Friday, April 1, 2011

CERITA SI KECIL

"Maksu-maksu..ada beli menan (mainan) untuk Esha tak??"
"Banyak cantik...hari-hari nak mainan"
Macam ni la kebiasaan budak sekolah Kemas lima tahun ni bila tiap kali i ke or mama dia balik dari kerja.Stop je kereta, dia akan datang sebelah tunggu i buka pintu dan akan tanya soalan biasa dia,ada ke tidak belikan dia mainan?I ada masa belikan juga la.Tak kisah mainan tu kecik ke besar janji mainan.Tapi tak nak la ajar sangat setiap hari wajib beli kan.Bila tak beli, kalau dengan i tak la tapi kalau dengan mama dia..dia akan cari dalam kereta, ingat mama dia sorok dekat mana-mana.Bawah seat, dalam dashboard pun di bukanya dan sampaikan di minta mamanya buka bonet kereta nak tengok.Mama dia malas nak layan.Mula la nangis hentak-hentak kaki.

Budak perempuan umur lima tahun yang bersaiz kecil ni, nampak je kecil tapi boleh tahan nakalnya.Tapi dalam nakalnya..ada sifat sangat lucu.Nak marah pun boleh jadi tak marah...
Nakal-nakal tetap solat

Okay stop cerita pasal Esha, nak cerita sedikit cerita sadis seorang anak buah i ni..
Lala (berbaju belang)bersama Natasha
Nurshamila..atau i panggil dia dengan panggilan Lala.yang lain panggil dia mila.Dari baby i selalu jaga dia.Dia budak yang sangat sweet.Senyuman pun manis.Dalam senyuman yang manis tersimpan kisah yang sangat sadis...

Ketika usianya 2 tahun...sewaktu dia baru mula boleh berjalan.Biasa la budak dapat berjalan...nak berjalan je la kerjanya.Tak nak duduk diam.Dah mula pandai panjat kerusi.Dan suatu hari tu dia jatuh dari kerusi.Lutut menjadi bengkak sedikit.Ingatkan tiada apa-apa.Hanya sapukan ubat.Beberapa hari dia mula merenget sakit.Di bawa ke klinik, Doktor sahkan ada nanah dalam lututnya.Maybe luka dalam dan mengakibatkan jangkitan kuman.Minta di rujuk ke hospital besar.Bila di bawa ke hospital, terus di tahan wad untuk rawatan segera kerana kuman mula berjangkit pada tulang.

Rawatan demi rawatan di beri..dari mingu ke minggu..hingga hari raya terpaksa beraya di hospital.Sewaktu rawatan Lala di cucuk beberapa kali dalam sehari untuk membuat pemeriksaan darah.Sedikit kesukaran untuk mencari salur darah bagi kanak-kanak so terpaksa di cucuk berkali-kali, menangis la lala hingga tiada tangisan.Sedih.Terpaksa juga dia makan ubat antibiotik yang banyak.

Dalam sebulan lebih,keadaan mula stabil sedikit..Lala di benarkan pulang.Ada juga buat rawatan tradisional.Tetapi tidak beberapa minggu keadaan mula kembali buruk.Kandungan kuman bertambah kembali.Doktor membuat imbisan X-ray mendapati keadaan tulang kaki lala mula reput dan tak dapat di selamatkan.Kaki lala mungkin terpaksa di potong.Perasaan sedih menyelubungi semua.Ingin sekali mencari cara penyelesaian, untuk selamatkan kaki seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun.Tak nak biarkan hidupnya sengsara hanya hidup dengan sebelah kaki sahaja.

Mendung tak semestinya hujan....beberapa minggu kemudian, tiba-tiba keajaiban berlaku.Doktor pakar hospital Kuantan telah merujuk masalah lala kepada Doktor pakar tulang dari hospital Kubang Kerian Kelantan.Mereka telah membuat penyelidikan dan beberapa kali membuat imbasan x-ray, mendapati tulang baru mula tumbuh.Ini perkhabaran yang baik.Mereka akak membuat rawatan menggunakan kaedah permasangan besi.Permedahan haruslah di lakukan.

Belum sempat lala membuat rawatan...Mama lala telah menghembuskan nafas yang terakhir.Tanpa di duga.Tanpa sebarang penyakit.Secara mengejut.Kak ina, kakak ipar tersayang..wife kepada abang i yang sulung telah pergi meninggalkan kami semua sewaktu dia sedang tidur.Terlalu cepat dia pergi.Dalam keadaan lala yang butuhkan seorang mama di sisi.Sungguh menyayat hati, saat perginya arwah,hanya tinggal bersama anak-anak ketika itu.Abang i waktu tu bekerja di Shah Alam.Lagi menyentuh hati, di ceritakan oleh abang kepada lala, dia dengar adiknya lala menangis di sisi arwah kerana tak dapat isap susu mamanya.Lala masih menyusu.Waktu itu la abang kepada lala sedar bahawa mamanya sudah tiada lagi dan memberitahu kepada jiran dan di susuli kami semua.Tuhan lebih menyanyangi arwah.

Akhirnya pembedahan berjaya di lakukan...

Ya..kaki lala di masukkan besi, besi banyak mencucuk di kaki kirinya.Pertama kali i tengok besi di pacakkan di kaki lala..Tuhan sahaja tahu bertapa seksanya si kecil itu.Nak je i gantikan tempat dia.Dia merenget...tak daya nak dengar.Sakitnya.Sewaktu dia di hospital, i la yang menjaga dia pada setiap malam.Menjadi rutin i pergi dan balik kerja dari hospital.Bila i pergi kerja, Ma and abah pula akan datang menjaga lala.Abang i kerja jauh.Sampai la keluar hospital and setiap kali followup, i as Maksu dia la yang selalu jaga and bawa dia pergi jumpa Doktor.Terpaksa la kena korban.Bukan orang lain.I buat semua tu sebab i sayang arwah Kak Ina i yang banyak berjasa dengan i.Rindu arwah Kak Ina.Moga rohnya dicucuri rahmat.

And now lala dah sekolah tahun satu sama macam Natasha.Kaki dia dah okay.Boleh berjalan and berlari macam budak-budak lain juga.Cuma dia malas pergi sekolah je.
Kini dia sentiasa tersenyum...
pasti mamanya tenang di sana.
For you lala....Maksu sayang u walaupun u tak nak sangat datang rumah tok ma and tok abah lagi.Mentang-mentang dapat tok baru ya.Tak apa..maksu dah ada baby mia....wekkkk :-)

Cerita Si Esha dah and cerita sadis tentang Lala pun dah..ni ada lagi cerita yang lagi sadis tentang Budak ni..

Natasha a.k.a Acha
Sadisnya,hari-hari dia sekarang terpaksa balik jalan kaki dari sekolah sejak Tok Abah dia balik kampung and sampai sekarang tak balik-balik lagi.Ituari beg sekolah jenis tarik dia rosak besi yang tarik tu, kesian sangat la dia..dah la balik jalan kaki and kena galas beg berat pula tu.Dia minta nak bawa basikal pergi sekolah.Ada hati tu..

"u baru tahun satu lo...dah la kurus.Lagi berani nak kayuh basikal u yang tubeless yang bakul depan dah rosak..break tak kuat cengkaman tu dalam sibuk-sibuk kereta and motor yang banyak tu ea?Sorry okay!"

I sayang mereka semua...
i pening dengan kerenah mereka..tapi kerenah i boleh tahan juga
berkerenah..

0 comments:

Post a Comment