Sunday, April 10, 2011

MASAKAN UNTUK KELUARGA

Macam biasa bila cuti i masak untuk family.Tapi kalau Kak Ros kebetulan dapat cuti hari ahad, dia la yang masak.Kerja nurse macam Kak Ros susah nak dapat cuti weekend, kalau dapat tu kira bertuah.Nak cuti kena request.
Back to story...

Abah beli lauk banyak untuk masak..sotong,daging,ayam and ikan.Sayur pun banyak jenis abah beli.Macam dah nak buat kenduri je.Belum sempat fikir nak masak apa Ma dah minta i masakkan dia Daging Masak Lada Hitam.Ala ma...tak jemu ke?bila i masak, menu tu je ma minta i masakkan.
Katanya, Ma suke makan Daging Masak Lada Hitam yang i masak, sedap (sipu-sipu bangga la) terus i laju je potong daging.
Daging masak lada hitam for Ma
(sebab makan ramai-ramai kena hias-hias sikit baru berseri)
Abah ada belikan sotong tadi kan, rasa nak masak sambal sotong.Abah suka makan tu.Ayah de and Abang Saba pun ada hari ini, so i nak masak sedap-sedap, biar sampai mereka menyandar di kerusi after makan.

Abang ipar i (Abang Saba), kalau makan ni mahu kepala dia yang botak tu berpeluh sakan
Untuk 'Tom & Jerry" (Acha & Echa) yang sedikit nakal dalam rumah ni, i masakkan something...semua khasiat dalam 1 masakan.

Telur Bungkus Paprik Ayam. .
Telur bungkus separuh je sebab Paprik Ayam tu banyak so tak berbungkus sepenuhnya.
Sesuai la budak-budak nakal nak makan.Kacang panjang tu memang confirm la mereka tak makan, cuma makan telur and ayam je la kot.Tapi tak apa janji makanan ni sihat untuk Tom & Jerry tu.
(sampai terbakar kain yg i guna utk lenggangkan kuali masa buat telur bungkus ni..buka api kuat sangat.
Kalau tak sedap tak tahu la nak cakap apa lagi)
Erm...masak sedap-sedap tapi ruginya sebab i tak dapat makan dengan seleranya.Ada la rasa-rasa masa masak tadi.Tak cukup...... ;-( nak la makan dengan nasi kan.

Orang diet makan apa?

Makan buah je.
Ada epal,tembikai and anggur hitam.
Letak dalam peti before makan..sedap juga.
Itu pun ada yang nak curi-curi makan...

Aipppp...!!!
Okay dah...nak keluar pergi ambil angin petang.

1 comments:

izham sulaiman said...

dap nye..pandai syg i ni msk..untung nye i.. :))

Post a Comment