Saturday, October 9, 2010

KAWAN VS SAHABAT

Kawan dan sahabat seperti mempunyai persamaan dari segi maksudnye.Tetapi tahukah oleh kita KAWAN dan SAHABAT adalah satu perbezaan dari segi jalinannya.Kawan...semua orang ada kawan,tak kira la kawan sama kelas waktu sekolah,teman bermain waktu kecil yang tinggal sejiran dengan kita ataupun dari mana pun tempat yang boleh kita jadikan kawan.Namun ikatan itu hanya terjalin di saat atau waktu gembira sahaja.Bila kita disaat kejatuhan,adakah mereka setia menemani kita?Tak semua ada yang sanggup menangis bersama kita.

SAHABAT..biasanya kita tidak akan mempunyai ramai SAHABAT.Dalam seribu kawan yang kita kenal mungkin hanya ada seorang sahabat dalam kehidupan kita.Dia yang bergelar Sahabat kan sentiasa menemani kita tidak mengira apa jua keadaan.Yang tidak pernah merasa jemu menjadi kaunter aduan,menjadi pakar kaunseling waktu kita memerlukan khidmat nasihat dan mungkin juga yang bisa menangis bersama kita di saat kita mengalami kesedihan yang terlalu.Bahkan SAHABAT lebih memahami keadaan dan perasaan kita lebih dari ahli keluarga ataupun kekasih kita sendiri.Sahabat juga tidak pernah kan tinggalkan kita saat kita kejatuhan seperti mana Kawan yang hanya berdamping tika senang.

KAWAN..kadang-kadang hanya sekadar terjalin selama satu tahun, itupun waktu bersama di dalam sebuah firma kita berkhidmat.Ada juga hanya sebulan,itupun sewaktu kita menghadiri kursus induksi atau apa-apa sahaja.Mereka hanya mengatahui nama kita,kadang-kadang sekadar nama timangan dan juga hanya tahu nombor telefon tetapi hanya kerap meninggalkan pesanan ringkas selama beberapa hari sahaja dan selepas dari itu hanya tinggal nama dan nombor kita di dalam telefon bimbit mereka yang kadang-kadang juga mereka sendiri lupa nama dan nombor kita yang ada dalam rekod simpanan telefon bimbit mereka.Sungguh dasyat kan KAWAN itu :P

Tetapi SAHABAT,kita lebih lama mengenali mereka..mungkin dari kita di tingkatan tiga.Waktu kita yang di saat itu hanya seorang yang pendiam,comot sehinggakan tiada siapa nak berkawan dengan kita tetapi dia SAHABAT datang kepada kita tidak memandang siapa kita, bagaimana rupa kita untuk dia menemani kita sebagai seoarang SAHABAT dan dia lah yang juga setia menemani kita hingga saat ini.

Itulah perbezaan antara KAWAN dan SAHABAT.

Erm..dan siapakah SAHABAT yang ada dalam kehidupan i?dari i yang seorang gadis yang pendiam di tingkatan tiga,sehingga tamat SPM,bila masing-masing mula meningkat dewasa..juga dari saat i kejatuhan dan bangkit kembali kini..dari seorang yang gemuk yang pernah mencecah 68kg sehingga i kembali kurus kepada 50kg dan sehingga la kami sama-sama berumur 27 tahun kini,dia lah SAHABAT yang sentiasa ada untuk i..siapa kah dia??She is Noor Fatimah Bt Hashim atau nama FB nya Fetty Fatimah (hihi) adalah SAHABAT i yang paling i sayang dari dulu hingga kini dan juga hingga hujung nyawa taww.

Heppy besday to you Mydear SAHABAT yg ke-27 (5 Okt.83) i sayang u taw..huhuhu
bes tak cite i..kalau tak bes,masakan dulu waktu sekolah u selalu tiru karangan i kan..haha
Sori babe..i baru dapat idea nak buat cite ni special untuk u..ingat nak post masa date besday u,kira cam hadiah for you la tapi tak sempat la nak buat..
Ida&Fetty
Salam sayang for semua muahhh~

0 comments:

Post a Comment