Thursday, April 14, 2011

DAH BAIK DEMAM

Alhamdulilah..hari ni i dah baik demam.Boleh tahan teruk juga kali ni dapat demam.Ingat paling kurang mahu 3 hari tak bangun.1st kena kat office bertahan susah nak cerita la, nak minta balik susah sikit sebab office tak ada orang jaga.Bos ada hal kat luar.Bertahan juga la sampai pukul 5.Mula ingat sempat la sampai lunch nak beli ubat tapi belum pukul 1 pm, demam semakin kuat..nak call ambulan nanti kena duduk wad (eceh).So i sms la Dr.Love i minta belikan i ubat and hantarkan sweater.Sekejap je sayang datang..maklum lah office i dengan kolej dia kerja tak jauh.Sorry susahkan u ea mucuk..tapi kalau ada jodoh, nanti kahwin sanggup lagi tak berkorban apa sahaja??
(i kasi can u fikir dulu sebelum jawab)
 Lepas makan ubat ingatkan okay la sikit tapi i rasa ubat tu langsung tak berkesan.Balik kerja makan ubat lagi and i tidur..sedar je i makan ubat lagi,tapi tak okay juga.Dengan tak makan, cuma makan biskut je pagi tu.Langsung dah tak ada selera.Sampai esokkannya i tak boleh bangun.Tak pergi kerja la sudahnya.Kak Ros masuk bilik, tanya ada nak makan apa-apa tak?I cuma ingat nak bubur dengan kicap je.Yang tu je selera nak makan kot.Kak Ros buatkan and cakap nanti dia bawa pergi klinik.Baiknya Kak Ros.Kebetulan dia cuti.Biasanya i sakit,i yang sendiri pergi klinik and kadang-kadang tak larat sangat tak pergi langsung.Tak nak susahkan siapa-siapa.Baiknya untuk diri sendiri.What to do.

Masa i pergi klinik ngan Kak Ros, sayang datang rumah nak tengok i.Alala datang nak tengok orang sakit tapi orang sakit tak ada rumah.Tunggu tak lama pun, jap tu i dah balik.Nampak sayang terus mulut i muncung sedih..(ambil simpati) sayang tengok muka i dan rasa kesian.Kak Ros i tengok sayang, tiba-tiba cakap..."jual barang ke encik?" ingatkan salesman datang rumah pakai smart je dengan kemeja and tie(rasa macam tak nak kasi balik).
Sayang pula jawab "aah kak"....Sayang datang masa lunch hour dari kolej.Terus je i rasa baik demam (amboi).After makan and solat sayang pun beransur balik kolej.Kesian pula baby i susah susah payah datang, Ala...orang besar demam, bukan baby demam.Jangan la risau.Lepas je sayang balik,I makan ubat dari klinik tu and tidur.Bangun je dari tidur terus badan rasa ringan sangat.Dah sihat la.Bagusnya ubat tu.Makan 1 biji dah baik.Belum sempat bangun tiba-tiba kawan i datang buka pintu bilik..

"Kesianya dia demam...demam diet ke??"

I ketawa la kuat-kuat..
Bergurau plak kawan i ni..dia tahu lo i diet.Sebab dah lama tak beli nasi lemak kat kedai dia.Bukan demam sebab diet, sebab cuaca.Kuantan sekarang cuaca tak menentu.Sekejap panas sangat lepas sekejap hujan lebat.Make people sakit-sakit la kan.I ni yang antibody kurang terkena la.

Nasib la demam cuma dua hari je..tak payah nak mc banyak hari.Kalau tak bising nanti my boss yang errr please la!.(susah nak explain sikit tu)

Nak ucap terima kasih pada Sayang and Kak Ros sebab ambil berat masa i demam ni.

Sayang dekat u berdua.Muah sikit sorang ya.

0 comments:

Post a Comment