Friday, September 30, 2011

Outing "Fairy Forest"

After work, 5 pm.I makeup for model my sayang Mr Izham untuk project shoot dia yang berkonsepkan "Fairy Forest/Angel in Jugle" atau bahasa melayunya "Puteri duduk dalam Hutan" :-)

Mr Izham request makeup ala-ala puteri hutan ya.....saje la tu nak uji i.Katanya dia kenal i yang lebih sukakan kelembutan dan kesucian dalam kecantikkan.Pernah la sebelum ni dia minta i buat solekan colorful conteng-conteng muka.I say NO!tak nampak kejelitaan model i nanti :-)

So kali ni i kasi la apa yang dia hajatkan....

Jom i kasi tunjuk sikit...nak tengok gambar lebih menarik lagi boleh ke Blog dia ya.


Editor : I buat sendiri..main buatttt je




Touch of Mizz ida|behind the scene,

teach model how to pose


IzhamSulaimanPhotography|behind the scene

Copyrigh of Mike Nakemana
Skill kena lebih 


Mizz Ida|"Fairy Forest"





Selesai...

Monday, September 26, 2011

Satu SENI









Dalam mengisi masa lapang, kami Touch of Mizz Ida & IzhamSulaimanPhotography bersama dalam meningkatkan mutu antara kami dalam dua bidang yang berbeza tetapi serasi bersama di dalam satu 'SENI"
Mempertengahkan konsep Urban Arabic yang mula di terima dan menjadi ikutan terkini dengan gaya "Pasmina" and "Maxi Skirt" dalam fashion terkini wanita berhijab di Malaysia.

URBAN ARABIC (CLICK HERE)

Touch of Mizz Ida mempertengahkan solekan moden arab dengan rias mata yang galak namun masih menampakkan keayuan wanita berhijab dengan sentuhan warna-warna semulajadi.

IzhamSulaimanPhotography menghasilkan seni gambar yang unik dan menarik.Penghasilan seni dalam setiap sudut.

Nantikan kisah Satu Seni kami seterusnya nanti
untuk tatapan bersama.





Saturday, September 24, 2011

MIZZ IDA|URBAN ARABIC





Photog + Editing : Izham Sulaiman Photography
Makeup :Touch of Mizz Ida
Talent : Mizz Ida

Friday, September 23, 2011

GAYA COTTON SHAWL MIZZ IDA

video
                                                 

This tutorial special for u cute girl
Puteri Rabiatun Adabiah
 or dengan panggilan manja Bb

Sorry la Bb, akak buat tutorial macam orang bisu je.Kalau akak bercakap pun, Bb tak dapat dengar dengan jelas juga.Suara Cam laptop akak ni tak bagus kot.

Untuk gayakan shawl seperti akak ni,
Bb hanya perlukan inner cotton/inner neck, shawl Cotton, 2 pc brooch and 1 needle. 
Selamat mencuba ya,kalau kurang faham..
tengok and try lagi
tengok and try lagi
tengok and try lagi
sampai...

Boleh!

:)

Muah.





Wednesday, September 21, 2011

TUDUNG YANG JARANG SANGAT PAKAI

Tapi ada masa terpaksa juga pakai.Nak pula bila time dah lambat sangat-sangat nak pergi kerja.

1) Tudung Instant kot orang panggil..or tudung Ekin Mawi
Jenis ni memang i tak suka pakai sangat.Tengok orang pakai cantik tapi bila sendiri pakai macam tak sesuai dengan muka.Muka i ni jenis bulat, rasa makin bulat je.

Pernah la kawan i jual, i beli sampai 4 helai tapi just sekali pakai, lepas tu i kasi la Ma satu, Kak Ros pun i kasi pakai and lepas tu i dah tak pakai dah.
Bila pakai tudung ni, sedih pun i terpaksa senyum sebab tak nak nampakkan muka yang bulat.
Bila senyum nampak la sedikit bujur.

Ini pun pinjam yang Ma..ituari lewat sangat nak pergi kerja.Main capai je and terus pakai.
Mr Izham cakap cantik,ye dok?
2) Selendang bersama anak tudung syria.
Tudung Syiria, adik beradik tudung instant juga.Bezanya kena pakai 2 lapis.I tak suka juga pakai.Yang ni lagi la ketara menampakkan kebulatan bentuk muka i.Kalau i pakai pun, I pinjam yang Kak Ros.Itu pun sebab nampak Kak Ros pakai cantik sangat, macam minah arab tapi i pakai tak nampak minah Arab,minah lain.Maybe hidung Kak Ros tinggi, hidung i pula tak tinggi macam dia.Tapi sama juga la perasaan, bila tengok adik-adik manis pakai, ala comel-comel je.

Cuma pakai inner syria bersama shawl,sebab terpaksa  setelah semua pasmina
di  basuh and malas nak iron tudung bawal

Teringin juga nak pakai syria sambil kepit ribbon or flower pin yang cute-cute tapi tak sesuai dengan umur pula rasanya.I la, orang lain pakai sesuai je i tengok.

Itu aje...


Three word~

SCENE BEFORE: COLORFUL NIGHT DINNER

Kisahnya...
Mr Izham minta i menemaninya ke majlis makan malam anjuran Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, University Collage Shahputra, di mana tempatnya mengajar.I sebagai tunangnya yang tersayang, sedia menemani dengan izin Abah dan Ma.Janji teman i balik rumah.Tak nak balik sorang-sorang, i segan takut

After work 5 pm, i cepat-cepat balik rumah..tak nak kelewatan sebab katanya 8 pm must kena ada kat sana.Di sana tu, di mana ya? :) Di Hotel M.S Garden, Kuantan Pahang.

Sesampai di rumah,masuk bilik....

Letak baju and shawl atas katil dan tenung selama 5 minit.Fikir, macam mana perlu i gayakan benda alah yang berwarna-warni and sesuatu yang berwarna kuning, bisa menyakitkan mata orang yang memandang?Jenis i memang kurang la nak pakai pakaian yang berwarna-warni ni, rasa macam kanak-kanak je.I lebih sukakan warna-warna bumi..semulajadi.Baru nampak wanita gitu...Zaman untuk nampak cute dah berlalu bagi i kot :)

Dah tahu tak suka, why nak pakai?Erm...bab kata orang masuk kandang kambing kena bunyi kambing la kan.Sebab majlis makan malam berkonsepkan "Colorful Night" so i kena la kelihatan colorful on dress.Kan..

Day before...

I keluar shopping bersama Miss Fetty, my BFF.Tujuan nak beli baju for colorful night dinner.Lokasi ke Megamall.Kebetulan memang nak makan McD..Tengok ada booth baju-baju.Menarik.So senang, tak payah nak pergi banyak butik.Mulanya rasa nak pakai skirt color biru cantik.Memang cantik sangat tapi bosan la asyik pakai skirt je.Try pergi satu booth ni.Ternampak satu dress yang memang sesuai dengan konsep dinner tu nanti.Gaya pun agak sopan.Harga RM 79.90.Miss Fetty pun cakap cantik.So i terus la beli.Koleksi shawl dah banyak kat rumah so tak payah beli dah.Senang..

That day...



Bab aksesori...i tak bimbang,Sebab i memang banyak koleksi.Dari segi handbeg and shoes.Cuma tambah ring and scaft.Kedua-duanya color pink.Baju dah colorful, so kena la match dengan aksesori yg soft color&plain.Baru tak nampak terkejut.

Part yang paling i suka...

Tatarias...Kalau biasa nak makeup for dinner,mahu RM100-RM150 tapi i makeup sendiri so jimat.

Walau seawal mana i ambil masa untuk bersiap, i still lambat juga.8:20 pm juga la i and Mr Izham sampai hotel.Nasib B i tak marah, Three Word!

The Best Dress for category VIP
Thanks Ya!
Muah

Sunday, September 18, 2011

Kepada yang berkenaan

I terima satu pesanan di inbox FB.Yang telah mengguris hati i.I sabar and sabar tapi sabar manusia ada batasnya.

"woit betine ko x yh la nk add2 laki aku..aku x suke r..ko nie mmang betine gata la..nnt kag ko tlis kt blog ko yg laki aku tgile2 kt ko la asik lalu dpan opis ko la ape la..sdang kn ko yg gile kt laki aku..dh2 la nk runtuh kan rmah tangga kami..kami dh bahagia skarang..dh betunang 2 bt cara dh betunang nie nk mgatal agi ngn laki aku..ko pkir la sndiri sbb ape laki aku tggal ko dlu plih org lain.."


** Kenapa dia tak cakap kat laki dia ea "dah kahwin buat cara dah kahwin, why nak ulang    alik lalu depan office i kan" :) laki dia baik sangat kot


Kepada yang berkenaan di sini ada sedikit penjelasan..


i add dia ats dasar kawan sekolah.just jadikan dia list friend FB i.I ni bukan jenis nak bermusuh dgn org wlupun org tu dh byk susahkan i.Ada 35 mutual friend SMKBG yang add FB dia juga tp y i je u tuduh like this.okay fine.sejarah i and dia dh 7 keturunan berlalu.sedikit perasaan pn tiada dlm diri i.klu u bca kisah i di blog and fhm okay i lega sgt.sbb i mmg mghrapakan dia baca dan fhm.sebab i dh byk kli ckp kt dia jgn dtg opis i tp dia still x fhm2.I tak kata dia tergilakan i tapi i tak nak mulut orang macam u akan tuduh i ni tergilakan laki orang.Patut la dah tak nampak kelibat dia berkali-kali lalu depan opis i lagi.I pun jadi naik malu dengan jiran-jiran opis i.Kadang-kadang i terpaksa buat-buat tak nampak kereta wira merah dia stop depan opis i.Kalau nak bukti,i ada beberapa saksi yg tahu dia mmg slu dtg depan opis i.Tunang i sendiri pernah ternampak dia datang depan office i.I pun dah report kasi tahu boss i.i dah slu ckp ngn dia jgn dtg cari sbb i x nak u tahu and tuduh i bukan2.Katanya dia just nak berkawan tapi i tak nak sebab apa-apa nanti u akan tuduh i tergilakan dia.Kalau nak kawan rasanya tak perlu la nak datang office.tapi laki u tak faham juga.See..now u tuduh i and maki-maki i juga akhirnya tanpa unsul periksa.U bukan org lain, kenalan i masa sekolah dulu juga.i tahu batas i setakat mana.and i tak pernah nak ganggu kebahagiaan u and dia.utk pengathuan u i bersyukur sgt tak temu jodoh dgn dia dlu.sbb byk hikmahnya.Tuduhan u pd i memang melampau,dari dulu sampai skrg tapi i sabar,.Sebelum u nak maki hamun and tuduh i bukan-bukan better u siasat dulu keadaan sebenar.Hope u jelas and lepas ni tiada apa2 masalah lagi.okay.Thanks.


I berani kerana benar.

Allah S.W.T maha mengatahui.

Bukan seorang lelaki yang sering mengganggu i di office tetapi ada dalam 5-6 orang lelaki sebelum ni.Klik sini untuk kisah i sering di ganggu.I sendiri pun tak faham kenapa i sering di ganggu.Tapi sekarang alhamdulilah cuma ada dua orang budak je yang tak tahu apa masalah sering kali lalu dan memerhatikan i dari luar office.Kalau ikutkan takut sangat tapi tak kan sampai i nak berhenti kerja pula kan.Just berdoa je la moga tak ada apa yang berlaku.Lepas tu nasib baik juga bodyguard i as tunang kesayangan yang selalu datang berjumpa bertanyakan keadaan i dan mengawasi i waktu pagi 
dan tengah hari.Terima kasih sayang :)


I tak ada masa la kot nak fikir bab-bab yang tak masuk akal seperti di atas..di usia 28 tahun rasanya dah tak perlu nak berperangai seperti kebudak-budakan.Baik i lebihkan komitmen i pada kerjaya and family i.


I ada kehidupan i, ada family yang bahagia dan Tunang tersayang yang mencintai i sepenuh hati so rasanya tak perlu la kot i nak mengganggu kehidupan orang lain.Begitu juga dengan i yang tak senang jika ada yang nak mengganggu kehidupan i.So untuk mengelak sebarang permasalahan lagi, orang yang tak sepatutnya perlu la i block FB mereka.Habis cerita kan.I pun tak ada la rajin sangat nak buka profile orang and lihat satu-persatu isi kandungannya.I busy dengan hal sendiri so tak sempat juga nak walking FB kawan-kawan lain.Kadang-kadang yang add FB i pun, i tak perasan sangat siapa.Ada juga yang terlepas pandang.

Kalau ikut malu juga nak publish hal-hal macam ni tapi dengan cara ini sahaja yang boleh i gunakan untuk memberi penjelasan.Hope yang berkenaan tu baca and faham situasi.Sebelum nak maki hamun orang,better siasat la dulu keadaan yang sebenar.Jangan dengar sebelah pihak je.

Dia tak megenali i macam mana...kalau orang dah tahu siapa diri i sebenar, rasanya tahu la i ni jenis yang macam mana kan.I berjalan ke mana-mana nak pandang laki pun tak ada hati i sayang tunang i, ini kan nak ganggu suami orang.Owh please.Cukup lah i dah ada lelaki yang terbaik dalam hidup i sekarang yang jauh lebih baik kot.

Kalau keadaan nampak macam tak okay, i terpaksa la kasi tahu Abang Sulong i.Dia selalu pesan pada i kalau ada siapa-siapa yang mengganggu i, just kasi tahu dia.Dia akan uruskan.Katanya tak nak ada orang buat perkara tak baik pada i.Sanggup ke penjara demi mempertahankan i.I selalu mengadu pada dia setiap kali ada lelaki yang mencurigakan mengganggu i.

Jangan pandang i tak ada mata okay.

Hope semua ini di jadikan pengajaran pada semua. 

Peace~

Saturday, September 17, 2011

"Aku Wanita Biasa"


Yang hanya inginkan kebahagiaan dalam hidup...
Dalam kelembutanku,
Jangan di permainkan,
di perlekehkan,
di kejami,
di sakiti,






Dalam tawaku,
hati kecilku menangis,
sedu-sedan,
hingga tidak berair mata,





Dalam tangisku,
dalam kesakitanku,
dalam kesusahanku,
tiada siapa mengerti...
rasa perit, pedih yang terlalu



Namun...
Langkah kehidupan ku teruskan jua,
walau dalam sakit,
tawa,
duka
ini...








Walau mereka telah,
buat diriku tersungkur...




Ku bangkit...
atas semangat,
namaku Seorang Wanita,
yang tidak kenal erti
tewas...










ku laluinya
dengan

Redha....




Adaptasi sajak oleh Mizz Ida

Photog& Editor : Mr Izham
Model : Me 
Day Makeup : Touch of Mizz Ida