Wednesday, February 9, 2011

Bersama Mizz Ida

Pukul 2:27, Meniarap atas katil sambil online.Buka Facebook tengok komen-komen.Baca recent aktiviti friends kat home...macam-macam gaya status,kelakar pula tu.Macam biasa la, i baca and ketawa je.Sambil-sambil tu chat ngan kawan i Fiza Danial.Dia suh i baca entry luahan hati dia kat blog dia.Simpati pula rasanya, benda tu selalu sangat terjadi pada dia tapi itu lah i tak mampu nak tolong apa-apa.Sekadar bersimpati and hope dia tabah la menghadapi segala ujian.Tapi kalau i, dah tak boleh sabar bila selalu di perlakukan begitu.Kenapa harus menanggung derita makan hati je.Cukup-cukup lah, jangan ingat kita ni macam tak ada hati and perasaan kan.I memang macam ni, dengan lelaki..kalau dah mainkan perasaan i..tak hidup tanpa dia pun tak apa.

Cuti raya cina tinggal esok je satu hari lagi.Sepanjang cuti i tak kemana.Cuma duduk rumah tolong my mum jaga anak-anak K.ros.Baby Mia,Echa and Acha.Mia berat sangat, i tak larat nak dukung dia..9kg!walaupun penat tapi dia cukup buat i ketawa je.Jaga baby memang la penat.Sebab nak beri perhatian sepenuhnya.Lagi i nak masak kan.Erti kata lain dah jadi cam bibik.Kesian kat My mummy nak jaga budak demok tu.Kalau i yang muda ni tak larat nak dukung Mia tu, Mummy lagi la kan..dah berumur,selalu sakit lutut, urat..ada lelah pula tu.Tak apa la,korban sikit je..nak bandingkan pengorbanan mummy pada i besar mana kan.Hari ni Mia baik sikit..i tidurkan dia,lama juga dia tidur.Sempat la i tidur sebelah dia atas katil i.

I tersedar dari tidur..ops!dekat pukul 11:30,belum masak.Cepat lo..nanti pukul 12pm nak ambil Esha dari sekolah Tadika Kemas pula.Esha kakak Mia.Nakal juga tu tapi dia kelakar.Macam-macam bentuk anak-anak buah i ni.Menu lunch hari ni i masak yang senang dan cepat..tapi pastikan sedap.Nak My Abah makan banyak sikit,kurus je dari dulu sampai sekarang.I masak sayur masak lemak and ayam masak kicap bersantan.Menu ni budak-budak suka makan..senang 2 in 1..budak-budak, mak budak, nenek budak, tok budak leh makan.Sedap kot sebab Acha makan laju licin hingga menjilat tulang ayam.

Dah pukul 2:46, nak gi mandi siap-siap bawak Mummy pergi beli barang dapur.Jap lagi K.ros balik dari kerja.Dia pula takeover anak-anak dia.

Nak mandi dulu la ea..best tau mandi..mandi bersama heater, i ni kambing sikit tak boleh air sejuk..jenis tak tahan sejuk.Lagi bersama kelembutan shower foam LUX Velvet Touch erm..harum..

nanti sambung lagi ea......

0 comments:

Post a Comment