Thursday, December 2, 2010

Adab

Assalammualaikum

Orang Melayu ada berbagai adat.Kalau nak ungkap satu persatu memang banyak sangat la,u orang melayu sure tahu kan cuma amalkan dengan tidak je kan.Kat sini i nak ungkapkan salah satu adab yang biasa orang orang sekarang anggap macam tak penting.

Adab sesama PEMANDU

Pemandu ni tak kira la yang bawa kereta,van,lori,motorsikal,basikal dan lain lain kecuali Kapal Terbang sebab Kapal Terbang tak bertembung dengan kapal terbang yang lain,eksiden pula nanti.
I sebagai pemandu Kereta Myvi 1.3 Solid White,hamboi siap perkenalkan model kereta.U tanya la i,"Plat kereta tak nak kasi tahu sekali ke???" Oh sungguh dalam u perli i.ahakss.Okay Back to story, sesama pemandu pun boleh amalkan Adab, tapi ada cara caranya.

Cara Cara BerADAB

  1. Sewaktu cuba untuk memintas kenderaan dan tiba tiba kelihatan kenderaan lain di hadapan, kita harus lah memberi isyarat lampu bagi tujuan memberi tahu kenderaan tersebut untuk mempelahankan kenderaan mereka.Lagi satu,bila kenderaan di hadapan kita memberi isyarat tangan or signal selamat untuk melintas dan sewaktu kita melintas kita haruslah memberi hon tanda terima kasih.Kalau ada kawan di sebelah boleh juga suruh dia buka tingkap dan jerit la kepada pemandu itu "Terima Kasih Abang!" dengan senyum sekali ea.Senang je kan bukan kena bayar pun ahakss
  2. Tiba-tiba bertembung dengan kereta kawan kawan,jiran jiran or saudara mara kita,haruslah kita say hello.Macam mana tu,berhentikan kereta dan turun tahan mereka di tengah jalan dan menghulurkan tangan untuk salam ke?Oh no no no...jadi arwah u nanti di langgar oleh kenderaan berat.Caranya macam ni, bagi isyarat lampu atau bahasa kampung "bagi lampu",tau kan?kira macam "say hello" la tu and nanti kawan kita pasti membalasnya,kira dia jawab "hello juga,nak gi mana tu" :-P.Tapi kan kalau dah bagi lampu,nanti kereta kita tak ada lampu pula la kan ahakss.Selain tu boleh juga angkat tangan tapi kalau i siap lambai laju laju kerana excited nampak kawan i yang lama tak nampak dia.Linduuuu.... :)
  3. Nak keluar simpang pula,antara waktu waktu sibuk seperti waktu pergi dan pulang kerja.Yang ni jadi masalah sikit,pemandu akan jadi sifat kedekut.I biasa kena,padahal kereta i sebiji je nak keluar simpang tu so apa salah kasi je i keluar kan,ini tak..nampak kita nak keluar aihhh makin laju mereka tekan minyak dengan muka angkuhnya.So kita sebagai pemandu yang pemurah kasi la laluan pada kereta lain..cukup lepas satu or dua kereta pun dah okay.Bagi pemandu tersebut,kita dah kasi laluan jangan lupa angkat tangan tanda terima kasih,jangan lupa tu.Tapi dah kasi can lalu and banyak pula ambil kesempatan nak keluar..boleh la kita slow slow block laluan..dah kasi betis nak peha i pula ea auwww ihiiii
  4. At Trafic Light...bila dah stop lampu merah biasa ada kereta sebelah kita kan.Jangan buat sifat sombong sangat.Nak pula pemandu yang bawa kereta Lancer,BMW Bersiri Berepisod bagai,Alphad or Caldina ke..bila orang dah pandang kereta u yang cantik bangat tu..senyum la sikit.Mentang-mentang kereta kita Myvi je kan.Tak apa tak apa,i beli Kereta Api tahu la.Tapi macam i,biasa la wanita sejati yang sedikit comel ahaa hamboi perasan,biasa la juga ada si polan si polan yang usha usha senyum senyum angkat kening or tunjuk isyarat minta nombor handphone menggunakan jari,i dengan lemah lembutnya membalas dengan senyuman,bukan i gatal ea..tak nak ingat i sombong je.Nanti tak balas senyum cakap i macam comel sangat pulaSikit je pun lepas tu tak pandang dah.Pastu mula la i jadi malu malu kucing serba tak kena..untuk atasi perasaan itu i akan buat la apa apa,cakap phone ke walaupun tak ada orang di talian,menggaru garukan telinga or hidung ke.Hey Girls kalau ada lelaki buat isyarat telefon menggunakan jari tu,jangan pula u pergi kasi dia handphone u pula ea..dia minta nombor telefon u,bukan handphone u taw ahaks
  5. Yang ni tambah sikit,Adab pemandu dengan penjalan kaki..makcik nak melintas tu kasi kasi la.Jangan ingat jalan ibubapa u punya.Kalau nak lebih afdal stop kereta pimpin la makcik tu.Besar pahala tu. :)
Kalau ikut banyak lagi Adab adabnya tapi i kasi sikit je la ea.Adab sesama pemandu ni penting and harus lah kita amalkan.Kerana tiada adab di jalan raya itu la yang selalu jadi salah satu punca terjadi kemalangan maut pada mereka yang tidak bersalah dan menjadi mangsa.Kepada pemandu anggap lah pemandu lain adalah kawan anda,hormat menghormati.Selamat beramal.


Peach&luv~

0 comments:

Post a Comment