Saturday, October 30, 2010

CAR WASH,MAKAN DAN SHOPPING

After work ajak Mr i temankan pergi cuci kereta.So dirty,malu la perempuan bawak kereta kotor kan.I malas nak carwash sendiri so langkah paling senang iaitu pergi la kedai cuci kereta yang berdekatan.Lokasi pilihan 

                           LYC Drive Thru Carwash (hentam je ni tak ingat nama :)

Bersebelahan dengan Sesson Hotel, Bandar Kuantan.(Orang Kuantan memang best :) ).Sebelum ni tak berapa yakin nak try cuci kete automatik ni pasal rasa macam tak bersih je kan,ye la..masuk dan putar je so cukup bersih ke kan.Tapi bila dah try sekali ituari so today dah jadi kali ketiga i carwash kat situ.Cuma bayar RM 8 for cuci luar dan dalam, dapat serve dari abang abang Nepal memang terbaikkk wokkk.Why i cakap terbaik?mau tidaknya dia lap my car MIMI (MyMyvi),sampai bergoyang kete i,all them duk sental kotoran yang ada,siap panjat nak lap atas bumbung (sebab abang nepal tak cukup tinggi :) ) lagi kan masa i nak keluar dan masuk dalam kereta, abang Nepal siap buka dan tutupkan pintu taw.So terbaik ke tidak u rasa?? only paid RM 8!! for abang abang Nepal,i kasi u Five Start,Excellent job! Muahh sikit hihi.Ingat nak snap pic dengan abang abang nepal leh kasi can muka all them masuk Blog i ni tapi takut la nanti ada yang nak ikut i balik rumah pula hoho.

Kereta dah berkilat baru rasa bangga drive :) Mr i tiba-tiba lapar pula,alala cian baby i.Mr suh i choice mana tempat nak makan.Suasana petang cuaca nan seperti mahu hujan memang syok kalau makan di Medan Ikan Bakar Tanjung Lumpur,Kuantan.Restoran pilihan,

                                                   ANA IKAN BAKAR PETAI 

yang kini sudah ada tiga cawangan.I pilih ke cawangan yang berada di hadapan Pantai Tg.Lumpur.Syok sikit makan sambil di tiub angin nan bayu :)
Lagi Mr suruh i tetapkan menu kami petang tu,wah..selera tinggi i sudah keluar hoho.Menu sudah di pilih,ala kadar je..kena ingat sikit pada orang miskin dalam BERSAMAMU dan ANAK-ANAK GAZA.Antara menunya ialah:


  1. Half Nasi Putih for me (i diet nasi tapi rugi kalau tak makan nasi) & Full Nasi for Mr.
  2. Ayam Masak Halia
  3. Kailan Ikan Masin
  4. Sup Campur (sotong,ayam,udang dan sayuran)
  5. Sotong Goreng Celup Tepung (The Best!)
  6. Sambal Belacan (memang terangkat,bukan kain tapi terangkat nafsu makan :P)
  7. Teh O & Nescafe Tarik (Buih halusss)

Mood :Menunggu Menu sampai~Tengok Mr i,siap bergendang jari lagi..nampak sangat lapar benar kan :) i pun sama juga lapar coz lunch just minum Soya Ros Drink.Sampai je menu kami makan dah tak pandang kiri kanan uuu...,sekejap je abis taw.Habis makan dan kami bertentang mata dan mengukir senyuman tanda puas dan kenyang alhamdulilah.Musim-musim hujan ni memang best makan lauk lauk panas cam ni,kan u? :)

Kenyang perut..senang hati~ :) Orait cuci kereta dah dan makan pun dah.So...Shopping time!!Lokasi Pilihan:
                                         EAST COAST MALL, KUANTAN

I masuk satu Butik RUFFEY,berkenan satu long dress cantik dan simple.Mr says "u like it just ambil, i pay for u dear" kalimah keramat yang perempuan mana tak suka dengar kan :) Test dress kat fitting room..ngam-ngam saiz,tak labuh pun.Sukenye i,biasa kalau test long dress sure meleret-leret ke lantai je :( Dah test okay so i take it la,tunggu apa lagi kan.

Long Dress brand Radioactiv (so dangerous!) RM 80.00.Lagi dapat extra thing, is Tote Bag Pink (cute sangat cute sangat!) murah je RM 12.90



Okay la untuk santai-santai je kan.For Mr, i ada pantun rojak dwi bahasa for u 

                                                  
                                                      "Thank You Daun Keladi,
                                                       Next time belanja lagi!"
                                                                           :)

Next, macam biasa SASA HONG KONG BEUTY& HEALTY.Cuma beli Eyelashes (bulu mata Rozita Che Wan,kelass gitu) Sesi berebut-rebut nak bayar berlaku di kaunter, make Miss Kaunter tersenyum :) dan akhirnya Mr juga yang belanja.Thank lagi.So untuk membalas budi, i ajak Mr to Big Apple Donuts & Coffee, for kedarah lagi :) but take away.

Chestnut & Cheese Donut (favourite dia) tapi dia mengade nak bayar juga, so i mengalah 
la.Dear have one rangkap pantun lagi untuk u :)
                                                  "Pisang Emas di bawa belayar,
                                                    Masak sebiji di atas peti,
                                                   Hutang Emas boleh di bayar,
                                                   Special Boyfriend like u, i sayang sampai mati" 

Petang nan enjoy & happy
Hargai setiap detik bersama yang tersayang,
Kerna ia Kenangan yang terindah~
Flying Kiss Muahhhhh~Papai

Wednesday, October 27, 2010

PERCUTIAN YANG SANGAT SANGAT HAPPY

ASSALAMMUALAIKUM..

WEEKEND BARU-BARU NI I PERGI BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS BERSAMA MR.IZHAM,NATASHA N MY BFF FIZA SATU FAMILY.SERONOK BILA BERCUTI RAMAI-RAMAI NI.I NI BARU NAK MASUK DUA KALI PERGI KE CAMERON TU.DULU LAST PERGI TAHUN 2001 HOHO ITUPUN IKUT ROMBONGAN CIK KIAH NAIK BAS.PENAT DUK LAM BAS BEBERAPA JAM TAPI CUMA PERGI KE PASAR PAGI JE.TAK PULAK DI BAWA KE STRAWBERY FARM KE,LADANG TEH KE..SO KALI NI PERGI MEMANG I JELAJAH SEMUA TEMPAT.SERONOK SANGAT.DALAM PERJALANAN SEBELUM SAMPAI PUCAK CAMERON TU TERNAMPAK LA PERKAMPUNGAN ORANG ASLI..MACAM BEST JE KALAU DAPAT DUDUK KAT SITU..KEHIDUPAN YANG FRESH SANGAT.MAKAN TUMBUHAN SAYUR BUAH-BUAHAN YANG SEGAR..KALAU SURUH I DUDUK SEBULAN PUN I NAK JE..HIHI.JOM I BAWA YOU ALL TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK I PERGI...

PASAR MALAM BRINCHANG


Pasar Malam ni besar sangat.Sesak juga dengan orang-orang yang meniaga dan yang datang membeli dekat pasar malam ni.Nak parking kereta pun ambil masa juga nak mencari tempat yang kosong,nasib Mr.Izham i jenis cool orangnye.Hampir satu jam juga la baru jumpa tempat letak kereta yang kosong,itupun terpaksa berjalan jauh juga nak ke tapak pasar malam ni.Kat sini macam-macam dijual tapi yang paling menarik makanan-makanannye.Pasalnya makanan dekat sini tak jumpa kat Kuantan.Yang i suka sayur-sayur di goreng celup tepung,ada cendawan,brokoli,daun sup dan kimchan goreng tepung.
BROKOLI GORENG SEDAP LAZAT ERMMM :)
Pasar malam kat sini memang banyak jual makanan kegemaran i,seperti Jagung Rebus dan Sweet Potato Rebus.Jagung dan Sweet Potato kat sini manis dan sedap sangat.Nikmatnya dapat makan,tak sempat balik apartment i dah makan sambil berjalan dan dalam kereta.Sampai kan Mr i tanya why i makan banyak sangat ni?hihi rugi lah pergi bercuti nak diet-diet kan.Selain tu ada jual banyak buah strawbery,limau madu,sayur-sayuran dan macam-macam lagi.Next time kalau pergi lagi i nak ke pasar malam ni lagi.Nak makan banyak-banyak.hoho

PASAR TANI/PAGI


Bangun pagi dan siap-siap nak ke pasar pagi.Sepupu kepada my friend forever Mummy Fiza yang bawakan ke sini.Meriah juga,ramai sangat orang.Tapak pasar tani ni berada di tepi-tepi jalan yang membukit.Sambil membeli boleh view inviroment yang cantik.Sampai je i keluarkan list barang yang nak dibelikan untuk di bawa pulang untuk my mum,abah,kakak dan anak-anak buah tercinta.hihi sebenarnye tak ada list pun.i buat sistem Tengok dan Beli je hoho.I belikan sayur for my mum,murah je satu longgok RM10 so i belikan dua longgok,boleh la bagikan kepada mak mertua kakak i (nak belikan untuk mertua sendiri,tunggu tahun depan insyallah hihi) Untuk abah,i belikan dia Strawbery Jeruk/Kering,1 paket RM 10 my abah suka makan sambil tengok TV hihi.Juga belikan dia limau madu,manis macam senyuman Abah LUV U (bodek sikit) Orait,for my sis pulak i belikan dia Strwbery Celup Coklat RM 5 for 3 cucuk,1 cucuk ada 3 pc strawbery.Actually tak sedap sangat pasal coklat yang digunakan macam tak sedap rasa dan strawberry pula masam sangat,kalau manis maybe sedap la kot.Sebab my sis dah teringin sangat rasa so i tak nak hampakan dia dan belikan la.For my two anak buah yang di cintai Echa dan Baby Qaseh Mia,i belikan Beg n Penutup Telinga bentuk Strawberry for Echa dan Skaf Kepala dan Mainan Berbunyi yang berbentuk Strawberry untuk Qaseh Mia.Sure u'll bertambah sayang dekat Maksu u'll yang cute lagi comel cun menarik jelita cantik marvellous gorgeuos kan kan kan eew perasan sudah hihi.For me,i beli Jagung Manis.Ada nama sebenarnya tapi i lupa apa nama jagung tu.Next time pergi i tengok balik apa nama jagung tu.Yang menariknya si penjual jagung tu.Biasa kita tengok pakcik-pakcik or makcik-makcik yang jual kan tapi yang satu tempat ni Baby yang Comel yang menjual.Dari tak nak beli jadi nak beli gara-gara nak snap picture dengan dia hihi
Comel kan?like macam dekat kemboja pula.Pandai mak dia taruk anak dia duduk jaga jagung so orang ramai datang dekat dia.Ada pakej beli jagung satu longgok 7 pc RM10 dapat snap pic with Baby.hihi.Baby ni dia tak ada nak bersuara macam ni "mali mali kakak beli lagung mulah mulah!!" hihi tapi dia cuma padang dan senyum je, dah buat orang tertarik datang beli jagung dekat dia.Tapi rasanya kalau i cakap "Baby,kakak mau semua free boyeh tak?" sure dia senyum je,tu makna dia kasi la..hoho

STRAWBERRY FARM


Tempat yang paling tak sabar nak lawati sebab dah tanam hajat nak petik strawberry beberapa bakul dan nak agihkan kepada jiran-jiran dekat rumah,kawan-kawan rapat dan sanak saudara.Bukan main i kan hihi.Tapi hampa sikit pasal pergi bukan time musim strawberry berbuah sangat.Baru nak berputik.Ala..ingat strawberry sentiasa ada.So strawberry farm tidak dibenarkan masuk,Cuma boleh menikmati hidangan berunsurkan strawberry di Strawberry Cafe (nama kasi sendiri pasal tak ingat apa nama cafe tu hikhik) Cafe ni ada jual macam-macam snak n drink yang ada strawberry la.
I ada la try Strawberry Milkshake dan Sundae Strawberry,sedap n fresh sangat.Sundae strawberry memang banyak sangat strawberry dia taruk..puas makan la murah je RM 5.90.Selain tu ada jual Salad Starwberry,Tart,Pancake,Waffle dan macam-macam la yang ada strawberry.

\

TAMAN AGRO PERTANIAN

Satu lagi tempat yang menarik,all in one.Semua ada kat sini.Taman ni ada mini-mini kebun,contohnya Mini Strawberry Farm (but no plucking),Mini Ros Garden,Mini Vegetable Farm,Mini Kebun Bunga-bungaan dan Mini Ladang Teh.Ada juga air terjun buatan,so menarik.Yang paling i suka Rose Garden,walaupun panas terik i sanggup duduk bersantai sambil menikmati haruman bunga-bunga ros.

Macam macam color ada,merah pink putih kuning dan ada yang kecil yang besar.Geram sangat-sangat.Nak rasa petik bawa balik tapi tak nak la,biarkan ianya layu di tangkainya..wahhh puitis kan.Ros memang bunga kegemaran,terutama ros merah.Bunga-bunga lain i tak layan sangat. :)


LADANG TEH

Xlarge kan picture ni pasal cuma ada satu je.Biasa tengok dalam TV je ladang teh ni.Itupun tengok dalam filem sembilu scene di mana Erra Fazira dan Awie berlari-lari kasih dan sayang dekat ladang teh so bila tengok cerita tu cam menarik je,masa tu budak-budak lagi dan cakap la pada diri sendiri bila la dapat pergi.Bila dah datang dekat memang cantik sangat imviroment kat sini.Pokok-pokok teh tu dah nampak macam karpet kat kedai karpet je.Terasa nak baring atas pokok-pokok tu.Sebelum balik sempat la belikan beberapa jenis teh untuk my abah,yang special teh flavour Anggur dan Green tea untuk i,memang sesuai kalau makan something yang berminyak or berlemak so minum la green tea,lagi bagus kalau dont put sugar,boleh natural kan kandungan minyak dan lemak yang kita ambil tu.

Ini sahaja tempat-tempat yang i lawati.Ada lagi tempat yang belum pergi pasal besar sangat tapi dah cukup puas hati sangat sangat.Nextime nak pergi lagi nak makan banyak banyak!!hihi


                    SALAM SAYANG SEHARUM MAWAR NAN MERAH DARI I UNTUK U'LL
                       SENYUM SELALU KERNA IA PENAWAR SEGALA DUKA...MUAHHH

Friday, October 15, 2010

BREAKFAST/SARAPAN

HEYHEY..

HOPE SEMUA SIHAT EA..SIHAT CAM KANAK-KANAK MILO.TENGOK KAN IKLAN MILO KAT TV..CERGAS JE BUDAK-BUDAK DALAM IKLAN TU..WHY DIORANG SIHAT?SEBAB DIORANG SELALU MINUM MILO PAGI-PAGI : ) I KAT SINI BUKAN NAK JADI PAKAR PEMAKANAN SAL I BUKAN DR ATAU PAKAR BAB TU P JAS IKUT TIPS PEMAKANAN YANG SIHAT YANG DIBERIKAN OLEH MEREKA YANG PAKAR.(BARU SEKARANG NAK IKUT HIII)

BREAKFAST ATAU LAM BAHASA ORANG JOHOR SARAP..ADALAH MEAL YANG SANGAT PENTING UNTUK MEMULAKAN HARI-HARI KITA UNTUK LEBIH BERTENAGA.TAPI BUKAN MAKNA NAK KENA MAKAN IBARAT CAM MAKAN UNTUK DUA ATAU TIGA ORANG (NAK MENUNJUKKAN MAKAN BANYAK LA) CUKUP MAKAN SEKADAR MENGALAS PERUT..JANGAN LA TAK MAKAN LANGSUNG NANTI TAK ADA TENAGA LA NAK MULA KERJA.

CAM I BREAKFAST NI SANGAT PENTING..KALAU TAK MAKAN RASE CAM NAK TIDO JE.HIHI YELA TAK ADA TENAGA..PERUT KOSONG DAN JAP LAGI ADA LA BUNYI LAGU KERONCONG UNTUK ANA LAM PERUT NI.TAPI I TAK SUKA NAK TAKE HEAVY FOOD PAGI-PAGI..PASAL I TAKUT GEMUK..SO I JUST MAKAN YANG RINGAN TAPI MENGENYANGKAN (CUKUP LA NAK COVER SAMPAI KUL 12)

SARAPAN YANG LAZAT DAN BERKHASIAT
 PENAH TENGOK IKLAN KELOGGS SPECIAL K KT IKLAN?ALA YANG GIRL TU NAK PAKAI JEANS DIA SAMPAI TERCABUT BUTTON TU KAN...HAA ITU LA YANG TERJADI KAT I (TAPI ALHAMDULILAH TAK TERCABUT LAGI LA BUTTON JEANS I TAPI JEANS I SEMAKIN MENGECIL JE HIII) ITUARI MAKAN TAK CONTROL..BREAKFAST SELALU TAKE NASI LEMAK,NASI MINYAK,NASI KERABU,NASI NASI N NASI ITU LA YANG SAIZ JEANS SEMAKIN MENGECIL SO I PUN BERTUKAR KEPADA MENU DI ATAS...NESCAFE LATTE TU TUJUAN TAK NAK KASI NGATUK WAKTU KERJA LALALA.BIASA KALAU MAKAN MENU CAM NI MESTI MUAK JE KAN SO I  SELALU TUKAR MENU..MAKAN SANDWICH TUNA OR BISKUT OAT WITH SOYA DRINK..BARU BEST & ENJOY...

BEGINI LA RUPANYA MYFACE BEFORE & AFTER BREAKFAST.
BEFORE BREAKFAST MUCUNG JE & AFTER BREAKFAST BUKAN MAIN BERSIUL-SIUL LAGI LALALA.
BREAKFAST JUGA BOLEH MENGUBAH RUPA BENTUK MUKA KITA.
MORAL OF THE STORY..MULAKAN HARI ADA DENGAN SARAPAN YANG SIHAT UNTUK HIDUP YANG SIHAT DAN CERGAS HOHOHORLICKSSSS

I LOVE U'LL SNALO2!!! IHIKSSS (SNALO BERMAKSUD SELALU DALAM LOGHAT TEMERLOH BAK KATA MY MR HIII)

Tuesday, October 12, 2010

SHOPPING ONLINE

ASSALAMMUALAIKUM...HAI

ENTRY KALI INI NAK STORY PASAL SHOPPING ONLINE.SEMUA TAHU KAN,MEMBELI BARANG DI INTERNET (ITU MAKSUD DALAM BM HIHI)

SEKARANG DAH BANYAK KAN ORANG BUAT BISNES ONLINE.MAKLUMLAH ORANG SEKARANG SEMUA NAK SENANG.CUMA I CLICK DAH BOLEH DAPAT APA SAHAJA YANG KITA NAK KAN.FIRST PERTAMA (SAMA LA TU KAN) I MULANYA TAK BERAPA BERANI LA NAK TRY BUY ONLINE NI,MANA LA TAHU KOT KENA TIPU KE KAN,DAH BAYAR TAPI BARANG TAK SAMPAI-SAMPAI.MACAM PERNAH TERJADI KAT SEORANG KAWAN I NI,DIA PENAH NAK BELI PSP KAT SATU WEBSITE TAPI SAMPAI SEKARANG LA DIA TAK DAPAT-DAPAT  BARANG TU.DAH RUGI DUIT DIA.KEPADA YANG BERKENAAN TU TAK PATUT LA MENIPU CAM TU KAN TAPI INI LAH DIKATAKAN RISIKO DALAM PEMBELIAN ONLINE NI.

I PUN TERJEBAK JUGA SHOPPING ONLINE NI.BUKANNYA APA,SEBABNYA KADANG-KADANG BARANG YANG I NAK TU SUSAH NAK CARI KT KUANTAN NI.MAYBE ADA,TAPI TAK KAN LA NAK KENA SURVEY SEMUA BUTIK KAN.SO I PUN SELALU LA SEARCH KAT BLOG-BLOG OR FB.DAH BANYAK KAN SEKARANG,RAMBANG MATA JUGA LA..BAJU-BAJU,SHAWL,BAG N BANYAK LAGI YANG CANTIK-CANTIK.

BULAN LEPAS ADA LA I BELI SHAWL KAT SATU BLOG NI.SENANG JE TAW,CUMA ISI FORM KAT BLOG TU MASUKKAN DETAIL DAN SUBMIT.TUNGGU DIA REPLY ORDER AND THAN I TRANSFER DUIT.DUA HARI LEPAS TU BARANG PUN SAMPAI.SENANG KAN I CUMA TUNGGU KAT OFFICE JE,EXCITED JUGA LA BILA BARANG SAMPAI.SHAWL YANG I BELI CANTIK SANGAT,PROSES DELIVERY PUN CEPAT JE.

penghantaran yang cepat dan pantas
 BILA DAH TRY SEKALI MULA NAK TRY LAGI KAN.DISEBABKAN I SUKA PAKAI SHAWL TU SO I ORDER SATU KALI LAGI YANG COLOR LAIN PLAK.MESTI OWNER SHAWL TU CAKAP "EEW AKAK NI ORDER SATU-SATU,ITUARI ORDER LA DUA TERUS"HIHI ALA BUKAN APA KAN,ORDER SATU DULU SAL NAK TENGOK SHAWL TU CANTIK KE TAK,ORDER TU SAMPAI KE TAK KAN..SO BILA DAH DAPAT SEMUA OK,BARU LA LEH ORDER LAGI KAN.

"shawl ekslusif "..memang cantik shawl ni.White & Orange Color.pls refer pic yg i pakai shawl ni kt pic blog i kat atas
 TADI KIRA DUA BARANG I DAH  BELI KAN.YANG TERBARU ADA LAGI I BELI,ADA LAGIIIII TAW HIHI.I BUY BAG PULA.ITUARI I TERSESAT KAT FB ALEYA'S SHOPPE NI.TENGOK LA KOLEKSI OCTOBER BAG KAT FB TU.I BERKENAN LA SATU SLING BAG NI.MEMANG CANTIK N SIMPLE SANGAT,COLOR BIRU LAGI.MEMANG DAH LAMA MENCARI BAG COLOR BLUE NI.SO APE LAGI,I TAK LEPAS PELUANG LA KAN TERUS MESEJ KAT INBOX FB ALEYA TU (MYBE NAMA OWNER TU ALEYA KOT SAL ALEYA'S SHOPPE KAN HIHI) MESEJ I BERBUNYI BERGINI


(IdaRohaida)"Hai,nak tanya sling bag blue color Code:? (coz lupa code ape:P 
                      ada lagi tak?????"
(Aleya's Shoppe) "Ada  jas tgl 2 unit je lagi..klu nak cpt bnk in n aftr bnk in 
                             msg details k"
(IdaRohaida) "Orait skrg juga i trnfers duit ea" (Wah cepat je i kan huhu)


HAHA..TENGOK PUNYA LA I SUNGGUH-SUNGGUH KAN.YA LO NANTI ABIS DAH KEMPUNAN TAK DAPAT BAG YANG I DAH LAMA CARI TU.I ORDER AHAD AND TUESDAY BAG TU DAH SAMPAI KAT OFFICE I.YANG KELAKARNYA,MYBOSS INGAT BARANG YANG POSLAJU HANTAR TU DIA PUNYA,SIAP TANYA BILA MASA DIA ORDER BAG HAHA...DIA PUN DAH GELENG KEPALA AND CAKAP I GILA SHOOPING,ERM..TAK RETI-RETI NAIKKAN GAJI I HOHO.MAT2 POSLAJU PUN DAH TAU KALAU TENGOK NAMA I MEMANG TAK ADA LAIN LA..SHOOPING LAGI LA TU.LEK LA KAN HIHI.

Sling Bag.Simple je kan.untuk pengatahuan semua ya..bag ni baru sampai kat office time tengah kerja.tu yang pose pakai baju kurung kedah oren ngan Sling Bag Blue Color,amat lah tidak sesuai kan.u'll jangan fokus pada pakaian ya just fokus pada Bag sahaja dan sebab itu juga muka model pun di cut kan.hoho.lagi satu,sling bag ni leh di gayakan dengan dua cara.Refer Pic A (u'll pandai-pandai la bezakan mana pic A or B ya pasal masa edit pic ni i lupa nak labelkan,agak funny)Pic A tu digayakan secara menggalas dan tali beg dipanjangkan & Pic B pulak digayakan secara bersilang.I lebih suka gaya A pasal lebih berstyle,gaya bersilang lebih keanak-anakkan or gaya budak sekolah,i dah dewasa so tak sesuai ahaks.Whatever la nak gayakan macam mana,yang penting bersesuain dengan baju yang kita pakai dan tempat yang ingin di tuju.
 ORAIT..KALAU U'LL NAK CARI SHAWL KE BAG KE I SUGGEST BELI KAT WEBSITE NI

FACEBOOK: Aleya's Shopp  & www.shawls-house.blogspot.com


Dijamin puas hati....

Papai Luv u'll Muahhhh

Monday, October 11, 2010

Agnes Monica - Tanpa Kekasihku

NOVEL PENDEK-TANPA KEKASIHKU

                                                                                1
Aku bangkit dari tidur menuju ke jendela,itu lah rutin harianku yang gemar melihat keindahan pagi..kicauan burung yang riuh memecah hening pagi,embun segar membasahi kehidupan tumbuhan dan sang suria mula memacar seri..cukup untuk aku merasa nikmatnya kehidupan.
Tiba-tiba.."Click" nada mesej telefon bimbitku berbunyi.
"1 message" tertera di papar skrin dari kekasih yang telah bertahta dihatiku selama empat tahun.Haikal,dia lah putera hatiku,masih teringat pertama kali perkenalan kami dulu,kami terserempak di bandar sewaktu membeli belah di sebuah kompleks membeli-belah.Padangan pertama antara kami menimbulkan satu rasa dan aku pertama kali melihat dia,hatiku berbisik 
"erm..sweet nya"hatiku ketawa kecil.Secara tidak sengaja aku melemparkan senyuman,
"aduh malunye..."aku berkata sambil menutup mulutku dengan tangan.Tiba-tiba dia berpatah balik mencuit bahuku sambil menyapa,
 "sorry ya,erm..boleh tak i nak berkenalan dengan u?"dia berkata.
Aku tergamam kerana tidak sangka dia kan menegurku,dalam hati berkata 
"tak sia-sia aku senyum tadi" Aku mengangguk malu,itu la tanda malu tapi mahu hihi.Kami bertukar nombor telefon dan sejak itu la kami mula rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih.

"Good Morning Baby, i really miss u.Nanti kita lunch sama-sama ok.Love you"mesej dari Haikal
"Good Morning and miss you too..okay dear nanti lunch kita jumpa"aku membalas mesej darinya.

Aku bersiap-siap untuk pergi ke kerja.Hari ini aku mengenakan baju kurung moden berwarna pink.Haikal cukup suka kalau aku berbaju kurung,katanya aku kelihatan sungguh ayu.Bila kekasih hati dah suka aku cuba turutkan demi mengambil hatinya.Aku tiba di office tepat pada masanye.Aku memulakan tugasku sebagai setiausaha di syarikat swasta.Aku bersemangat menyiapkan kerja-kerja kerana tidak mahu terlewat waktu rehat untuk aku makan tengahari bersama Haikal.Walaupun sudah empat tahun hunbungan kami,tidak sedikit pun aku merasa jemu bersamanya.

Beberapa hari Kemudian...

Sepetang bersama di sebuah Tasik yang tidak jauh dari ibukota.

"Baby..u sayang i tak"Haikal bertanya kepadaku
"Mestilah i sayang u Sayang"jawabku sambil melentukkan kepalaku dibahu Haikal
Udara yang damai di tasik pada petang ini cukup mendamaikan.Angin menghembus bayu umpama dayang-dayang yang sedang mengipas ke arah aku dan Haikal seperti raja dan permaisuri yang duduk di teratak singgahsana.Air tasik yang hijau dan tenang kami renungkan..kelihatan setenang hati kami berdua tika dan saat itu.

"Baby,andainya suatu saat nanti i pergi meninggalkan u untuk selamanya..u janji dengan i u jangan tangisinya ok"Haikal berkata sambil membelai rambutku.
Aku sedikit tersentak dengan kata-kata Haikal dengan pantas mengangkat kepalaku dan memandang ke arah Haikal.

"Sayang,u jangan cakap hal bukan-bukan ni..i tak suka la.."Aku menarik muka dan memuncungkan mulut.Haikal tersenyum sambil memujuk.
"ala,baby..u jangan la merajuk,i main-main je.Saje i nak buat cam dalam drama tu"
pujuk Haikal.
"I janji i tak kan tinggalkan u,okay baby"sambung Haikal lagi.
Aku kembali senyum dan kembali melentukkan kepala di bahu kekasihku dan Haikal menggenggam erat jari-jemariku seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

                                                                               2

Ruang tamu rumahku riuh rendah dengan ketawa dan gurau senda dari rombongan meminang dari keluarga Haikal.Hari ini aku akan menjadi tunangan Haikal setelah kami sama-sama memutuskan untuk menjalinkan tali pertunangan di saat usia hubungan percintaan kami genap 4 tahun.Kami mengambil tarikh yang sama untuk majlis pertunangan kami.
Selesai sudah majlis pertunangan aku dan Haikal.Satu bulan lagi semuanya sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis perkahwinan kami.Benda baik haruslah di percepatkan, itu lah kata orang-orang tua.Aku cukup gembira,impian untuk hidup bersama dia kian hampir.Harap semuanya berjalan lancar.

Tiga minggu kemundian....

Tinggal lagi seminggu majlis perkahwinan kami.Aku dan Haikal dah hampir siapkan separuh persiapan untuk majlis kami nanti.Kami mahukan sebuah konsep yang simple tapi meriah.Petang itu Haikal dah berjanji untuk bawa aku ke butik pengantin untuk berjumpa dengan perunding perkahwinan kami Lesha.Lesha adalah kawan baik kami.Suami Lesha adalah rakan sekerja Haikal.Jadi urusan perkahwinan lebih senang kerana Lesha tahu citarasa kami.Pukul 3 petang aku dan Haikal sampai di Butik Lesha.Erm..bukan main teruja lagi aku nak mencuba baju pengatin yang direka khas oleh Lesha untuk kami.Kami memilih busana bercorak songket dan gabungan lace berwarna putih.Cukup nampak simple dan mewah.

"Hai u all,wah..berseri-seri nampaknya bakal pengantin kita ni"gurau lesha kepada aku dan Haikal
"Ya la,kalau tak berseri bukan pengantin namanya"aku membalas gurauan dan membuatkan semuanya ketawa.
"Okay u all cuba sekarang baju ni,dah siap sepenuhnya"arah Lesha kepada kami dengan menghulurkan Busana pangantin.
Aku dengan pantasnya pergi ke Fitting Room.memang dah tak sabar sangat.

Tiba-tiba suasana bertukar sepi,Haikal dan Lesha memandang kaku ke arah aku sebaik sahaja aku keluar dari Fitting Room yang siap mengenakan busana pengatinku.Aku kehairanan melihat reaksi mereka lalu menyapa

"Hey..what wrong?tak okay ke?"aku bertanya.

"Ya Allah Baby u look so beautiful"ujar Haikal kepadaku sambil dia mencuit mesra daguku.

Aku tersenyum sambil menggaya-gayakan diri di hadapan cermin besar.Setelah siap mencuba busana pengantin kami dan berbincang bersama Lesha, aku dan Haikal meminta untuk beransur.Aku bersalaman dan mencium pipi Lesha sebelum melangkah keluar dari Butik.Aku dan Haikal menuju pulang ke rumah kerana hari pun sudah lewat petang. 
                                                                                
                                                                                3

Di malam yang sunyi jam menunjukkan 12 malam,aku duduk di hadapan meja solekku sambil menyisir rambut ikalku dengan sikat.Aku merenung ke arah cermin di hadapanku,sesuatu perasaan tiba-tiba aku rasakan.Esok..hanya tinggal dua hari lagi untuk aku di satukan dengan Haikal.Hati gundah mula dirasai..dalam hatiku merasa gembira,juga bercampur dengan perasaan yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku rasakan.Adakah perasaan takut?Resah?Entahlah...Ermmm aku melepaskan keluhan.Tiba-tiba telefon bimbitku berdering,sekaligus membuatkan aku terhenti dari lamunan..Melihat nama sayangku di skrin membuatkan ku tersenyum.

"Helo dear..u tak tido lagi?aku bertanya
"Belum lagi sayang..i rindukan u sangat-sangat"ujar Haikal
"I nak u di sisi i sekarang,i terlalu rindukan u"tambah haikal lagi
"Sabar la sayang..tinggal dua hari je lagi"aku cuba memujuk manja
"Baby,esok i kena jumpa client maybe malam baru i balik.Apa kata sok pagi kita pergi sarapan bersama sebelum i pergi jumpa client?sal i takut i busy tak sempat nak jumpa u nanti"Haikal bertanya.
"Baik sayang esok kita jumpa"aku bersetuju dan mengakhiri perbualan kami.

Pagi yang di janjikan.Aku terlebih dahulu sampai di Kopitiam.Sementara menunggu Haikal sampai aku terlebih dulu memesan dua cawan White Coffee bersama Roti Bakar dan Nasi Lemak untuk Haikal.Biasa itu lah menu kami setiap kali bersarapan di Kopitiam Kegemaran kami dari sejak dulu.Aku melihat jam di tangan ku,hampir 20 minit aku menunggu Haikal tapi dia tidak juga tiba.Hati tertanya-tanya kenapa Haikal terlewat dari masa yang dijanjikan.Aku mengeluarkan telefon bimbitku untuk menelefon Haikal.Sebaik aku baru cuba untuk menelefon,sudah kelihatan kereta Haikal muncul yang menuju ke  petak letak kereta seberang jalan.Haikal keluar dari kereta,kelihatan dia sedikit tergesa-gesa..mungkin mengatahui dirinya kelewatan.Aku memandang ke arahnya sambil tersenyum.Aku beralih pandangan,tiba-tiba....terdengar bunyi break kenderaan dan dentuman yang kuat..aku terkejut dan terus berpaling ke arah bunyi dan terkejut melihat Haikal tercampak sebaik di langgar oleh sebuah kereta."Sayanggggg!!!!"

                                                             Episod Terakhir

Aku tersedar dari tidurku..malas untuk aku membukakan mataku.Kerana kini setiap pagi, mataku terlalu berat untuk dibuka setelah menjadi rutin malamku menangisi pemergian Haikal kekasih dan juga sebagai tunangan yang amat aku sayangi buat selama-lamanya.Tiada lagi rutin pagi-pagiku menuju ke jendela untuk menikmati keindahan pagi kerana bagiku kini siang dan malam sudah tidak bermakna lagi..aku mengiringkan badanku dan memejamkan kembali mataku,saat itu wajah kekasihku terbayang-bayang,aku tidak dapat menahan rasa kehilangan dan tidak mampu juga untuk aku menerima kenyataan bahawa aku sudah kehilangan dirinya.Aku menangis seesak-esaknya....kini aku sepi dan aku sendiri TANPA KEKASIHKU

                                                            SELESAI.......

RIBBON CLIP

SEJAK I CUT MYHAIR, I RASA SATU PERASAAN YANG AGAK KESAL CEWAH..YA LA,BUKAN SENANG I NAK BERAMBUT PANJANG SETELAH SEKIAN LAMA BERIMEJ RAMBUT PENDEK.BILA BERJAYA SIMPAN RAMBUT HAMPIR KE PINGGANG KEADAAN MEMAKSA UNTUK I POTONG COZ MENGALAMI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT DAN JUGA KELEMUMUR YANG TERLAMPAU DASYAT.BILA RAMBUT SEDIKIT PENDEK PARAS BAHU TERASA CAM SIMPLE DAN KEANAK-ANAKKAN LA PLAK.RAMBUT PANJANG LIKE MATANG N SEKSI SIKIT HOHOHO (BAK KATA SANTA CLAUS)

BILA DAH NAMPAK SIMPLE I PUN FIKIR LA CARA APE TUK NAMPAKKAN SOMETHING YANG SIMPLE TETAPI STILL NAK NAMPAKKAN ADA GAYA.SUSAH KALAU ORANG PENTINGKAN GAYA NI KAN HAHAHA..ALA PEREMPUAN BIASA LA NAK NAMPAK CANTIK WALAUPUN TAK CANTIK SANGAT.YA LA,TAK KAN GIRL YANG CANTIK JE NAK CANTIK KAN,CAM I TAK BERAPA CANTIK NI PUN NAK JUGA NAMPAK CANTIK KAN..(BERAPA BANYAK PERKATAAN CANTIK DAH I TAIP HUHU) SO I BELI LAH RIBBON CLIP UNTUK KASI NAMPAK STYLE SIKIT (I BELI TAPI BF YANG BAYAR HOHO)MACAM MANA RUPA ATAU BENTUK RIBBON CLIP TU??ORAIT JOM TENGOK PIC KAT BAWAH,BUKAN BAWAH MEJA ATAU BAWAH KATIL U'LL TAWW,BAWAH BLOG I NI HIHIHI TAK LAWAK SEDIKIT PUN KAN

INI LA RIBBON CLIP,NAH TIGA SEKALI I BELI.BIASA KANAK-KANAK REBINA JE YANG PAKAI KAN TETAPI TAK KIRA AKAK-AKAK HOT & SPICY PUN NAK PAKAI JUGA.LIHAT GAMBAR DI ATAS:YANG COLOR PINK DAN PUTIH TU SAIZ BESAR TAPI BUKAN LA BESAR GILE..KALAU SAIZ S,M,L,XL KIRA YANG SAIZ M LA.JENIS CLIP KEPIT.TAU KAN CANER PAKAI?SENANG JE JAS SIKAT RAMBUT SATU TOCANG DAN CLIP KAN JE..MACAM NI (LIHAT BAWAH LAGI : )

CENG CENG!!! PAKAI KAN CAM NI LA...CUN TAK??CAKAP LA CUN..KALAU TAK I NAK MERAJUK TIGA HARI HUH!
OK YANG TU YANG SAIZ M.KITA REFER KAT GAMBAR A (ADA KE I LABELKAN GAMBAR A EA??) GAMBAR YANG FIRST LA KAT ATAS TU..KITA TENGOK CLIP YANG COLOR HITAM CORAK DOT DOT MERAH TU,ORAIT..YANG TU PLAK SAIZ S DAN YANG TU CLIP NYA LAIN,JAS CLIP BIASA YANG TAK ADA LOCK.TENGOK KAT GAMBAR YANG JARI SEORANG GADIS JELITA SEDANG MEMEGANG RIBBON CLIP TU,NAMPAK KAN CLIP NYA LAIN SIKIT.YANG SMALL SAIZ NI LEH PAKAI TARUK KAT TEPI RAMBUT KITA ALA LIKE CAM SCHA AL YAHYA PAKAI,TAK PUN LIKE CAM IDA AL BAHARIN PAKAI KAT BAWAH NI HAA :p

INI LA IDA AL BAHARIN HIKSSS (MENUTUP MUKA SEPARUH MENGGUNAKAN EMPAT JARI KERANA MALU)
HAA TU LA I YANG MEMANG SUKA BUAT KOLEKSI EKSESORI RAMBUT.PASNI NAK CARI HEADBAND RIBBON PLAK,TAK PUN HEADBAND BUTTERFLY KE APA2 AJE LA YANG CUTE.HEADBAND TU MACAM MANA RUPANYE PULAK??OWH...RUPANYA CAM NI
BUTTERFLY & RIBBON HEADBAND.JENIS SCAFT BUKAN CLIP YA.ADA MANA BLOG OR FB YANG JUAL NI KASI MESEJ ME K

ORAIT SEKIAN SUDAH.....LOVE YOU MUAHHHHHHHHH

OWNER BLOG INI INGIN MENGUCAPKAN TENKIU COZ SUDI MEMBACA BLOG INI.MEMBACA KAN AMALAN MULIA DAN MULIAKAN AMALAN ANDA DENGAN MEMBACA DAN JUGA MEMBACA MELAHIRKAN NILAI YANG MULIA DAN AKHIR SEKALI, MULIAKAN LAH DIRI ANDA DENGAN MEMBACA ~THE END~

Saturday, October 9, 2010

KAWAN VS SAHABAT

Kawan dan sahabat seperti mempunyai persamaan dari segi maksudnye.Tetapi tahukah oleh kita KAWAN dan SAHABAT adalah satu perbezaan dari segi jalinannya.Kawan...semua orang ada kawan,tak kira la kawan sama kelas waktu sekolah,teman bermain waktu kecil yang tinggal sejiran dengan kita ataupun dari mana pun tempat yang boleh kita jadikan kawan.Namun ikatan itu hanya terjalin di saat atau waktu gembira sahaja.Bila kita disaat kejatuhan,adakah mereka setia menemani kita?Tak semua ada yang sanggup menangis bersama kita.

SAHABAT..biasanya kita tidak akan mempunyai ramai SAHABAT.Dalam seribu kawan yang kita kenal mungkin hanya ada seorang sahabat dalam kehidupan kita.Dia yang bergelar Sahabat kan sentiasa menemani kita tidak mengira apa jua keadaan.Yang tidak pernah merasa jemu menjadi kaunter aduan,menjadi pakar kaunseling waktu kita memerlukan khidmat nasihat dan mungkin juga yang bisa menangis bersama kita di saat kita mengalami kesedihan yang terlalu.Bahkan SAHABAT lebih memahami keadaan dan perasaan kita lebih dari ahli keluarga ataupun kekasih kita sendiri.Sahabat juga tidak pernah kan tinggalkan kita saat kita kejatuhan seperti mana Kawan yang hanya berdamping tika senang.

KAWAN..kadang-kadang hanya sekadar terjalin selama satu tahun, itupun waktu bersama di dalam sebuah firma kita berkhidmat.Ada juga hanya sebulan,itupun sewaktu kita menghadiri kursus induksi atau apa-apa sahaja.Mereka hanya mengatahui nama kita,kadang-kadang sekadar nama timangan dan juga hanya tahu nombor telefon tetapi hanya kerap meninggalkan pesanan ringkas selama beberapa hari sahaja dan selepas dari itu hanya tinggal nama dan nombor kita di dalam telefon bimbit mereka yang kadang-kadang juga mereka sendiri lupa nama dan nombor kita yang ada dalam rekod simpanan telefon bimbit mereka.Sungguh dasyat kan KAWAN itu :P

Tetapi SAHABAT,kita lebih lama mengenali mereka..mungkin dari kita di tingkatan tiga.Waktu kita yang di saat itu hanya seorang yang pendiam,comot sehinggakan tiada siapa nak berkawan dengan kita tetapi dia SAHABAT datang kepada kita tidak memandang siapa kita, bagaimana rupa kita untuk dia menemani kita sebagai seoarang SAHABAT dan dia lah yang juga setia menemani kita hingga saat ini.

Itulah perbezaan antara KAWAN dan SAHABAT.

Erm..dan siapakah SAHABAT yang ada dalam kehidupan i?dari i yang seorang gadis yang pendiam di tingkatan tiga,sehingga tamat SPM,bila masing-masing mula meningkat dewasa..juga dari saat i kejatuhan dan bangkit kembali kini..dari seorang yang gemuk yang pernah mencecah 68kg sehingga i kembali kurus kepada 50kg dan sehingga la kami sama-sama berumur 27 tahun kini,dia lah SAHABAT yang sentiasa ada untuk i..siapa kah dia??She is Noor Fatimah Bt Hashim atau nama FB nya Fetty Fatimah (hihi) adalah SAHABAT i yang paling i sayang dari dulu hingga kini dan juga hingga hujung nyawa taww.

Heppy besday to you Mydear SAHABAT yg ke-27 (5 Okt.83) i sayang u taw..huhuhu
bes tak cite i..kalau tak bes,masakan dulu waktu sekolah u selalu tiru karangan i kan..haha
Sori babe..i baru dapat idea nak buat cite ni special untuk u..ingat nak post masa date besday u,kira cam hadiah for you la tapi tak sempat la nak buat..
Ida&Fetty
Salam sayang for semua muahhh~

Sunday, October 3, 2010

Kembali memUPDATE BLOG!

dh lme x update blog i ni,bersawang dh ni haa..bkn je labah2 je bt sarang ni..abis sgla bntg yg ada srg pn dh bersarang kt blog ksygn i ni..eew npk sgt i ckp bohong kan...doce taw ida.....bkn ape,sbb ituari hepi sgt rye smpai xde mse nk update cite2 baru..Kite still lg di bulan syawal kan..so rye x abis lagi la..leh lgi nk wish hepi rye,bersalam salaman tika brjmpa ngn teman2 n open2 house kan...sure sume hepi je smbut rye...yg smbut ala kadar tu pn x mngpe la,jnji smbut rye jgk kan.cam i rye kli ni adlh rye yg pling mls,npe i ckp pling mls?sebab.....i x gi brya 1 umah org pn,umh mkcik ke or kwn2..p tu bkn mkna i mls duk umah mkn kue jas tido je taw..p i jadi org dpur..hdg mkanan,cuci pgn n cwn2..bt air,tmbh kue..jemput org msuk umah..masuk la msuk la..haa tu la tugas i di pgi rye.my mum x bpa shat so i la yg bt sume.my sis ikut husbnd dia brye...syok je kan u bjln ea Sis..xpe2 kasi u can...hihi
Lg satu nk cite yg rye thn ni sedih kit bg i sal bju rye yg dtmph x siap...tmphnye 2 psg p 1 psg pn x siap.Mula nk majuk x nk bli bju rye..nk pki je bju lame2 kan p ala...x syok la rye x de bju bru..dr kcik smpai dh bsar ni mn pnh xde bju bru fr rye so las min ptg sok nk rye i beli jgk bju ready made pnye..skli tes trus jmpa yg ngam n ctik jgk la cma color tuk tema fmly xde yg ctik..knon nk tema pink...last thn ni tema bersepah...suke hti la pki color ape jnji goyang yukkk..

Baju raye las min


Ni plk bju for rye ke 2,rembat bju My Sis pnye (oh muka i terlalu hepi hgga mnpkkn round2 gitu)

Ni la sbnrnye bju rye i sptutnye di pakai pd ari rya bru2 ni p nk wt caner akak tu bt spoil sudah.bru 2 ari lps bju ni siap di jahit.akak tu pnye la mtk maaf sal x dpt siapkn.xpe la akak ida dh maafkn p pas ni mmg ida x atr dh kt akak lgi,,wlupn akak ni bt spoil p jahitan dia mmg terbaik..kemas je..mmg ngam je ukuran dia..p itu la jnis i skli je org dh bt spoil ngn i,sori la ea...assalmmualaikum lah hihi.xpe la pki bju rya slps rye pn ada bgus jgk...sal ape??salnye bju rye org len sume dh basi p bju i still hot lgi u........hiksss orait tht all fr this time.next time nxt story ea..bubye  love all so strong!