Friday, December 30, 2011

MALAM KU KESIANGAN...

Penat....baru dapat rest.Tadi after work singgah supermarket beli bahan-bahan untuk menu makan-makan celebrate birthday girl esok.Just makan keluarga.Kebetulan anak-anak abang i ada + anak-anak kak Ros,specially dak demok Mia yang memang suka makan tu.So cukup lah untuk meriahkan sambutan birthday girl esok.

Malam ni ada masa sikit nak update cerita sebab husband i keluar pergi lepak ngan kawan-kawan dia.Baru lepas kandang :) .Biasa balik kerja i sibuk buat house work.Bila balik rumah nak cuci baju, sidai baju and lagi ada je pinggan berlambak-lambak dalam sink di tinggalkan untuk i cuci.Kejam.Budak-budak ramai kat rumah ni bila cuti sekolah.Fiuu i tak merungut buat sambil menyanyi lagu Ombak Rindu.Best.

Tadi tu beli bahan-bahan untuk buat Strawberry Trifle & Nasi Ayam.Menu lain tu maybe esok ada yang bertambah kot.

Sampai rumah tadi i terus buat Strawberry Trifle, sebab malam ni nak tengok final Maharajalawak.Tengah menaip ni sambil tengok la,dah start pun.

alamak comotnya buat kerja,kalau masuk Masterchef ni..awal-awal dah kena kick out!
"apa tunggu lagi, nampak pintu besar tu?keluar sekarang!"
auww :P
Ada 'Mak Trifle' & 'anak-anak Trifle'
Malam ni Abah and Ma tak ada, Ma balik kampung kat Terengganu..jenguk Tok Ayah dan Abah balik kampung kat Kedah ngan 1st Abang i and kakak Ipar, jenguk Tok (nenek).Ibarat macam merajuk je kan, balik kampung halaman masing-masing.
"Hantar saya balik rumah ayah saya!"-Ma 
"Saya pun nak balik rumah Mak saya!"-Abah

Ketika ini Abah,Abang and Kak Ida masih dalam berjalanan.Hope mereka selamat sampai dan kembali.Amin.




see ya next entry
good night!


Saturday, December 24, 2011

HANTARAN PERKAHWINAN

Hantaran i buat sendiri mengikut firasat hati dan ikut suka hati je buat.Hantaran untuk pihak sayang pun i buatkan.Tak nak susahkan family sayang untuk buatkan.Baik kan eii tak malunya i mengaku baik kan

Hantaran dari pihak i untuk suami


Tunjuk salah satu je
 i lupa nak ambil gambar hantaran yang lain
Simple sangat kan...tak apa la orang laki bukan dia kisah pun hihi

Hantaran untuk i pula, banyak pula gambarnya :)

dalam proses
Mariah Carrey punya butterfly 
siap
just renyut-renyut nett pink and hias bunga


nampak kaki sikit :)
Telekung sembahyang
material yang sangat lembut dan sejuk 
99% siap

100% siap
agak messy tapi sesekali kena messy kan hidup
tak ada kena mengena
:)
hantaran cuma 5 berbalas 7 sahaja
ringkas dan sederhana
dalam gambar hanya yang siap, yang belum sure la tak snap gambar.
dan terus lupa so nehi gambar la :)
yang tiada dalam gambar
bakul buah, bakul coklat and junjungan sirih junjung
imagine sendiri je la
:)
Oh tertinggal pula.
Ini bukan kek, ini towel i
white pink
i pun tak sure apa i buat tu
gulungan semata-mata
funny je
:)


Friday, December 23, 2011

My Wedding part 2#

Tajuk je kisah kahwin part 2 tapi acah je :)

Sementara nak tunggu sayang habis kerja and ambil i kat office ni, i habiskan masa kat blog ni jap.Biasa i habis kerja pukul 5 tapi kena tunggu sayang i balik kerja pukul 5.30.Sebelum ni dia bukan main enjoy balik kerja pukul 3:30, tiba-tiba dah kena balik pukul 5:30 padan muka ihiks kalau tak i jealous taw.

Bos pula baru je bertolak ke KL...i happy.Uhh Bising je dengar bunyi suara Angry Birds and krohh krohh binatang kalau sentuh wajib samak ni, Ayem as my technician sedang enjoy main game Agry Birds kat PC depan.Bos baru masuk gear D (Auto Gear) bertolak ke kl,dia dengan lajunya buka pc and klick Angry Birds pada desktop.Jadi ular le tewww.

Petang ni juga sayang i nak balik kampung, kawan baik kahwin.I tak dapat ikut balik sekali,sebab hari ahad i ada makeup orang bertunang dekat Lepar Hilir.Bosan la sayang tak ada.Biasa dia la yang temankan i bila ada job makeup.Tak apa la.Sesekali berdikari sendiri.

I dah beberapa hari ngidam nak makan Meatball kat Pizza Hut.Ituari before kahwin, Kak Ros dah belanja tapi rasa nak makan lagi.Sedap sangat.Malas sangat nak layan rasa nak makan itu ini.Menakutkan.Tadi lunch sayang bungkuskan nasi.Elok lepas makan, i tidur kat dalam bilik sembahyang.Dasyat kan.Makin chubby la.

Dah dekat pukul 5:30..nak out dah, nanti jap lagi sayang datang nak cepat-cepat balik.

Esok jadi bujang jap...dah janji dengan Along nak pergi enjoy-enjoy kat Megamall.Jumpa esok ya Along! ;)

Tuesday, December 20, 2011

Kembali!

Kembali mencoret di blog kesayangan.Muah! Rindu!


Alhamdulilah...masih bernafas hari ini dengan suasana kehidupan yang baru.Seperti Anjakan Paradigma! gitu...
 
Selama dua belas hari bercuti, hari ni rasa macam orang baru masuk kerja dan juga ibarat seperti budak sekolah yang cuti panjang, terasa kekok memegang pen.Boleh sambung cuti tak?
 
Bila kini tidak lagi bergelar 'Single' dan harus membiasakan dengan title 'Isteri' membuatkan diri sedikit rasa macam 'Pelik' dan bertanyakan pada diri sendiri.."Aku di dunia mana kah ini?" but okay la.Selamat sikit jadi yang 'Halal' buatnya.Setiap langkah kini di redhai.Abah dan Ma dah mula lena tidur :)
 
9th Dec 2011- Tarikh anjakan status | Majlis Pernikahan | Tema Arabic.Menangis juga la selepas Mr Izham yang berstatus 'Suami' dengan sekali lafaz melafazkan nikah.I dah pesan jangan ada sesiapa ahli keluarga yang menangis tetapi bila melihat Abah mengalirkan air mata, dengan pantasnya saluran air mata i menjadi air terjun tujuh tingkah yang mencurah-curah.
 
10th Dec 2011- Majlis Persandingan | Tema English + Tradisional Melayu.Pagi-pagi i sebagai pengantin perempuan sendiri mempersiapkan 'Pari-pari' yang akan mengiringi i sewaktu majlis.Dalam 5 orang anak-anak kcil yang comel.Penat juga la, buat rambut, makeupkan ala 'pari-pari'.Siap... semua nampak comel macam pari-pari dalam story snow white.Penat juga la nak siapkan mereka.
 
Sesi kedua, i makeup untuk diri sendiri pula.Guna kelebihan yang ada pada diri.Selesai makeup, tugas Pak Andam i pula untuk pakaikan salinan i pada hari tersebut.Busana Moden Dress.
 
Saat di nanti, ketibaan pihak tersayang di iringi dengan paluan kompang RM250 (hihi) dan juga di iringi oleh dua orang  pemegang bunga manggar bagi menampakkan elemen tradisi perkahwinan melayu yang sudah hampir pupus.I mengantur langkah.Serius malu sangat, tak sangka sambutan yang meriah kerana ramai hadirin yang hadir.Abang-abang and kakak punya kerja la tu, jemput ramai sangat.I jemput tak ramai pun sebab i cuma mengharapkan majlis sederhana sahaja.Sebelum melangkah masuk ke singgahsana, di beri penghormatan dengan pertunjukkan aksi 'Boxing/Tomoi'.
 
Nak lebih cerita lagi...next entry.Sekarang nak out pergi beli barang makeup sikit untuk makeup dinner function esok.
 

Wednesday, November 9, 2011

Rindu tapi kena lupakan seketika waktu...

Lama rasanya tak jenguk kat blog kesayangan.
Blog ini umpama diari untuk hari tua, untuk tatapan anak dan cucu.
Hari ni dapat lepas rindu menaip sepatah dua.

Buat sementara ni i terpaksa lupakan blog hati i ini buat seketika waktu.
Insyallah after December,akan tercoret seribu kenangan yang terindah.

Love 


Saturday, October 29, 2011

Potraiture Model Pilihan Touch of Mizz Ida| Yanie


Special gift untuk Yanie yang telah menjadi Model Pilihan bagi event "Model-model Cun" 

Personal Photoshoot and Makeup tajaan
IzhamSulaimanPhotography & Touch of Mizz Ida

Nanti i akan tunjukkan banyak lagi gambar Model Yanie yang cantik nan manis ini.
Tunggu gambar dari My photog
Sekarang i nak pergi tengok Masterchef dulu
:)

Wednesday, October 26, 2011

Esha menangis di majlis hari lahirnya & Mia oh Mia teruja tengok makanan

Evening birthday party Sabariatul Fitrah Nuraisya yang ke 5 tahun.Seperti majlis hari lahirnya pada tahun yang lepas, dia pasti akan menangis di majlisnya itu.Nak tahu sebab apa?Jom....

Lakonan semula...(Penuh dengan gambar)
Esha : "Kawan-kawan, cepat la datang dekat meja sini.Esha nak tiup lilin dan potong kek sekarang.
Kita menyanyi lagu hari lahir sama-sama ya"
Esha: Nak tiup lilin sekarang ya mama
Acha: Awak rasa boleh ke Esha tiup lilin?
Mila: Saya rasa tak boleh...keluar air liur je
Acha&Mila:ketawa bersama
Acha:Boleh tak esha?kalau tak boleh,biar kakak tolong tiupkan
Esha:Tak nak la, Esha boleh buat sendiri
4 lilin berjaya di tiup, tinggal 1 lilin yang tak berjaya dia tiupkan.
Esha mula rasa putus asa...
Lalu menangis....
Mama Esha: Tiap-tiap tahun macam ni, Esha cuba lagi.
dan gagal lagi...
Akhirnya Acha tiupkan lilin terakhir untuk Esha.
Gara-gara Esha tidak mempunyai gigi hadapan
(hikhik Maksu ketawa)
Esha kembali ceria setelah di pujuk
Mama Esha: Esha potong kek untuk kawan-kawan ya.
Esha: Esha nak potong untuk Esha dulu, Esha nak gambar Upin Ipin, Esha nak coklat bola tu juga mama
(semua dia punya, orang lain kasi tengok je la)
Acha:Bak la kasi kakak satu coklat bola tu
Esha:Mana boleh, ni kek hari lahir Esha, bukan Kakak punya.
(Tom & Jerry)

Birthday girl harus lah potong kek paling besar untuk diri sendiri kan
Angah (baju hitam) : Macam nak tambah kek la
Mini Conetto
(Maksu punya)
Maksu makan 3 pc
Esha: Saya dapat hadiah basikal!!
kalau kawan-kawan nak dapatkan hadiah yang best pada hari lahir, menangis la seperti saya
(untungkan budak-budak sekarang, bila birthday dapat hadiah bukan main best je.Maksu dulu...tak merasa pun tau)
To Esha happy birthday from Maksu.Walaupun Esha sikit nakal but Maksu really really love you so much.Jadi girl yang baik, berjaya and cantik ya.Muah

Selesai....

Ops belum lah, Mia mana mia??








Mia: Mia sini maksu..
Maksu: Bb maksu kat sini ya.Tengok apa tu?
Mia: Mia nampak jajan la maksu.Nak boleh?
Maksu:No no no
Mia: Sikit pun tak boleh ke?
Maksu: No, nugget boleh
Mia: Erm...nugget?
Mia: Nugget pun nugget la janji makan...
Mia: Sedapnya Jajan ni, tak kira la..nak makan juga.

Mia: Tak boleh tahan la...
Mia: Dapat....sedapnya
Maksu: Ooo makan jajan ya?!!
Mia: Ops..
 Last, Mia kena marah ngan Papanya sebab curi-curi makan jajan.Tak bagus la budak kecik makan jajan.

Mia kuat makan!

Sunday, October 23, 2011

Ma ajak ke Ten Ten...


Ma and Kak Ros sibuk beli barang-barang kelengkapan untuk merewang tapi i rambang mata tengok selipar bilik and beg-beg yang cute.

Semua orang sibuk masuk bilik i nak pakai selipar bilik i yang cute ni,
termasuk Mia Demok.Eiii tak malu, beli sendiriiii :P





Lepas ni kena sorok selipar i ni, takut Mia ambil buat macam dia punya
:)
yellow bag yang cute bertambah-tambah cute bila berada dalam my makeup box.
Ada dua bahagian yang di jadikan tempat tambahan bagi eyeshadow and lipstick yang dah banyak sangat.
Perlu di gantikan box yang lebih besar tapi tunggu la i menang 

"Contest Diet & Hadiah"
bukan sahaja makeup box malah berbagai lagi hadiah yang menarik bakal menanti dari pihak "penaja"
:)

"Saya sayang maksu sebab..."

Jam dah pukul 2:31 pagi tapi i still belum tidur.I habiskan masa tengok youtube,makeup tutorial la...apa lagi.Seketika tadi i ke toilet, selesai...masuk bilik and ke meja solek.Alihkan botol bedak,tiba-tiba ternampak satu nota.I baca isi kandungan,selesai baca i letakkan kembali nota itu sambil tersenyum.I mencapai Acne Gel Simpy Siti dan menyapu pada sebiji jerawat yang sedang denyut-denyut di pipi kiri.Jerawat nak sampai masa la tu.

"Saya sayang Maksu sebab dia baik.
Kalau mak saudara lain semuanya kurang suka saya,
Tak tahu lah kenapa, sebab saya tak cantik kot.
Kalau Fatin semua orang suka dia sebab dia cantik.
Nanti saya nak jadi macam Maksu, jadi jurusolek"

Nota kecil yang bertulisan agak comel dari Kakak sedikit menyentuh perasaan.Ya, kakak memang rapat ngan i.Dari dia kecil sampai la sekarang yang baru selesai menduduki peperiksaan UPSR.Setiap hujung minggu dia akan ke rumah ini untuk bersama dengan i.Dia memang manja, sensitif...salah tegur sikit mula nak merajuk.Kalau dah berhari-hari duduk dengan i, bila nak balik rumah papanya,menangis-nangis macam akan setahun tak jumpa dah.

Bahagian belakang nota, ada ruang kosong...i mencari pen di dalam handbag,

"Kakak, jangan fikir macam tu, 
semua orang sayang kakak,
Tak ada nak bezakan yang Fatin cantik or Kakak tak cantik.
Dua-dua pun cantik.Tapi kalau nak lagi cantik, 
dengar cakap Maksu...
Jaga kebersihan, jangan malas mandi dan jaga pakaian bersih-bersih.
Satu lagi, kakak jangan bersolek sendiri sebab kakak belum pandai bersolek...
jadi nampak tak cantik.
Tak mau sedih-sedih, Maksu ada.
Nanti Maksu jaga Kakak supaya jadi gadis yang baik dan cantik.
Minta duit ngan papa, nanti kita pergi shopping baju cantik-cantik :)"

Maksu sayang semua anak-anak saudara maksu,
tak pernah nak bezakan cantik ke,hitam ke, busuk ke, 
semuanya penyeri hidup Maksu.



Dah la ya, maksu ngantuk.
Esok pagi tolong kejutkan Maksu, kita aerobic sama-sama.

Thursday, October 20, 2011

CONTEST "DIET & HADIAH"

Contest ini tidak terbuka pada siapa-siapa... :) 
Pertandingan melibatkan i sorang-sorang je
tamak, tak nak kongsi hadiah
Hadiah sponser by My Future Hubby wow!

Contest bermula hari ini!
Macam mana untuk menang hadiah?

Senang je...

*I akan memulakan proses DIET!
no makan-makan Fastfood ke Nasi Lemak ke Pisang goreng ke KEROPOK LEKOR ke
erti kata lain segala makanan yang berlemak dan berminyak
Please katakan TIDAK! ah tak syoknya :(
Makan makanan yang berunsurkan rebus-rebus sahaja seperti contoh
Bubur, Singgang Ikan, Bihun Sup or Sup Sayur

*SIT UP 100x!!! before Sleep and 200x!! after bangun tidur
 tak boleh di kurangkan ke 20x je ke? 

*Buat Aerobic Dance di rumah
kalau dah malas sangat nak pergi jogging kat Taman Bandar

Itu je....senang ke???  :-s

*Contest berakhir December 2011
singkatnya kasi tempoh,melampau la tewww :(
*Hadiah tempat Pertama yang menanti
memang untuk tempat Pertama je, I sorang je yang masuk contest ni
 merupakan set BERLIAN RAFFLESIA
tettttt bohong je...ingat Memey ke nak sponser bagai menyampah ops! memang sengaja cakap
Hadiahnya RAHSIA :) 


Hari ini i bawa bekal nasi 1 senduk and ikan masak pindang

Cute kan?

Wednesday, October 19, 2011

SAFETY AND HABIT

Lihat objek yang di bulatkan pada gambar
Kunci kereta buat tidur malam lebih selamat.Kalau kot ada perompak ke hantu ke, tekan alarm kereta.Lintang-pukang la perompak dan hantu itu.Mulanya di jadikan salah satu penggera keselamatan tapi lama-kelamaan dah jadi habit pula.Pengaruh TV kuat kan i ni?~


*Pastikan Kunci kereta Model Perodua, boleh tekan alarm walau jarak jauh...jauh tak jauh sangat la ya :)

*Nak lebih safety, Install la Sistem Penggera Keselamatan Rumah,
Boleh klik website www.targetes.com.my (boleh contact i kalau nak pasang Alarm System ya) :)


Monday, October 17, 2011

Coret-coret pagi Isnin

Pagi-pagi 6:15 pagi dah terkejut dari tidur.Kedengaran sesuatu di tingkap.Celik mata and terus memandang ke arah bunyi yang aneh.Natasha sedang berusaha terjengkel-jengkel membuka tingkap namun hanya berhasil membuka separuh sahaja .Hanya cukup dia menghulurkan tangan melambai ke arah Tokde nya (Ayahde) yang akan berangkat ke kerja.I hanya melihat saat yang sedikit menyayat hati.Kemudian Natasha cepat-cepat beralih arah ke pintu depan rumah berlari-lari untuk mendapatkan Ayahde tetapi hampa, ayahde sudah berlalu pergi.Dengan perlahan i berkata, "tak payah la kejar, TokDe dah pergi pun" dan saat itu la Natasha menangis teresak-esak, baring sebelah i dan memeluk erat.

Natasha memang sangat rapat ngan Tok saudaranya,Ayahde.Memang tak berenggang.Itu lanya , bila Ayahde nak balik ke tempat kerja, mula la sedih nangis-nangis.I niat nak ejek-ejek Natasha, "tak malu ke nangis-nangis?" tetapi cepat-cepat tersedar, dulu pun i macam tu juga, menangis terjerit-jerit, terlolong-lolong bila Ayahde dah nak balik kampung.Ayahde memang manjakan anak-anak saudara and cucu-cucu saudaranya.Baik sangat.

Stop la cerita pagi yang menyayat hati sikit.Natasha ni, pagi-pagi dah buat drama sedih,kecoh je :)

Semalam i selamat sampai dari kampung.Dalam pukul 3:30 petang lebih-lebih sikit macam tu.Majlis tahlil untuk arwah Mak selesai dengan selamatnya.Ramai juga ahli surau yang datang.I penat menolong itu ini akhirnya tak sedar tertidur di ruang dapur.Sedar-sedar dah pagi.Suasana pagi buatkan i rasa rindu pada arwah Mak.Biasanya kelihatan dia berkain batik duduk di anjung pintu sambil mengobek sireh.Sebab tu arwah Mak tak pakai gigi palsu.Selalu makan sireh.

Tengah hari dah nak bertolak balik Kuantan.Bersalaman dengan Ayah (Tok).Sambil-sambil tu pujuk Ayah ikut balik duduk Kuantan.

"Tak apa la, Ayah sayang nak tinggalkan rumah.Tinggal "Mak" "

Ya...sepasang baju arwah Mak di tempat Ayah tidur dah cukup mengatakan pada kami yang dia rindukan arwah Mak.Hope Allah lindung Ayah yang kesorangan di rumah itu.


"Pemandu F1" memandu dengan berhemahnya untuk trip balik kampung kali ini.Sangat la bagus hingga buatkan i tenang duduk di seat belakang Exora, menikmati Dove Hazelnut sambil bersilang kaki tanpa selipar.

Balik dari kampung, yang tersayang pula pergi ke Segamat selama 1 minggu.Dah lama tak berpisah jauh dalam tempoh yang lebih dari 2 hari.Sesekali perlu juga untuk berpisah sekejap.Untuk mengerti sedikit yang perlu di fahami setiap apa yang berlaku antara kita sejak dua menjak ni kan.Ujian dalam tempoh bertunang ni macam nak masuk Fear Factor pula.Nak rebut 'duit juta-juta' kena kental tempoh halangan demi halangan.Hope kita dapat ganjarannya nanti...'juta-juta' gitu. 

Saturday, October 15, 2011

Coret-coret di pagi Sabtu

Handphone berdering, i tersedar dari tidur.Bukan bunyi alarm clock tapi tunang i call kejut bangun.Pukul 5 pagi i sms dia minta kejutkan i if dia bangun awal.Sebab takut terlajak tidur.Semalam pukul 3 pagi Esha merenget-renget minta buatkan dia susu.Umur 5th tapi like a baby,malam-malam nak susu lagi.Mama dia kerja shift malam.Papa dia pula kerja jauh.Kesian Esha and Mia, selalu kena tinggal.I ni kalau dah terjaga so susah la nak tidur balik.Pukul 5 pagi baru mata nak tidur.

Sekali lagi tersedar and terkejut dari tidur bila dengar suara abah pula yang kejutkan i bangun.La..rupanya i tertidur balik after sayang call :) Tengok jam dah pukul 7 pagi.Cepat-cepat bangun pergi mandi.Keluar bilik lalu depan ruang tamu, tengok Esha, Acha and Kakak Iqa tunggang langgang tidur depan TV.La..baru i ingat semalam masa tersedar Esha merenget-renget minta buatkan susu, rupanya I pun tertidur depan TV bersama mereka.Oh ya la, pukul 4 lebih i masuk bilik on laptop tengok makeup tutorial di you tube.Pukul 5 baru mata ngantuk dan time tu la i sms sayang.Terus tidur dalam bilik, tinggal mereka bertiga tidur depan TV.
Abah lagi dasyat, tidur depan TV kat dapur.

Pagi ni rasa lain...aah la, Ma tiada kat rumah.Ma balik kampung semalam ngan Ayahde.Malam ni ada kenduri arwah untuk Mak (nenek).Patut la rasa rumah tak berseri pagi ni dan bila Ma tiada kat rumah,mula la masing-masing berselerak tidurnya.Ada something yang kurang juga ni...(tanda tanya) owh Mia!!selalu pagi-pagi masuk bilik i, pagi ni tak ada pula demok i tu.Mama dia dah hantarkan ke rumah mak mertua dia, minta jagakan.

Cuba untuk awal sampai office, tapi tak awal juga.Maklum la mood saturday.Kerja pun halfday so lambat-lambat bersiap, tak apa la kot...banyak company yang cuti so tak ada la siapa-siapa call office sangat.Baru je nak buka pintu office, boss i sampai...ops! Boss turun dari kereta, senyum and berkata

"Aida lewat... "(dia seorang sesat panggil i Aida)
"No la...boss tu yang awal"

Biasanya pukul 10 pagi baru dia masuk office.Maybe firasat dia dapat merasakan i lewat hari ni kot.Tapi bagus juga dia masuk awal sebab sekejap tu dia keluar bila dah settle kasi arahan pada technician apa kerja yang perlu buat hari ini.Itu ini, itu ini...dia pun out.Yess!seronoknya boss keluar.Rasa nak melompat atas meja.But tersedar yang i under CCTV Surveilance & Recording.Kurang asam~ Jangan main-main, boss boleh tengok i walau di mana dia berada.CCTV ada sistem networking taw.So kena buat la macam buat-buat busy.Hakikatnya i sedang laju taip cerita di blog ni.Ihik!(gelak gedik)

After work pukul 1 balik rumah siap-siap, i pun akan menyusur balik kampung bersama Kak Ros, Abang Saba yang baru balik tadi dari Gemas dan "watak-watak kartun comel" Acha, Esha, Mia and juga Kakak Iqa.Tiba-tiba dah rasa sayu di hati.Bila teringatkan tiada lagi arwah Mak kat kampung.Biasanya kalau balik kampung, happy bila masing-masing layan arwah Mak.Arwah Mak nak makan ke?Arwah Mak nak mandi ke?masing-masing sibuk nak pimpinkan Arwah Mak jalan, sebab Arwah Mak dah tak kuat sangat nak berjalan, sakit lutut.Tergelak tengok telatah Arwah Mak melatah di usik cicit-cicit yang ramai macam anak burung.

Kalau bercakap ngan Arwah Mak kena kuat-kuat, telinga Arwah Mak kurang dengar dah.Arwah Mak tak pernah dengar apa i cakapkan, i rasa dah kuat bila bercakap tapi Arwah Mak tetap tak dengar juga so terpaksa la suruh Ma kasi tahu apa yang i nak cakap kat Arwah Mak.Baru Arwah Mak dengar.
I yang bersuara lembut memang nasib sebegitu.

Kini balik sana, cuma tinggal Ayah (tok) sorang-sorang je.Tak apa la...walaupun Arwah Mak sudah tiada lagi.Arwah Mak ada tinggalkan kenangannya di setiap sudut rumah usang itu untuk anak-anak,cucu-cucu and cicit-cicitnya melepaskan rindu.

Sekejap lagi nak balik kampung, i tak drive...tapi 'Pemandu F1' yang akan drive nanti.Abang ipar i la.Dia bawa kereta laju, i takut.Hope selamat la sampai and kembali.Amin amin amin (harap-harap sangat la ni)

Ala...perut dah lapar.Tadi breakfast makan Sandwich and minum Mocha Nescafe.Sayang belikan.Dia cuti so buat "Budak Pizza" Pin pin!! breakfast sampai!.

Aduh, tak tahan la lapar sangat ni.
Stop dulu la, kelaparan.Nanti sambung coret-coret kisah balik kampung pula...

Friday, October 14, 2011

MIA OH MIA (SWEET DREAM)

Di malam hari,

Mia:Ermmm
merenget manja sambil jari menunjuk-nunjuk seolah mencari mana mamanya.
Maksu:Mama work...
Mia:Ermmmm ...
masih merenget  manja dengan linangan air mata.
Seketika mula menguap tanda mengantuk.
Maksu:Maksu dodoikan ya...
on laptop,sign in blog...biarkan muzik background berkumandang.
Mata Mia mula layu...
Seketika, Mia lena di atas ribaan Maksu.

Dialog bisikan:
Mia,maksu baringkan di atas katil.
Malam ni kita tidur sama-sama ya,
biar kakak Esha and kakak Acha tidur  bersama Tokma.
tapi Mia jangan nangis minta susu taw,
Esok Maksu nak work, nanti maksu tak cukup tidur.


Dialog bersama Ma:
Kalau ma dengar Mia nangis, ma buatkan susu untuk dia ya.
Ma:ya...


Maksu pastikan Mia tak jatuh katil ya
 tapi kalau jatuh pun tak apa 
because Maksu dah letak bantal di lantai sekeliling katil.
Kalau Mia jatuh, so tak sakit la.
Nangis terkejut je



Good Night 'bb' Maksu

Sweet dream...
di sertakan ciuman penuh kasih sayang.
Muah~


Zzzzzz





Sleep Tight

Thursday, October 13, 2011

Stiletto Heel Open Toe for my...

Stiletto cinta untuk hari bersejarahku.
agar tersarung cantik dan menawan padangan si dia bakal Suamiku