Thursday, June 9, 2011

KALAU I ADALAH PASANGAN KEMBAR

(Ini sekadar gambar hiasan)
Kalau i adalah sepasang kembar?Kalau nama i Ida, pasangan kembar i pula mesti nama Ila ;-) Mesti seronok kan sebab i ada teman setiap masa.Kongsi minat yang sama.I tak ramai kawan pun tak apa, sebab i ada kembar i.Dia bukan sahaja saudara kembar i tetapi seperti sahabat juga.Menangis and ketawa bersama.Duduk dalam rahim yang sama and tidur sure la juga nak bilik yang sama.


Kalau keluar shopping, pasti lagi menyeronokkan.Setiap apa pun akan beli serba dua.
Pakai baju pun sentiasa nak sama pattern je kan.
Nak tengok wayang or pergi karaoka pun senang, ajak kembar i je pergi.
Berjalan bersama mesti sentiasa dapat perhatian.
"Eh eh kembar la"


Kalau sesekali gaduh, sure tak lama kot.Paling kurang kalau gaduh pagi, tengah hari dah berbaik semula.Sebab kalau i nak makan mesti nak makan bersama kembar i.


Dalam dunia Facebook, cuba bayangkan i ada kembar..Letak Profile Picture yang sama, bila kami saling komen di wall, orang akan pelik kenapa i komen diri i sendiri.
Blogging,erm..akan story benda yang sama je kot.
Entry Blog i  
"SHOPPING WITH MY TWIN @ ECM"  
Entry blog kembar i 
"MAKAN DONUT WITH KAKAK KEMBAR @  BIG APPLE DONUT & COFFEE  ECM"
;-P


Kalau i ada kembar, i tak nak kasi kembar i kahwin..sebab tak nak berpisah bilik dengan dia.Nanti i sedih and akan menangis esak-esak di hari pernikahan dia.Tapi tak boleh la macam tu kan, apa-apa pun kena relakan juga.


Kembar seolah-olah macam cermin kan..bila melihat pasangan kembar kita, akan seperti kita melihat diri kita sendiri di depan cermin.Sungguh besar ciptaan Tuhan.


Seronoknya kalau i ada kembar! 


Sepupu i kembar taw..dari kecik hingga dah besar sekarang, i tak dapat nak bezakan yang mana kakak and yang mana adik.Mesti kena tanya dulu, mana kakak?mana adik?.Kalau yang kakak mengaku adik, i percaya je.


P/S:Sekadar sebuah coretan mengisi masa lapang

0 comments:

Post a Comment