Wednesday, June 15, 2011

SANGAT LA MENGANTUK HARI INI

I'm so sleepy..bangun pagi rasa macam tak cukup tidur.Rasanya tak ada la lewat sangat tidur semalam, pukul 1 pagi i dah tidur yeke tak lewat sangat?? Memang mengantuk tahap sangat sebab masa i tengah mandi, duk bawah water heater pun i rasa cam nak tidur lagi.Biasa kena air terus segar kan.Mengantuk benar la tu kot.

Sampai office still ngatuk..jap-jap i berjalan ke depan and ke belakang.Minum Mocha Nescafe pun tak jadi apa juga.Biasa kalau i minum Mocha Nescafe, terus rasa bertenaga..cerah je mata.Tapi hari ini tak pula.Buat kerja dah ke laut rasanya.Nak buka FB, rasa malas sebab line kat office slow sangat.

Rasa nak buat novel pendek, dalam 50 patah perkataan je rasa.Boleh?tak ada apa yang tak boleh dalam dunia ni.

DUNIA KECILKU

Sinar pagi mula terpancar indah...titisan embun bagai sebuah tasik.Aku melangkah menuju untuk membasahi tubuhku dengan embun yang sejuk nan nyaman.Brrrrr aku keringkan badan ku.Mana ayah dan ibuku.Tinggalkan aku sendirian.Perut ku lapar manisan.Aku melangkah menuju mengikut arah perjalanan.
"Hai...kamu mahu ke mana wahai si merah yang kecil?"
"Mencari manisan sesuap untuk ku bertahan hidup"
"Baik-baik jalan ya"
Pakcik sebelah rumahku menyapa.

Kehidupan ku sebagai si merah yang kecil pada mereka umpama gergasi memang sukar.Tetapi aku bersyukur kerna aku ada kehidupan.Sudah jauh prjalananku..msih tidak kelihatan Ayah dan Ibuku.Perut semakin lapar.

"Arghhh lariii....apa benda tu yang bergerak laju ke arah ku??"
"Ayah!! Ibu!! tolongggg"
Objek besar tiba-tiba terhenti....
"Fuhhh nasib baik sempat mengelak"

Apa tu ya..kelihatannya sungguh besar?Berkaki besar yang berlekuk-lekuk,matanya bulat..mulutnya comel tapi tidak bergigi.
"Miaaaa...mari makan"

Owh itu baby Mia rupanya.Nasib la aku tidak di langgar dengan walker nya itu.Besar betul baby itu.Berlekuk-lekuk lagi.

"Anak Ibuuuu,kenapa kamu ada di sini?bukankah ibu sudah pesan jangan keluar dari rumah kita jika ibu dan ayah tiada di rumah"
"Saya mencari Ayah dan Ibu..saya laparrr"
"Ini ayah sudah bawakan cebisan gula-gula milik Acha dan Echa yang mereka buang merata-rata tempat"
"Anak Ibu..kamu ingat ya kita berada di rumah manusia..jangan kamu cuba-cuba untuk keluar sendirian tanpa ibu dan ayah..nanti bisa di racuni dengan racun Fumakilla oleh mereka"
"Ingat itu ya anakku"
"Baik lah"

tak macam 50 patah perkataan je kan

Kisah Dunia Kecilku di adaptasi oleh i sendiri...mengisahkan kisah semut yang bermaharajalela di rumah i sekarang.Semut api pula tu.Gigit sakit tau..Acha and Echa pula suka sangat makan and buang sisa gula-gula merata-rata.Kasi umpan kat semut untuk bawa geng masuk.Eew..Risaukan Mia yg berkaki debab lekuk-lekuk tu di gigit semut nanti..Selalu merangkak dengan hanya memakai Drypers.Mia oh Mia. 

Yessss tak ngantuk dah :))

0 comments:

Post a Comment