu?
Orang facebook guna Iphone sambil berak kot :)
tak lah,

Macam ni, ada satu hari tu i ke Megamall.Masuk la toilet jap...ada hal sikit :)
Masa duduk kat dalam tu i tengok macam-macam orang tulis dekat belakang pintu toilet tu.
Dah di zaman Facebook sekarang pun, still ada lagi manusia yang buat gejala conteng pintu toilet.
Kalau zaman dulu tu, tak hairan sangat la sebab zaman tak canggih sangat lagi.
Sekarang zaman budak sekolah pun bawa Iphone pergi sekolah,kan? :)

Sebelum keluar toilet sempat la i baca apa yang mereka tu tulis.
Luahan perasaan rupanya...
tulisan tu tertulis ketidakpuashatinya seorang pekerja terhadap manager nya.
Pekerja kedai mana satu la agaknya yang dekat dengan toilet tu :)
So bukan dari budak sekolah la yang menconteng pintu toilet tu la kan,
budak dah besar and dah kerja pun.
Lepas tu pulanya,i baca lagi ayat di sebelah pihak yang tak puas hati tu,
tertulis,
"kalau tak puas hati, berhenti la...kami pun tak suka nak tengok muka kau"
tulisan tu agaknya, manager tu ke yang tulis??
tak pasti...

macam funny kan? dah besar pun nak conteng pintu toilet lagi :)
maybe tu je kot caranya pekerja tu nak buat luahan,
sebab dia tahu manager dia akan guna toilet yang sama.
Nak cakap face to face, tidak berdaya :)
 
I tersenyum sambil keluar dari toilet.

Selepas dari hari itu, i ada la pergi ke Megamall lagi.
Pergi makan McD :)
Macam biasa la, sure nak ke toilet...nak terkucil.Aircond sejuk.
Kebetulan pula laginya i masuk toilet yang sama.
Nampak la ada yang tambah conteng ayat-ayat kat belakang pintu tu.

I sambil-sambil tu, baca lagi :)
Yang ni kelakar ni,
ada pula yang bawa budaya Facebook...
boleh pula dia pergi tulis kat bawah luahan antara pekerja dan manager tu tadi macam ni,
"LIKE" and "COMMENT : HAHAHA"

Like tu kalau di Facebook, kira macam klik button LIKE status orang la tu :)
dan taip Comment :)

Pesanan i,Budaya Facebook di atas tu jangan di ikut ya 
:)


I dulu pun budak sekolah dan pernah remaja juga
tapi sekali tak pernah rasa nak conteng pintu toilet,
baik di sekolah,mahupun di tandas awam.
Kat dinding rumah pun tak ya
:)

0 comments:

Post a Comment