Thursday, December 2, 2010

Di mana mana pun ada

Pernah melihat ini??

Assalammualaikum wbt.

Sekarang ni kalau ada yang perasan,memang perasan sangat pun kan,ada la pondok pondak kecil yang menjual Buah Jambu Batu Potong dan Jusnya sekali.Biasanya di sekitar Kuantan memang i tengok ada je la kat setiap tepi tepi jalan.Yang menjadi tanda tanya, adakan setiap pondok yang menjual buah Jambu Batu tu dari tauke yang sama sebab sama je patternt pondok pondok tu.Rasanya kat negeri lain pun ada juga.Sebelum ni i ke Terengganu pun tengok ada je di setiap jalan.Belah kiri ada belah kanan pun ada.I ada try beli,mak aihhh sedap sangat sebab buah jambu batu tu fresh,potongan besar..dua potong RM1,sejuk sejuk segar je and asamnya pun sedapLepas dah try sekali rasa nak lagi la....
Sejuk sejuk segar!

Ada juga jus dia tapi i cuma pernah cuba satu kali je..tapi rasa tu cam kurang menarik.Itupun Abah i yang bawa balik seingat dalam bulan puasa.I rasa like bau bau Rumput je(ops!) tapi tak tau la kalau lain tempat lain rasa kan.
Anda sedang di perhatikan~Picture curi..empunya diri tidak tahu.Tengok blog i ni baru dia tahu kot :-P
Pada yang sedang berdiet tak nak makan nasi pada waktu lunch boleh la makan buah jambu batu ni.Beli banyak banyak dan makan.Kalau dah beli banyak tu jangan lupa hantar hantar kat i sikit,nanti i kasi tahu alamat office i ea ihiiii.Jambu batu ni bukan sahaja sedap tapi berkhasiat.Mengandungi high fiber yang tinggi dan vitamin B (BATU) okay okay jangan percaya sangat,i main main agak je ni :-P jangan marah ea.I tak tahu apa khasiat or vitamin apa yang ada kat buah jambu batu ni tapi yang i tahu makan buah ni semua bagus je.
Lunch Hour makan buah jambu batu..DIET+JIMAT ;-)
Okay...jangan lupa taw,makan jambu batu ingat i ea...nak hantar call i dulu ea ahaksss

Papai!

0 comments:

Post a Comment