Tuesday, August 30, 2011

Tinggal Satu Hari lagi...

Sambungan persiapan something for something...sebelum tu nak wish hari raya to u.How ur raya?makan banyak tak?Jangan banyak sangat la...raya kan sebulan.Makan 1st raya sikit,2nd raya sikit,3rd raya sikit and begitu la selama sebulan.Baru la boleh maintain ur body kan.Raya i alhamdulilah meriah juga.I betul-betul duduk rumah melayan tetamu datang.Tak sempat langsung nak beraya ke mana-mana.Petang rest tonton TV je.

Okay stop cerita 1st raya...

Malam ni kena start kemas apa patut.Tinggal esok satu hari je lagi untuk i buat persediaan untuk "something for something" berdebar kian rasa.Esok pagi-pagi kena start deko tirai.Buat sendiri juga.Entah la boleh buat cantik ke tidak.Tapi yang pasti simple je.

After Zohor ke bandar pergi ambil barang tempahan.

Kena out sekarang, kalau tak i cepat mengantuk and nanti langsung tak buat kerja kemas-kemas.

(Dapat berita yang sangat membahagiakan..tak sangka sangat,tanjat boboy.Yang pasti macam kisah dongeng.Syukur pada yang maha Esa)

Macam tak percaya~

Alhamdulilah...

Saturday, August 27, 2011

SAMBUNGAN PERSIAPAN MAJLIS | DEKO-DEKO SENDIRI

Ke Kamdar dan Cowboy Supermarket.Barang-barang untuk deko-deko something for something semua dah beli.Rushing je pilih itu ini.Mengejar waktu berbuka, kesian sayang terpaksa berbuka dalam kereta je.Tak apa katanya janji settle semua.I drive sayang makan.Kak Ros di seat belakang tukang pas kuih-muih.I tak apa,cuuuutiiii.

Seronok pula pilih-pilih barang untuk deko-deko nanti.Cuba untuk uji kemampuan diri, buat semuanya dengan hasil tangan sendiri.Tak tahu la rupa macam mana nanti.I nak simple but cantik.

Esok ke bandar lagi nak tempah Kek.

Sambungan next entry...

Mizz Ida


Friday, August 26, 2011

SAMBUNGAN PERSIAPAN MAJLIS

Today dah Jumaat...i dah mula sibuk ke sana ke mari.Cari kelengkapan.Semalam i survey Kek and something for door gift.Just Survey dulu mana yang okay.And semalam juga dah buy something untuk persediaan dari segi solekan.I makeup sendiri.Guna kelebihan yang ada.Bukan sahaja sudah memahami jenis kulit and solekan muka sendiri tapi juga boleh saving :)

After work i, Kak Ros and sayang akan ke Kamdar untuk mencari kain untuk di jadikan Tirai and ke Cowboy untuk mencari bunga-bunga hiasan untuk deko ruang tirai itu nanti.I decide nak deko sendiri, nak test kebolehan setakat mana.Ikut citarasa sendiri dan hasil sendiri...baru ada kepuasan.

Rasanya petang ini tak sempat nak pergi tempah Kek.Maybe esok after work i pergi tempah sendiri.Esok i still berkerja lagi, half day.Lepas tu cuti till 4th September.5th September start work.

Next preparation...continue next entry...

Mizz Ida.

TUTORIAL|SHAWL HOODED STYLE

video

Cara-cara|
Sama panjangkan shawl | bawa ke belakang | silangkan seperti ikatan but dont ikat or pin
next | bawakan shawl ke depan selepas di silangkan | buat Hooded di permukaan muka mengikut keinginan lebar | kemaskan bagi menutup bahagian leher | pinkan
Done



BERLARI-LARI UNTUK BERBUKA PUASA

Planning berbuka di KFC.
Lokasi KFC East Coast Mall.
6:45pm|KFC ECM sesak dengan Umat Islam yang berlapar dan dahaga.
Meja full.
Tukar lokasi|KFC Jalan Pasar
Harapan sudut yang tersorok tak ramai pengunjung.
Rezeki...ada satu table kosong.
Lepas segala lapar dan dahaga.

Renungan|
Kita sedap menikmati juadah berbuka,namun masih ada insan yang serba kekurangan
Syukur segalanya ada untuk kita..

Wednesday, August 24, 2011

PERSIAPAN MAJLIS

Dalam kesibukan menjelang hari raya...i kena bahagikan masa,tenaga dan keringat membuat persiapan untuk majlis surprise pada hari raya yang telah di tetapkan.Persiapan untuk gubahan i dah siapkan 50%.
Tinggal 50% lagi tu akan i siapkan sehari sebelum majlis tu nanti.
Berusaha gigih buat gubahan sendiri,macam tak percaya.Thanks to adik i Eno yang kasi idea :).

Dari segi Dress and shawl dah tersedia.Simple design.Plain macam tu je.Ingat nak design meletop-letop juga tapi masa macam suntuk.Malas nak sewa, i cerewet sikit.

Makin dekat makin berdebar-debar :) sampaikan tak tahu nak fokus yang mana..Raya or majlis surprise

Continue next entry...

Saturday, August 20, 2011

SAYA PERLUKAN "JOZAN" DI SAAT INI

Lately mood tak okay...bila nak senyum, ada je orang sakitkan hati.
Bila baru juga nak ketawa orang buat diri menangis.
Kesiannya kat diri sendiri.

Tak suka juga bila diri di paksa-paksa,
Kalau diri dah berkata tak nak so jangan paksa untuk berkata ya.
Jangan burukkan lagi keadaan.
Ada benda yang boleh di kongsi bersama
and ada benda juga yang diri ini rasa mampu untuk simpan sendiri.


Bila seseorang sedih...jangan di tanya kenapa tetapi cuba buat dia gembira kembali.
Bila seseorang luah segala duka di hati..jadi lah pendengar yang baik
That All...



Bila i sedih...i suka tengok lawak Jozan.
Mereka selalu buat orang sedih ketawa besar.

Friday, August 19, 2011

LAGI TERJADI....

Bila sesuatu itu terjadi lagi..hati rasa gundah sangat.Cuba pertahankan untuk tidak berlaku lagi tapi keadaan itu tetap terjadi.Kenapa?tak boleh ke antara kami sentiasa aman dan tenang, saling kasih dan sayang.Sungguh tak mengerti.

Niat untuk luahkan segala rasa di hati tetapi di salah ertikan.Akhirnya menjadi berantakan.Susah ke dia nak rasa yang diri ni juga ada rasa hati yang terguris dengan sikapnya.Sebab diri ini juga insan biasa.Cuba lakukan terbaik untuk haknya.


Dalam bulan yang penuh bermakna dalam setiap bulan, still berlaku beratakan antara kami.Hingga dia keluarkan kata-kata yang menyentuh rasa hati ini hingga keluar air jernih yang sukar di tahan lagi.Hingga mengganggu prestasi hariku ini.

Hope semua akan seperti sedia kala.Please jangan seksa hati in lagi 

-_-

Wednesday, August 17, 2011

'Kawanku yang Pelik'

Kisahnya...

I ada kawan nama dia Jessica Alba (bukan nama sebenar).Kawan dari di bangku sekolah lagi bangku jenis kayu.Entah la, sejak dia dah mencecah umur seumur dengan i ni sikap dia makin pelik.I rasa maybe pengaruh bumi sekarang yang sudah tercemar dengan persekitaran tidak sihat.Asap kereta,asap-asap kilang di Gebeng yang mengandungi sisa kimia yang dangerous dan juga percemaran cuaca yang tidak menentu.Sekejap panas sekejap hujan sekejap panas sekejap hujan.


Semalam i bersama dia berbuka puasa dan menemani dia membeli dan belah.Sementara nak tunggu waktu berbuka,i and Jessica Alba shopping sikit-sikit.

Kisah dalam Fitting Room...

Kami masuk together. Kawan i Jessica Alba ni test baju...i duduk di kerusi lembut ala sofa yang tersedia.Yang hanya tunggu untuk komen "erm cantik" walaupun tak cantik (bergurau).Masa begitu mencemburui,waktu berbuka tinggal beberapa minit je lagi.

Pukul 7:15 pm baru la kami berlari-lari anak ke Macdonals (sambil taip teringat pula spicy chicken mcd) table full so tak dapat la nak order.Cari altenatif lain.Ada Watson berhampiran, i masuk beli Soya Bean and Kinder Bueno.Agak-agak nampak ada table yang orang macam dah nak habis makan, i pun beratur dan Jessica Alba bersedia untuk merebut peluang meja yang ada.Dah macam warden jaga budak-budak makan kat sekolah berasrama penuh.

Yang i pula beratur sambil minum Soya Bean and makan Kinder Bueno.Habis satu pieces minta lagi dengan Jessica Alba yang sedang berdiri dari jarak yang tak jauh sangat.

Turn order dah tiba.

I : "Erm...kasi 2 set Spicy Chicken,medium size..nak ayam drumstick ya sipu-sipu and 2 pc GCB ala carte and lagi,Erm air nak tukar ke Hot Milo ya"

Miss Mcd: "Itu je?" jeeee?berbuka ke pelahap??

I: "Aah"

Dah dapat menu...perasaan macam nak berlari sambil bawa dulang.Lapar~ Makan,makan dan makan..tiba-tiba Jessica Alba berkata

"Mengantuk la"

Ish ish..i tak pernah lagi jumpa kawan i yang tengah-tengah makan boleh ngatuk and rasa nak tidur.

"U ni kan Jess dah macam baby..tengah makan pun boleh ngatuk"

kan baby kalau tengah makan, boleh tertidur dengan makanan dalam mulut yang tak sempat nak telan.

I : "U know what...u ni kawan i yang pelik ..orang kedua selepas Baby yang boleh mengantuk masa makan.Biasa orang mengantuk selepas makan tau"

Jessica Alba : "Haha..okay what atleast u ada seorang kawan yang unik"

Aah ye la tu :)

Monday, August 15, 2011

PERSIAPAN RAYA DAN PERSIAPAN ITU

Dah masuk pertengahan bulan Ramadhan.Boleh dah kalau nak buat persiapan.Sepatutnya last weekend kena mula buat biskut raya tapi i sayang dengan nikmat waktu tidur selepas Subuh : >.Bila dah tengah hari, mula dah rasa malas nak buat biskut raya.Ambil masa juga proses nak siapkan biskut raya tu.Ramai yang suka Biskut Raya yang "tunjuk-tunjuk" je tapi bagi i tak ada kenikmatan atau rasai suasana hari raya kalau tak buat sendiri biskut raya.Lagi pun i nak Natasha merasai nikmat hari raya seperti i pernah raya waktu zaman kanak-kanak dulu.

Last week tak dapat buat persiapan so this weekend la kot boleh start.Erm tapi pulanya, Ma nak ajak balik kampung.Berbuka puasa bersama ayah(tok) and mak (nenek) di Terengganu.Nampak gayanya tak dapat juga la buat persiapan lagi.Kalau weekday mana sempat..balik kerja pukul 5 petang,nak siap-siapkan waktu berbuka.Malam pula rasa macam waktu cepat sangat.Tak nak la tidur lambat.Nak bangun sahur lagi and nak kerja lagi.I kalau tak cukup tidur mula nak nangis : > Nampak gayanya memang last minute juga la nak buat persiapan.I ingat i nak buat biskut Almond London, Biskut Samprit, Biskut Arab & Biskut Kelapa.Maybe nanti Kak Ros and Ma nak buat jenis biskut jenis lain so jadi banyak la.Tapi i nak juga beli satu jenis biskut, Biskut Tart Gulung, sebab biskut Tart Nenas Gulung i tak pernah cuba nak buat so tak pandai la : >

Erm...persiapan raya last minute and ada satu lagi persiapan untuk "Itu",ada something barang yang tak boleh nak standby awal-awal.Like Kek, Buah-buahan, manisan and hand bouquet.Semua barang-barang tu kena sedia sehari sebelum hari "itu".Biasa kalau raya,kedai tutup atleast three days.Nanti try survey kedai-kedai, tanya macam mana.Kot la diorang tak tutup kan.

Dua persiapan yang terpaksa last minute buat..Haaa Semputtt


Saturday, August 13, 2011

SKEMA TAPI MENJADI IKUTAN..






KACAMATA SKEMA PUN DAH JADI STYLE AND STLO MYLO

Talent:Mizz Ida
Kacamata skema:Mr Izham Sulaiman punya
Shawl:Welcome Butik (Mega mall kuantan/Kuantan Parade,kuantan)
Lokasi:Dalam kereta
Tujuan:Tak ada kerja~

Olahan Mizz Ida: Memang rasa stylo berkacamata skema..walaupun skema ya.Cuma i tak boleh pakai            sebab i jenis suka pakai fake eyelash..tak selesa sebab bulu mata terkena pada cermin.
Boleh la kalau nak try pakai... : beli la satu! 

Friday, August 12, 2011

Andai di takdirkannya...

"Something for Something"
Insyaallah~

Wednesday, August 10, 2011

MIA OH MIA (MEMANDU SECARA MERBAHAYA)

TOLONG JANGAN TIRU AKSI INI!


Mia mula merasa mengantuk ketika memandu kereta...cuba untuk beraksi lebih untuk hilangkan mengantuknya.
maksu punya cerita macam tak menarik je kan
Bosan la...drive sorang-sorang.Tak ada ke susu anmum ke or gula-gula ke dalam kereta ni
mia lori kat depannn!!! maksu tolong jeritkan
Ala maksu ni kecoh la..setakat lori tayar 16 tu..mia boleh elak la..Mia kan pelumba kereta bukan F1 tapi  F kuasa dua
maksu dah tak ada idea nak taip caption :D
WANTED
Pemandu cilik di kehendaki
Akhirnya sudah di hadapkan ke pengadilan 
Moral of the story...

Sayangi anak saudara anda
maksu betul-betul no idea nak taip cerita untuk u mia ahaks

Mia Oh Mia

Tuesday, August 9, 2011

KESIAN TAK?

Sakit hati
Sakit Jiwa
Sakit mental
Sakit perasaan
Sakit Fizikal
Push Stop!





Monday, August 8, 2011

MIA OH MIA (TERTANGKAP)

"Yess...mama mia tido..maksu tengah bersiap pergi work,line clearrrr"
"Hihihi....happynya Mia dapat main sorang-sorang kat luar rumah,syhhhh tak boleh cakap kuat-kuat nanti mama and maksu dengar"
"Ishh kenapa mama pakaikan baju kurung...Mia susah la nak naik buaian ni"
"Miaaaaa!!!"
"Alamak maksu Mia........kantoi sudah"
"Masuk dalam!"maksu
"Baik maksu,baik maksu (potong lah maksu ni huh)"
"Mia cari mama tadi, nak susu....(amacam..okay tak alasan mia kasi)"
"Akhirnya Mia tertangkap oleh maksu :("
LOVE

Saturday, August 6, 2011

AHMAD

Enam hari berpuasa...
Today berbuka bersama sebahagian family.
Abah,ma,ayahde,abang saba,k.ros,mia,acha,echa and i lah.
Ada berapa orang lelaki?
Tiga orang.
Abah, Ayahde & Abang Saba .

Kenapa dengan lelaki-lelaki itu...?

After berbuka i cuci pinggan bersama Kak Ros.I cuci and Kak Ros bilas.
Sambil-sambil borak.

"Best kan jadi orang lelaki..after makan terus keluar rumah hisap rokok,mandi and pergi sembahyang" ujar i

"Erm erm betul" ujar Kak Ros 

"Pastu jadi orang lelaki pun best, tak payah nak risau bila duduk rumah mak mertua.Tak payah nak risau nak masak apa, nak buat apa..kan?"i berbicara manis menikam kalbu 

"aah"balas Kak Ros ringkas tapi padat

"Kita juga penat..balik kerja nak sediakan juadah berbuka, nak hidang-menghidang,nak layan orang lelaki makan,ambil la kuih tu makan..ambil ikan, ambil ayam tu..tambah nasi tu ahh semputtt.
Lagi after makan nak kemas-kemas,cuci pinggan lagi...pukul berapa la boleh rehat kan?"bicara demi bicara i bangkitkan.

"aah kan" Kak Ros angguk-anggukkan kepala tanda setuju.

Sesi mencuci pinggan selesai.Mudah dengan menggunakan cucian pinggan Sunlight.


Sesekali rasa macam best juga jadi lelaki
Kalau i jadi lelaki i nak nama 

AHMAD

why?


sebab Arrora Salwa cakap
Ahmad
punyai peribadi sederhana,
tak banyak bicara,bisa menggetarkan ranah jiwa,
like macam superstar

and yang penting

Ahmad is lelaki paling hebat

:)

Mizz Ida is Mizz Ida
tiada dua and tiada tiga

LOVE

BEHIND THE SCENE "LOVE STORY"

Sedikit tatapan untuk di kongsi bersama...macam mana i and my photog Mr Izham Sulaiman berkerjasama dalam penghasilan seni gambar.Try untuk buat terbaik untuk memberikan hasil yang menarik.Kadang-kadang bercanggah pendapat juga.Waktu kerja kami serius.Tak ada nak feeling manja-manja gitu :)..tak puas hati, merajuk tu..biasa dah :) tapi hanya setakat itu.Antara kami try juga untuk menerima pendapat masing-masing.Untuk dapat yang tebaik kena lah ada usaha sama.

Okay jom...

di sini bermula kisahnya,



Siti Sarah bt Ismail
Ambil pakej LOVE STORY promosi RM100
(Drees sponser dari Rara Beauty House, Makeup,Shoot+editing , soft copy 10pc Photo with edit)
Murah kan?mana nak dapat lagi
dah tak ada dah pakej ni....last promosi before puasa
:))
Lokasi pantai batu hitam, kuantan
waktu selepas hujan
memang cun.

Penggambaran bermula...




sedikit kesukaran, keadaan batu-batu susahkan pergerakan.I terpaksa buka wedges, takut jatuh.Tahan sakit pijak cekerang yang melekat kat batu.
kesian tak??
boleh?
:)
angin kuat...susah nak letak burung origami..nak terbang je.
Nama pun burung kan :)

percubaan demi percubaan
tak kenal erti putus asa
Sarah and Fitri
senang bekerjasama
Rest jap penat,
ahhhh semputttt
Dari atas batu ke atas pasiran pula...

sedikit pertelingkahan pendapat..
muka i macam nak nangis je kan..
:)
tak lah...
kesian photog i sampai terpijak kaca
luka nan berdarah
ewahhh (macam menari)
:)


macam-macam gaya dah i tu
Pakcik Aiskrim terpaksa stop sekejap...kasi kami shoot dulu.
Bagus ni..
ingat nak la beli aiskrim dia tapi cuaca lepas hujan sejuk la nak makan.
Kalau tak 1 tong tu i nak beli...sebab pakcik dah kasi kerjasama.
ahhh semputttt
Siapa di sebalik dalang yang merakam detik-detik waktu itu,


Ini dia

KAKAK SHAFIQA
Budak yang akan menduduki UPSR
my 1st Bro punya anak yang nombor dua,kira CUCU Abah i yang beristerikan Ma i yang nombor 2.
Cucu Ma i yang PERTAMA,yang bersuamikan Abah i..anak lelaki my 1st bro.
(jangan kerut sangat dahi tu tika membaca ya)
Dia ni manja ngan i.I pun suka manja ngan dia.
"kakak, tolong maksu ambil tu"
"kakak tolong maksu buat tu"
"Kakak tolong maksu pergi beli tu"
Tapi bukan suruh tak ada upah
Dia i lantik assistant i bila i pergi makeup orang
:)
Asistant ada upah!
Kami

Mrizhamsulaimanpic

Touch of Mizz Ida

bersatu menjadi ...

ONE MALAYSIA
:)
SESI BERGAMBAR KENANGAN 

waktu Sarah & Fitri di bawa Mr Izham shoot di belakang sana
(tengok mereka kat belakang i tu)
i and Kakak,shoot gambar mengunakan Iphone
:)

Ini bukan Yuna or Ana Raffali
ini
Mizz Ida!!!



Fitri yang peramah 

Sarah yang cun lah

handsome!
ayoyoyoyo





selesai

(pada yang berminat untuk mengabadikan kenangan"pre wedding" "post wedding" "personal shoot"
hasilan dari kami group Touch of Mizz ida)

call now call now call now

013-9863045/017-9303691

and juga yang memerlukan khidmat makeup for any function
also contact same phone nombor

LOVE