Thursday, March 24, 2011

The Making of Novel Kembalikan cintaku

Akhirnya siap juga novel kedua i dalam blog ni.Kali ni lebih panjang sikit berbanding novel yang pertama iaitu Novel Tanpa Kekasihku.

Rasanya i amik masa yang lama juga kot nak siapkan novel kedua ni.Sebab tak ada masa sangat.Banyak masalah and hal yang perlu tangguhkan dulu untuk siapkan novel ni.Start buat novel tiba-tiba ada masalah line internet dekat rumah, 5 hari juga la line tak okay.Ada juga siapkan sikit-sikit masa free kat office.Lepas tu stop sebab balik kampung selama 4 hari.After balik, update entry lain dulu sebab feel tak ada nak mengarang.

Lagi pun nak hasilkan sebuah novel bukan sesuatu yang mudah.Perlu menggunakan ayat yang tersusun dan setiap patah perkataan yang baik.I bukan mahir, boleh la sekadar menghasilkan novel yang biasa-biasa.Sebelum nak buat novel kisah kesinambungan cinta Nasha and Haikal ni, mulanya i ingat nak buat novel tentang sebuah persahabatan dua orang sahabat yang baik sejak kecil, lebihkan unsur pada kanak-kanak la kan.Tapi i tak jadi nak buat, sebab nak study lebih dulu.Maklum lah nak ceritakan dari step by step..dari kecil hingga dewasa rasanya macam perlu perceritaan yang panjang kot, so biar dulu la.Selain tu i juga nak buat novel tentang cinta komedi tapi rasanya i ni tak cukup pengatahuan tentang komedi sangat..tak pandai sangat nak buat unsur komedi yang nak di serapkan dalam cerita tu.So biar dulu juga.

Pilihan di buat nak buat kesinambungan novel tanpa kekasihku..senang sikit sebab dah tahu jalan cerita dari awal kan.Masa nak buat novel ni i ada banyak kali masalah tentang pertukaran nama..nak taip nama Haikal , tapi i taip nama Akmal untuk watak Haikal.Terpaksa delete and taip balik.Pastu confius nama Nasha and Nina.Dua-dua nama bermula dengan huruf N so tu yang confiuskan i.Elok-elok mula cerita kisah tentang Nasha..sampai tengah i jadi tukar dengan nama Nina.Padahal nama Nina untuk watak kawan kepada Nasha.Masalah dari segi bahasakan diri antara watak.I bahasakan diri antara watak Nasha and Akmal, mulanya "Awak and saya" tapi untuk watak Nasha and Nina "I and u", rasa kurang sesuai pada watak Nasha and Akmal..so tukar pula bahasakan "i and u" best sikit kot :-).

copyright of I Love You Makeup
Untuk membuat pembaca menjiwai watak pada setiap watak, i masukkan elemen bercakap menggunakan kata hati watak itu sendiri and i sendiri yang memainkan peranan dengan menceritakan setiap kisah  watak-watak yang ada dalam cerita ni.Begitulah kisah di sebalik penghasilan novel ni.Alhamdulilah..hope lepas ni rajin lagi nak buat novel...tapi ambil masa la kot :-)

Thank you pada yang dah baca.

Okay dah penat....sayang pun terabai..sorry sangat.Hope u faham minat i :-)
Tidur time..........

0 comments:

Post a Comment