Friday, June 24, 2011

"TERRR"

MEGAMALL.....macam dah nak bungkus je.Tapi boleh lagi la nak shopping.I lebih suka keluar shopping waktu weekday, tenang dan nyaman.Tak ada budak-budak yang baru nak "up up" membingitkan telinga.Kalau tak i pening kepala tengok budak-budak macam tu.

Hari ni banyak "Ter" ya... :-) tujuannya satu hal je tapi Termelarat pula.

Termasuk Vincci nampak satu wedges..wow...hope minda leh control.Ya berjaya control.Berjalan menuju mencari sesuatu yang sepatutnya, tapi tak ada.Okay fine...

Ternampak ini...

Bukan Rumah Urut ya
RM 1 for 3 minit
RM 5 for 15 minit
RM 3K++ for pakai sampai rosak

Selama ni tengok sebelah mata je, hari ni rasa nak try buat.I bab urut-urut ni memang tak berani nak buat,
takut sakit... :-)
Dah buat, tak ada la sakit tapi geli.Ketawa je sepanjang 3 minit.
Panjang ke 3 minit?
Tinggi sangat kerusi urut ni
:-)

After that..terjalan, terjalan kan lalu pula depan kedai MAGIC BOO, kedai yang menjual aksesori salon.Beli aksesori sikit."Ter" juga tu, sebab tak ada dalam niat pun.

Seterusnya...lalu Butik Citra Ana, terbeli Shawl Chiffon...ada diskaun, tu yang beli.RM 10 je.

Okay rasanya cukup kot setakat tu...keluar dari megamall and nak balik.Dah keluar dari pintu tiba-tiba terbayangkan sesuatu.Tak beli nanti tak boleh tidur malam, kalau tidur sure termimpi-mimpi.Masuk balik la dalam.....

Ceng ceng!!

Wedges lagi...koleksi yang keberapa tak pernah kira ya.Nampak satu flat shoe,simple and cantik.Try la nak beli, asyik heel and wedges je kan tapi tak boleh la, dah biasa pakai heel and wedges..bila pakai flat rasa macam jalan terlompat-lompat.Kalau berjalan sebelah Mr Izham lagi la i rendah nanti.Jangan tunjuk kelemahan diri (tapi tak suruh bangga ngan kelebihan pula ya) Terus beli and macam biasa...terus pakai :-)) seronok tau pakai wedges baru, terasa langkah semakin tinggi je.Kalau u berminat boleh la dapatkan di Vincci, tak mahal pun.Ada 3 jenis color, macam i beli tu, ada black and brown.

Tiba-tiba rasa lapar...konon tak nak makan malam tapi...

Terasa-rasa di setiap deria rasa i, deria manis,masin,masam dan pahit.
API Ayam Penyet
Extra order
Sayur Pecal
Pedas sedap
Sup Rawon
(beef soup)
Indonesia Milk Tea & Green Apple Milk Pudding
I nak minum Indonesia Milk Tea dalam cawan klasik tapi dia kasi gelas pula
Tak nikmat :( 
Pecal ada keropok
Muka pelik je.
Ermm sedappp!
Konon "TER" kan...tiada istilah pun.Tapi betul la...i guna sistem.. LALU, SINGGAH,TERPIKAT AND BELI.= "TERSHOPPING" lariiiii..........

:-)




0 comments:

Post a Comment