Saturday, April 30, 2011

CERITA PAGI SABTU....

Pagi sabtu di office.Macam biasa mood kerja half day lain macam sikit.Semangat je pagi-pagi sebab waktu kerja sampai pukul 1:00 pm je.Pakai baju yang simple je la, kalau boleh i nak pakai tight and t-shirt je nak pergi office tapi beragak sikit la kot, ingat nak bersantai ke taman ke.
Long dress,Kemeja and Shawl ala Puteri Mesir
Macam biasa juga, pagi-pagi la baru nak pilih baju apa nak pakai.Biasa after makeup.Tak tahu baju apa dah nak pakai.Naik boring pula nak pakai baju yang sama.Makin beli baju, rasa macam tak ada baju nak pakai.Main mix and match je la yang mana agak tak pelik sangat di mata orang and paling penting i selesa.

Actually nak story pasal semalam pergi shopping after kerja.I bawa Bodyguard Body Tegap.Bukan takut orang culik i tapi untuk bawa beg shopping i..(Badan Tegap cuma bawa beg shopping je ke)

KFC OR Chicken Chop
Sedap!
Sebelum shopping bermula..I nak makan dulu sebab lapar sangat.Dari pagi minum soya je.Masa otw ke Kuantan Parade, i sempat tidur sekejap sebab rasa badan no energy..lapar+ngatuk.Sampai naik pening, maybe perut dah masuk angin.After makan i pergi butik baju, nak cari baju untuk pakai di majlis kawan i Umi yang nak kahwin hari ahad ni,esok la.Cari cari cari...last jumpa.Bodyguard dengan baik hatinya nak belanja.Katanya, kira masuk buku 555 dia dulu, nanti sampai masa bayar balik.Ternganga mulut i.Pandai berguraunya dia..........Baju dah beli and nak cari shawl pula nak pakai ngan baju tu..Pergi booth yang baru buka kat ruang legar, siap kuarkan baju nak cari shawl yang sesuai.Akak jual shawl tu puji cantik baju i beli.Sukanya...sebab akak tu dah puji so i beli la 2 pasang shawl.Salah satu i dah pakai dalam gambar yang pertama di atas tu.Macam gaya Puteri Mesir (i sebenarnya tak pernah tengok puteri mesir macam mana, tapi main rasa dari firasat je..boleh la..) 
Selepas selesai beli baju, dari Kuantan Parade..i pergi pula ke East Coast Mall untuk cari hadiah untuk Umi.Kat ECM ada Parkson Grand..i nak cari hadiah kat situ, banyak pilihan sikit kot..
Jom ikut i.......................
Bodyguard Badan Tegap
(Dia sebagai pengawal tapi kami selalu bergaduh)

I kalau bab nak shopping memang suka sangat, jalan pun laju je.Kadang i tinggal je bodyguard i jalan belakang, kira dia awasi i dari belakang la.Kadang-kadang dia pula jalan laju ke depan..time tu i tak dapat nak kejar..kaki dia panjang, laju sangat jalanya.Pastu i muncung la, tanya dia..pergi shopping sorang-sorang ke???
Ah merajuk!
Terjumpa beg yang sesuai dengan baju i tapi mahal,tak nak la beli. 
Dah dapat hadiah untuk Umi
After cari hadiah untuk Umi, sempat juga i singgah SASA.Ada beli barang sikit.Okay dah settle semuanya.I dah penat.Dari pagi kerja, after kerja shopping and pukul 9:30pm baru balik.

Penat shopping apa la sangat kan...bila balik tengok apa yang di beli,hilang segala penat.Yang keluar duit la penat sikit kot, tengok wallet kosong..dushhh!!

Okay dah habis cerita, nak update makeup baru di  I LOVE MAKEUP

Selamat Hari Pekerja! Happy Holiday!

0 comments:

Post a Comment